Membuat Pemahaman “Peta Perjalanan Menuju Kedamaian” dan Peranan Pihak Ketiga

color:#333333">Kumpulan editor Sekolah Kewartawanan Selatan Thai (DSJ) telah mengutip isi-isi penting syarahan Dr. Norbert Ropers didalam satu Wacana yang bertajuk “Membuat Pemahaman Proses Perdamaian Bersama IPP Bagi Mencipta Model dan Proses Perdamaian di Selatan” yang telah diadakan oleh Dewan Pergerakan Masyarakat Selatan pada 27 Mei 2013 yang lepas bertempat di bilik mesyuarat Maprang, Fakulti Kemanusiaan, Price of Songkhla University Kampus Pattani, yang dihadiri oleh peminat dari pelbagai pihak (sila Klic untuk melihat salinan asal: “โนเบร์ต โรเปอร์ส : ประชาสังคมชายแดนใต้ต้องมี Road Map สันติภาพ mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">”)  

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam syarahan beliau kali ini, ia adalah untuk membuat pemahaman asas terhadap apa yang dipanggil “Peta Pejalan” bagi proses perbincangan atau perundingan perdamaian, yang dilihat sebagai langkah awal dalam usaha melahirkan pihak ketiga. Kerana sebelum ini sudah ada usaha-usaha dari beberapa pihak untuk mencadangkan kepada kumpulan perbincangan daripada pihak kerajaan Thai dan pada masa yang sama, kumpulan perbincangan pihak BRN telah mengeluarkan cadangan 5 perkara sebagai syarat awal perbincangan kedamaian. Usaha-usaha untuk mengadakan peta perjalanan menuju kedamaian oleh jaringan gerakan rakyat ia merupakan sokongan kepada proses kedamaian supaya dapat diteruskan dengan lebih konsisten dan lebih bermakna kepada semua pihak serta beruhasa menentukan arah perjalanan yang sepatutnya bagi proses kedamaian.     

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Sekarang Dr. Norbert Ropers merupaka penyelidik senior (utama) di Pusat Penyelidikan Konflik dan Kepelbagaian Budaya Selatan (CSCD) Price of Songkhla University (PSU) Kampus Pattani. Beliau dan kumpulan kerjanya juga merupakan tenaga utama dalam projek seminar yang lebih praktikal “Ruang Tengah Membina Kedamaian dari dalam” (Insider Peacebuilders Platform: IPP) iaitu satu kumpulan yang mengumpulkan individu yang berbeza latarbelakang dan pandangan politik berkaitan dengan konflik di Selatan/ Patani untuk bersama-sama membincangkan secara aman selama hampir 2 tahun. Sebelum ini Dr. Norbert Ropers merupakan mantan pengarah penyelidikan untuk perdamaian Berhof, German. Berpengalaman luas dalam kajian dan kerja-kerja perdamaian lebih daripada 40 tempat diseluruh dunia selama lebih daripada 20 tahun.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Terima kasih kepada semua yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pengalaman pada kali ini dan berbanyak terima kasih saya kepada Dr. Srisompot Jitpiromsri yang menjemput saya untuk bersama-sama didalam pusat kajian konflik dan kepelbagaian budaya bahagian selatan, PSU ini sehingga saya dapat tinggal di bumi yang indah ini. Diharapkan mudah-mudahan dapat menjadi sebahagian dalam membina perdamaian dan menegakan keadilan di tempat ini.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Kajian terhadap proses kedamaian ia dianggap masih baru dan masih dikaji secara berterusan, daripada kajian terhadap proses kedamaian sebanyak 40 tempat diseluruh dunia, memperlihatkan bahawa setiap proses kedamaian disetiap tempat dan Negara di seluruh dunia ia mempunyai keistimewaan dan identitinya masing-masing. Namun begitu, setiap tempat itu juga secara umumnya mempunyai faktor dan pengajaran yang seakan-akan sama yang mungkin dapat kita pelajari dan ubahsuai untuk digunakan di Patani. Seperti yang disebutkan tadi, tiap-tiap pergolakan ia mempunyai identity dan ciri-ciri khusus yang dapat diubahsuai untuk digunakan.

color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Alasan/kerasionalan yang perlu ada Roadmap

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Pertama; apabila berlakunya konflik dan konflik itu pula adalah konflik yang berpanjangan dan menggunakan masa yang lama untuk diselesaikan. Apabila konflik memakan masa yang lama ia akan melahirkan perasaaan seolah-olah tidak ada jalan keluar dan putus harapan bila konflik ini akan tamat dan selesai. Oleh itu ia perlu untuk diadakan “jalan” atau garisan sebagai panduan kepada jalan keluar bahawa konflik ini akan menuju kearah mana dan bagaimana.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dengan adanya Roadmap ia akan memperlihatkan bahawa proses penyelesaian konflik sementara itu akan menuju ke arah mana, siapa akan membuat apa, dimana dan bagai mana. Didalam perjalanan yang memakan masa yang lama itu. Semua ini adalah proses-proses sebelum diadakan perjanjian perdamaian.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Kedua; apabila sudah diadakan perjanjian atau sudah ditandatangani perdamaian, bagai mana pula perjalanan seterusnya. Perkara-perkara inilah merupakan perkara-perkara penting dan perlunya diadakan Roadmap untuk memperlihatkan bahawa bagai mana perjalanan seterusnya agar ia menjadi kenyataan dan benar-benar berlaku.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Ketiga; dalam situasi yang sedang berlangsung perbincangan seperti ini dan ditengah-tengah perbincangan antara kedua pihak, biasanya ia akan lahir perebutan memimpin. Jika satu pihak telah merebut untuk mencadangkan roadmap sebelum pihak lain, maka ia akan merasakan bahawa mereka adalah pihak penyerang dan dapat mengawal permainan. Contohnya, dalam konflik di Myanmar yang diadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan minority di Myanmar yang mana kedua-dua pihak masing-masing mencadangkan Roadmap untuk dibincangkan didalam meja perundingan. 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Siapa yang mula-mula membuat Roadmap

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Model pertama; contohnya konflik diantara Israel dan Palestin, orang luar atau orang  ketiga yang mencadangkan atau yang memulakan membuat Roadmap ini. Dalam kes ini Amarika Syarikat, Russia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) yang bukan menjadi pihak yang bertelagah menjadi pencadang tetapi pihak ketiga yang mencadang.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Model kedua; salah satu pihak yang berkonflik mencadangkan Roadmap, contoh dalam kes ini seperti Russia yang mencadangkan Roadmap dalam usaha penyelesaian konflik di Kaukesus yang berdekatan dengan Chechniya. Russia yang merupakan pihak kerajaan mencadangkan Roadmap terlebih dahulu. Ada juga contoh, yang mana pihak penentang yang mencadangkan Roadmap dahulu seperti mana yang berlaku di Euskadi Ta Askatasuna (ETA) di Spain atau Sepannyol. Bererti dalam model ini salah satu daripada pihak yang berkonflik itu sendiri yang mencadangkan Roadmap terlebih dahulu.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Model ketiga; iaitu pihak pergerakan masyarakat tempatan yang mencadangkan Roadmap. Yang mana di Patani mungkin sedang memasuki dalam model ini. Iaitu pihak pergerakan masyarakat selatan sedang merangka Roadmap untuk mencadangkan dalam proses perbincangan

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam kes ketiga ini yang mana Roadmap yang dicadangkan oleh pergerakan masyarakat yang paling terkenal sekali ialah kes yang membabitkan ketua pergerakan masyarakat daripada Israel bersama dengan pergerakan masyarakat Palestin sama-sama merangka Roadmap kemudian mencadangkan dalam proses damai yang ditujukan kepada kedua-dua kerajaan iaitu pihak Israel dan Palestin, tetapi belum berjaya dengan sebab konflik ini terlalu sukar untuk diatasi, tetapi ia bukan bererti gagal sepenuhnya sebab Roadmap ini belum diguna pakai secara praktikalnya.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Walau bagai manapun, Roadmap ini masih digerakan daripada kedua belah pihak dan sedang dipertimbangkan secara serius daripada kedua pihak yang libat serta menjadi salah satu Roadmap yang paling mendapat pengiktirafan di Timur Tengah.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Model ke empat; ia merupakan Roadmap yang dipersetujui oleh kedua pihak yang terlibat bagi merangka cara-cara bersama dalam perbincangan sebelum diadakan persetujuan dalam isi-isi penting seterusnya. Model ini dianggap sebagai jalan keluar atau solusi yang terbaik, kerana Roadmap ini lahir daripada setiap pihak yang mungkin menjadi sebahagian daripada permasalahan.

color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Statistic Kawasan Konflik dan Perangkaan Roadmap

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Berdasarkan kepada kajian di kawasan Konflik diseluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang sebanyak 140 tempat didapati bahawa sebanyak 41 kawasan pergolakan dapat diselesaikan secara persetujuan damai atau sebanyak 39.4 peratus. Daripada jumlah ini didapati 50 peratus daripada 41 kawasan/tempat menggunakan Roadmap bagi menjayakan proses persetujuan damai.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Daripada jumlah ini juga didapati 4 kawasan yang sedang berusaha menuju ke arah penyelesaian, 9 kawasan diselesaikan atau diberhentikan dengan kemenangan salah satu daripada kedua pihak secara tindakkan ketenteraan dan 50 kawasan lagi masih belum ada solusi penyelesaian damai dan salah satu daripada senarai ini termasuk juga konflik di Patani.

Status Analisis Konflik

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

color:#333333">bilangan

color:#333333">%

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Berakhir dengan perjanjian damai

color:#333333">41

color:#333333">39.4

color:#333333">Sedang dalam fasa penyelesaian

color:#333333">4

color:#333333">3.8

color:#333333">Menang melalui ketenteraan

color:#333333">9

color:#333333">8.7

color:#333333">Tidak dapat diselesaikan

color:#333333">50

color:#333333">48.1

color:#333333">Jumlah keseluruhan

color:#333333">104

color:#333333">100.0

Sumber daripada: Escola de Cultura de Pau, Yearbook on Peace Proceses 2013, ms;24

(klik disini : untuk melihat salinan asal)

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Perdamaian Negatif dan Perdamaian Positif

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Berdasarkan kepada satu kajian didapati bahawa kawasan yang berjaya diselesaikan dengan menggunakan Roadmap dalam proses damai adalah disebabkan bahawa kawasan pergolakan tersebut sudah mempunyai titik-titik pertemuan diantara perdamaian negatif dengan perdamaian positif.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Perdamaian negatif (negative peace) ialah cadangan atau melihat situasi damai tiada keganasan berlaku. Sementara perdamaian positif (positive peace) pula ialah cara melihat situasi perubahan politik, social dan ekonomi akan membawa menuju kepada masyarakat yang lebih baik atau lebih adil dalam masyarakat.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam kes konflik yang mempunyai Roadmap sebagai bahagian penting dalam penyelesaian konflik serta dapat melahirkan perdamaian itu, biasanya dalam kes seperti ini ia adalah untuk mencari titik persamaan diantara dua perkara ini. Iaitu satu pihak ingin supaya diberhentikan tindakan tetapi satu pihak pula ingin menuntut kebaikan, keadilan dan hak kebebasan dalam masyarakat. Hal ini mungkin dianggap sebagai konflik dalam tujuan kedua pihak. Oleh itu, bagi mencari titik yang paling newtral atau jalan tengah supaya kedua-dua pihak dapat berjalan bersama, maka perlunya mewujudkan Roadmap sebagai jalan keluar atau solusi terhadap kedua-dua keinginan tersebut. 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Perkara yang Menarik Perhatian daripada Kajian Proses Damai diseluruh Dunia

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Daripada kajian konflik diseluruh dunia didapati bahawa apabila proses damai dimulakan biasanya tindakan kekerasan ditempat terbabit akan bertambah atau sekurang-kurangnya tidak berkurangan daripada sebelumnya. Contohnya, konflik di Afrika Selatan yang mana ketika berlangsungnya proses damai pada peringkat 3 tahun pertama itu, tindakan kekerasan makin bertambah menjadi 3 kali ganda daripada sebelumnya. Namun kedua pihak yang berkonflik masih konsisten dan tetap berada dalam proses tersebut, bersabar dan bertahan dalam proses mengikut Roadmap yang ditetapkan selama 3 tahun dan akhirnya tindakan kekerasan berkurangan pada tahun ke empat mengikut proses damai yang ditetapkan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Oleh kerana itu, harapan yang mengatakan bahawa apabila proses damai sudah bermula, maka keganasan akan berkurangan itu mungkin tidak selalu benar atau mungkin itu hanya harapan yang tidak berasas kepada realiti kenyataan apabila dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman konflik di seluruh dunia.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Proses daman diseluruh dunia secara puratanya memakan masa kurang lebih 5 hingga 6 tahun, tetpi peringkat masa yang paling penting dan paling berisiko yang mungkin akan membawa kepada kegagalan ialah peringkat permulaan dan peringkat akhir daripada proses damai. Perbandingan bahaya dan risiko dalam proses damai adalah seperti mana memandu kapal terbang, yang mana saat yang paling bahaya atau berdepan dengan keadaan tidak selamat sekali ialah ketika kapal hendak berlepas (berbang) dan ketika hendak mendarat (turun).

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Bahaya diperingkat pertama disebabkan peringkat permulaan proses damai itu, wujud prasangka dan perseteruan yang tinggi diantara satu sama lain. Perasaa tidak yakin terhadap ketelusan dan masing-masing berusaha membuat supaya pihak lain menerima cadangan pihaknya dengan sepenuhnya. Situasi tersebut adalah seolah-olah untuk menentukan kemenangan pihak masing-masing.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam tempoh 2 hingga 3 bulan pertama proses damai ini biasanya wujud risiko dan kelam kabut yang tinggi. Oleh kerana itu, mewujudkan Roadmap ketika proses damai yang tidak setabil dan berisiko tinggi itu ia adalah satu perkara yang perlu dan sangat penting. Umpama mempunyai dua orang pilot kapal yang bertelagah dan sedang memandu satu kapal yang sama, jika kedua-dua pilot tersebut belum ada persefahaman bersama bahawa akan menerbangkan ke arah mana dan bagaimana mungkin akan lahir situasi kelam kabut atau mungkin sama sekali tidak berjaya untuk diterbangkankan atau mungkin dapat diterbangkan tetapi tidak berapa lama kapal tersebut mungkin akan terjatuh juga. Maka risiko pada peringkat akhir dan tanggungjawab Roadmap di peringkat akhir ialah merancang bahawa siapa akan membuat apa? Bagai mana? Dan bila selepas sesudah diadakan persetujuan damai.      

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Komponen-komponen penting bagi Roadmap

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Komponen Pertama; Jangka masa (timeline) ia merupakan jangka masa yang ditetapkan bahawa apa yang akan dilaksanakan dan bila, yang mana diperingkat ini butir-butir persetujuan damai akan ditetapkan seperti soal proses, cara sebagai persoalan asas. Contohnya pada 28 Febuari 2013 yang lepas, soal yang ditetapkan ialah tentang cara perbincangan sahaja, belum lagi memasuki soal isi-isi dan kandungan perbincangan. Dan apabila memasuki proses penetapan jangka masa (timeline) iaitu penetapan bahawa apa yang akan dimulakan dan bila, yang mana hal ini akan menuju ke arah peroses perbincangan yang memerlukan kepada penetapan isi-isi dan kandungan sebagai jalan keluar dalam proses damai.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Komponen Kedua; Akitek perdamaian (Architecture) yang bererti struktur atau buku hijau bagi proses damai yang telah dipersetujui oleh kedua pihak. Perkara ini akan menjelaskan bahawa siapa individu yang akan berbincang, apakah peranan dan tugas, siapa yang akan bercakap dengan media dan sebagainya. Hal ini akan menjelaskan struktur kerja yang jelas yang merupakan komponen-komponen yang sangat penting.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Komponen Ketiga; Infrastruktur asas (Infrastructure) iaitu yang berkaitan dengan individu yang tidak ada kaitan secara langsung dengan kedua pihak yang terbabit yang berada di luar meja rundingan. Perhubungan antara mereka yang berada di meja rundingan atau proses rundingan diatas meja dengan proses damai yang berada di luar meja rundingan ini, mungkin bererti bahagian pergerakan masyarakat yang berada diluar dan bagai mana rakyat tempatan akan menyokong proses damai ini supaya dapat diteruskan kehadapan.  

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">  

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Roadmap Proses Damai di Patani

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Daripada tiga segi yang menjelaskan hubungan 3 trak ini sangat jelas sekali

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Trak 1 bermaksud golongan pemimpin kedua pihak yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi kedua pihak.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Trak 2 bermaksud pergerakan masyarakat, ahli akademik dan lain-lain.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Trak 3 bermaksud rakyat umum.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Sebenarnya sebelum lahirnya proses damai pada 28 Febuari 213 di Malasia itu, proses damai seperti ini pernah dimulakan secara sembunyi-sembunyi dan tidak dibukakan kepada umum. Dan sebelum diadakan perbincang kali ini, juga pernah ada usaha-usaha bagi menekankan supaya diadakan proses damai daripada pergerakan masyarakat dan rakyat secara berterusan samada trak 2, 3 sebelum itu. Iaitu dengan menggerakkan dalam isu-isu tertentu seperti pendidikan, identity, bahasa, undang-undang, hak asasi manusia, pengurusan dan pemerintahan dan lain-lain yang ada kaitan dengan usaha membina perdamaian dan perubahan masyarakat ke arah yang lebih baik.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Pada 28 Febuari 2013 ia adalah seolah-olah pembukaan lembaran baru bagi penyelesaian masalah dengan membawa dua pihak yang berkonflik untuk berbincang secara rasmi dan seterusnya diadakan perbincangan sebanyak dua kali dalam dua bulan berikutnya dan sekarang sedang menunggu untuk perbincangan kali seterusnya pada bulan hadapan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Proses damai di Patani ketika ini sedang menambah unsur perasmian yang mana ia akan menuju ke arah perbincangan dan sedang mengangkat taraf  ke arah perundingan yang bererti “negotiation”. Perbezaan diantara perbincangan dengan perundingan ialah perbincangan (Dialoque) ia lebih kepada perbincangan berbentu percubaan untuk melihat keadaan (keresponan) bagi pihak lawan bahawa ia dapat berbincang atau pun tidak dan masih ada jalan untuk dipersetujui atau pun tidak dan ia boleh dipercayai atau pun tidak dan sebagainya.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">   

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Poin Yang Mencabar Dalam Proses Damai

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Proses damai di Patani, sudah melalui satu poin yang mencabar iaitu mengangkat daripada perbincangan secara tidak rasmi (sembunyi-sembunyi) kepada perbincangan secara rasmi dan terbuka kepada umum, tetapi poin kedua yang lebih mencabar lagi iaitu mengangkat taraf daripada perbincangan (dialoque) kepada perundingan (negotiation) dan yang ini yang akan melahirkan halangan-halangan penting yang perlu diambil kira;

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Peralihan daripada perbincangan (dialoque) kepada kepada perundingan (negotiation) yang mana perundingan itu bererti stiap pihak harus berdepan dengan ikatan-ikatan yang lahir daripada persetujuan bersama. Peralihan kepada perundingan itu pihak kerajaan Thai telah mencadangkan supaya diberhentikan tindakan kekerasan terlebih dahulu dan mungkin meminta supaya pihak BRN membuktikan keikhlasannya terlebih dahulu dalam menjalankan proses damai.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Pada masa yang sama pihak BRN telah mencadang 5 perkara melaui khalayak umum dengan mengharapkan supaya kerajaan Thai merespon terhadap permintaan-permintaannya. Ini menggambarkan bahawa (BRN) sedang mengatur skop untuk menuju ke arah perundingan seterusnya dan menekankan bahawa mesti membuat pemahaman terhadap cadangan 5 perkara ini terlebih dahulu.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Yang mana kes cadangan 5 perkara oleh pihak BRN merupakan perkara yang sukar bagi kerajaan Thai untuk memenuhinya. Daripada pengalaman konflik diseluruh dunia didapati bahawa poin-poin penting yang mencabar seperti ini merupakan perkara biasa dalam proses damai. Contohnya dalam kes di Mindanau, Philiphin pada tahun lepas juga mengalami keadaan yang sama.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam keadaan seperti ini, ia adalah peluang bagi pihak pergerakan masyarakat perlu mengambil bahagian untuk membuakan kedua-kedua pihak dapat bersambung dan perlu memahami bahawa kenapa kedua pihak berfikiran sedemikian dan telah mencadangkan sedemikian.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam penyelesaian jalan buntu seperti ini, iaitu kita tidak boleh melihat bahawa pihak mana yang bersalah dan cadangan pihak sendiri sahaja yang betul, tetapi perlu melihat titik pertemuan yang membolehkan perbincangan dapat diteruskan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Selain daripada itu, apabila situasi tersebut dapat diteruskan dengan baik, perkara yang perlu diingatkan seterusnya pula ialah struktur akitek (Architecture) yang berikutnya. Yang mana pada masa ini kita dapat melihat bahawa wujud individu yang sedang berlangsung perbincangan secara jelas pada masa sekarang iaiu wakil pihak kerajaan Thai dengan wakil pihak BRN dan Malaysia sebagai fasilitator mesyuarat.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Tetapi secara tabiatnya setiap proses damai biasanya akan wujud kumpulan individu yang menyokong dan kumpulan yang menentang atau masih ragu-ragu tidak setuju dengan kedua-dua pihak. Tidak ada proses damai di dunia ini yang hanya wujud kumpulan penyokong atau penentang secara keseluruhannya. Yang mana perkara ini berlaku kepada kedua-dua pihak, apabila proses damai dapat diteruskan maka akan lahir kumpulan kedua-dua pihak tersebut menzahirkan diri masing-masing.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Selaian daripada itu, kedua-dua pihak perlu ada kumpulan penasihat masing-masing, samada diadakan secara rasmi ataupun tidak rasmi atau dalam bentuk organisasi pun boleh untuk berperanan sebagai penyokong dari sudut maklumat ketika berlangsungnya proses damai bagi pihak masing-masing.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Proses damai juga memerlukan kepada perlantikan kumpulan pakar khas yang berperanan dalam isu-isu penting ketika berlangsungnya proses damai. Seperti isu keamanan yang mungkin akan membawa kepada gencatan senjata, isu pendidikan budaya, isu politik dan pemerintahan dan sebagainya, yang mana setiap kumpulan kerja memerlukan kepada pakar khas yang bersifat newteral untuk membantu dari sudut maklumat dan memberi nasihat.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam keadaan perundingan menemui jalan buntu atau menemui masalah tertentu, maka perlu mewujudkan saluran “pintu belakang” untuk berusaha mencari jalan keluar. Ketika itu mungkin pihak kumpulan penasihat yang tidak diumum dapat mengambil peranan bagi mencari jalan keluar atau solusi daripada masalah yang mungkin berlaku.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Pernah berlaku satu kes, yang mana kumpulan perunding kedua-dua pihak mengadakan perjumpaan dan membuat perkenalan secara peribadi dengan membuat kegiatan diluar bersama-sama bagi menghilangkan stress dan tekanan dalam usaha mencari jalan keluar daripada kebuntuan dan pada masa yang dapat membuat perkenalan secara lebih dekat. Hal ini mungkin diadakan secara tertutup dan mungkin tidak diberi tahu kepada sesiapa pun walau sesama kumpulan perundingan sendiri.   

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Peranan Pergerakan Masyarakat

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Dalam usaha menyokong dan membantu proses damai, pihak pergerakan masyarakat mempunyai 2 peranan utama yang perlu diusahakan. Peranan pertama; ialah mesti berusaha supaya pergerakan masyarakat sendiri mempunyai kekuatan dan bertenaga dalam menyampaikan sebarang cadangan dan saranan dengan tidak perlu bergantung atau ada hubungan dengan kumpulan perunding. Peranan kedua; menyertai secara langsung dalam perundingan, mungkin dengan cara meminta untuk ikut serta dalam meja rundingan atau mungkin hanya sekadar masuk untuk mendengar sahaja, tetapi umumnya daripada pengalaman perundingan di luar Negara, pada peringkat awal proses perdamaian pihak terbabit tidak mengizinkan orang luar mengambil bahagian dalam proses ini kerana masih ragu-ragu dan tidak yakin untuk pihak ketiga memasuki ke meja rundingan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Kesimpulan daripada pengalaman yang dipelajari bentuk-bentuk perdamaian diseluruh dunia, didapati bahawa perlu mewujudkan gabungan antara 2 peranan tersebut dan tidak mengutamakan salah satu daripada keduanya, yang mana apabila perundingan telah berlaku pihak pergerakan masyarakat mungkin dapat menyertai menjadi kumpulan kerja dalam proses tersebut dan pada masa yang sama usaha berkempen atau membangkitkan isu-isu untuk memberi tekanan dalam melahirkan proses damai dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti supaya melahirkan keselarasan dan motivasi daripada perundingan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Contohnya, pengalaman konflik di Myanmar yang mana wujud pergolakan antara kaum dalam Negara, maka pihak pergerakan masyarakat daripada tiap-tiap kaum tersebut telah berusaha mencari jalan keluar dengan mengadakan perbincangan untuk mencipta model perdamaian, bagai mana cara untuk hidup bersama yang diterima oleh semua pihak, dengan tidak mempedulikan pihak-pihak utama yang bertelagah. Apabila model yang dicitpa telah selesai, maka dicadangkan kepada pihak-pihak utama yang bertelagah.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Atau satu cara lagi iaitu membuka pentas-pentas awam didalam kawasan, supaya mereka yang terlibat didalam meja rundingan dapat ikut bersama dalam pentas tersebut serta dapat menilai terhadap apa yang telah berlaku bahawa sudah sampai kemana dan mencadangkan usaha-usaha yang dibuat oleh pergerakan masyarakat hingga seterusnya.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Selain daripada itu, pihak pergerakan masyarakat mungkin dapat membentuk satu mekanisma baru, seperti pusat sumber perdamaian yang berfungsi sebagai pusat pengajian tentang proses damai, menubuhkan ahli jawatankuasa perdamaian diperingkat lokal dalam kawasan atau menubuhkan ahli jawatankuasa pemantau proses damai, menubuhkan kumpulan-kumpulan untuk proses perdamaian dan sebagainya. Perkara ini adalah kerja-kerja pihak pergerakan masyarakat yang mungkin dapat bekerja sama dengan mereka yang sedang berunding di meja perundinagn. Kerja sama ini seperti; mengadakan kursus kemahiran yang perlukan didalam proses damai, contohnya; kemahiran berunding bagi semua pihak atau mungkin membuka kawasan untuk pertukaran dengan kumpulan-kumpulan yang berpengalaman berunding daripada tempat-tempat lain dan sebagainya.     

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Membina Mekanisma Menempuhi Jalan Buntu

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Jika perundingan menemui jalan buntu, maka ia perlu kepada satu mekanisma lain untuk mencari jalan keluar. Hal ini mungkin terdiri daripada anggota kedua pihak yang terlibat dengan perundingan jumlahnya kurang lebih 5-6 orang untuk berbincang secara tidak rasmi bagi mencari jalan keluar dalam keadaan kebuntuan tersebut. Apabila dapat cadangan yang memuaskan maka disampaikan kepada meja perundingan yang rasmi pula.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Secara praktikalnya yang berkaiatan dengan loporan media terhadap kedamaian, yang mana dalam sesetengah proses damai pihak media turut bersama membincang dan membuat persetujuan tentang pelaksanaan pihak media bahawa apa yang akan dipilih untuk disampaikan dan bagai mana cara penyampaian supaya tidak memberi kesan atau menjejaskan proses damai. Semua ini perlu membuat persetujuan bersama untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap proses damai yang mungkin akan gagal disebabkan laporan daripada media massa. 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#003366"> 

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Membina Pengimbangan Antara Perdamaian Negatif dan Positif.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Wakil yang menyertai perundingan oleh kedua pihak biasanya mengharapkan hasil dalam perundingan yang berbeza, kerana fokus dan kehendak kedua pihak memang berbeza dengan jelas hal ini adalah satu perkara biasa. Jika ingin mendukung proses damai supaya dapat diteruskan, maka perlu ada usaha supaya fokus dan kehendak kedua pihak yang berbeza ini menjadi satu hal yang boleh jadi iaitu usaha supaya setiap pihak dapat melihat masa depan perbincangan, ada harapan dan ada faedah yang perlu dibuat secara berterusan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Seperti mana proses damai di Patani, iaitu pihak kerajaan Thai mahu supaya dihentikan tindakan semuanya, tetapi pihak BRN mahu melihat supaya jalan-jalan menuju perdamaian yang lebih positif iaitu membina sebuah masyarakat yang baik dan adil. Maka perkara yang perlu diusahakan ialah mencari titik persetujuan antara kedua perkara ini supaya menjadi seimbang untuk memdapat persetujuan awal, yang mana persetujuan awal ini akan memenuhi kehendak asas masing-masing sebelum menuju perundingan selanjutnya serta memperlihatkan bahawa perundingan itu ada hasil dan berfaedah yang harus diteruskan.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Salah satu teknik yang akan membuatkan pihak yang berunding mencari keseimbangan ialah “tidak bersetuju apa-apa dahulu sehingga semuanya sudah dipersetujui”. Contohnya seperti membangkitkan isu undang-undang kemudian dapat membuat persetujuan, tetapi jika perkara-perkara lain belum dipersetujui, maka hendaklah dianggap bahawa perundingan belum dipersetujui apa-apa atau dengan kata lain, persetujuan mesti dibuat secara pakej atau umum iaitu tidak membuat persetujuan dengan mengasingkan hal-hal tertentu, kerana persetujuan dalam satu perkara tetapi belum lagi dipersetujui satu perkara lain, seolah-olah hanya mahu menang dalam satu-satu perkara sahaja, ini menyebabkan perbincangan hanya menjadi sekadar berbaik-baik dalam perkara tertentu sahaja yang menyebabkan pihak yang tidak menang dalam beberapa perkara tidak puas hati.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">      

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Tidak Masuk Campur dan Membina Mekanisma Bersama

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Salah satu asas penting dalam perundinagn ialah semasa perbincangan dalaman yang serius bagi satu pihak, hendaklah tidak masuk campur atau menyatakan pandangan sebagai menunjukan memberi penghormatan kepada pihak lain.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Semasa perundingan berlangsung, kedua-dua pihak masih mempunyai jalan-jalan lain bagi mengawal supaya proses damai dapat diteruskan. Contohnya; memcadangkan mekanisma bersama apabila keadaan perundingan menemui jalan buntu, hal ini mungkin memulakan dengan pihak sendiri dahulu, seperti memenuhi dalam perkara yang satu pihak lagi mahu bagi membina rasa kepercayaan kepada satu pihak lain.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Persetujuan awal seperti persetujuan gencatan senjata atau persetujuan asas dalam soal identiti, bahasa dan pemerintahan yang membawa kepada perundingan yang lebih banyak lagi sehingga membawa kepada persetujuan akhir yang meliputi keseluruhan isu-isu penting bagi perdamaian, yang mana perkara seterusnya perlu dilakukan ialah membawa persetujuan untuk dilaksanakan. Hal ini mungkin diadakan pengubahsuaian undang-undang dalam beberapa perkara yang tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan undang-undang sebelumnya. Keadilan dalam peringkat perubahan masyarakat memerlukan kepada perancangan bagai mana akan membantu dan merawat mangsa dan pemangsa dan bagai mana akan membina perdamaian dalam masyarakat.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">Proses kedamaian akan berjaya ia memerlukan kepada usaha yang sungguh-sungguh dan cita-cita yang tinggi kerana perdamaian bukan perkara yang mudah. Ia bergantung kepada pihak pergerakan masyarakat yang akan mengambil bahagian secara keseluruhannya atau sebahagiannya sahaja. Selepas ini dalam 2 hingga 3 bulan akan datang pihak pergerakan masyarakat Patani dapat mengambil bahagian dalam proses damai atau pun tidak, perlantikan kumpulan kerja bagi membina Roadmap untuk bekerjasama dengan kumpulan perundingan perlu memikir yang meliputi jika perudingan benar-benar berlaku, apa yang akan dilakukan seterusnya. Hal ini bergantung kepada Dewan Pergerakan Masyarakat Selatan yang perlu berfikir dan merancang untuk seterusnya.

mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">

 

อ่านฉบับภาษาไทย ได้ที่

 

ทำความเข้าใจ ‘แผนที่เดินทางสู่สันติภาพ’ และบทบาทของฝ่ายที่สาม