SELATAN THAI MURAM KEHILANGAN SEORANG PENJANA KEDAMAIAN

“Wan Ahamad adalah aktivis yang berkhidmat kepada masyarakat dan membantu orang-orang susah dan pencipta jenerasi pencinta kedamaian” Pol.Kol.Thawee Sodsong

Wan Ahmad Awan Kecik 53 tahun atau lebih dikenali dikalangan jenerasi muda “Abae Mat Media” Pengarah Stesen Radio Media Selatan. Sebagai stesen radio komuniti terkenal di selatan Thailand dengan rancangan DUNIA HARI INI. Beliau meninggal dunia pada jam 03.15 pagi (11 Jul 2017) di rumah kelahirannya di Kg Pakaharang, Muang Pattani selepas menghidapi penyakit kenser usur sejak tiga tahun lepas.

“kita mesti meneruskan kerja kedamaian supaya mencapai hasilnya , jenerasi baru harus menyambung perjuangan Baemat walau pun Baemat sudah tiada lagi” kata-kata Baemat ketika beliau terbaring di katil kepada penulis.

Jenazah beliau di solat solat pada jam 3 petang di Masjid Nurul Ihsan, Kg Pakaharang dengan lebih 1000 orang jamaah. Dan jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Tok Ayah , Chabang Tiga, Pattani bersama para Suntan Patani dan wira tanah air.

Wan Ahmad adalah seorang tokoh Patani atau selatan Thailand yang dikenali dengan juru hebah radio yang berpengalaman dengan ilmu pengetahuan dan guru bagi radio bahasa Melayu yang berperanan dalam memajukan Radio Bahasa Melayu tempatan.

Pada tahun 2013 beliau telah revolusi siaran radio kepada Two Way Communication” melalui siara DUNIA HARI INI yang telah menwarna warni siaran radio tersebut dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.Dan telah membina satu perubahan baru berkenaan dengan proses damai.

Baemat juga terkenal sebagai pengacara radio kedamaian yang membuka ruang komunikasi sebagai jalan pilihan kepada tempatan. Paling serius apabila beliau mengudarakan suara Hasan Tayib dan Left.Jen.Paradol Pattanathabut dua aktor utama dalam proses damai pada 2013.

Beliau selalu bercakap bahawa tujuan komunikasi yang penting dalam kaawasan ialah mesti menjadi ruang tengah kepada semua pihak yang berkepetingan untuk membawa kedamaian yang berkekalan kepada wilayah selatan. Dan kedamaian yang selaras dengan konteks kawasan dan ingin menjadi sebahagian daripada membina kefahaman kepada semua pihak.

Tiga hari sebelum meninggal dunia Kol.Pol. Thawee Sodsong , Penasihat Perdana Menteri dan bekas Setiausaha Agong SBPAC sempat melawat beliau selepas merasmikan kedai kopi INDAH COFFEE HOUSE di Chabang Tiga, Pattani. Al-Fatihah

อ่านข่าวภาษาไทย

ชายแดนใต้เศร้า สูญเสีย นักสร้างสันติภาพ แบมะ MEDIA SELATAN ด้วยวัย 53 ปี

มะเร็งคร่าชีวิต“แวหามะ แวกือจิก”ผู้สร้างสนามการสื่อสารสันติภาพปาตานี/ชายแดนใต้