Ucap Utama “Chao Harn Yawnghwe” Myanmar Harus Mengubah Medan Perang Kepada Medan Politik

Chao Harn berkata konflik yang menjadi punca kepada kemunduran Myanmar. Satu cabarang penting dalam proses damai ialah komunikasi antara kedua-dua pihak bertelingkah dan komunikasi dalaman minoriti sendiri. Menyertai kepada proses damai bukan bererti menyerah kalah. Tetapi sebagai titik permulaan kerjasama dalam memaju Negara.

Pada 24 Januari 2017 Harn Yawngwe atau lebih dikenali dengan “Chao Harn” penubuh dan pengarah Euro-Burma di Brussels Belgium. Ia adalah pertubuhan koloberasi antara Persatuan Eropah dan Yayasan Friedrich eBay. Bertujuan membantu persiapan kumpulan gerakan menuntut demokrasi di Myanmar. Untuk menuju kepada perubahan tranfomasi kepada kerajaan demokrasi sejak 1997. Tajuk Ucap Utama yang disampaikan oleh Chao Harn ialah “Cabaran dan Pengajaran Transformasi dari konflik bersenjata kepada tidak mengguna kekerasan”. Beliau berucap dalam Persidangan Antarabangsa “Perubahan Politik, Tiada Keganasan Dan Komunikasi Transformasi Dalam Konflik (PNC2017)” di Fakulti Sains Kumunikasi, PSU Pattani.

Konflik Di Myanmar Menyebabkan Negara Mundur Kebelakang, Maju Hanya 1 Dalam 10 Oleh Negara Thai    

Chao Harn Yawnghwe dalam ucapan muqadimah telah mengulas situasi Negara Myanmar hasil daripada konflik sepanjang 70 tahun yang lalu. Masalah belum lagi dapat di selesai. Dengan sebab itu menyebabkan Myanmar mundur kebelakang, ia maju hanya 1 dalam 10 jika di bandingkan dengan Negara Thai.

Manakala situasi dalam bidang politik, Myanmar mempunyai lebih 100 kumpulan etnik.Terdapat tujuh kumpulan etnik yang mempunyai kerajaan sendiri. Apabila Myanmar mendapat kemerdekaan pada 1947 dan menanda tangani Pang Long 1948. Kerajaan Myanmar telah merampas kuasa sehingga melahirkan negeri jajahan dalaman. Ia melahirkan konflik dalaman sepanjang 50 tahun yang lepas. Dan ia telah memberi kesan buruk terhadap pembangunan ekonomi. Sedangkan dalam politik Myanmar terdapat 91 parti politik. Dengan sebab itu keadaan politik dalaman Myanmar berlaku kucar-kacir.

Walau bagaimana pun, selepas daripada pilihanraya 2008 Kerajaan Tentera Myanmar berusaha mengubah sikap untuk pembangunan Negara. Tiga perkara telah dilaksanakan iaitu; mengadakan pilihanraya, pembaharuan ekonomi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, dan mewujudkan proses damai.  Menyedari bahawa pertumbuhan ekonomi tidak akan berlaku jika tidak ada kedamaian.

Pengarah Pejabat Euro-Burma di Brussel, Belgium berkata lagi cabaran menuju kepada perubahan daripada konflik bersenjata kepada tidak mengguna kekerasan. Perkara pertama ialah berkomunikasi maklumat dan membina kefahaman bersama.

Menyertai Meja Rundingan Bukan Bererti Meyerah Kalah

“bukan mudah untuk kumpulan etnik untuk meyertai pentas proses rundingan damai, kerana mereka telah mengharungi medan perang yang hebat dan berpanjangan, sudah banyak kehilangan, tentu sekali mereka tidak ingin keluar daripada medan perang atau meletak senjata dengan mudah selagi tidak mendapat kemenangan atau kemerdekaan” tegas Chao Harn

Chao Harn menghuraikan lagi masalah penerimaan tersebut bergantung dengan huraian dan komunikasi dengan kumpulan bersenjata. Bertujuan  supaya mereka memahami bahawa meyertai meda rundingan damai buka bererti “letak senjata” serta merta. Kerana letak senjata difahamkan sebagai “meyerah kalah”. Tetapi ia bertukar daripada perang di medan perang kepada berjuang di medan politik. Atau dengan kata lain bukan melatak senjata sekali gus tetapi syaratnya keluar untuk berbincang.

Rakan Dialog Mesti Merendah Diri Terhadap Pendirian Diri Sendiri

Chao Harn berkata lagi satu lagi cabaran dalam proses rundingan damai iaitu proses rundingan damai tidak akan berjaya dan tidak dapat berunding jika rakan dialog tidak merendahkan diri terhadap pendirian masing-masing. Disebabkan semua kumpulan etnik mempunyai tujuan utama ialah pembebasan dan menghalau tentera Myanmar keluar dari kawasan mereka. Tetapi masalah kumpulan bersenjata kebanyakan mereka tidak mempunyai kumpulan bersenjata yang mencukupi untuk berperang atau mengalahkan tentera Myanmar.

Contoh yang di kongsikan oleh Chao Harn ialah Kerajaan Chan. Ia adalah bekas sebuah empayar yang diperintah oleh bapanya. Ramai daripada penduduk Charn berpindah ke Thailand. Sehingga kini di Chan dipenuhi dengan tentera Myanmar. Seolah-olah Shan telah kehilangan empayar mereka kepada Myanmar. Dan jika akan terus berjuang, maka penduduk akan terus menderita, Dan mengalami kehilangan kemajuan dalam pelbagai bidang. Dan menjadi sebuah Negara yang mundur dan kerugian selama-lamanya.

“tujuan kedua daripada menuntut  kemerdekaan ialah adanya Persekutuan Myanmar. Yang merupakan satu bentuk pemerintahan yang memebri peluang kepada autonomi Dan sekaligus membangunkan negara bersama-sama" kata Harn.

Walau bagaimana pun Harn berkata lagi untuk mendapatkan Persatuan Myanmar bukan perkara mudah. Kerana mesti membina kefahaman kepada rakyat atau ia mesti mengubah fikiran penduduk. Dan sama-sama mengakui ia adalah jalan yang paling baik untuk seterusnya.

Berfikir Positif Jangan Fikir Negatif Dan Boleh Berkerjasama Dengan Satu Pihak Yang Lain  

Pada masa yang sama Harn berkata lagi bahawa kerajaan tidak akan tahu kehendak sebenar kumpulan minoriti. Maka oleh demikian ia tidak akan respon kehendak kumpulan minoriti.Oleh itu, mesti mengumpul suara rakyat dan hantar suara rakyat supaya kerajaan dapat dengar dan tahu. Dengan cara berfikir positif jangan fikir negatif. Kumpulan bersenjata pula mungkin bekerja membangun dan pemulihan dengan tidak perlu menunggu kerajaan pusat.

Tambah beliau lagi kumpulan bersenjata minoriti masing-masing harus berkomunikasi dengan penduduk mereka masing-masing supaya memahami proses yang sedang dijalankan. Kerana jika berlaku keraguan ia akan melahirkan fitnah bahawa berkerjasama dengan pihak kerajaan atau sedang berkerjasam dengan musuh. Dan juga mesti berkomunikasi dengan kerajaan bahawa dapat tahu kehendak rakyat. Kerana kerajaan tidak akan tahu a kehendak semukumpulan minoriti.

Semua Kumpulan Mesti Berunding Untuk Mencapai Kemahuan Dan Wawasan Bersama

Pengarah Pejabat Euro-Burma di Brussel, Belgium berkongsi tentang satu lagi kesukaran proses rundingan damai di Myanmar ialah terdapat banyak kumpulan minoriti di Myanmar yang mempunyai perbezaan kehendak kumpulan masing-masing. Oleh itu konflik yang lebih besar adalah wawasan yang berbeza oleh kumpulan masing-masing. Oleh itu, sasaran utama dalam rundingan pada masa akan datang adalah wujudkan wawasan bersama sebagai wawasan Negara yang mesti dibincang untuk mencapaikan wawasan tersebut.

Chao Harn berkata lagi kami mesti berjuang dengan pelbagai ideology yang sedia ada untuk mencapai kepada Persatuan Myanmar. Ia bukan perkara mudah. Kerana kumpulan masing-masing belum lagi melaksanakan untuk perkara tersebut. Walau bagaimana pun, kumpulan masing-masing masih tiada strategi dalam menggerak perkara tersebut.

 Rundingan Damai Seperti Bermain Catur Sentiasa Merancang Lebih Awal

Beliau membandingkan rundingan damai seperti bermain catur. Iaitu mesti berfikir lebih awal. Jikalau tidak kita akan kalah. Perubahan daripada medan perang kepada medan politik itu mesti ada persiapan dan kena bijak. Dan kena berkerjasama dengan musuh supaya capai jawaban bersama. 

Tiga Kejayaan Kerajaan Myanmar Terhadap Proses Rundingan Damai

Selain daripada cabaran Chao Harn juga bercakap tentang kejayaan kerajaan terhadap proses damai di Myanmar. Ia diluar jangkaan penduduk Myanmar bahawa perkara ini akan berlaku.

Kejayaan pertama adalah pada 1962 Jen Newin merampas kuasa dan menyatukan Negara di bawah system pemerintahan tentera. Tetapi pada 2013 kerajaan tentera Myanmar berkata Myanmar mesti jadi sebuah Negara Persatuan untuk memaju Negara.

Perkara kedua sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan tentera Myanmar berkata proses rundingan damai akan dijalankan dengan kumpulan bersenjata masing-masing seterusnya. Pada 2013 kumpulan bersenjata bersatu untuk berunding dengan kerajaan. Dan perkara ketiga adalah satu perubahan ketara adalah Perlembagaan yang di rang pada 2008 dan di kuatkuasa hingga kini menetap hasil proses damai boleh mengubah perlembagaan. Harn berkata ini buka perkara mudah.

“Beberapa tahun lalu, Myanmar melukis impian  dan tahu bahawa untuk memaju negara kita mesti mempunyai persekutuan. Hari ini, kita telah berjaya, kerajaan Myanmar hari ini mampu membawa semua kumpulan minoriti untuk bersama-sama dan berunding. Dan yang terakhir ialah pihak tentera berkata jika ingin berunding mesti mengubah Perlembagaan, dan Perlembagaan juga sedia berubah. Dan hari ini, nyata bahawa tentera telah berubah”. Kata Chao Harn.

อ่านข่าวภาษาไทยและข่าวที่เกี่ยวข้อง

ปาฐกถา “เจ้าหาญ ยองห้วย” เมียนมาร์ต้องเปลี่ยนสนามรบเป็นสนามการเมืองเพื่อร่วมพัฒนาประเทศ

ดร.เอมม่า เลสลี่ย์“เจรจาฝ่ายตัวเองยากกว่า แต่รักษาความเป็นหนึ่งจำเป็นในกระบวนการสันติภาพ”

“เจ้าหาญ ยองห้วย” จะเปลี่ยนผ่านความขัดแย้งสู่สันติภาพต้องมีวิสัยทัศน์ร่วม

PNC2017: ทูต 10 ประเทศร่วมเวทีเปลี่ยนผ่านความขัดแย้งพรุ่งนี้ เปิด9ช่องชมสดทางออนไลน์-วิทยุ

PNC2017 : ม.อ.ปัตตานีจัดเวทีใหญ่รับปี 60 หวังร่วมเปลี่ยนผ่านความขัดแย้งสู่สันติภาพ

PNC2017: เปิดประวัติไม่ธรรมดา 2 องค์ปาฐกสันติภาพ “เจ้าหาญ ยองห้วย-เอมม่า เลสลี่”

PNC2017“ถึงเวลาเปลี่ยนผ่านความขัดแย้งด้วยการเมือง” ระดมงานวิชาการจากทั่วโลกสะท้อนปัญหาปาตานี

ม.อ.ปัตตานีระดมนักวิชาการจัดประชุมวิชาการนานาชาติ เปลี่ยนผ่านความขัดแย้งสู่สันติสุขด้วยสันติวิธี

PSU Pattani akan mengadakan persidangan akademik antarabangsa untuk peralihan konflik secara damai.