NSC Melapor Dasar Pembangunan Wilayah Selatan Tegas CSO Mesti Bersama Membina Kedamaian

En.Pornchat Boonnak , Wakil Khas Kerajaan merasmikan mesyuarat menjelaskan Dasar Pentadbiran Dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan Tahun 2017-2019. Beliau menegas bahawa jantung utama dasar ialah memahami kedudukan dalam budaya majmuk. Dan mengambil berat penyelesaian masalah konflik dengan cara damai. Memberi kepetingan terhadap cara hidup dan kehidupan rakyat. Dan menjelaskan bahawa kerajaan telah menetapkan penyelesaian masalah selatan sebagai ajenda Negara secara bersambungan dan mesti adanya strategi untuk menampung dasar tersebut.

En.Pornchart ketika menjelaskan Dasar Pentadbiran Dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan kepada pertubuhan bukan kerajaan dan sivil masyarakat di hotel Hansa JB, Hatyai, wilayah Songkla pada 4 Julai lepas. Bahawa dalam menetapkan dasar ini telah memberi keutamaan khasnya kepada badan bukan kerajaan. Kerana ia menjadi proses penting dalam penyelesaian masalah yang menjadi arus dunia semasa.

Khasnya dasar yang memberi keutamaan terhadap masyarakat majmuk dan penyelesaian masalah dengan cara damai. Kata beliau lagi bahawa Dasar Pentadbiran Dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan adalah dasar yang mempunyai kesenambungan daripada jilid pertama sejak tahun 1978.

Dan dasar tersebut sentiasa berubah khasnya pemajuan dasar pada tahun 1988 ketika En Phichai Rattanapon dan Jiraporn Boonnak adalah sebahagian penting dalam memulihkan pembaharuan penyelesaian masalah konflik selatan dengan cara damai.

Pejabat Majlis Keselamatan Negara (NSC) telah mempelajari panduan dalam melaksanakan tugas dengan rakyat , pemimpin agama dalam kawasan. Bagi rang dasar yang terkini En. Pornchart berkata bahawa menitik berat kerjasama daripada semua pihak mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah. Khasnya badan-badan bukan kerajaan yang menjadi bahagian penting dalam perubahan terhadap arus dunia semasa.

Dalam pelaksanaan dasar perlu kepada koloberasi daripada semua pihak. Kita boleh lihat dalam rang dasar ini terdapat saranan ajenda wanita selatan di tulis dalam dasar NSC pada beberapa perkara.

“tahun ini kita melaporkan terhadap pertubuhan bukan kerajaan yang mana pada akhir bulan Februari laporan yang telah diadakan di bahagian pusat tidak melapor kepada badan bukan kerajaan dan sebelum ini lebih 200 sektor kerajaan NSC telah mendengar laporan tersebut. NSC telah mencetak Dasar Pentadbiran Dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan 2017-2019 dalam 4 bahasa lima tulisan untuk memberi penjelasan dan fahaman dan mendekati semua pihak” kata En.Pornchart.

Kerajaan Sangat-sangat Komitmen dan Mesti Berkesenambungan Kata Pornchart lagi pimpinan kerajaan oleh Jen.Prawit Wongsuwang, Timbalan Perdana Menteri telah memberi penekanan bahawa kerajaan berkomitmen tinggi dalam menyelesaikan masalah selatan kepada lima perkara utama.

Pertama penyelesaian masalah selatan sebagai ajenda Negara. Kedua pelaksanaan dasar mesti berterusan. Ketiga badan dan sector kerajaan yang terlibabit mesti membuat strategi dalam setiap bidang untuk menampung dasar. Keempat pelaksanaan pentadbiran supaya selaras dengan kehendak rakyat tempatan. Dan kelima kerajaan mempunyai mikanism dalam menyelesaikan masalah selatan dengan melantik wakil khas kerajaan yang akan menyokong kerajaan dalam mempercepatkan dan tepat dengan kehendak rakyat.

Sivil Masyarakat Tegur Masalah Lama Belum Diselesaikan

Mansor Salleh, Timbalan Ketua Sivil Masyarakat Selatan telah mencerminkan kepada majlis mesyuarat berkenaan dengan dasar bahawa kerajaan harus memngkali semula pelaksanaan yang telah lepas bahawa adakah ia dapat menyelesaikan masalah atau tidak. Khasnya terhadap pembangunan, membina proses penglibatan dan sumbangan bajet kepada rakyat dalam beberapa bentuk.

Abdul Aziz Tade-in telah mengambarkan bahawa sebahagian penyelesaian masalah yang belum tercapai ialah kerana pelaku kesalahan belum mendapat hukuman sewajarnya.

Saudara Rusdi Bakok pula bertanya dalam majlis mesyuarat bahawa sivil masyarakat tidak ada bahagian dalam mengrangkan dasar. Dan menentut supaya menubuhkan semula dewan penasihat SBPAC yang telah dibekukan. Kerana ia adalah mikanism penting dalam mentadbir dan memaju selatan.

Wakil UNICEF sebagai pertubuhan antarabangsa telah mengambarkan bahawa kanak-kanak adalah kumpulan yang tidak berdosa masih ada ruang dalam melahirkan masalah. Masih belum ada makulamat dan pampasan yang tepat.

Muhammad Ayub Pathan , Ketua Dewan Sivil Masyarakat pula berkata kerajaan mesti melaksanakan dasar kelima tercapat matlamat. Dan memberi jaminan kesenambungan proses rundingan damai wilayah selatan agar menjadi realiti. Termasuk komunikasi proses rundingan damai yang melibatkan semua pihak terhadap proses tersebut. Kerana ia sebagai factor utama dalam melahirkan kedamaian tempatan yang hakiki.

 

อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง

สมช.แจงนโยบายพัฒนาชายแดนใต้ ย้ำประชาสังคมต้องร่วมสร้างสันติภาพ