8,833 Orang Umat Islam Dari Thailand Akan Menunai Fardhu Haji Pada Tahun 2017

Narathiwat (24 Julai 2017): Syarikat Penerbangan Thai Airway akan membawa lebih 8,000 orang umat Islam dari Thailand untuk menunaikan Fardhu Haji Rukun Islam kelima di tanah suci Mekah, Saudi Arabia pada tahun 2017/1438H.

Di dewan serba guna lapangan terbang Narathiwat majlis perasmian menghantar dan doa selamat kepada umat Islam di wilayah selatan Thai yang akan berangkat ke tanah suci Makatulmukaramah bermula hari ini sebagai perlepasan jemaah haji pertama dari Thailand dengan shutter flight syarikat penerbangan Thai Airway dari Narathiwat ke Kota Madinah.

Majlis dirasmikan oleh YB Suthi Makboon, Timbalan Menteri Dalam Negeri, majlis turut raikan oleh En Sittichai Sakda, Gabenor Wilayah Narathiwat, Dr.Ismail Ali wakil dari Pejabat Sheikul Islam Thailand dan pembesar-pembesar dari tiga wilayah selatan.

Doa selamat dibaca oleh ustaz Safei bin Abdullah, Ketua Majlis Agama Islam wilayah Narathiwat.

YB Suthi Makboon berkata pada tahun ini terdapat 8,833 orang umat Islam dari Thailand akan menunaikan Fardhu Haji bersama dengan 3 juta umat Islam dari seluruh dunia.

Hari ini dua penerbangan sebagai penerbangan pertama dari wilayah Narathiwat yang membawa 586 orang jemaah haji dari Narathiwat menuju Kota Madinah.

Pernerbang pertama berlepas dari Narathiwat pada jam 11.30 pagi waktu tempatan dan akan tiba pada jam 5 pagi waktu tempatan. Manakala penerbangan kedua berlepas dari Narathiwat pada jam 2.45 petang dan akan tiba di Madinah pada jam 10 malam waktu tempatan.

Esok (25 Julai) dua penerbangan lagi yang akan berlepas dari Narathiwat yang membawa 567 orang jemaah haji jumlah semua 1,153 orang yang berlepas dari Narathiwat.

“ibadat haji adalah penyatuan umat Islam yang terbesar dalam sejarah manusia. kerajaan Thailand telah memberi sokongan sepanjang musim haji supaya umat Islam di negara ini mendapat kemudahan, selamat dalam menunaikan fardhu haji dengan penuh yakin” kata En Sittichai Sakda Gebenor Wilayah Narathiwat ketika berucap pada majlis perasmian.

Pada tahun ini terdapat 31 Penerbangan Shutter Flight dari syarikat Penerbangan Thai Airway dari empat lapangan terbang utama iatu 9 shuter flihtg dari Suwannabhumi, 4 shutter flight dari Narathiwat, 2 shutter flight dari Krabi dan 16 shutter fligth dari Hatyai.

อ่านข่าวภาษาไทย

การบินไทยจัด 31 เที่ยวบินพิเศษ นำผู้แสวงบุญไทยไปประกอบพิธีฮัจย์ รวม 8,833 คน