Kereta Yang Di Pasang Bom Di Samun Dan Pemiliknya Belum Tahu Nasib dan Masih Belum Dijumpai

Polis Mengesah Kereta Yang Di Pasang Bom Di Samun Dan Pemiliknya Belum Tahu Nasib dan Masih Belum Dijumpai

Pattani-10 May 2017-Dalam surat rasmi dari Pejabat Gabenor wilayah Pattani En.Wiranan Chanpen berkata jumlah mangsa yang cedera dalam dua letupan di pasaraya BigC Pattani petang semalam meningkat 69 orang terdiri daripada 21 orang lelaki, 40 perempuan, seorang budak lelaki dan 7 budak perempuan. Semua mangsa adalah orang awam yang sedang membeli belah dan pekerja di pasaraya tersebut.

Tiga daripada mereka masih kriktikal termasuk seorang kanak-kanak perempuan. Kini ketiga-tiga di hantar ke hospital Universiti Songkla Nakharin Hatyai. 22 orang sudah pulang dan 16 lagi masih di rawat di hospital Pattani.

Dalam perkembangan terkini Left.Jen. Piyawat Nakwanik, Komander Tentera Bahagian Ke-4 berkata ketika mesyuarat tertempar di Pattani bersama pegawai keselamatan selepas berlaku insiden tersebut bahawa kereta yang di guna dalam letupan adalah milik Nai Nuson Khajondam penduduk wilayah Yala yang bekerja  menjual kemah.

Selepas berlaku letupan polis menyerbu ke rumah pemilik kereta tersebut dan bertemu dengan isteri Nuson. Isterinya mencerita bahawa sehari sebelum berlaku letupan bom suami mendapat panggilan untuk memasang kemah di sebuah masjid di Pattani.

Suaminya keluar dari rumah pada jam 10 pagi (09 Mei) dan selepas itu tiada dapat menghubungi suaminya lagi.

Tambah isteri Nuson lagi dia dapat tahu bahawa kereta suami di pasang bom melalui laporan media dan terkejut dengan perkara yang berlaku.

Pagi ini pegawai forensic dan pemusnah bom mesih menyiasat di tempat kejadian bom untuk mencari bukti yang boleh mengheret saspek yang terlibat dengan insiden tersebut ke muka pengadilan.

Walau bagaimana pun petugas media tidak di benar memasuki lokasi kejadian hanya bertugas di luar pagar sahaja.

Susulan daripada insiden tersebut UNICEF telah mengutut kejadian tersebut yang mengcederakan orang awam. Sampai kini belum lagi ada pihak yang keluar mengaku bertanggungjawab atas serang tersebut.

อ่านข่าวภาษาไทย

ด่วน เกิดเหตุคาร์บอมบ์ห้างบิ๊กซีปัตตานี เบื้องต้นบาดเจ็บ 67 ราย ไม่มีผู้เสียชีวิต