Skip to main content

Konflik sempadan di Thailand Selatan atau disebut dengan Patani seringkali mewarnai dinamika hubungan antara negara (Sejarah) merupakan salah satu faktor terjadinya pertikaian wilayah jajahan. Boleh mentakrifkan bahawa konflik sempadan Patani dan Siam Thailand sebagai konflik yang berlaku akibat ketidakseuaian pandangan negara Siam Thai dengan bangsa Melayu Patani terhadap pemilikan suatu wilayah atau pada hak-hak yang diperoleh di dekat wilayah negara Melayu Patani.

Perjanjian Angloe Siam dan Inggeris tahun 1909 dibatas wilayah yang tidak menyeluruh. Dalam konsep undang-undang antarabangsa, liputan wilayah suatu negara adalah seluruh wilayah yang diwariskan oleh pihak kolonial. Adanya campur tangan dari pihak Siam bersama Inggeris dengan kepentingan tertentu yang menyebabkan berlakunya konflik Patani dengan Siam Thai tidak ada kesudahan. Serta Kekaburan rejim Siam Thailand yang dulu hingga sekarang menimbulkan konflik yang tidak hujung usai. Sempadan tahun 1909 menjadi penanda kedaulatan suatu negara atas wilayah yang dimilikinya, cenderung mengalami konflik, apabila terjadi perbedaan pemahaman terhadap letak perbatasan wilayah di bahgian Ujung Selatan negeri ini.

Konflik sempadan juga boleh difahami sebagai perselisihan yang berkaitan dengan hak-hak sempadan suatu pihak dan sering kali bertindak balas dengan konflik bersenjata atau reaksi yang mengarah pada penggunaan hardpower. Konflik sempadan Siam dan Patani bermula sejak diberlakukannya perjanjian Agloe Siam - Inggeris 1909. Perjanjian tersebut menekankan pada sistem kedaulatan yang bebas dari campur tangan pihak asing dengan melalui pembuatan sistem sempadan serantau yang tidak nyata. Dari perjanjian Angloe 1909 itulah, akhirnya penjajah Siam mula mengenakan sekatan wilayah keatas bangsa Melayu Patani secara tegas. Walaupun demikian, konflik antara negara Siam dan Patani kerana perebutan wilayah dari dulu hingga sekarang ini masih kerap berlaku. Adapun di Asia Tenggara juga tidak jauh dari yang namanya konflik sempadan, yang di dalam hal penyelesaian dan resolusi perlu melibatkan institusi-institusi tinggi dunia ketiga atau seperti PBB.

Terdapat beberapa Landasan atau Prinsip Hukum International yang digunakan dalam menyelesaikan Konflik Perbatasan, diantaranya adalah Prinsip Uti Possidetis (awal kepemilikan), Prinsip Keadilan, Prinsip tentang Sejarah Awal administratif dan persetujuan terkait wilayah yang bersangkutan serta adanya naskah Peraturan, Perintah dan pemutusan hukum administratif, Dokumentasi Peta dan ciri luar Geografi yang menjadi bahan pertimbangan dalam memutuskan Sengketa Perbatasan wilayah PATANI yang terletak di bahgian Ujung Selatan Thai dan Utara Malaysia kini.