Skip to main content
 
Baru baru ini sekurang-kurangnya 40 orang luka-luka selepas dua bom kereta meletup menghancurkan parkiran pusat beli-belah Big-C di Bandar Pattani, Selasa (9/5/2017) petang. Bom pertama yang meletup berskala kecil dan meletup di luar pusat beli-belah, sedangkan bom kedua meletup di lahan. Setakat ini belum ada yang korban tewas.
 
The Masters of Discourse (penguasa belakang skrin) menyukai berita-berita untuk 'digoreng' menjadi alat untuk menguasai.
 
Jika kita mahukan keamanan dan kesejahteraan, keadilan dan kemuliaan, kita harus menghentikan pembohongan media-media 'bajingan Siam-Thailand' itu kepada masyarakat - kepada rakyat. Para bajingan itu harus diluruskan, dan ini adalah mesej yang paling penting sekarang ini.
 
Para wartawan, wartawan pra matang itu hanya bijak pandai bertindak saat para 'tukang goreng' memerlukan mereka. Ini adalah manipulasi, bukan soal kasihan atau simpati.
 
Kini, peluang untuk mengalahkan media-media 'bajingan Siam-Thailand' lebih besar daripada sebelum-sebelum ini, ketika media-media massa utama dikalahkan oleh media sosial dan internet yang bebas yang ikut serta pro media bajingan Siam-Thailand. Media sosial tetap saja boleh bias, namun tidak sebesar media-media utama Siam-Thailand. Meski demikian, media-media utama harus dihancurkan, didemokrasikan dan didemonopoli. Kalau tidak, kita akan terus menerima propaganda kotor.
 
Walau bagaimanapun ini telah digoreng sedemikian rupa, inilah yang dikehendaki oleh penguasa (Siam) belakang skrin. sehingga menjadi viral, dan mendapat simpati masyarakat Melayu, malah golongan Melayu pra matang. Kemudian menuduhkan pasukan gerakan itu - ini untuk bertanggung jawab atas kejahatan itu, dan menuntut serangan dan di hentikan.
 
Perlu ingat, kematian di Patani adalah hal yang paling lebih tragis, seperti kematian beratus-ratus tragedi Tak Bai, tragedi Air Tempayan, anak-anak di Beluka Semak dan lain-lain. Adakah campur tangan tentera Siam-Thailand akan mengembalikan mereka yang mati? Tidak !!
 
Dalam hal ini, ke-bajingan-an propaganda kotor dan taktik jahat Siam Thailand telah lama diserang, yang ingin mengusik kerukunan suku-suku, etnik dan masyarakat bangsa Melayu Patani dalam Kesatuan dan Persatuan. Awaspadalah !!