2,000 Pasang Baju Raya Akan Diserahkan Kepada Anak Yatim Dan Miskin

Yayasan Untuk Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Insan telah menjalakan projek baju raya untuk anak yatim dan miskin di selatan Thailand.

Pada tahun ini 2,000 pasang baju raya. Bertujuan agar anak yatim dan miskin tersenyum gembira dan bahagia pada hari raya. Menyeru kepada semua yang ingin derma dengan satu pasang hanya 300 bath sahaja.

Encik Ismail Salleh, Pengarah Yayasan Untuk Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Insan yang terletak di daerah Muang Yala berkata Ramadan tahun ini Yayasan telah bersiap sedia untuk serah baju raya kepada anak-anak yatim dan miskin sebanyak 2,000 orang.

Setiap tahun yayasan telah menjalankan projek seperti ini pada bulan Ramadan al-Mubarak. “hasil daripada turun ke padang untuk bertemu dengan ramai anak-anak yatim dan miskin yang belum ada baju raya untuk di pakai pada hari raya akan datang. dengan sebab itu mereka muram tidak ceria dan gembira seperti budak-budak lain.

“oleh demikian projek ini bertujuan untuk membina kebahagiaan dan senyuman pada anak-anak yatim dan miskin pada hari raya nanti” Kata Ismail.

Kata Ismail lagi pelaksanaan projek yang dijalankan yayasan ialah menerima derma dan sedekah daripada sesiapa yang ingin membuat kebajikan. Mereka boleh masukkan wang ke dalam akaun bank KTB cawangan Yala dengan nama ชื่อบัญชี “กองทุนซะกาตและการกุศล” No Akaun 909-059460-4 dan Bank Islam , Cawangan Yala nama ชื่อบัญชี “กองทุนซะกาตและการกุศล” No akaun 581-1-42406-8. Atau boleh derma secara langsung di pejabat Yayasan terletak di no.108/1 jalan Sirorot , Mukim Sateng, Daerah Muang, wilayah Yala, no telipon 073-222889 sepasang dengan harga 300 bath.

Tambah Ismail lagi jumlah derma yang diterima pada 25 April 2017 ialah 176 pasang baju berjumlah 52,800 bath. Masing perlu lagi 1,824 pasang baju berjumlah 547,200 bath.

Dalam proses awal pihak Yayasan akan mengukur saiz baju mengikut saiz masing supaya ia dapat di pakai oleh pemilik baju.

Jadual ukur baju raya untuk anak-anak yatim dan miskin 2017 seperti berikut;

Wilayah Yala pusingan 1 pada 13 April 2017 pada jam 1-4 petang di pejabat Yayasan. Pusingan 2 pada 7 Mei 2017 jam 1-4 petang di pejabat Yayasan.

Wilayah Pattani Pusingan 1 pada 14 April 2017 jam 2-4 petang dan pusingan ke2 pada 30 April 2017 pada jam 09-12 pagi. Bertempat di Rumah Haji Sulung, daerah Muang Pattani.

Wilayah Narathiwat Pusingan 1 pada 13 Mei 2017 pada jam 09-12 pagi dan pusingan ke2 pada 20 Mei 2017 pada jam 1.30-4 petang. Bertempat di Pusat Penyelarasan Yayasan , mukim Yingo, wilayah Narathiwat.

Wilayah Songkla Pada 1 Mei 2017 pada jam 10-12 pagi bertempat di pusat penyelarasan Yayasan no.85 tempat 4 Mukim Lamplai, derah Thepa, Songkla.