Imam bersetuju dengan perlindungan kanak-kanak, 2 tahun akan lahir masyarakat tercontoh

Yayasan Pembangunan kanak-kanak (foundation for child development), mengadakan kursus memberi latihan kepada 7 perwakilan dari 7 kawasan/kampong, dan mencoba mengeluarkan cara untuk perlindungan kanak-kanak dalam kawasan, harapan akan lahir kawasan/kampong tercontoh dalam tempoh 2 tahun. Bagi pemimpin agama bersetuju dengan usaha tersebut, kerana boleh menghindarkan remaja dari bahaya dadah.

Pada 17-19 Disember 2559 di hotel CS Pattani. Yayasan Pembangunan Kanak-kanak, bersama dengan Badan perlindungan Kanak-kanak (Save the Children) di bawah sokongan dari EU telah mengadakan Projek ini, yang merupakan kerjasama daripada kanak-kanak dan masyarakat untuk menyokong proses kedamaian di Selatan (Local Engagement to Advocate For Peace Project : LEAP) salah satu program untuk membina kekuatan bagi masyarakat di dalam pencegahan bencana dalam masyarakat. perlindungan kanak-kanak di bawah Konvensyen mengenai hak kanak-kanak, dan kemampuan untuk hidup. Programe ini di sertai 200 orang.

Wakil komuniti dalam jaringan Yayasan Pembangunan Kanak-kanak untuk perlindungan kanak-kanak termasuk 7 kawasan/kampong

1. Ban Ba ​​Ngo Patea Mukim Khok Sato. Daerah Ruesok Wilayah Narathiwat.

2. Ban Buetong, Mukim Batong, Daerah Ruesok Wilayah Narathiwat.

3. Ban Khok-Phayom, Mukim Khok-khian, Daerah Mueang Wilayah Narathiwat.

4. Ban Jujo Mukim Bana Daerah Mueang, Wilayah Pattani.

5. Ban Tebing tinggi, Mukim Lubuk jerai, Daerah Mayo, Wilayah Pattani.

6. Kampong Thana withi, Kawasan Perbandaran Yala Wilayah Yala.

7. Ban Sago, Mukim Thasab, Daerah Mueang, Wilayah Yala.

Mulakan cara untuk perlindungan kanak-kanak dalam masyarakat

Puan Kanok Wan Morat sathian, yang mengetuai  Yayasan perlindungan kanak-kanak, mengatakan bahawa, kali ini bagaikan kursus kepada remaja dan peringkat dewasa dari 7 kawasan tersebut, untuk sama-sama merancangkan atau reka bentuk untuk mewujudkan cara untuk melindungi kanak-kanak dalam tempoh dua tahun ini, antara 2017-2018, untuk menggerakkan mekanisme perlindungan kanak-kanak dalam masyarakat di masa depan bagi masyarakat masing-masing.

Puan Kanok Wan berkata lagi, di dalam membina mekanisme perlindungan kanak-kanak dalam waktu 2 tahun, akan bergabung antara dua jenerasi muda dan tua, atau yang bermaksud, yang muda bergerak yang tua mendorong.

Akan lahir masyarakat tercontoh dalam tempoh 2 tahun

Puan Kanok Wan Morat sathian berkata, selain itu supaya masyarakat akan memahami bahawa perlindungan kanak-kanak itu adalah tanggungjawab bersama, oleh itu setiap individu perlu menyuara membela jiwa kanak-kanak dan sama-sama membela mereka, dan yang penting supaya masyarakat masing-masing fikir bagaimana caranya untuk melindungi mereka, dan supaya masyarakat itu, sama-sama membangun kawasan yang dijamin keselamatan untuk kanak-kanak dan sebagainya.

"Kami berharap semoga dalam tempoh dua tahun ini, akan lahir masyarakat tercontoh dalam melindungi kanak-kanak dengan baik. Seperti dengan kampong Bango patea, "kata Cik Wan.

Imam bersetuju kerana dapat menghidarkan pemuda dari dadah.

Encik Ibrahim Huluwoklok, imam masjid Bango Paktea, Mukim Khok Sato. Daerah Ruesok  Wilayah Narathiwat berkata, Yayasan Pembangunan kanak-kanak datang untuk berkerja dalam hal perlindungan kanak-kanak, ia menjadi suatu hal yang baik, kerana akan mendorongkan pemuda dapat bergiat dengan perkara yang berfaedah terhadap kampong halaman, yang akan menjauhkan mereka dari bahaya dadah, menimbulkan keharmonian dalam masyarakat antara keluarga dan masyarakat.

Tiga target untuk kampong dalam perlindungan kanak-kanak

Yang sangat menjadi perhatian dalam forum ini, adalah ketika mencurahkan pendapat bagaimana untuk mewujudkan mekanisme untuk perlindungan kanak-kanak dalam jarak waktu 2 tahun, aitu, 1. Tujuan utama adalah menyelamatkan kanak-kanak dari bencana, mendapat kemesraan yang baik dari masyarakat. 2. Masyarakat yang bahagia adalah, sebuah masyarakat yang adanya lembaga hukum pakat di dalam melindungi kanak-kanak. 3. Memberikan ruang kepada mereka untuk melakukan activity.

Dalam acara ini, telah memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencurah dan berkongsi pandangan bersama kaum dewasa.

Kata kunci dalam melindungi kanak-kanak

Dalam hal ini, telah memberikan kata kunci bagi menyelamatkan kanak-kanak, seperti kanak-kanak tidak diabaikan, menimbulkan perpaduan dan lahir rasa citra dan kerjasama di dalam perlindungan kanak-kanak, tidak mengabaikan hak kanak-kanak, sering mendengar dan memberi peluang kepada mereka.

Kerja sama dari kanak-kanak

Maksud tersebut adalah sama-sama bersatu, berfikir, bantu membantu, menerima pandangan orang lain, yakin dengan kebulihan diri, bermuafakat, sering belajar, berkongsi pandangan.

Panduan bagi pengurusan masyarakat

Panduan bagi pengurusan masyarakat, untuk mencegah dan menangani masalah kanak-kanak dan anak muda, aitu menciptakan system oleh orang yang berdekatan, menambahkan kegiatan, menyesuaikan alam sekitar dalam masyarakat, system kesihatan yang bersih, memberi kasih saying, manjaga kesatuan dan perpaduan, tidak mengabaikan, mencontohi bagi kanak-kanak.

อ่านข่าวภาษาไทย

โต๊ะอิหม่ามชอบใจ 7ชุมชนเริ่มออกแบบกลไกคุ้มครองเด็ก ตั้งเป้า 2 ปีเกิดชุมชนต้นแบบ