Skip to main content

Salam sejahtera kepada Editor Deepsouthwatch.org dan rakan-rakan di negara yangpernah dikenali sebagai Patani Darussalam. Terus terang sayakan,tidak mengenali Patani.Setelah membaca artikel dalam DeepSouthwatch.org dan buku-buku oleh pengarang Melayu dan Inggeris seperti Dr.Zamberi dan Prof .Dr.Duncan McCargo.

Saya kemudiannya menghubungi NGO yang begitu aktif membantu rakyat Patani yang dirundung duka. NGO itu dikenali sebagai Aman Patani. Kumpulan banyak membantu rakyat Patani dari segi pendidikan terutamanya membangunkan bahasa Melayu. Aman Patani sering menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim di Jala dan Patani. Wang ini disumbang oleh rakyat Malaysia melalui tabung yang diletakan di kedai makan orang Patani.

Saya seperti orang Malaysia yang lain tidak begitu tahu keadaan yang berlaku di Hujung Selatan Negara Gajah Putih.Surat khabar  di Malaysia tidak banyak memuatkan berita tentang keadaan ataupun pergolakan yang berlaku di Hujung Selatan.

Saya baru mengenali rakan-rakan di Deepsouthwatch.org seperti Ramadon Panjor,Areeda,Ayub Pathan dan beberapa orang lagi. Sayang sekali mereka ini tidak menulis dalam bahasa Melayu.Saya fikir keadaan ini berlaku kerana dasar Siamisasi yang dipaksakan oleh kerajaan Thai terhadap umat Melayu warga Thai. Demikian juga dengan dasar pendidikan di Thailand yang tidak berminat memberikan ruangan untuk pengajaran bahasa Melayu. Jadi tidak hairan lahirnya generasi Melayu di Thailand yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.