Skip to main content

Cerita 1

Sewaktu ke Patani Aku menginap disalah sebuah hotel di Pekan Patani.Setahu aku hotel itu pemilikna orang Siam. Ramai pekerjanya terdiri daripada orang Melayu Patani. Mereka bercakap dialek Melayu Patani seperti bahasa orang Kelantan.Tapi dialek Melayu Patani sudah bercampur dengan bahasa Thai. Di sini tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris..Di bahagian kaunter ada yang boleh.

 

Petang itu,Aku keluar mencari makanan. Sewaktu hendak keluar keluar daripada hotel Aku disapa oleh seorang wanita. Rasanya beliau berumur dalam usia 30an. Cantik dan manis orangnya. Dia bertanya Aku dari mana dan hendak ke mana. Aku memberi tahu dia hendak mencari  makanan. Beliau memberi tahu yang dia ada membuka kedai makanan.Nanti pukul 6.00 petang baru dia memulakan perniagaannya.

Oleh kerana tidak membawa 'bath' secukupnya, Aku membatalkan sahaja hasrat  untuk makan di luar. Hanya sekadar pusing-pusing di luar dan sekitar Pekan Patani. Pekan Pataani petang itu kelihatan tenang sahaja.

Hampir senja Aku pulang ke hotel. Dalam hotel Aku lihat sanak saudara sedang memakan sate. Kata salah seorang anak saudara, " ada wanita yang bagi tadi". Mereka tidak kenal wanita yang bertudung itu. Tapi wanita itu tahu kami dari Malaysia. Diberinya lebih kurang 60 cucuk sate. Masya Allah. Katanya hadiah kepada orang Malaysia yang sudi datang ke Patani.

Aku teringat seloka Mak Si Randang.

Baik budi Mak Si Randang 

Dagang lalu ditanakkan

Tiada kayu rumah diruntuhkan

Anak pulang kelaparan

 

Tetapi wanita ini bukanlah Mak Si Randang. Dia meraikan tetamu yang jauh dengan  kadar kemampuan yang ada. Aku terkejut, kagum dan bersyukur kerana ada lagi manusia di bumi terluka ini, mengamalkan  budaya luhur dari langit. Semoga Allah sahaja yang membalas budi baiknya.

 

Cerita 2

Pekan Lama Jala

Ada kawan-kawan yang menyebut pekan ini sebagai 'wilayah Palestin' Jala. Pekan Lama Jala segar diwaktu pagi. Malamnya belum ngantuk hingga larut malam

Lampu jalan segar matanya melawan malam gelap pekat.

Biarpun sudah diberi amaran jangan melawan malam. Ia tetap berdegil melawan malam. Pekan lama Jala tetap tidur lewat malam bersama dengan pelanggannya.

Teh manis hidangkan dengan air panas kosong. Cangkirnya kecil. Tehnya cukup manis. Semanis wanita yang menghidangkan teh itu. Sayang sekali wanita itu tidak boleh berbahasa Melayu. Dia hanya mampu memberikan senyuman sahaja. Kata kawanku, wanita itu orang Utara.

Makanan di sini enak dan sedap. Harganya cukup berpatutan.

Biarpun orang Malaysia jarang datang ke sini kerana takutkan bom dan sebagainya. Aku tetap datang bila ada kesempatan melihat budaya orang Melayu Patani dan keindahan alamnya. Buminya cukup subur. Tanahnya seperti secebis tanah dari syurga.

Cumanya di sini keamanan masih jauh.

Keadilan sepi dan membisu.

Anak-anak yatim berbaris menunggu 'kepulangan' ayah mereka.

 

Oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan

P