Nahas Jalan Raya Meragut Nyawa Seorang Aktivis Bahasa Melayu Dan Penggeraka Damai Patani

Dalam satu nahas jalan raya di Kg Makmawi Yarang, Pattani pada jam 09.35 pagi menyebabkan dua kereta bertembung akibat hujan lebat dan jalan licin. Dalam nahas tersebut menyebabkan tiga maut di tempat kejadian termasuk dua aktivis kedamaian dan penumpang teksi dan tujuh lagi turut cedera.

Mereka dalam perlajanan ke satu aktiviti pentas untuk kedamaian di Pejabat Majlis Pentadbiran Mukim Makmawi, Yarang, Pattani tidak jauh daripad tempat kemalangan.

Kereta Honda Accord yang di pandu Patimah Pak Itea-daud Ketua Yayasan Wanita untuk Kedamaian (WEPEACE) bersama tiga lagi petugas bertembung dengan sebuah teksi yang penuh dengan penumpang datang daripada arah Pattani untuk ke Yala.

Tiga daripada mereka maut di tempat kejadian manakalan tujuh lagi cedera. Semua mangsa di bawa ke hospital Yarang, Pattani.

Ismarupaidah Dollah 25 tahun adalah aktivis bahasa Melayu dan juga petugas media bahasa Melayu di Madrasah Kewartawanan Selatan (DSJ), Pusat Pemantauan Siatuasi Selatan (Deep South Watch) dan bakal mahasiawa yang akan menyambung pendidikan di peringkat Sarjana di Indonesia dan akan bertolak pada 28 Ogos ini.

Kata polis punca sebenar kejadian akan disiasat oleh pihak polis berkenaan.

Jenazahnya akan di bawa pulang untuk majlis kebumian di Benan Setar, Yala.

อ่านข่าวภาษาไทย

สูญเสีย 2 นักกิจกรรมสันติภาพ อุบัติเหตุรถชนกลางฝนดับ 3 เจ็บ 6 ขณะไปร่วมเวทีที่ยะรัง จ.ปัตตานี