Skip to main content
 
Mengungkap fakta-fakta kekerasan kemanusiaan yang sadis dan kejam, justeru apa yang berlaku dalam pendekatan Undang Darurat Tentera (UDT) di PATANI, Thailand Selatan 2004 - 2015 yang berlangusung kekejaman di bahgian Selatan ini selalau membisu dari liputan media kerajaan Thai mahu pun media antarabangsa. Selaku negara 'land of smlie' yang mendakwa dirinya penuh ramah-tamah dan berbudi pekerti luhur, nyatanya bias berubah menjadi monster-monster maut pembawa petaka.
 
Dengan perlakuan jenayah kemanusiaan yang lama terpendam akhirnya terbongkar juga, maka sedikit demi sedikit segala kepalsuan dan kebohongan yang selama ini ditutupinya tercium baunya. Statistik data yang dikumpul oleh Deepsouth Wahct menjelaskan bahawa jumlah korban konflik perang internal di ujung selatan selama 10 tahun dari tahun 2004-2014 sudah mencapai 17,652 korban jiwa. Terdapat jumlah 6,286 orang terbunuh dan 11,366 orang lain mengalami kecederaan akibat konflik perang ini. Konflik perang internal di Thailand Selatan ini tidak hanya menjadi masalah HAM dalam negeri Thailand di sana saja, namun perlu menjadi pembahasan dan penyelesaian ke pentas dunia antarabangsa.
 
Undang Darurat Tentera atau UDT di Patani Selatan Thailand adalah salah satu ciptaan dari hasil kerja kolektif antara kesewenang-wenangan penguasa kerajaan Thailand, sehingga ribuan nyawa Melayu Patani 'terpaksa' atau 'dipaksa' menjadi terkorban. Justru yang minoriti Melayu di Selatan negeri ini mereka diperlakukan sebagai tumbal kesewenangan para penguasa yang haus darah. Ironisnya jika yang menjadi korban etnik Melayu justru media massa kerajaan yang berat mendedahkannya. Malah NGO-NGO yang amat rajin bernyanyi, seolah-olah ikut membisu. Sungguh suatu ketidakadilan yang kasat mata.
 
Mengingatkan bahawa UDT yang diluluskan oleh Raja Bhumibol Adulyadej dan Raja Siam telah mengubah dektrit ini menjadi sebuah undang-undang. Maklumat mengenai adanya persetujuan Raja atas penerbitan perintah darurat disampaikan juru bicara kerajaan, pada hari Ahad 17 Julai 2005. Bahwa Persetujuan Raja disampaikan Sabtu 16 Julai 2006. (Dengan demikian), perintah itu berlaku (mulai) hari ini.
 
Apa yang sesungguhnya terjadi di Patani tidak ada yang mempedulikannya, pun ketika sekarang Selatan Thailand termasuk satu kawasan yang 'Konflik Perang Internal' di Thailand. Komuniti Melayu Patani tidak lebih dari keganasan dan penindasan sepanjang abad. 
 
Risiko penghilangan paksa, penyiksaan, dan perlakuan buruk lainnya secara signifikan meningkat ketika orang ditahan tanpa komunikasi di lokasi rasmi dan di bawah kawalan tentera, yang tidak mempunyai latihan dan pengalaman dalam penguatkuasaan undang-undang sivil. Mereka yang melakukan kejahatan harus terisi dengan baik, tetapi semua harus diperlakukan sesuai dengan standard hak asasi manusia antarabangsa dan proses undang-undang sivil.
 
Konflik yang berlaku sejak kejatuhan kerajaan Melayu Patani dari kekalahan perang dengan Siam tahun 1786 ini merupakan akibat dari wujud perjuangan berpanjangan bangsa Melayu Patani di Thailand Selatan yang menuntut kebebasan bangsanya dari penjajah Siam-Thai.
 
Sejak kerajaan Thailand memasukkan kerajaan Melayu Patani ke dalam negara Thai pada tahun 1909, telah berulang kali berlaku protes dan perlawanan bersenjata kedua belah pihak. Faktor utama yang telah membantu menyokong gerakan pembebasan Melayu Patani adalah etnik kemalayuan dan perpaduan kebangsaan. Kedua factor itu juga membezakan mereka dari bahagian utama penduduk Thailand. Kebangsaan dan etnik Melayu digunakan untuk menggembleng rakyat Melayu Patani menentang campur tangan pemerintah colonial Siam-Thailand dalam urusan masyarakat Melayu Patani.
 
Andai komuniti bangsa Melayu Patani tidak menjadi bahgian taklukan paksaan pada tahun 1902 lalu oleh colonial Siam -Thailand, mungkin kawasan ini akan menjadi salah satu Negara Persekutuan Melayu sekaya Singapura atau Brunei Darussalam. Andai kata tiga negeri Yala, Pattani, Narathiwat dan lima daerah bahgian wilayah Songkla, Sabayoi, Teba, Jenok, Danok dan Sadau, tidak dilebur menjadi satu dengan Negeri Selatan Thailand pada tahun 1909 dalam perjanjian Anglo yang ditanda tangan hanya sebelah pihak dari kolonoal Inggeris dan Siam yang lalu tanpa ada jejak suara dari rakyat Melayu Patani, atau persetujuan dari Raja Patani mungkin wilayah paling Timur Malaysia (Malaya) ini tidak akan tertinggal seperti sekarang ini dan tidak akan ada sejarah per-'Benturan Peradaban' di kawasan asia tenggara yang sempadan Malaysia dan Thailand.
 
Bangsa Melayu Patani, yang mengalami kesenjagan Sejarah, Politik Sosial dan Hukum Rimba yang panjang, dari perang yang melelahkan dengan kerajaan colonial Siam-Thailand, menuntut 'Kemerdekaan Darussalam', kemudian menjadi wilayah daerah Selatan, dan kini berpenduduk beretnis Melayu sekitar 2.8 juta jiwa ini kini betul -betul terpuruk.
 
Perubahan dan kecemburuan bangsa Melayu Patani yang muncul dimana negara serumpun Melayu dari Malaysia tahun 1957, Indonesia tahun 1945 masing-masing memerdekakan diri, telah mengubah wilayah-wilayah PATANI ini terus menjadi 'ladang pembunuhan' (killing fields) hingga sampai abad ke-20 sekarang. Yang dapat dirasakan masyarakat bangsa rumpun Melayu di rantau yang telah bebas independent hanya sebagai penonton keatas nasib bangsa Melayu Patani. Dengan kata lain lagi, rakyat Patani menjadi tetamu di tanahnya sendiri.
 
Ketimpangan itulah, yang membuat salah satu faktor timbulnya gerakan angkatan bersenjata gurela (geriliya) yang memperjuangkan pembebasan bangsa Melayu kerana gerakan ini merupakan gerakan membela amanah "Penderitaan Rakyat" dengan meningkatkan perjuangan agar menginternasionalisasikan nasib bangsa ini di masa lalu hingga sekarang masih terus dijajah oleh colonial pemerintahan Bangkok.
 
Sedangkan gerakan pengganas selatan atau teroris selatan adalah sebahagian daripada kejuruteraan tentera dan kerajaan colonial Bangkok agar daerah Selatan dapat terus dihimpit dengan cara menyebarkan keganasan terus-menerus di kalangan rakyat bangsa Melayu yang kemudian mengundang datangnya tentera ke Patani, di bahgian wilayah Selatan Thailand.
 
Dengan adanya Tentera Thailand yang cenderung guna UDT atau Undang Darurat Tentera di Patani, Thailand Selatan selama telah lebih satu decade dari tahun 2004-2015, rakyat Melayu Patani terluka, dikhianati, merasa diinjak-injak harkat dan martabatnya. Apa yang terjadi di Patani merupakan symptom politik atau political decay (pereputan sistem politik) yang cukup parah sebagaimana bangsa Melayu Patani alami sampai disaat ini.
 
Tindakan ketenteraan jauh lebih tak bermoral. Mereka bertindak kejam, bahkan tanpa pandang bulu apakah sasarannya anak-anak atau orang-orang tua. Mereka dengan semena-mena masuk ke rumah-rumah, menangkap orang-orang tak berdosa secara brutal. Belakangan ini kerajaan Junta Tentera telah mengerahkan pasukan untuk melakukan penangkapan besar-besaran dan menyebarkan ketakutan di kalangan etnik Melayu di Thailand Selatan. Tindakan itu telah menyebabkan banyak warga dan pemuda etnis Melayu tak berdosa meninggalkan rumah-rumah mereka.
 
Tiap kali kuasa di negara berjuta bhiksu ini berganti, pemerintahan yang naik condong mengulur-ulur isu konflik Thailand Selatan yang merupakan salah satu konflik dalaman paling mematikan di Asia Tenggara ini. Tetapi respons kerajaan Thai selalu memakai konsep kedudukan negara yang ketinggalan zaman dan diperkeruh perselisihan di dalam birokrasi kerajaan serta persaingan politik skala pemerintahan negara.
 
Sengketa politik dalaman Thailand yang tak kunjung usai antara masyarakat Thai pro demokrasi yang di rampasan kuasa tentera tahun 2006 dan kini berada di pengasingan, dengan lawan-lawannya di dalam tubuh tentera, birokrasi dan istana kerajaan telah menjadi kebengunggan.
 
Namun, wilayah Selatan itu masih menjadi arena permainan politik. Pemerintahan Junta Tentera dan kerajaan istana Bangkok terkebiri oleh perlunya menghormati kedudukan tentera di kawasan itu dan terjebak dalam pencarian opsyen yang dapat menghentikan konflik tanpa komited terhadap reformasi politik. Malangnya implementasi dari inisiatif kedamaian di ujung Selatan ini terganggu oleh pergumulan politik dan birokasi.
 
Pengerahan sekitar 60,000 pegawai tentera bersenjata, penggubalan pelbagai undang-undang keselamatan khas dan belanjawan berbilion dollar AS adalah langkah-langkah yang gagal menurunkan korban jiwa manusia di Ujung Selatan ini.
 
Akar masalah semua itu dicetuskan oleh jurang. Realiti jurang itu dijawab oleh kerajaan Siam Bangkok dengan melakukan operasi ketenteraan hingga Patani kian terpuruk dan porak-peranda.
 
Apa yang seharusnya kerajaan Junta Tentera Siam Thailand sekarang lakukan adalah dengan membina diplomasi kedamaian dilakukan ujung Selatan itu perlunya kemahuan dari kerajaan junta untuk mendengar apa yang diinginkan masyarakat Melayu di sana. Yang mereka perlukan adalah pengertian, simpati, dan kepekaan tentang apa yang mereka perlukan. Kerana persoalan yang muncul ke permukaan kerajaan Thailand hanya dilihat dari kacamata yang militerlistik, tanpa mau memerhatikan persoalan psikologi apa yang terjadi di sana.
 
Konflik 'Perang Internal' tidak ada sebab untuk kerajaan Junta tentera Thailand sekarang menggunakan ringkasan dan tindakan kasar terhadap penduduk awam Melayu di Selatan. Ini sangat membimbangkan bahawa tentera terus menangkap dan menahan orang yang mereka inginkan tanpa buktian yang jelas.
 
Bertitik tolak dari perjalanan panjang yang getir itu, ada baiknya rakyat Melayu Patani kini menggeliat: ingin menuntut 'hak menentukan nasib diri sendiri' atau mengadakan Jejejak Pungutan Suara (referendum) yang lebih adil, akan lebih meningkatkan dan mempercepat kemakmuran serta kedamaian di bahgian Ujung Selatan Thai atau di Utara Malaysia kini.
 
Nampaknya penderitaan rakyat Melayu Patani merupakan 'politik jurang bangsa' yang sengaja terus diciptakan negara Thai secara mutlak. Patani menjadi seperti sekarang, kerana Bangkok salah besar dalam mengambil keputusan sehingga logik etnik tidak pernah didengar. Kerana kuasa pemerintahan pusat yang bertangan besi di Istana Bangkok, dengan darah dan air mata para tumbalnya mewujudkan "piramid korban manusia" yang meruntuhkan 'Peradaban Kemanusiaan' hingga sekarang.
 
Ironisnya kuasa istana pusat di Bangkok yang jauh kukunya mencengkam darah, bukan hanya dilihat di tubuh minoriti Melayu di Selatan saja, melainkan pada segala aspek kehidupan asimilasi paksaan keatas bangsa Melayu Patani. Secara pemusatan yang diberikan kerajaan pusat Bangkok itu, sangat menyakitkan perasaan etnik Melayu di Selatan hingga kedewasa kini.
 
Kitaran pelanggaran hak asasi manusia (HAM) dan sewenang-wenangnya sumbangan untuk suasana di mana anggota keselamatan Thailand menunjukkan kurang memberi perhatian kepada HAM dan telah melakukan banyak kekejaman. Sejak Januari 2004, wilayah sempadan selatan Thailand Pattani, Yala, Narathiwat dan empat daerah di wilayah Songkla telah menjadi tempat konflik 'Perang Internal' secara kekerasan yang telah meragut lebih dari 6.000 jiwa. Orang awam telah menyumbang kira-kira 90 peratus daripada kematian. Sampai saat ini, tidak ada satu anggota pasukan keselamatan Thailand telah diambil tindakan untuk pelanggaran HAM yang serius di Selatan.
 
Tragedi sejarah yang terus mencucuri darah dengan pendekatan UDT colonial Siam yang terus tetap berjalan di Patani Selatan Thai jika tidak segera disebar ke publik atau masyarakat tempatan mau masyarakat luar negeri akan terus menjadi kisah-kisah tragis dilindungi oleh liputan media tempatan mahu pun media antarabangsa atas perlakuan buruk lainnya secara ketara yang akan terus meningkat lebih banyak di alami oleh komuniti Melayu di Ujung Selatan negara 'the land of smile'.
 
Kebiadaban tentera colonial Thailand terhadap masyarakat Melayu Patani sebenar telah mengakar sejak penubuhan negara gajah putih itu. Ini tidak hanya menyankut ketegangan budaya tetapi soal ketegangan suku bangsa. Bangsa Thai yang majoriti bersuku Siam kelihatannya belum menerima orang Melayu Patani sebagai masyarakat sebangsa. Secara giografis Patani di klaim sebagai wilayah kerajaan Thai, tetapi sebaliknya secara demografi dan cultural Patani selalu dilihat sebagai bangsa lain yang kehadiran di anggap mengangu keutuhan bangsa itu, akibatnya etnis Melayu Patani didiskriminasi kerana berbeza bangsa dan suku bangsa dengan demikian juga beza kultur. Perbezaan itu yang membuat pemerintah penjajah Thai bersikap diskriminasi bahkan cenderung diekpresikan dengan tindakan kekerasan mahupun masal.
 
Sikap inteleransi pemerintah colonial Thailand dan masyarakat Siam Budha di negeri itu pada umumnya terhadap komuniti Melayu Patani terjadi kerana mereka tidak boleh menerima kemajmukan, menghendaki hegemoni tunggal oleh Siamisme. Sikap terungkap secara sedar atau tidak menguruskan politik diprovinsi dibahagian Selatan yang terdiri daripada bangsa Melayu itu yang kemelayuan rupanya belum boleh diterima oleh pemerintah dan masyarakat di situ, ini terjadi kerana belum tuntas orientasi kemanusiaan dikalangan mereka sehingga cenderung rasialis* (hak mempertahankan perbezaan suku-suku bangsa).
 
_______________________________
 
* Menurut konvensyen PBB mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman tahun 1966, boleh menyatakan bahawa diskriminasi Perkauman adalah: "Suatu perbezaan, pengecualian, sekatan atau pilihan yang berdasarkan pada suku bangsa, warna kulit, keturunan, atau asal bangsa atau suku yang mempunyai tujuan atau pengaruh menghilangkan atau merosakkan pengakuan, kesenangan atau pelaksanaan, pada dasar persamaan, hak-hak asasi manusia dan kebebasan yang hakiki dalam politik, ekonomi, social, budaya atau sesuatu bidang kehidupan masyarakat " (Pasal 1 ayat 1 Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Perkauman).