Melancarkan "Glosari Dan Transformasi Konflik" Mengaitkan Pengetahuan Dengan Praktikal

Pusat Kolaberatif Sumber Kedamaian (Peace Resource Collaborative Centre) atau PRC melancarkan buku "glosari dengan transformasi konflik" mengaitkan pengetahuan dengan tindakan: 20 teori dan praktikal” Yayasan Berghof yang ditapis daripada pengalaman 40 tahun di kawasan konflik. ..negara Thai kehilangan idea-idea abstrak untuk memahami masalah ini. Sedangkan perkara yang utama yang harus di bincang ialah akar umbi konflik. Buku yang pihak bertelingkahan dan CSO mesti membacanya. Disebabkan beberapa perkara sedang dipertikaikan dalam kawasan. Seperti apakah itu perdamaian. Penunjuk trend peranan pembinaan perdamaian dunia telah di transfer lebih kapada peringkat bawahan.

DOWNLOAD

Pelancarkan buku "glosari dengan transformasi konflik"

Pada 15 Disember 2016 lepas Pusat Kolaberatif Sumber Kedamaian (Peace Resource Collaborative Centre) telah mengadakan pelancaran dan kritik buku "glosari dengan transformasi konflik: 20 teori dan praktikal”| di Fakulti Kemanusiaan dan Kemasyarajatan, Prince of Songkla University, Pattani Campas (PSU Pattani). Buku di kritik oleh Pakkawadee Wirapakpong - penterjemah bebas, Prof.Dr.Chaiyan Rachakul – tokoh dari jabatan Sains Politik dan Kemasyarakatan University Payao, Romdon Panjor –Editor Pusat Pemantauan Situasi Konflik Sekatan (DWS) dan Dr.Ghainee Sho.Boonpan sebagai moderator.

Buku ini diterjemahkan oleh Pakkawadee Wirapakpong yang berasal dari bahasa Engeris yang diterbit oleh Yayasan Berghof, Germani dengan nama Berghof Glossary on Conflict Transformation 20 notion for theory and practice. Ia sebagai kerjasama daripada 8 badan jaringan. Iaitu Pusat Berita untuk Kedamaian-University Thammasat, Deep South Watch, Pusat Kajian Kedamaian dan Konflik-Chula Longkorn University, Pusat Penyelidikan Konflik dan Pelbagai Budaya Selatan-PSU Pattani, Institut Pengajian Kedamaian –PSU Hatyai, Institut Hak Asasi Manusia Dan Pengajian Kedamaian –University Mahidol, Pejabat Kedamaian dan Good Governance- Institut King Prajadhipok dan Yayasan Berghof.

Tapis Dari 20 Ideal Daripada 40 Tahun Pengalaman Dalam Kawasan Konflik

Yayasan Berghof berkata dalam buku tersebut bahawa buku glosari ini mengandungi 20 perkataan penting. Ahli Jawatan Kuasa (AJK) memilih daripada asas pengalaman dalam pelaksanaan kerja di lapangan dalam kawasan konflik sepanjang 40 tahun. Dan dipersembahkan dalam susunan abjad (Bahasa English). Bertujuan untuk menambahkan kefahaman terhadap perkataan tersebut. Dan menunjuk kepada soalan penting yang mesti di cari dalam kajian seterusnya.

Bagi 20 perkataan tersebut yang terdapat dalam buku ini terdiri (Bahasa Thai) (1) Konflik (2) Pencegahan konflik, Pengurusan konflik, Penyelesaian konflik (3) Transformasi, teori konflik, aktor. (4) Dialog (5) Maruah dan kepercayaan (6) Dana dan penerima dana (7) Penambahan kuasa (8) Facilitation, Pendamai dan rundingan (9) jantina (10) kedamaian dan membina kedamaian. (11) Penyelidikan mengenai kedamaian dan transformasi konflik (12) Sokongan orang ramai terhadap kedamaian (13) Menyediakan pendidikan kedamaian – prinsip (14) Menyediakan pendidikan kedamaian – cara (15) Sokongan kedamaian (16) Amalan kajian renungan: pemantauan. Penilaian dan Pembelajaran (17) Keamanan (18) Sistem transformasi konflik (19) Keadilan peralihan dan berurusan dengan masa lalu dan (20) Keganasan dan tidak mengguna keganasan.

Pakawadee Wirapakpong penjermah buku tersebut berkata pada asalnya respon kepada menterjemahkan buku ini datangnya dari minat pada pergerakan rakyat. Masyarakat Thai sering menyekat kumpulan minoriti atau penduduk yang terpinggir keluar. Masalahnya ialah konflik di wilayah selatan Thailand. Bagaimana kah supaya masyarakat Thailand membuka luas dan menerima kepelbagaian rakyat. Secara umum ialah menguhurai konsep transformasi konflik. Ia sangat berbeza dengan pemahaman asal rakyat Thailand yang menganggap bahawa konflik dapat dimenteraikan atau diuruskan dengan cepat tanpa melihat kepada akar umbi masalah yang sebenar. Tetapi transformasi konflik menitik berat kepada peranan mereka yang berada dalam keadaan konflik supaya mereka mengambil bahagian dalam tugas. Dan bukan secara menindih supaya orang berdiam diri. Tetapi konsep keritikan supaya nampak akan akar umbi masalah yang sebanar. Termasuk dinamik konflik yang mana mereka yang bertugas mesti menyesuaikan diri dengan keadaan perubahan tersebut.

Tegas Pakawadee lagi bahawa konsep menterjemahkan buku ini olehnya ialah menarik pembaca kepada pernterjemahan lebih daripada menarik buku yang diterjemah kepada pembaca. Ertinya penterjemahan ini tidak bergantung kepada makna bahasa Thai sebagai utama. Tetapi beliau berpendapat mesti mengekalkan istilah asal (bahasa asing) atau mengekalkan jatidiri buku asing. Oleh kerana tugas penterjemah ialah tolak keluar pembaca daripada sempadan bahasa ibunda sendiri. Bukan menjadikan semua sebagai orang Thai. Dengan cara itu, ia akan menjadikan pandangan kita lebih luas. Walau pun buku ini isi kandungan sebagai abstrak dan sukar untuk dibaca. Tetapi konsep yang dihuraikan dalam buku ini, ia adalah masalah besar dan perlu untuk memahami konteks dan teori yang mencukupi.

Penterjemah buku ini berkata lagi bahawa Yayasan Berghof yang mencetakkan buku ini dengan nekad supaya aktor yang bertugas dalam kawasan konflik membacanya secara khas lebih daripada orang awam secara umum. Jika beliau memudahkan dalam bahasa Thai ia akan kehilangan apa yang ingin disampaikan dalam manuskrip. Beliau mahu mengekalkan konsep-konsep abstrak tersebut. Kerana masalahnya masyarakat Thailand kekurangan idea abstrak untuk memahami masalah tersebut. Oleh demikian abstrak asas tersebut perlu menjelaskannyas semula.

Perkara Penting Adalah Bercakap Tentang Punca Akar Umbi Konflik

Pakawadee berpendat bahawa apa yang buku ingin menyampaikan ialah untuk melihat apa yang dilihat secara negatif oleh konflik dengan pandangan yang positif. Masyarakat Thai ingin kepada kesejahteraan. Dan apabila berlaku konflik ingin menindihnya. Terlebih dahulu mesti bersabar dan berdiam diri. Tetapi konsep buku ini bahasa kita memberi kepentingan kepada punca akar umbi konflik dengan bersungguh-sungguh.

“perkara yang menarik adalah kadang-kadang konflik yang berlaku mungkin tidak ada akar umbi seperti mana yang difahamkan, kadang-kadang mungkin ia berlaku konflik sebagai sikap tidak puas hati antara kumpulan etnik, tapi akar umbi sebenar mungkin tertakluk kepada hal lain, mungkin kemiskinan, Perebutan sumber , Ketidaksamaan dan sebagainya" kata Pakawadee.

Petunjuk Cahaya Ilmu Dan Pengalaman

Chaiyan Rachakul, tokoh di Jabatan Pengajian Sains Politik dan Kemanusiaan, Universiti Payao berkata buku ini mengumpulan 20 jantung perkataan yang sering di guna di kalangan pendidikan kedamaian. Ia sebagai separuh kamus.Ia memberi makna terhadap satu-satu kalimah yang pendek dan karang (essay) yang tarik huraian perkataan tersebut. Lebih menarik adalah tulisan yang lembut dan sangat merendah diri. Sebaliknya ia seakan sama dengan semakan semula konsep yang ditafsirkan oleh orang lain. Dan bagaimanakah hujah mereka adalah lebih baik, sama dengan semakan semula kesusasteraan am. Buku ini cuba untuk membentangkan penjelasan yang berbeza dan menambah anatara satu sama yang lain.

Chaiyan berkata lagi sebagai buku yang diterjemahkan dan memberi tumpuan kepada huraian konsep, maka ia menjadi buku yang sukar untuk membaca. Walaupun ia bertujuan untuk di baca oleh pembaca umum sekali pun. Tetapi kita mesti mengakui bahawa tidak ada buka terjemahan mana-mana yang terbaik dan paling lengkap. Apa yang penting ialah bahawa apakah yang akan diperolehi oleh pembaca dari buku ini. Ia ingin menyampaikan dengan tanpa memegang ia sebagai kitab yang perlu di pegang teguh. Tetapi mesti berfikir dan membuat bandingan dengan buku-buku lain juga.

“menasihat dalam membaca buku ini dengan cuba kita buat imbasan isi kandungan tersebut adakah ia boleh menyuluh atau memberi cahaya apa kepada kita?. Dengan pengalaman diri kita sendiri apakah kita boleh menyuluh atau menyinar terang kepada buku ini? Untuk kita lihat batasan buku ini. Dan ini telah membantu kita untuk melihat batasan diri sendiri juga”.

Chaiyan berkata sebagai penutup pembicaraan bahawa untuk mencapai kedamaian, ia bukan persetujuan antara bos besar. Ia lahir daripada penanda tangani kedamaian. Tetapi kedamaian yang lahir daripada pengalaman penduduk di peringkat asas. Perkara penting ia bergantung kepada orang ramai sebagai massa. Atau peperangan ia berada dalam jiwa manusia. Oleh itu, kedamaian bermula dari ketenangan jiwa manusia bukan jiwa siapa-siapa seseorang tetapi jiwa orang ramai. Ini adalah kedamaian. Kedamaian sering diperbahaskan bidang akademik bahawa kedamaian adalah hal aman damai tanpa peperangan. Oleh itu kedamaian bukan keadaan ketiadaan perang, ia mesti mempunyai lebih banyak daripada itu. Buku ini merendahkan diri. Dengan mencadangkan bahawa kedamaian itu bukan satu keadaan kondesi yang tetap. Tetapi adalah “proses bagi keganasan berkurangan dan keadilan bertambah jelas” (muka surat 105, klik baca di sini).

Campuran Teori dan Praktikal

Ramadan Panjor, Editor Pusat Pemantauan Situasi Selatan (DSW) berkata jika menganggap dirinya sebagai dua orang dan membaca buku ini. Orang pertama ialah anggota BRN yang masih muda. Dan seorang lagi adalah pegawai yang menolong kerja staf di ISOC ke-4 bahagian hadepan. Didapati kedua-dua orang tersebut mempunyai pandangan terhadap buku tersebut agar sama. Iaitu mereka akan melihat sebagai teori sahaja. Ia berbeza dengan apa yang mereka praktik atau bertindak sebenar dalam peperangan yang mengorbankan jiwa raga. Bertujuan mencapaikan matlamat yang baik. Setiap orang mempunyai perbezaan masing-masing. Dan satu perkara lagi mereka berpendapat yang seimbang ialah ini adalah idea barat. Bagi anggota BRN, mereka berpendapat yang bertentangan bahawa tiada bukti yang dirojakkan daripada Islam. Sedangkan jika dalam pandangan pegawai ISOC pula mempunyai pandangan yang berbeza. Dan terkhir yang kedua-dua orang berpendapat yang sama ialah buku ini sukar di baca.

Romdon berkata lagi bahawa sebenarnya bahasa yang di guna dalam buku ini boleh dipanggilkan bahasa strategi.Oleh demikian bukan perkara aneh jika ia sukar di baca. Kerana ia disatukan daripada semua pembahasan dan pengalaman. Kemudian di tapis dan diperkecilkan menjadi ayat yang pendek dan padat. Apabila diterjemahkan kepada Bahasa Thai maka kita menemui terhadnya. Iaitu Bahasa Thai itu sendiri masih kekurangan konsep dalam menghuraikan perkara tersebut.Tambah Romdon lagi, walau bagaimana pun mereka yang tinggal dalam kawasan konflik patut sekali membaca buku ini. Dan perlu kepada lebih banyak pembahasan. Kerana orang yang tenggelam dalam konflik selalunya tidak akan nampak jalan penyelesaian masalah. Yang pentingnya ialah pengetahuan tersebut adalah perkara baru. Khasnya bagaimana hendak meunjukan bahawa peranan dalam membina kedamaian sedikit demi sedikit ditukar dari pihak kerajaan atau UN pada masa silam kepada rakyat yang bertambah banyak lagi pada kebelakangan ini.

“buku ini sebagai peneroka jalan yang berkenaan dengan membina kedamaian yang bercerita dan tepat isi kandungan melalui pembahasan di kalangan ahli teori dan praktikal”

Editor Pusat Pemantauan Situasi Selatan berkata lagi buku ini juga satu usaha menggabungkan teori dengan praktikal. Ini adalah konsep penting dalam bidang penyelidikan kedamaian. Kita dapat melihat sesetengah konsep itu datangnya daripada pengalaman yang diperaktik di lapangan. Sesetengah teori dan konsep perlu diubah apabila melalui kajian dan semakan. Ia selalu menemui perkara baharu.Oleh demikian Ia tidak menghairankan sesetengah konsep dikeritik. Khasnya di akhir-akhir buku ini didapati banyak pembahasannya. Kerana kebiasaan teori dan peraktikal harus selaras. Seperti bercakap berkenaan dengan massa yang menyokong kedamaian. Kajian kedamaian atau perubahan sistem konflik semua perkataan tersebut datangnya daripada praktikal.

“seperti apabila sudah praktikal maka kembali untuk menghiasinya diperbahas , ubahsuai teori apabila sudah mendapat idea baru maka sekali lagi kembali kepada praktikal”

Masalah “Perdamaian” di Lapagang

Romdon berkata lagi bahawa berkenaan dengan konteks wilayah Selatan memahami makna istilah tersebut sangat penting. Kerana konsep yang menjadi pembahasan berkenaan proses rundingan damai di kawasan lain yang berkonflik juga mengalami masalah yang sama. Seperti bagaimana kita nak menentukan “perdamaian” itu. Dalam kes di selatan atau Patani beliau mendapati bahawa terdapat banyak kata-kata yang bermasalah. Ketika sedang menjalankan penyelidikan dan pernah temuramah Mat Sukree Hari kini sebagai Ketua Deligasi Rundingan Damai di bawah payung MARA PATANI bahawa perkataan apakah yang selalu menjadi masalah. Beliau menjawab perkataan “Konflik” atau pertelingkahan. Kerana saranan pihak Thailand supaya mengguna istilah “Situasi” atau keadaan. Bertujuan untuk menentukan garisan definisi apa yang berlaku. Dan baginya istilah yang pihak Thailand sangat-sangat bimbang ialah apabila keganasan tempatan di tafsirkan sebagai “Konflik bersenjata” kerana ia akan mengangkat taraf konflik dan pihak lawan mereka sendiri.

Ramadan menjelaskan perbezaan penggunaan perkataan antara Perdamaian dan Kebahagiaan oleh Kerajaan Thailand beliau nampak bimbang. Oleh kerana perkataan Perdamaian dalam kamus akademik dan kamus tentera perkataan “Perdamaian” di beri makna hal yang berkenaan dengan kedamaian dunia dan manusia sejagak. Tetapi apabila melihat kepada perkataan “Kebahagian” ialah keselamatan, kesejahteraan, keselamatan dalam Negara. Oleh demikian, sempadan dua perkataan ini dalam Bahasa Thai ada kaiatan dengan kuasa kedaulatan Negara.

“apa yang lebih menarik lagi daripada istilah Peace/Perdamaian dalam difinasi kamus tentera ada kaiatan dengan pelaksanaan perdamaian (Peace Operation). Langsung tidak ada kaiatan dengan pegurusan konflik di mana-mana Negara. Ia berkaitan dengan istilah Peacekeeping/pengaman berada dalam bab 10 dan ada kaitan dengan isi kandungan “keamanan” dalam bab 17 yang menulis berkenaan dengan campur tangan dari luar. Semua itu adalah alasan yang pihak kerajaan Thailand bimbang terhadap penggunaan istilah atau dalam usaha mengawal pengunaan istilah-istilah tersebut” kata Romdon.

อ่านข่าวภาษาไทย

เปิดตัว “อภิธานศัพท์ว่าด้วยแปรเปลี่ยนความขัดแย้ง” เชื่อมความรู้กับปฏิบัติการ

ดาว์นโหลด อภิธานศัพท์ว่าด้วยการแปรเปลี่ยนความขัดแย้ง: 20 แนวคิดเชิงทฤษฎีและปฏิบัติ [หนังสือ]