TENTERA TEMBAK ORANG AWAM DI LUAR KAWALAN SEDIA MEMBAYAR PAMPASAN –TENTERA

“kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan disebabkan waktu malam dan ada tembak menembak walau bagaimana pun, saya akan bertanggungjawab semua dan akan menjaga segala-galanya mengikut prinsip kemanusiaan”. Ketua Tentera Bahagian Ke-4.

Pattani (30 Julai 2017) Laft.Jen.Piyawat Nakwanich Ketua Tentera Bahagian Ke-4 Dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Ke-4 bersama Maj.Jen.Chatuporn Kalampasut Ketua Tentera Task Force Pattani melawat mangsa yang cedera di tembak oleh tentera yang kini sedang di rawat di hospital Pattani Chek Yara Awae 57 tahun. Mangsa di tembak oleh tentera pada 28 Julai 2017 lepas ketika mereka beranam dalam perjalanan dengan sebuah kereta pick up yang dipandu oleh anak lelaki Usman Kalaesa 27 tahun. Mereka dalam perjalanan pulang dari Yala ke Kampong Kerasak, Mayo. Kata tentera pada masa itu berlaku pertempuran dengan kumpulan bersenjata menyebabkan tentera salah faham bahawa kereta yang dinaiki Chekyara adalah kereta saspek sehingga mereka melepaskan tembakan ke aras kereta tersebut.

Ketua Tentera mengziarah mangsa dan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku sambil berkomunikasi membina kefahaman kepada ahli keluarga mangsa. Selain itu beliau juga menyerah wang pampasan dan barang-barang keperluan kepada Usman. Manakala mangsa yang cedera kini dalam keadaan selamat dan makin pulih.

“kejadian yang berlaku di luar kawalan kami akan bertanggjawab atas segala-galanya termasuk pekerjaan dan situasi ketika itu semua boleh berlaku dan semua tentera yang bertugas bertindak dengan baik khas penggunaan senjata tetapi apabila ia berlaku mesti ada perubahan plan pelaksanaan baru supaya ia tidak berlaku lagi..pelantikan satu ahli jawatankuasa khas untuk siasatan tidak perlu lagi kerana kita sudah mengaku salah dan telah berbincang dengan ahli keluarga semua memahami situasi yang berlaku” kata Left.Jen.Piyawat

Walau bagaimana pun semua tentera yang bertugas pada hari tersebut mesti di panggil dan disoal siasat hakikat sebenar yang berlaku. Dari segi undang-undang diminta ia diteruskan. Dan tentera sedia untuk membayar pampasan dan bantuan pekerjaan mangsa.

อ่านข่าวภาษาไทย

แม่ทัพบอกทหารยิงชาวบ้านเหตุสุดวิสัย พร้อมชดใช้