Eklusif ‘Zubaidah Dollah’ Selepas Mahkamah Menolak Rayuan Islam Burapha “Satu-satunya Cara Undang-undang Kita Berjuang”

Selepas Mahkamah Sivil menolak rayuan supaya kembalikan tanah kepada sekolah kata Zubaidah Dollah Pengarah Sekolah Islam Bhurapa “satu-satunya cara undang-undang yang kita berjuang kerana tidak ingin melihat pelajar berkeliaran keluar dari sekolah seperti satu ketika dahulu”.

Temuramah eklusif ini berlaku selepas Mahkamah membaca rayuan kes dengan mengembalikan tanah milik sekolah Islam Bhurapa pada 6 Julai 2017 lepas. Kes bermula apabila Mahkamah rendah membaca kes dengan merampas tanah milik sekolah terbabit menjadi milik kerajaan atas tuduhan terlibat dengan kumpulan pembebasan Patani.

Kata Zubaidah mahkamah telah membaca ketuputusan secara pendik bahawa supaya mengembalikan tanah kepada sekolah setelah mendengar bacaan kes tersebut rasa gembira dan bersukur kepada tuhan kerana menerima doa dan solat hajat kami.

“kita menunggu bahawa apakah pendakwaraya kan memfailkan petisyen dalam tempoh 30 hari atau tidak jika tidak memfailkan petisyen maka kes akan tamat dan kami berdoa agar ia tamat di sini” kata Zubaidah

Tambah Zubaidah lagi pada bulan Julai tahun lepas selepas mahkamah sivil membaca kes dengan merampas tanah milik sekolah terbabit terdapat beberapa pihak menunjuk kebimbangan bahawa pihak sekolah tidak akan membuat rayuan. Dan telah membincang dengan beberapa pihak jika tidak membuat rayuan 300 orang pelajar dan 20 ahli keluarga serta guru-guru dan petugas yang lain 50 orang akan ke mana dan bagaimana nasib mereka nanti. Dengan demikian kami tetap berjuang kerana tiada cara lain lagi yang boleh kita lakukan kecuali melaui undang-undang.

“saat ini kami berharapan bahawa dengan cara undang-undang sahaja kami boleh berjuang maka kami membuat rayuan kerana kami tidak ingin melihat pelajar-pelajar berkeliaran keluar daripada sekolah ini seperti satu ketika dahulu” kata Zubaidah.

Dan tambahnya lagi “kami mesti ada cita-cita keadilan tetap ada jika kita melakukan perkara yang baik dan niat baik , khidmat untuk masyarakat dan orang ramai..kerana ini bukan harta peribadi tetapi ia adalah tanah waqaf harta masyarakat niat baik satu hari kebenaran akan lahir..ini lah yang menjadi semangat dalam perjuangan dalam proses keadilan sepanjang masa” tegas Pengarah sekolah.

Mahkamah Sivil Membaca Rayuan Menolak Kes Mengembalikan Tanah Kepada Sekolah Islam Bhurapa

Ajensi berita BENARNEWS melaporkan pendedahan En.Poncharas Ramruai , peguam kes sekolah Islam Bhurapa bahawa pada 6 Julai 2017 lepas Mahkamah Sivil Rachada Bangkok telah membaca kes rayuan telah menolah kes di Mahkamah Sivil yang mana Mahkamah Rendah membaca kes dengan merampas tanah milik sekolah Islam Bhurapa , wilayah Narathiwat agar menjadi milik kerajaan. Kerana dipercayai sebahagian kawasan sekolah di guna dalam menyokong gerakan pembebasan Patani pada tanggal bulan Julai tahun sebelum ini.

“pada hari ini mahkamah telah mengarah supaya mengembalikan dua keping tanah bersama harta lain-lain iaitu tanah geran no.27227 dan 27228 yang menjadi tapak sekolah Islam Bhurapa sementara ini tunggu 30 hari lagi supaya pengadu akan membuat patesyen di Mahkamah Tinggi atau tidak” Kata Poncharas Ramruai , Penguam Kes Sekolah Islam Bhurapa berkata kepada BENARNEWS.

Sekolah Islam Bhurapa atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Pondok Spom terletak di Kg Banmai tempat 5 , mukim Kaluwo Nuae, daerah Muang, Wilayah Narathiwat. Pernah di arah supaya tutup pada kali pertama pada tahun 2012 selepas pegawai keselamatan berjaya menahan Matnasir Ya pakar bom daripada kumpulan gerakan bersama enam orang rakan di sebuah rumah usang berdekatan dengan kawasan sekolah terbabit. Selain itu pegawai menemui alat-alat dan bahan bom buatan sendiri.

Hasil daripada tankapan tersebut bersama alat-alat tersebut menyebabkan pegawai percaya bahawa sekolah terbabit sebagai tempat dan pusat pemeroses bom buatan sendiri untuk di hantar ke merata kawasan di tiga wilayah selatan. Dan pihak keselamatan telah melapor hal tersebut kepada En Karan Supakitwilekhan Gebenor Wilayah Narathiwat pada masa itu. Dan beliau menanda tangani supaya menggantungkan lesen Yayasan Addirasat Alislamiah sebagai pemilik tanah dan menutup kegiatan sekolah Islam Bhurapa.

Pada era Pol.Kol.Thawee Sodsong sebagai Setiausaha Agong Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) telah membuka supaya sekolah ini kembali bergiat sekali lagi.

“hari ini mahkmah membaca kes pemecatan dan mengembalikan tanah kepada sekolah Islam Bhurapa rasa sangat terharu , kami berjuang bukan ingin menang tetapi hanya ingin kepada keadilan..hari ini boleh dikatakan kami sudah dapat keadilan..walau bagaimana pun kena tunggu adakah ada petensyen atau tidak selepas ini” kata Zubaidah Dollah , Pengarah Sekolah Islam Bhurapa kepada BENARNEWS.

En.Poncharash tambahnya lagi bahawa pada asalnya tanah tersebut adalah milik ayah kepada Muhammad Husen Matso kemudian Muhammad Husen membahagikan tanah tersebut kepada 4 keping. Dua keeping pertama menjadi tapak pembinaan sekolah, keeping ketiga di beri kepada Muhammad Husen Matso dan kepingkeempat wakaf bina masjid. Bagi kesalahan dari segi undang-undang Mahkamah jenayah telah membaca kes pemecatan defendan pada bulan November 2012. Dengan alasan pengarah sekolah Islam Bhurapa tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas disebabkan penangkapan Manasir Ya dan rakan-rakan yang dikaitkan dengan kes keganasan di sebuah rumah usang yang terletak berhampiran dengan sekolah terbabit.

Kini sekolah Islam Bhurapa masih buka mengajar di peringkat 1 hingga 6 ada pelajar 346 orang dan guru 50 orang.

Bagi peguam Busaba Chimplikanon, peguam wanita di bawah Jaringan Sukarelawan Keadilan Alternatif pula berkata hasil daripada keputasan mahkamah sivil hari ini adalah satu perkara positif bagi kanak-kanak dan petugas pendidikan di sekolah terbabit walau pun kena tunggu patesyen di mahkaman tinggi dan yakin bahawa kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik.

“sampai sekarang sekolah Islma Bhurapa masih buka seperti biasa ada pelajar-pelajar dari tempatan datang belajar kerajaan nak rampas atau tidak nilainya sama ..hal ini sama dengan sekolah Jihad Witaya tetapi sekolah Jihad Witaya tidak buat rayuan” kata Busaba.

Bagi kes sekolah Jihad Witaya pada akhir tahun 2015 Mahkamah Sivil di Pattani telah mengarah merampas tanah dan sekolah Jihad Witaya menjadi milik kerajaan. Kerana di guna sebagai tempat melatih pemberontak pemisah yang mana pewaris sekolah tidak membuat rayuan mengikut masa yang di tetapkan iaitu pada awal tahun 2016.

Kemudian kerajaan dan komuniti telah mengubah menjadi Pusat Pembelajaran supaya boleh di guna faedah kepada jalan yang betul tetapi jika merampas sekolah ia satu perkara yang boleh mempercepatkan keganasan mengikut ucapan seorang penolong ketua tentera bahagian ke -4 pada masa itu.

อ่านข่าวภาษาไทย

เปิดใจ‘ซูไบดะห์ ดอเลาะ’หลังยกฟ้องอุทธรณ์อิสลามบูรพา “ในหนทางกฎหมายเท่านั้นที่เราสู้ได้”