Konsul Jeneral Malaysia di Songkla menyerah Al-Quran Braille kepada pertubuhan orang buta Muslim

Majlis berbuka puasa serta menghulur sumbangan duit raya dan penyerahan Al-Quran Braille  kali ini kepada anak-anak yatim dan pertubuhan orang-orang buta Muslim Songkla diadalah kediaman Konsul Jeneral Malaysia di Songkla Mohd Afandi Abu Bakar.

 

Program kali ini adalah merupakan Program Ihya Ramadan siri kedua tahun 2017. Di mana siri pertama telah diadakan pada 12 Jun 2017 di Yayasan Haji Sulong Pattani yang dianjurkan bersama Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Mansia Wilayah Selatan Thailand.

 

Majlis dihadiri 30 orang anak-anak yatim dan 10 orang wakil dari Persatuan Orang-orang Buta Muslim Wilayah Songkla. Selaian itu ada juga beberapa orang mualaf dari bagian Utara Thailand turut mendapat sumbangan pada kali ini.

 

“Kami juga mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim tetapi juga untuk menyerahkan Al-Quran Brell kepada Pertubuan Orang-orang Buta Muslim Songkla. Diharapkan program pada hari ini bukan sahaja kepada konsulat tetapi juga kepada anak-anak yatim terutamanya kepada pertubuhan orang-orang buta Muslim di Songkla” kata Mohd Afandi Abu Bakar

 

Tambah  Konsul Jeneral Malaysia di Songkla lagi sebelum ini kita melibatkan sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim di wilayah di selatan Thailand terutamanya untuk anak-anak yatim di Narathiwat, Yala, Pattani, Songkla dan Satun.

 

“Pada tahun ini juga kita telah menyerahkan sumbangan Yayasan Pendidikan dan Sumber Manusia di Selatan Thailand bagi tujuan yang sama. Kami menyeru kepada mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di selatan Thailand dan juga ibu-ibu tunggal untuk sekolah-sekolah madrasah dan tahfiz untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi menyerikan lagi sambutan Aidul-Fitri mereka pada tahun ini” Ujar Mohd Afandi.

Bagi Noppadol Seyan mualaf dari wilayah Chiang Rai pula berharap majlis seperti diteruskan setiap tahun.

 

“saya gembira kerana dapat duit raya ..tahun depan diminta diadakan lagi ..saya memeluk Islam ketika saya kecil-kecil lagi..” kata Noppadol.