500 Ahli Akadimik Dari 40 Buah Negara Akan Berbincang Pendekatan Islam Menggerak Hidup Bersama Secara Aman

Kolej Pengajian Islam, Universiti Songkla Nakharin, Kampus Pattani (PSU.Pattani) akan mengadakan Seminar Antarabangsa ke-4 dalam tajuk “Pendidikan Islam sebagai Angkatan Mengemudi Dalam Hidup Bersama Secara Aman Dan Membangun” (Islamic Education as a Driving Force For a Peaceful Coexistence and Development). Konferen akan dihadiri lebih 500 orang dari 40 buah Negara di seluruh dunia. Ia akan diisi dengan turun ke padang untuk melihat cara hidup Muslim di Narathiwat.

Pada 19 Julai 2017 lepas sidang media diadakan di Kolej Pengajian, PSU .Pattani yang dihadiri oleh Asst.Prof. Dr.Chusak Limsakul Canselor PSU, Prof.Dr. Kanok Wongtrangan Penasihat Pengarah Kolej Pengajian Islam PSU.Pattani, Dr.Yusof Talib Pengarah Kolej Pengajian Islam dan Asst.Prof.Imjit Lertpongsombat , Timbalan Canselor PSU.Pattani menghadiri sidang media tersebut.

Konferen antarabangsa ke-4 akan diadakan antara 24-26 Julai 2017 di Kolej Pengajian Islam, PSU.Pattani dan akan dirasmikan oleh Penasihat DiRaja Jen.Surayuth Chulanon. Asst.Prof.Dr.Chusak berkata bahawa susulan daripad 3 kali seminar antarabangsa yang telah lepas.

Kali pertama pada tahun 2010 terdapat ahli akadimik dari 16 buah Negara telah menentukan “Diklarasi Pattani”. Seminar kali ke-2 diadakan pada tahun 2012 telah mengangkatan taraf kolej pengajian lebih maju kepada antarabangsa yang selaras dengan dasar kerajaan Thailand sebagai pusat penidikan Asian. Sambil memaju potensi belian Muslim dan menjana masayarakat aman dan perpaduan secara berkekalan di selatan.

Seminar Antarabangsa Pengajian Islan ke-3 diadakan pada 2014 telah menetapkan Kolej Pengajian Islam sebagai institusi pendidikan yang mantap dalam perkhidmatan kepada masyarakat. Termasuk kepada pelajar, mahasiswa tidak kecuali pensyarah. Bertujuan mereka boleh memahami cara hidup Muslim Wasatiah yang boleh menyekat perkara yang tidak diingini dan dapat membina keamanan dan kesejaheraan kepada tempatan.

Hasil daripada ketiga-tiga kali seminar antarabangsa pengajian Islam yang telah lepas Kolej Pengajian Islam telah mengambil konsep, prinsip dan kaedah-kaedah untuk menyambungkan projek seminara antarabangsa pengajian Islam ke-4 dalam tajuk “Pendidikan Islam sebagai Angkatan Mengemudi Dalam Hidup Bersama Secara Aman Dan Membangun”. Bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama ilimiah, penyelidikan dan penukaran pensyarah, tenaga kerja dan mahasiswa. Untuk menjadi pentas dalam pertukran pengetahuan, pandangan dan pengalaman antara ahli akadimik pengajian Islam dan pemimpin Islam untuk membina jaringan dalam bidang pengajian Islam di peringkat Asian dan dunia. Dan semoga masyarakat menitik berat terhadap nilai-nilai Islam membawa ummah kepada perpaduan dan berdamai serta hidup bersama dalam masyarakat majmuk.

Prof.Dr.Kanok berkata hasil daripada tiga kali seminara antarabangsa pengajian Islam yang telag lepas terdirinya sebuah sekolah Demonstrasi Pengajian Islam, PSU.Pattani. Sistem pendidikan yang menumpukan kepada kecemerlangan dalam integrasi matematik dan sains Islam. Dan memberi keutamaan kepada pembangunan moral pelajar untuk menjadi Muslim yang baik berdisiplin mengikut ajaran Islam.

Selain itu telah menubuh Pusat Ujian dan pembangunan Bahasa Arab Untuk Pengajian Islam sebagai pilot projek untuk menyelesaikan masalah dan memajukan standard bahasa Arab kepada pelajar pengajian Islam seluruh Thailand. Melantikkan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pengajian Islam (ISCC). Terdiri daripada kumpulan kerja untuk menentukan arah Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam. Projek Jaringan Pengajian Islam Antarabangsa –IISN. Bertujuan untuk menukar mahasiswa, staf antara univeriti-universiti seperti universiti di Turky, United Arab Emirates (UAE),Jordan, Brunei, Malaysia dan Indonesia dan lain-lain.

Prof.Dr.Kanok berkata lagi penubuhan Pusat Pembangunan Suber Manusia dalam bidang Islam (ATSDC), penubuhan Pusat Data Pegurusan Maklumat Islam (iCenter) untuk menjadi pusat pegurusan system pemeriksaan kesahehan ilmiah pengajian Islam dan menyebar maklumat kepada pelajar, mahasiswa dan orang awam dapat menerima perkhidmatan tersebut. Menubuh pusat kajian aplikasi ajaran Islam Wasatiah dalam masyarakat majmuk untuk menjadi panduan hidup bersama secara aman atas dasar hormat menghormati perbezaan dan kepelbagaian identiti. Dam projek pembangunan ekonomi komuniti (SEED).Sebagai satu pembangunan ekonomi komuniti yang semua pihak mengambil saham dan bertanggjawab bersama dalam masyarakat.

Kini sudah 37 buah Negara yang telah respon untuk hadir seminar seperti Bahrain, Brunei, Malaysia, Indonesia, Oman, Pakistan, India, Qatar, Saudi Arabia, USA , Thailand sebagai tuan rumah dan laian-lagi lagi.

Kata Dr.Yusuf lagi selaian daripada dalam seminar lebih 40 kertas kerja akan di bentang yang berkaitan dengan tajuk Pendidikan Islam sebagai Angkatan Mengemudi Dalam Hidup Bersama Secara Aman Dan Membangun.

“jadual yang menarik untuk seminar antarabangsa kali ini ialah peserta akan turun ke padang untuk mempelajari cara hidup Muslim di Thailand.Kali pertama kita bawa peserta melihat Muslim di Phuket, kali ke-2 kita membawa mereka melihat cara hidup Muslim di Chiang Mai dan kali ke-3 kita bawa mereka ke Ayuthaya.Pada kali ini kita akan bawa mereka meninjau kehidupan Muslim di wilayah Narathiwat, mengziarah Masjid Telok Manak, Pusat nAl-Quran lama, ziarah Majlis Agama Islam Narathiwat, dan juga mempelajari projek ekonomi kecil di Kg Hutan Tua sebagai ekonomi sederhana ,teguh dan berkekalan” kata Dr.Yosuf.

 

อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง

นักวิชาการมุสลิม 500 คนจาก 40 ประเทศ ระดมสมองใช้การศึกษาอิสลามขับเคลื่อนการอยู่ร่วมกันอย่างสันติ