PSU Pattani Anjur Persidangan Antarabangsa PNC

Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Prince of Songkla University, Kampus Pattani  (PSU,Pattani) pada 24-26 Januari 2017. Ini adalah anjuran bersama Fakulti Sains Komunikasi, PSU Pattani dengan Pusat Kajian Konflik dan Kepelbagaian Budaya (CSCD), Institut Pengajian Kedamaian , PSU Hatyai dan Pusat Pemantauan Situasi Selatan Thai (Deep South Watch).  Dengan tajuk  “Peralihan Politik, Tiada Keganasan   dan Komunikasi dalam transformasi konflik”   

Persidangan kali dihadiri oleh 20 buah Negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Sudan, India,Persatuan Eropah, Malaysia, Singapura dan Myanmar.

Persidang bermula dengan Ucap Utama oleh Harn Yawghwe-Executive Director of Euro-Burma Office dalam tajuk “Challenges and Lessons of Moving from an Armed Conflict towards Non-violence”.   

Selain itu pengalaman dan usaha Malaysia sebagai Fasilitator dalam menjayakan proses damai di Mindanao turut dikongsikan oleh Emma Leslei dari Australia  dalam ucap utama beliau bertajuk“Leadership, Political Will and Emotional Intelligence : Armed Group wisdom in South East Asia”. Emma Leslie adalah Executive Director of Centre For Peace and Conflict Studies (CPCS) Australia.

Perkembangan Proses Damai di Selatan Thailand atau PATANI  turut dikongsikan dalam persidangan antarabangsa kali ini oleh Abu Hafez Al-Hakim , Juru Cakap MARA PATANI.

Abu Hafez Al-Hakim menghantar rakaman VDO sepanjang 16 minit 50 saat kepada penganjur berkenaan dengan perkembangan 1 tahun proses rundingan damai antara Thailand dengan MARA PATANI. Dan menjawab soalan daripada peserta melalui SKYPE.

 “satu lagi soalan yang serius adalah bahawa adakah proses damai akan terus? Yang penting kita tahu bahawa politik Thai tidak dapat diduga. Jadi itulah sebabnya kita sentiasa menekan mengenai isu agenda negara. Supaya apabila agenda nasional dipaparkan sesiapa kembali atau datang untuk menjadi kerajaan yang memerintah, mereka akan meneruskan agenda negara. Soalannya adakah mereka akan berterusan atau tidak? Jawapan saya adalah kami tidak tahu. Oleh itu, kita perlu menunggu dan melihat lagi. Kemudian mengenai Zon Selamat, sekali lagi jawapan saya adalah sama dan adakah ia akan berfungsi atau sama ada ia adalah satu gencatan senjata? Sebenarnya zon keselamatan bukan gencatan senjata. "  kata ABU HAFEZ AL-HAKIM.

Bagi pihak Thailand mempunyai kebimbangan terhadap proses damai jika berlaku perubahan pucuk pimpinan dari tentera kepada sivil.

“empat perkara yang dibimbang ialah pertama uniti, dua intergrasi antara badan kerajaan, ketiga qualiti dan keempat kesenambungan, perkara satu dua dan tiga  sentiasa diubahsuai mengikut keadaan manakala kesenambungan  adalah diutamakan”. Kata Capt.Jakapong Apimahatham.

Tambah beliau lagi walapun dasar Perdana Menteri jelas dalam menentukan garisan satu dua tiga mesti mempunyai kesenambungan dengan rundingan damai.

“ proses rundingan damai kerajaan mempunyai tiga peringkat  kini hanya berada di peringkat pertama iaitu membina keyakinan” kata Capt.Jakapong Apimahatham.

Sebagai pengkaji dari Germani yang bertukus lumus dengan masalah konflik dan proses damai di Patani Dr.Norbert Ropers, Pengarah Yayasan Berghof   Germany melihat persidangan kali ini sangat penting khasnya dalan sesi yang berkaitan dengan perkembangan proses rundingan damai.

 “Saya berfikir ia adalah satu peluang yang sangat baik bahawa semua penceramah bercakap tentang apa yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai setakat ini dan masalah yang masih ada. Saya rasa apa yang kita telah lakukan adalah peluang yang mana kedua-dua pihak boleh bertukar-tukar pandangan dengan cara yang meriah yang orang mendengar kepada mereka. Cara yang dimasukkan soalan adalah satu-satunya cara untuk membuat proses damai berjaya,  mendengar semua suara/pendapat. Tidak sesiapa mengguna jenayah atau meningkatkan tahap kritikal "Kata Norbert.