Islam Bukan Agama Yang Mengangcam Kedamaian Dunia –Jen Surayuth Chulanon

Pattani (25 Julai 2017) 500 ahli akadimik dari 37 buah negara antaranya Bahrin, Brunei, Malaysia, Indonesia, Oman, Pakistan, India, Qatar, Saudi Arabia, Amerika Syarikat, Jordan, Libya, China, Sudan, Timor Leste, Thailand sebagai tuan rumah dan laian-lain lagi menyertai Seminar Pengajian Islam Antarabangsa Ke-4 di Kolej Pengajian Islam, Universiti Songkla Nakharin, Kampus Pattani (PSU.Pattani) Selatan Thailand.

Seminar diadakan pada 24-26 Julai 2017 dengan tajuk “Pendidikan Islam sebagai Angkatan Mengemudi Dalam Hidup Bersama Secara Aman Dan Membangun” (Islamic Education as a Driving Force for a Peaceful Coexistence and Development).

Seminar kali ini dirasmikan oleh Penasihat DiRaja Jen.Surayuth Chulanon matan Perdana Menteri Thailand. Turut meraikan perasmian ialah Prof.Dr.Koutoub Moustapha Sano Minister in the President Office and Diplomatic Adviser President of Republic of Guinea, Prof.Dr.Mustapha Foudil Representative from Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Dr.Sheikh Ahmed Bin Hamed Jilan Penasihat Setiausa Agong Muslim World League (MWL), En Wiranan Penjan Gabenor Wilayah Pattani dan pembesar-pembesar pegawai kerajaan tempatan.

Seminar tiga hari yang diadakan bertujuan menjadi pentas dalam pertukran pengetahuan, pandangan dan pengalaman antara ahli akadimik pengajian Islam dan pemimpin Islam untuk membina jaringan dalam bidang pengajian Islam di peringkat Asian dan dunia. Dan semoga masyarakat menitik berat terhadap nilai-nilai Islam membawa ummah kepada perpaduan dan berdamai serta hidup bersama dalam masyarakat majmuk.

Kata Jen Surayuth bahawa pengancaman kepada kedamaian dunia bukan Islam tetapi keganasan yang lahir daripada sifat tidak menerima perbezaan antara satu sama yang lain. Dan ia lahir daripada propaganda yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sebanar.

Dr.Ahmed bin Hamad Jilan Penasihat Setiausaha General of Muslim World League (MWL) berkata kejahatan yang lahir dalam masyarakat akan membawa kemusnahan dan tidak akan lahir hidup aman dalam satu-satu masyarakat fahaman pelampau yang berlaku dalam masyarakat akan membawa kepada kemusnahan masyarakat tersebut.

“kekuatan ketenteraan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah keganasan dalam masyarakat kadang kala keganasan tidak perlu dalam menyelesaikan satu-satu masalah tetapi mungubah fikiran dengan kebenaran adalah amat penting” kata Dr.Ahmed

Dr.Ahmed juga yakin bahawa Thailand adalah sebuah Negara yang aman dan harmoni boleh dicontohi oleh masyarakat dunia.

“Thailand adalah sebuah negara yang aman damai pada masa akan datang mungkin Pattani dan Thailand yang diduduki oleh umat Islam akan dijadikan contoh masyarakat madani kepada masyarakat dunia”

อ่านข่าวภาษาไทย และข่าวที่เกี่ยวข้อง

องคมนตรีเปิดเวทีวิชาการที่ปัตตานี ย้ำความคิดสุดโต่งไม่สอดคล้องกับอิสลาม ต้องร่วมกันขับเคลื่อนสันติภาพ

รวมคำแถลงนักวิชาการโลกมุสลิมที่ปัตตานี ย้ำการศึกษาจะทำให้ทุกสังคมสงบสุขและสมานฉันท์

500 Ahli Akadimik Dari 40 Buah Negara Akan Berbincang Pendekatan Islam Menggerak Hidup Bersama Secara Aman