DR.EMMA LESLEI “BERUNDING DALAMAN LEBIH SUKAR TETAPI MENGAJA PERPADUAN SANGAT PENTING DALAM PROSES DAMAI”

Dr.Emma Leslie membuka tiga nasihat MILF kepada KNU di Myanmar. Tigasnya berunding dalaman lebih sukar. Tetapi menjaga perpaduan sangat penting dalam proses damai. Proses damai di Asia Tenggara sangan mencabar. Tetapi ada harapan. Tegas niat dalam politik sangat penting.Tetapi jika rakyat tidak mau dengan proses damai tidaka akan berkekalan- Ucap Utama beliau dalam PNC2017.

Dr.Emma Leslie adalah salah seorang wanita dalam 1,000 orang yang dinamakan untuk merebut hadian Nobel dalam bidang kedamaian pada 2005. Tajuk Ucap Utama beliau sebagai Pengarah Pusat Kajian Kedamaian Dan Konflik di Kamoucha ialah “Kepimpinan Niat Dalam Politik dan EQ–Pengetahuan Kumpulan Bersenjata di Asian Tenggara”

Beliau berucap dalam Persidangan Antarabangsa “Perubahan Politik Tidak Mengguna Keganasan dan Komunikasi Transformasi dalam Konflik (PNC2017)”   pada 24 Januari 2017 di Fakulti Sains Komunikasi, Prince of Songkla Universiti, Kampus Pattani (PSU Pattani).  

Tiga Nasihat MILF Kepada KNU

Kata Dr.Emma bahawa ketua rundingan damai MILF (Selatan Filipina) pernah berbincang dan tukar pengalaman dengan kumpulan KNU (Kumpulan Bersenjata Karen Menentang Myanmar) dalam tiga perkara penting.

Pertama adalah apabila kita fikir kita sudah sedia, maka anggaplah kita belum sedia. Maka buat pesiapan lebih lengkap lagi. Perkata penting ialah setiap kali hendak berunding dengan lawan kita mesti mengkaji dan melatih membangun membina strategi tambah kemahiran dan mesti bersiap sedia lebih daripada sebelum ini.

Kedua ialah mesti menjaga peraturan ketenteeraan. Lebih-lebih lagi selepas menanda tangani gencatan senjata. Disiplin dalam tentera mesti di jaga. Khasnya ketua-ketua mesti mengawal orang bawahan dengan baik. Gencatan senjata bukan bererti menyerah kalah. Tetapi ia sebagai membina keyakinan bahawa proses damai mesti diteruskan. Yang penting ialah apabila sudah menanda tangani mesti yakin bahawa rakyat bersama dengan kita.

Berundingan Pihak Sendiri(dalaman:penterjemah) Lebih Sukar-Menjaga Perpaduan Amat Penting Dalam Proses Damai

Perkara ketiga ialah berundingan dengan pihak lawan dikatakan sukar, tetapi berundingan kumpulan bersenajata sendiri lebih sukar lagi. Tetapi menjaga perpaduan adalah perkara yang sangat penting dalam proses damai.

Kemudian KNU menerima cara tersebut untuk dipakai. Dengan berusaha membina perpaduan antara satu sama lain. Membuat persiapan, tekun dalam menjaga disiplin tentera. Dan tidak ada anggapan bahawa proses damai sebagai racun dan membahayakan. Dengan mempelajari konflik daripada satu kawasan lain ia boleh menukar pengalaman kepada satu lagi kawasan yang berkonflik.

Persaingan Damai Oleh Mediator Gergasi Di Dunia

Dr.Emma berkata arus dan cabaran –cabaran dalam proses damai di dunia bahawa proses damai yang berlaku selalu adanya mediator oleh Negara gergasi. Pada masa yang sama terdapat persaingan antara badan-badan antarabangsa di peringkat dunia dan rautau yang selaku sebagai Broker (orang tengah).

Tambah Dr.Emma lagi bahawa selain daripa itu, terdapat juga persaingan di kalangan NGO-NGO. Termasuk juga anggapan bahawa dapat meguruskan konflik dalam tempek masa pendik.  Dengan menitik berat kepada cara lama yang ada hanya dua pihak dan orang tengah sahaja dalam mengurus konflik. Dan proses damai yang berada atas tekanan ego perseorangan atau kepentingan politik mereka.

Di Asia Adalah Satu Cabaran Tetapi Ada Harapan

“tetapi sesetengah kawasan di Asia ada nampak perbezaan, ada pengubahsuaian kedua  pihak , pihak kerajaan dan kumpulan bersenjata. Ada sokongan daripada kedua pihak termasuk membina mikanisma proses damai yang komprehensif dan fleksibel, yang tidak bergantung kepada mana-mana satu kumpulan sahaja. Dan ada pendamai dari dalaman sendiri. Dalam hal ini, ia akan menyumbang secara positif kepada proses damai. Di Asia dianggap sebagai kawasan  mencabar, tetapi juga ada harapan."  Kata Dr.Emma.

Kesungguhan  Politik Adalah Penting

Dr.Emma menekan bahawa kesungguhan politik adalah penting apabila mengguna cara politik. Pada akhirnya terdapat banyak kali proses ini memberi kepercayaan dan membawa kepada rundingan. Tetapi cabarannya adalah bagaimana untuk mengekalkan kesungguhan politik ini.

“dalam proses ini menjaga talian kepimpinan ketenteraan amat penting dalam dimensi kempimpinan kedua-dua pihak, dari segi ketenteraan perlu bertindak mengikut persetujuan daripada dua-dua pihak, supaya ia tidak menjejaskan proses damai, seperti satu pempoh kedua-dua pihak kerajaan Filipina dan MILF mencerobohi persetujuan gencatan senjata” kata Dr. Emma.

Jika Rakyat Tidak Mahu Proses Damai Tidak Akan Berkekalan

Beliau meilhat bahawa rakyat mesti dapat mengawal proses. Seperti juga dengan persetujuan di atas meja mestilah untuk rakyat. Jika rakyat tidak mahu, maka proses damai itu tidak akan berkekalan. Dan tiada kesan apa-apa seperti mana yang pernah berlaku di Kolumbia.

Contoh MILF di Mindanao

MILF di Mindanao (Selatan Filipina) sebagai contoh yang dikongsikan oleh Dr.Emma bahawa Berjaya secara positif kerana mendapat menamatkan hati rakyat. Dan satu perkara lagi adalah satu kreatif dalam kes Mindanao. Iaitu adanya Institutisi Kepimpinan dan Pengurusan Bangsa Moro yang di tubuh sejak 5 tahun sebelum ditandangani persetujuan. Ia bertujuan untuk MILF boleh terus mara kehadepan.

 Tuntut Untuk Semua Bukan Hanya Bangsa Moro Muslim

Dr.Emma menghurai bahawa berkenaan Bangsa Moro perkara yang sangat jelas dan di guna secara keseluruhan ialah terdapat mikanisma daripada kerjasama dari semua pihak. Dan tidak mengguna hanya seorang pendamai sahaja. Pada masa yang sama kerja mereka mendapat sokongan penuh daripada rakyat.

“tuntutan yang berlaku untuk semua Bangsa Moro bukan hanya untuk Moro Muslim dalam kawasan sahaja. Demikian pergerakan seperti ini akan mendapat sokongan daripada semua penduduk dari setiap kawasan” Kata Dr.Emma.

Bersungguh Terhadap Isu Dan Fleksibel Kepada Rakyat

Dr.Emma berkata lagi membina keyakinan adalah perkara yang sangan diperlukan. Tidak kecuali antara pihak lawan atau dengan pihak sendiri. Walau ia perkara yang sukar sekali pun. Proses damai mesti menjadi proses damai yang berpusatkan rakyat.

Tegas beliau dalam perkara ini bahawa “mempunyai kesungguhan terhadap isu dan fleksibel kepada orang rama”

Dr.Emma menambahkan lagi bahawa dalam proses damai pemimpin juga penting. Seperti MILF dan kerajaan Filipina dengan adanya Malaysia sebaga orang tengah. Dengan keupayaan dan kebijaksaknaan dan tanpa perasaan ego sebagai orang tengah yang jujur adalah membantu proses damai maju kehadepan.

Nampak Kemajuan Proses Damai Di Asia

Sebagai mengakhiri ucapan Dr.Emma berkata bahawa Rantau Asia ini dianggap sebagai satu kemajuan dalam proses damai di merata-rata kawasan. Walau masih ada lagi di beberapa kawasan yang masih terus ke hedepan. Tetapi kita masih ada perkara yang harus kita mempelajari lagi. Iaitu bagaimana untuk kita mengaplikasi persetujuan dengan sungguh-sungguh. Dan melihat usaha yang sebenar dalam memerangi struktur keganasan di rantau ini. Dan cuba untuk mengguna semua bahagian untuk menguruskan konflik dengan cara politik.

Dr.Emma mengakhiri dengan puisi senagai kesimpulan maknanya, Jika mahukan keamanan, Jika anda yakin kepada Tuhan, Jika yakin kepada hamba Tuhan, Tika tiada perasan ego dan Jika kita bersua muka untuk berbincang, maka kita akan melihat harapan kedamaian.

 

อ่านข่าวภาษาไทย

ดร.เอมม่า เลสลี่ย์“เจรจาฝ่ายตัวเองยากกว่า แต่รักษาความเป็นหนึ่งจำเป็นในกระบวนการสันติภาพ”

Ucap Utama “Chao Harn Yawnghwe” Myanmar Harus Mengubah Medan Perang Kepada Medan Politik

PSU Pattani Anjur Persidangan Antarabangsa PNC