Skip to main content

Kempen yang dilakukan oleh anak-anak muda Patani untuk mempromosikan penggayaan pakaian Melayu amat dihargai. Sesungguhnya pakaian merupakan satu cabang budaya yang amat signifikan dalam menampilkan diri, yang juga dapat menunjukkan adat resam sesuatu bangsa berdasarkan kepercayaan yang dianutinya.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan video ini, dan semoga usaha seperti ini diteruskan. Dengan adanya usaha sedemikian, kita dapat memastikan hakikat yang paling dasar bahawa Patani merupakan sebahagian daripada Dunia Melayu.

Di sini ada beberapa pengesyoran.

1. Sebagai teras jati diri bahasa, jangan sekali-kali aspek bahasa diabaikan. Sebenarnya orang Muslim di Satun juga masih ramai yang berpakaian Melayu, tetapi kebanyakannya sudah tidak boleh berbahasa Melayu lagi, sehingga mereka tidak lagi menganggap dirinya sebagai orang Melayu, kerana 'bahasa jiwa bangsa'. Tidak salah bagi kita mempelajari bahasa-bahasa lain (bukan salah, tetapi amat digalakkan), tetapi jangan sampai meninggalkan, menghina atau berasa malu dengan bahasanya sendiri. Jiwa orang Melayu Patani, saya percaya, hanay boleh diwariskan melalui bahasa Melayu Patani sahaja.

2. Peluang untuk menggayakan pakaian Melayu hendaklah diperbanyakkan, bukan sekadar pada hari-hari istimewa seperti hari raya, tetapi juga pada hari-hari yang lain. Orang Jepun, terutamanya kaum wanita, juga menggayakan baju kebangsaan yang bernama 'kimono', tetapi hanya pada hari tahun baru (1 Januari) dan majlis-majlis tertentu sahaja, iaitu hanya beberapa kali dalam setahun. Pakaian Melayu yang amat sesuai dengan budaya dan cuaca di Bumi Patani biarlah dikenakan lebih kerap, jangan menjadi seperti 'kimono' yang hanya menjadi lambang semata-mata, bukan pakaian yang praktikal dalam kehidupan.

3. Di samping baju Melayu, pakaian-pakaian lain yang bercirikan Nusantara juga boleh diperomsikan, termasuk baju batik yang menjadi budaya tempatan yang amat bernilai. Kita tidak perlu lagi membazir wang ringgit (or, kup kita) untuk membeli baju-baju jenama barat yang harganya sudah tidak masuk akal. Batik yang berkualiti juga harganya cukup tinggi, tetapi masih jauh lebih murah daripada baju jenama barat. Pembelian baju jenama barat tidak mengayakan sesiapa kecuali tauke-tauke di luar negeri, tetapi industri baju batik masih berakar umbi di Nusantara.

Sekian disampaikan sebagai tatapan.

 

Untuk menonton hasil pembikinan video oleh anak-anak muda Melayu Patani, sila klik pautan di bawah:

https://www.facebook.com/photo.php?v=748293345212320&set=vb.100000949857...

Gambar dari:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203927967018076&set=t.10000051...