Skip to main content

Bangsa Thai-Siam senantiasa dengan tipu dayanya cuba memerangi Umat Melayu Patani dengan pelbagai kemaupuan yang mereka miliki, baik secara halus dan tersembunyi maupun secara kasar dan terang-terangan.

Pembunuhan demi pembunuhan terhadap umat Melayu di Thailand Selatan bukan cerita baru, inilah demdam kesumat bangsa kolonialisme Thai-Siam Buddha yang tidak pernah pudar terhadap suatu kaum yang berbangsa Melayu di Patani, Thailand Selatan"

Banyak yang tidak mengira, bangsa colonial Thai-Siam memendam kebencian yang luar biasa terhadap umat Melayu Patani. "Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi ..." (ali-Imran: 188).

Di hati mereka sudah tertanam kebencian. Artinya, mereka sudah punya target, umat Melayu Patani harus dimusnahkan dari bumi 'serambi Mekah' atau Patani Darussalam. Jadi, pembataian itu sasaran mereka. Sedang-kan target terakhirnya adalah meng-siamkan umat Melayu Patani dari pelbagai sudut kehidupan, dari sudut budaya, bahasa dan sudut agama yang mereka anuti.

Selama menjalankan penjajahan, Kerajaan Thailand memberi hak-hak istimewa kepada masyarakat Budha yang didiami di bahgian selatan Negara itu. Buah perilaku kerajaan Thai itu tetap terasa apabila Bangsa Melayu di bawah penjajah Siam. Seluruh masyarakat Melayu Patani tidak mendapat keistimewaan di kediaman-nya, padahal mereka adalah penduduk asal. Yang pasti membalurkan warna suram bagi masa depan masyarakat Melayu Patani. Belum lagi kerugian immatiriil berupa rasa sakit hati yang sangat dalam menusuk perasaan yang entah dengan cara apa dapat dihapuskan.

Kini berkembang menjadi "bakar, bunuh Melayu." Sampai di sini adalah cukup beralasan bila disebut ini sebagai 'moslem cleansing', pembersihan Comunity Melayu. Selain rumah-rumah mereka dikepong, jiwa mereka pun diancam bunuh. Yang lebih mengejutkan lagi adalah usaha transmigrasi oleh Kerajaan Thailand yang ingin mentransmigrasikan sebagian besar masyarakat Budha Siam dari Utara ke Selatan.

Tragedi Hitam sudah lama terukir ada perumpamaan tentang pergeseran sosiologi di Patani yang menimbulkan percikan api. Masyarakat Siam Budha diumpamakan sebagai tuan dan Melayu Patani diumpamakan jongos (pembantu). Selepas kerajaan Siam menakluk Patani dan kesan pembangunan serta kegigihan untuk berubah, kini bangsa Siam yang menganggap diri jingo (orang yg terlampau memuja-muja tanah airnya) telah kaya dan si tuan justru tertinggal.

Thailand Selatan sebagai daerah yang subur, Patani dijuluki "Emas Hijau" yang akan mengundang kedatangan kaum pendatang Budha dari Utara Thailand ke Selatan sejak berabad lalu. Kerajaan Bangkok membagun desa untuk kaum pendatang Budha dengan sebuah nama pendesaan "Nikom" terdiri di beberapa daerah bahgian wilayah Selatan.

Tragedi Berdarah merupakan roda kehidupan terus berputar. Manusia-manusia yang di perangi, dibantai, dan dijagal kerana keimanannya, masih berterusan. Sikap bangsa Penjajah tidak akan pernah padam dari waktu kewaktu. Ibarat api dalam sekam yang tersimpan di dada mereka hingga suatu saat dimana bara itu boleh berubah menjadi api yang sangat dahsyat, dan etnik bangsa Melayu Patani di bahgian wilayah Selatan akan di hapuskan.

Pengawai kerajaan Thailand sering menjelaskan kepada media bahawa awal rusuhan hanya sebahgain kecil golongan yang tidak pendidikan. Sanggahan dari masyarakat Melayu Patani sudah dilakukan sehubungan dengan perantaan Pengawai kerajaan tersebut. Akan tetapi, mulut pengawai atasan jelas jauh lebih besar berbanding mulut-mulut kecil warga minoriti Melayu yang biasa bagi media yang menjadi penyebar utama omongan (percakapan) pengawai itu. Anehnya salah seorang Pemerintah Kerajaan Thailand juga menganggap krisis di Thailand Selatan sebagai perang kemiskinan, narkotik, dadah, mafia "Ini omong kosong (percakapan sia-sia)".

Terdapat ungkapan di pihak pengawai Kerajaan Thailand bahawa tidak ada konflik agama, atau etnik di bahgian wilayah Thailand Selatan, padahal lembaga pengawas HAM yang beroperasi di New York semacam Human Rights Watch saja menganggap kejadian Konflik di Thailand Selatan itu tidak setakat konflik Sejarah, Suku, Etnik , dan jurang Ekonomi, tetapi sudah ada bermotif Agama.

Ada yang berpendapat bahawa Konflik PATANI Selatan Thailand adalah murni SARA, ada juga yang berpendapat kerena pertarungan antar Pemerintah Kolonial Thailand dengan sebuah gerakan 'Barisan Revolusi Nasional Patani' yang sedang berjalan, walaupun ada yang mengaitkannya dengan isu mesiamisme (ajaran Buddhis Siam-Thai untuk "membersihkan" wilayah-wilayah Melayu di Thailand Selatan yang akan menjadi tempat kehadiran Thailandisasi dan Siamisasi).

Ini merupakan koflik mendatar antara Melayu dan Budhis - Bangsa Patani dan Siam Thailand. Sehingga koflik mendatar murni antara kedua-duanya ini akhirnya di bawah benar-benar perang.

Adapun tentang pemahaman dokrin itu (mesiamisme), boleh jadi seperti itu. Isu mesiamisme boleh juga. Justru menambah pemahanan Nasioanlis (baldatun) yang siap mati bagi Perjuangan merebut kebebasan Melayu Patani. Dan, Patani ini kalau kita perhatikan, mempunyai potensi konflik ideology sudah dalam, sudah lama, iaitu sejak kejatuhan Kerajaan Patani di bawah penjajah Siam (Thailand) pada tahun 1785.

Kalau sampai saat ini, efektiviti-nya belum tampak sebenar walaupun sedikit sudah dirasakan oleh Masyarakat Melayu Patani. Memang berjalan menuju perbaikan memang ada, tetapi ini akan menyelesaikan masalah apabila tidak di berengi dengan unsure-unsur yang lain. Itu baru sisi masalah keselamatan. Dan, keamanan sendiri belum boleh menjamin sepenuhnya kerana umat Melayu di bahgian Selatan Thailand sendiri masih merasa tidak selamat. Sementara, kepercayaan kepada aparat telah pudar, kerena track record pertama itu pihak aparat kerajaan Thai justru selalu membantai keatas warga minoriti yang beretnis Melayu (lihat: Tragedi Kresik, Tragedi Tak Bai, Tragedi Tanjung Lima, Tragedi Air Temapayan, dan beberapa tragedi dan peristiwa berdarah  lain lagi).

 

Jadi, Memang Ada koflik Ideologi

Konflik di Patani Selatan Thailand jelas SARA*, tidak perlu dengan istilah-istilah lain seperti "perang kemiskinan" agar tidak tersebar luas. Mengapa perlu menutup nutupi barang busuk. Kerajaan kolonial Thailand memang pandai dalam mengarah "cover" dengan istilah-istilah pemanis, tapi lama kelamaan terbongkar juga borok-boroknya (perbualannya). Dulu, Thailand dikenali sebagai Negara yang paling tinggi tahap heterogeniti-nya yang terkenal 'the land of smile' walaupun pelbagai suku dan agama, sehingga mendapat anugerah dari luar negara.

Tentu saja, Masyarakat Melayu Patani yang sebahagian besar beretnis Melayu mempersoalkan, mengapa Konflik di Patani yang memakan korban jiwa cukup besar tidak "dilirik" oleh kerajaan Bangkok?

Sebaliknya, mereka (masyarakat Melayu Patani) juga mempersoalkan, mengapa jika seorang atau dua orang yang beragama Budha terbunuh di bahgian wilayah Selatan, Patani, Yala, Narathiwat dan sebahagian wilayah Songkla, kerajaan sangat cepat bertindak tanpa harus didorong oleh pihak lain. Malah, kalau perlu, kerajaan membentuk pasukan pencari fakta untuk menyelesaikan kes tersebut.

Kalau dilihat dari pelanggaran hak asasi manusia, tragedi pembunuhan orang Melayu di wilayah Selatan jauh lebih tragis berbanding dengan warga bangsa Thai. Jumlah korban terbunuh di bahgian Selatan mangsa adalah orang Melayu jauh lebih banyak.

Maka di sini tidak aneh lagi sekira seorang Ustaz sekolah Agama di tembak mati maka akan disusul pula seorang guru Buddha yang terbunuh, seorang Pak Kiayi (Ulama) di tembak tewas maka disusul pula seorang Biksu, seorang masyarakat awam Melayu di tembak mati maka akan terus pula seorang awam Budha tertewas. Ini telah berlaku percaturan konflik yang sedang berlanjutan di sini.

Sikap tidak puas terhadap peranan Komnas (lembaga pengawas) HAM Thailand dan ini merasa bingung mengapa harusya menang 'diam'. Padahal kes Pembunuhan, Mangsa Keganasan, Pemerkosaan, Mangsa di Penjara, Mangsa Meninggal di Tembak, Mangsa di Hapuskan dan dihilangkan menunjuk angka yang begitu besar. Jumlah korban begitu banyak. Hanya begitu terpukul dengan kasus yang berlaku di Selatan nagara Thai ini, tetapi kenapa tidak ada reaksi yang begitu keras terhadap kasus-kasus semua ini.

Bahawa Komnas HAM Thailand tidak acuh terhadap konflik di Thailand Selatan. Komnas HAM Thailand sudah menghantar orang ke Selatan dan berusaha mendorong untuk menyelesaikan. Komnas HAM tidak perlu melakukan pertindihan kerja. Sebab, kalau datang ke sana (Thailand Selatan) hanya untuk mengkaji semula, hanya dilihat sebagai pengulas amatur. Hanya untuk mengumpulkan data kemudian kembali ke Bangkok. Lalu, apalagi yang diharapkan ??

Peristiwa dan kejadian yang berlaku ini tidak hanya membuat kita sangat prihatin, tetapi juga sekaligus mengeruhkan persoalan konflik yang berpanjangan dan memanjangkan soalan masyarakat Malayu di Selatan Thai. Apa yang sesungguhnya dilakukan aparat keamanan dan sejauh mana tangung jawap yang boleh menjamin kehidupan umat Melayu Patani disini?

Apa yang terjadi di Patani Selatan Thailand tidak boleh dianggap mudah dan local, kerena kesannya pasti sangat serius. Rusuhan di Patani bukan lagi angka-angka tentang berapa jumlah manusia yang tewas, berapa rumah ibadah ditembak. Rusuhan tentangan ini benar terjadi antar Etnik Bangsa Melayu Patani Vs Bangsa Siam Thailand, yang sedang terus berjalan di 'the land of smile' negeri Gajah Putih ini ... !!!

_____________________

*SARA adalah pelbagai pandangan dan tindakan yang didasarkan pada sentimen identiti yang menyangkut keturunan, agama, kebangsaan atau kesukuan dan golongan. Setiap tindakan yang melibatkan keganasan, diskriminasi dan gangguan yang didasarkan pada identiti diri dan golongan boleh dikatakan sebagai tidakan SARA. Tindakan ini mencabul dan mengganggu kemerdekaan dan segala hak-hak dasar yang melekat pada manusia.