Guna Program Islami Sebagai Wadah Membina Pemuda Dan Jadi Contoh Kepada Negara-negara Lain

Pattani-Islam selalu dikaitkan dengan keganasan di mana-mana ketika ini. Khasnya di kalangan anak-anak muda yang sering diperalatkan untuk menjayakan satu-satu matlamat.Tidak kira di Malaysia, Indonesia dan juga di selatan Thailand.

Bak pepatah “Jenerasi muda hari ini adalah pemimpin masa akan datang” “..Pemuda Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara..”

Oleh demikian untuk mengelak daripada anak-anak muda di selatan Thailand terjebak dan di rekrut untuk menjadi militant oleh mana-mana pihak tertentu atau kumpulan pelampau maka pihak kerajaan Thailand khasnya tentera yang bertugas di selatan Thailand mengadakan program-program Islami kepada golongan muda khasnya dan masyakarat umum.

Lawatan Habib Ali Zeanal Abidin Al-Kaff pendakwah muda dan terkenal dari Indonesia salah satu usaha pihak Thailand dalam menagani masalah keganasan di selatan Thailand dengan pendekatan program Islami.

Lawatan pada kali ini bermula 24 April dan tamat 28 April.

Pada 25 April, Habib Ali sempat melawat projek Jalanan Baru yang agihkan oleh pihak tentera. Ia adalah  satu projek rawatan pemuda yang mengambil dadah dengan guna pendekatan Islam yang terletak di Kem Sirinthorn, Pattani. Dan memberi ceramah kepada 500 orang pemuda dan pelajar-pelajar sekolah pondok. Selain itu, solat hajat untuk kedamaian dan kesejahteraan selatan Thailand turut diadakan.

“Jenarasi muda bagaimana yang sering saya katakan bahawa jika jenerasi muda bagus semua akan jadi bagus.Kerana kalau anak muda mereka yang muda mereka melakukan ketaatan kepada Allah subhanahuwataala mereka yang  tua akan ikut kepada anak muda itu sudah umum sunnatullah bagitu..ketika jenarasi tua melihat anak mudanya bersemagat maka mereka pun akan ikut semagat” Kata Habib Ali.

Tambah beliau lagi yang paling penting ialah anak-anak muda harus di ajar di didik dengan sejarah baginda Rasullullah (SW)

“jadi yang penting kenalkan kepada anak muda siapa itu rasullulah jangan sampai mereka kenal Rasullah dari orang luar sehingga mereka tidak tahu hakikat Rasullah bagaimana baca sejarah Rasullah (SW).Zaman sekarang murah sekali hari nyawa manusia buat bom di sini sudah ribuan orang meninggal dunia ,mereka menganggap diri mereka oranmg baik hingga orang lain orang yang tidak baik..jadi yang paling penting ialah bagaimana kita merasa diri kita orang yang tidak lebih baik daripada orang lain hingga kita menafikan sikap rasullullah..” Ujar beliau.

Dalam pandangan beliau kedamaian yang sebenar ialah kembali kepada Rasullah bagaimana Rasullah berperang. Dan Islam itu sendiri adalah damai, aman dan sejahtera.

“Islam agama yang salam agama yang damai daripada nama yang kita sebut bahawa agama Islam adalah agama yang damai..jadi misalnya bahawa agama Islam agama yang keras sedikit-sedikit bom ke sana ke mari maka agama Islam Rasullulah (SW) bebas daripada itu mereka tidak ikut campur agama Islam saya ingin katakana bahawasanya Rasullah (SW) bermuamalat dengan orang kafir sekali pun apa lagi dengan orang Muslim yang salah jalan ajak mereka dakwah mereka. Kita berdakwah apa dakwah berertinya orang yang mengajak kepada kebaikan ..mengajak bukan mengatakan eh kau salah, kau sesat kita mengajak ke jalan yang baik..” Kata Habib Ali pendakwah muda.

Beliau juga setuju dengan program-program yang dijalankan oleh kerajaan Thailand dan ia patut di jadi contoh kepada Negara lain.

“ya benar mereka menjadikan program Islami mereka  jadikan sebagai wadah bagaimana masyarakat Islam yang ada di sini menjadi benar..dan ini yang patut kita jadi contoh di Negara-negara yang lain”

อ่านข่าวภาษาไทย

ฮาบีบ อาลี ผู้สืบเชื้อสายนบีมูฮัมหมัดจากอินโดฯ ชื่นชมไทยใช้หลักศาสนาแก้ปัญหาเยาวชน