‘SAVE THE CHILDREN’ BANTU MODAL 10 PERTUBUHAN UNUK PROJEK KANAK-KANAK MENYOKONG KEDAMAIAN

Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Save the Children memperkenalkan 10 pertubuhan menerima sumbangan modal dari Persatuan Eropah. Modal tersebut untuk menjalankan projek kanak-kanak dan komuniti dalam menguatkan kedamaian di selatan Thailand dalam tempoh 2 tahun. Dengan berharapan badan sivil masyarakat memahami dan berpotensi dalam melindungi hak kanak-kanak dan belia. Memberi sokongan kepada penglibatan kanak-kanak dan belia dengan komuniti dan pihak kerajaan. Tegas Gabenor Wilayah bimbang terhadap perlaksanaan tugas pertubuhan antarabangsa.


Pada 8 Februari 2017 di Hotel Park View Resort Pattani, Pertubuhan Bantuan Kanak-Kanak (Save The Children) dengan kerjasama Yayasan Untuk Membangun Kanak-Kanak di bawah sokongan Persatuan Eropah (EU). Memperkenalkan badan sivil masyarakat di Selatan yang dibiayai oleh program ini dengan penyertaan kanak-kanak dan masyarakat untuk menyokong dan menggalakkan proses kedamaian di wilayah selatan (Local Engagement untuk menyokong Peace: LAEP). Terdapat 10 organisasi yang lulus di pilih.

Ini adalah sumbangan modal yang disalurkan oleh Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak kepada badan sivil masyarakat yang berkerja dalam bidang kanak-kanak dan belia di selatan Thailand. Untuk menjalankan kegiatan memperkukuhkan potensi kanak-kanak dan belia. Sekali gus mencari jalan melindungi kanak-kanak dan belia dalam kawasan konflik. Sumbangan yang disalurkan sebanyak 30,000-50,000 Euro dalam tempoh 2 tahun.

10 Projek Oleh 10 Pertubuhan Sivil Masyarakat

Kesemua 10 pertubuhan dan projek yang mendapat kelulusan seperti berikut;

1.Projek : Mekanisme pengawasan  masalah dalam masyarakat, dengan penyertaan kanak-kanak. Oleh Pusat Penyelarasan Akademik Bantuan Kepada Mangsa Terjejas dari Pergolakan di Wilayah Selatan.

2.Projek : Proses Pembelajaran Dan Penglibatan Kanak-kanak di sekolah menengah untuk mengukuhkan proses damai di wilayah sempadan. Oleh Pusat koordinasi Rangkaian sivil masyarakat Narathiwat.

3.Projek : Kanun kesihatan Kanak-kanak  dan Belia untuk Proses Damai. Oleh Majlis Kesihatan Kanak-kanak

4.Projek : Mengukuhkan Pembangunan Masyarakat Model Untuk Mewujudkan Zon keselamatan untuk anak yatim dan penyertaan belia yang kurang bernasib baik ke arah keamanan yang berkekalan. Yayasan Nusanta Untuk hak Kemanusian Dan Pembangunan.

5.Projek : Peningkatan Penyertaan, Membina Rakan Kongsi Kedamaian Dewan Pelajar Tiga wilayah selatan. Persatuan Kanak-Kanak dan Belia untuk Kedamaian Selatan.

6.Projek : ANAK Bhumi, Yayasan untuk Penyembuhan dan Perdamaian Sempadan Selatan.

7.Project : Komunikasi Hak Kanak-kanak dalam kawasan konflik di Patani/Selatan. Madrasah Kewartawanan Selatan (DSJ).

8.Projek : Street Soccer, oleh Saiburi Looker.

9.Projek : Menggalakkan seni dan budaya untuk mewujudkan syurga kepada kanak-kanak dan mewujudkan zon budaya keamanan, Persatuan Kebudayaan Pan Wong Duan

10.Projek : Mengukuhkan  anak yatim, kanak-kanak miskin dan persekitaran yang sesuai untuk kebahagiaan kanak-kanak, Persatuan Alumni Volunteer Siswazah University Songkla Nakharin.

Dengan Harapan Badan Sivil Masyarakat Memahami Hak Kanak-Kanak Dan Belia

Kim Koch, Pengarah Pertubuhan Bantu Kanak-Kanak di Thailand mengucap tahniah kepada 10 pertubuhan yang dipilih oleh Ahli Jawatankuasan Projek. AJK tersebut terdiri daripada wakil Pejabat Pembangunan Masyarakat Dan Keteguhan Manusia Tiga Wilayah (Pattani, Yala dan Narathiwat), ahli akademik tempatan, wakil badan sivil masyarakat dan profesional dalam bidang Pengurusan Projek penyertaan Dan perlindungan kanak-kanak.

Kim Koch berkata pertubuhan membantu kanak-kanak percaya bahawa semua kanak-kanak mesti mendapat perlindungan. Khususnya hak kanak-kanak 4 perkara iaitu 1)hak untuk hidup 2) hak untuk mendapat kemajuan 3)hak untuk menda[at perlindungan 4) hak dalam mengambil bahagian. Dengan berharapan bahawa projek yang lulus akan memberi faedah ketara kepada kanak-kanak dalam kawasan.

Puan Kanokwan Moratsathian, dari Yayasan Untuk Pembangunan Kanak-kanak adalah salah satu Ahli Jawatankuasa (AJK) yang menentukan arah tuju selaku badan yang akan mempertimbangkan memilih projek. Iaitu syarat-syarat dalam memilih projek bahawa percampuran isi kandungan, penglibatan kanak-kanak, bagaimana polisi pertubuhan dalam melindungi kanak-kanak, pengurusan projek dan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam kawasan supaya melahirkan daya tahan. Bertujuan membina masa depan yang cerah kepada jenarasi baru dalam kawasan.

Mengukuhkan Potensi Badan Sivil Masyarakat Dalam Melindungi Hak Kanak-kanak Dan Belia

Puan Thidarat Thananan, Ketua Penyelaras Pertubuhan Bantu Kanak-Kanak Bahagian Selatan (Pattani) berkata pertubuhan membantu kanak-kanak berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada badan sivil masyarakat tempatan supaya mempunyai pengetahuan berkenaan dengan hak kanak-kanak dan belia. Supaya setiap pertubuhan menggariskan dasar badan masing-masing dalam melindungi hak kanak-kanak dan belia. Dengan harapan jika pertubuhan sivil masyarakat berkerja tentang hak kanak-kanak dan belia lebih meluas. Kemungkinan adanya polisi berkenaan dengan hak kanak-kanak dan belia di kawasan ini.

“tujuan yang paling tinggi bagi pertubuhan menbantu kanak-kanak akan menyalurkan bantuan kepada badan sivil masyarakat ialah supaya meperkukuhkan dalam membina potensi badan sivil masyarakat tempatan termasuk juga supaya menyokong penglibatan kanak-kanak dan belia dengan komuniti dan boleh kerjasama dengan kerajaan” kata Thidarat. 

Gabenor Wilayah Bimbang Perlaksaan Tugas Oleh Pertubuhan Antarabangsa

En Phongthep Khaimuk, Timbalan Gabenor Wilayah Pattani berkata hasil daripada bercakap dengan Mr Kim beliau rasa bimbang dalam mengambil tindakan susulan terhadap projek oleh kerana pertubuhan antarabangsa. Walau bagaimana pun, Gabenor Pattani menyampaikan 4 perkara iaitu 1) mesti jujur dalam kerja 2) mempunyai kesungguhan dalam kerja 3) mesti telus dalam kerja 4) mesti kerja dengan cepat mengikut perancangan oleh kerana projek tersebut kanak-kanak dan belia dalam kawasan mestilah mendapat faedah.

“projek ini mempunyai kesenambungan dengan ajenda Pattani 12 perkara khasnya dalam memberi bantuan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) , pesakit diraja dan selain itu ia juga memberi respon terhadap projek Buat Baik Untuk Pattani Kita” kata En Phongthep.

อ่านข่าวภาษาไทย

Save the Children มอบทุนให้ 10 องค์กร ทำโครงการเด็กเพื่อหนุนเสริมสันติวิธีในชายแดนใต้