Skip to main content

Terlalu payah mencarinya. Di Jala tiada . Di Patani tiada. Di Menara pun tiada. Baik dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.  Surat khabar berbahasa Inggeris tidak ada dijual di di tiga wilayah di sini ataupun disebut cangwat  dalam  bahasa Thai kalau tidak silap saya.Surat khabar bahasa Melayu jauh sekali. Kedai buku tidak banyak di sini.

 

Surat khabar bahasa Thai banyak sekali.Tidak tahu berapa jumlah surat khabar yang diterbitkan dalam bahasa Thai. Pastinya surat seperti 'The Nation' dan 'Bangkok Post' tidak ada dijual disini.

Mungkin bilangan pembaca surat khabar berbahasa Inggeris boleh dibilang dengan jari. Maka sebab itulah tidak ada dalam pasaran di wilayah ini.Tentu nya peniaga tidak mahu mengambil risiko menjual barangan yang tidak ada pembelinya.  Tentang surat khabar Melayu  memang tidak ada langsung. Bilangan penduduk Melayu di Hujung Selatan memang ramai. Menurut perangkaan di Menara(Narathiwat) ada 747,372 penduduk Melayu yang merupakan golongan terbesar di wilayah ini dan dari segi peratus ialah 80%. Di Patani ada 80% orang Melayu. Jumlah orang  Melayu di sini ialah 663,485 orang. Di wilayah Jala ada 72% orang Melayu yang berjumlah 493,372 orang.

 

Penduduk di Hujung Selatan lebih banyak menggunakan bahasa Melayu tulisan jawi. Keadaan ini berlaku kerana pengaruh sekolah pondok yang banyak terdapat di Hujung Selatan. Sekolah pondok merupakan benteng pertahanan tulisan jawi. Tulisan rumi digunakan dan diajar di Tadika.Tadika di Hujung Selatan merujuk kepada sekolah Melayu yang beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad.

 

Baru-baru ini ditubuhkan Dewan Bahasa dan Pustka Melayu Thailand untuk meningkatkan bahasa Melayu di Thailand.Terlalu awal untuk memperkatakan tentang kemajuan dan perkembangannya. Baru berusia setahun jagung.Apapun setakat ini ada usaha daripada beberapa NGO dan individu untuk memajukan Bahasa Melayu di Hujung Selatan. Cara yang terbaik untuk memartabatkan Bahasa Melayu di sini ialah melalui pendidikan