Skip to main content

Pelancaran Laporan Penyiksaan Pattani 2015-2016

- di PSU Pattani pada 10 Feb 2016.

(Launching Pattani Torture report of 2015-2016 at PSU Pattani on 10 Feb 2016)  - 8 February, 2016 by voicefromthais

** ( This is the Malay translation of the original article  - https://voicefromthais.wordpress.com/2016/02/08/launching-pattani-tortur... - translated by Abu Hafez Al-Hakim)

Pelancaran Laporan Penyiksaan Pattani 2015-2016 dan perbincangan awam mengenai projek  menghindari penyiksaan dan lain-lain tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan  atau penghinaan di Selatan Thai.

Oleh : Cross Cultural Foundation (CrCF), Duay Jai Group, dan Patani Human Rights Network
10 February 2016, 13.00-16.30

 

Rasional

Tercetusnya suasana tegang di Selatan Thailand adalah berpunca daripada rompakan senjata di Kem tentera Pileng di Narathiwat pada 4 Januari 2004. Selepas sebelas tahun tidak ada tand-tanda ianya akan berkurangan. Berdasarkan lapuran Deep South Watch, dari 2004-2014 sebanyak 14,688 kejadian kekerasan berlaku  menyebabkan 6,286 kematian, atau 571 kematian setahun, termasuk 11,366 kecederaan atau 1,033 kecederaan setahun.

Kejadian kekerasan telah mendorong  kerajaan Thai yang berturut-turut, mengambil  pelbagai langkah termasuk menggubal beberapa undang-undang penguatkuasaan khas yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan memerikasa, menahan dan menangkap atau menahan sesaorang  tanpa waran mahkamah. Kuasa diperolehi melalui penguatkuasaan Akta Undang-undang Tentera 1914, Dekri Darurat 2005 berhubung Pentadbiran Kerajaan dalam Kedaan Darurat  dan deklerasi Situasi Darurat yang serius di Selatan Thai. Hasilnya, di dalam apa jua keadaan,  para pegawai dibenarkan mengepung, memeriksa dan menangkap serta menafikan kebebasan mana-mana orang yang disyaki melanggari Undang-Undang Darurat yang boleh dikenakan tahanan dalam berek tentera tidak lebih daripada tujuh hari. Penahanan juga boleh dilanjutkan 30 hari lagi,  kesemuanya kerana melanggari undang-undang Darurat, meski pun ia hanya boleh dilanjutkan dengan memohon persetujuan mahkamah setiap tujuh hari. Penahanan itu boleh berlaku walaupun tidak ada sebarang pertuduhan terhadap orang tersebut.

Mengikut undang-undang, sesaorang yang ditangkap dan ditahan kerana melanggar undang-undang khas, hanyalah seorang yang disyaki, bukanlah seorang pesalah atau disyaki bersalah mengikut Kod Tatacara Jenayah. Namun realitinya, sebaik ditahan, hak mereka dinafikan menjadikan mereka tertakluk kepada  permasaalahan yang lebih teruk daripada dikenakan Kod Tatacara Jenayah . Secara asasnya, semasa ditahan mereka tidak dibenarkan mendapat khidmat peguam. Tidak dibenarkan ikatjamin .Lawatan terhadap mereka juga dihadkan hanya untuk beberapa jam atau hari. Dalam sesetengah kes, tempat tahanan juga dirahsiakan daripada saudara mara. Pada tempuh itu mereka disoal siasat oleh para pegawai yang mahu mendapatkan informasi sebanyak mungkin daripada mereka untuk mensabitkan kesalahan keatas mereka berhubung kebangkitan pemberontakan atau menuduh mereka sebagai anggota kumpulan pemberontak. Cara yang digunakan untuk memperolehi bukti amat jauh menyimpang dan tidak selaras dengan peruntukan dalam Kod Tatacara Jenayah..

Selama 37 hari para pegawai akan menyalahgunakan kuasa daripada undang-undang khas termasuk Undang-undang Tentera dan Dekri Darurat bagi membolehkan sesaorang yang disyaki itu ditahan di satu penempatan khas tahanan. Akses kepada tempat-tempat itu amatlah  terhad menjadikan ia kurang  pertanggungjawaban dan tidak telus, dan tiada sebarang organisasi luar, termasuklah organisasi bebas seperti  National Human Rights Commission (NHRC) boleh akses kepada orang tahanan. Selain itu semasa ditahan, akses oleh peguam hak asasi manusia dan peguam  bebas amatlah terhad ; dimana sebelum lawatan , permohonan hendaklah dibuat kepada Ketua Pemerintah Tentera tempatan yang terlalu memakan masa dan tidak berkesan. Keperluan tersebut telah menyebabkan orang tahanan terdedah kepada penderaan  dan salah laku oleh pegawai keselamatan, atau rakan mereka atau atas arahan pegawai atasan. Banyak aduan telah dibuat berhubung dengan layanan itu dan ianya tidak pernah terjawab.

The Cross Cultural Foundation (CrCF) dan organisasi bersekutu telah menerima banyak aduan daripada mereka yang telah atau masih ditahan bahawa mereka diseksa dan diperlakukan secara kejam,tidak berperikemanusiaan dan dihina. Oleh itu Kumpulan Duay Jai, Rangkaian Hak Asasi Manusia Patani ( Patani Human Rights Network ) dan Yayasan Antara Budaya ( Cross Cultural Foundation -CrCF), dengan sokongan daripada Dana Bangsa-bangsa Bersatu untuk Mangsa Penyiksaan, telah memulakan usaha mengumpul maklumat dan membantu mangsa penyiksaan memulihkan penderitaan fizikal dan mental dan membantu mereka membaikpulih serta kembali kepada kehidupan biasa.

Kami juga telah memberi bantuan yang diperlukan untuk akses kepada proses keadilan dan gantirugi daripada kerajaan. Cadangan telah dibuat kepada pegawai berkenaan dan juga agensi berhubung dengan pemulihan polisi, undang-undang dan praktik untuk penyekat dan membasmikan penyiksaan yang berleluasa termasuk juga lain-lain perilaku yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menghinakan di Selatan. Walaupun begitu salahlaku sedemikian masih berterusan tanpa perhatian.

 Oleh itu, Yayasan Antara Budaya/ the Cross Cultural Foundation (CrCF) dan rakan kongsi kami telah mengeluarkan satu laporan untuk membangkitkan kesedaran awam berkenaan dengan isu penyiksaan dan salah laku dan kesannya, juga ingin mendapat dokongan bagi mengehentikan amalan itu.

Acara tersebut akan diadakan pada 10 Febuari 2016 jam 1.30 - 4.30 petang di aras 3 bahgian Penngajian Bahasa Arab , bangunan Kolej Islam, Universiti Prince of Songkhla.

 

Terjemahan oleh : Abu Hafez Al-Hakim - dari Luar Pagar Patani

** sebagai satu sokongan moral kepada : Cross Cultural Foundation (CrCF), Duay Jai Group, dan Patani Human Rights Network.                    

10 Febuari 2016 / 29 Rabiul Akhir 1437 H.