Jiraporn Bunnag : Pengalaman dan Pengajaran Proses Damai dalam Track 1

 

Jiraporn Bunnag, mantan timbalam setiausaha Majlis Keselamatan Negera (MKN) Thiland atau (So.Mo.Cho.), mencurahkan pengalaman beliau dalam kerja perdamaian dalam proses Track1, ketika menyampaikan kuliah dalam Kursus peralihan konflik yang dianjurkan oleh People’s College. Beliau mengimbas kembali cerita perbincangan antara kerajaan Thai dengan gerakan pembebasan Patani yang bermula daripada Proses Geniva sehingga kepada proses perundingan di KL dengan melalui beberapa kerajaan dan pelbagai pelakon yang menggambarkan setiap sudut latarbelakang serta menegaskan bahawa kemajuan proses damai selepas ini seharusnya menitik beratkan dan dimulai dengan 5 tuntutan BRN dan usaha meyakinkan setiap orang dalam kelompak masing-masing.      

Hari Sabtu 11 Oktober 2014 bertempat di Fakulti Ilmu Komunikasi, Universiti Price of Songkhla, Kampus Pattani.  People’s College telah mengadakan satu kuliah dibawah tajuk “Uhasa keseluruhan didalam Track 1 terhadap perdamaian di Selatan/Patani” bagi memenuhi satu korikulum dalam Kursus peralihan konflik, yang mana Puan Jiraporn Bunnag menjadi salah seorang ahli panel dalam Kursus tersebut. Beliau menyatakan peranan bagi proses damai dalam kumpulan pimpinan atau peringkat atasan atau apa yang difahami sebagai proses dalam Track 1 dan bagai mana masa depan perundingan tersebut pada masa akan datang.   

Wacana kali ini merupakan sebahagian daripada siri syarahan dalam kursus konflik dalam masa peralihan yang di anjurkan oleh People’s College, sebagai sambungan daripada syarahan-syarahan tentang Track 2 dan Track 3 atau proses damai dalam peringkat organisasi dan jaringan gerakan masyarakat dan juga peringkat rakyat awam yang diadakan sebelum ini.  

เ

“mesti membahagiakan mereka diatas bumi mereka sendiri”

Puan Jiraporn juga mengatakan bahawa beliau selalu mengikuti kerja dengan badan-badan keamanan, sama ada di bahagian dasar kerajaan seperti majlis keselamatan Negara (MKN) dan di bahagian pelaksanaan seperti dalam tentera, pentadbir awam dan polis. Kebetulan pula beliau lebih berminat dalam soal hak asasi manusia, maka beliau juga termasuk dalam Jawatan kuasa kecil pelaksaan strategi bahagian hak asasi manusia dalam kawasan wilayah sempadan selatan.

Puan Jiraporn percaya bahawa keamanan rakyat tidak akan lahir dengan sendirinya, jika tidak ada kesedaran terhadap peri pentingnya hak kebebasan, hak asasi manusia dan maruah kemanusian yang saksama. Jika perkara-perkara seperti ini tidak wujud maka jangan harap akan lahirnya keamanan pada rakyat dan Negara. “apa yang hendak bercakap kali ini bukan bererti bercakap kerana saya sudah pencen atau bersara, tetapi sebenarnya saya sudah fikir dan bercakap seperti ini sejak belum saya bersara lagi dan menetapkan dasar keamanan di wilayah selatan pada awal-awal wawasan bahawa kita harus memberikan orang-orang muslim hidup dengan cara muslim dan menekankan bahawa identiti atau jati diri orang tempatan itu sangat penting. Oleh kerana itu, mesti membuatkan mereka rasa gembira dan senang hati dengan muslimnya didalam kawasan mereka sendiri dan diatas bumi mereka sendiri”. Kata Puan Jiraporn.   

 

Titik permulaan perbincangan, Peranan HDC dan Proses Geniva

Puan Jiraporn menceritakan latarbelakang terhadap proses penyelesaian masalah di selatan yang berlangsung dalam Track1 atau kumpulan pemimpin yang lebih tinggi bahawa beliau adalah salah seorang dalam kumpulan mereka ini yang meyakini bahawa penyelesaian masalah selatan mesti dengan melalui proses damai yang bermula dengan perbincangan. Iaitu ia bermula pada akhir tahun 2005 ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan setiausaha Majlis Keselamatan Negera (so.mo.cho.), ketika itu ada satu badan luar negeri bernama Center for Humanitarian Dialogue atau nama ringkasnya HDC (nama asalnya Henry Dunant Centre for Humanitarian Dialogue) yang beribu pejabatnya di Geniva, Switzerland dan telah mengeluarkan pembiayaan  bagi menguruskan proses perbincangan dalam kawasan yang berkonflik.

Seterusnya Puan Jiraporn mengatakan bahawa; HDC berminat terhadap masalah di selatan dan telah menghubungi pimpinan kerajaan ketika itu iaitu Perdana Menteri Thaksin Chinawatra untuk bertugas dalam kawasan, yang mana PM Thaksin menyarankan supaya berhubung dengan Setiausaha MKN (so.mo.cho.) pada ketika itu iaitu Jeneral Winai Pattiyakul dan pihak MKN (so.mo.cho) tidak ada masalah dan membenarkan HDC untuk menguruskan dalam soal ini.

“ketika itu setiausaha MKN (so.mo.cho) melihat bahawa beliau sudah lama bekerja di selatan iaitu sejak sebelum tahun 1999 lagi, maka beliau telah menyerahkan mandat itu kepada saya sebagai ketua deligasi dalam menjalankan perbincangan dengan satu kumpulan yang mana pihak HDC menyatakan bahawa mereka adalah dari orang-orang di wilayah selatan dan mewakili organisasi perjuangan, dengan jumlah setiap pihak 4 oarng. Kumpulan deligasi perbincangan kali ini dianggap sebagai Track 1 ketika itu dan menamakan perbincangan itu sebagai Proses Geniva”.   

 

Dua kumpulan PULO dan BIPP diatas meja perbincangan

Puan Jiraporn mengatakan, perbincangan dengan deligasi tersebut pada kali pertama bermula di Geniva kerana Ibu pejabat HDC berada disitu, dan HDC melihat bahawa pihak pergerakan lebih senang untuk perjalanannya  ke Geniva kerana kebanyakan mereka menetap di Sweden. Perbincangan kali ini pihak pergerakan di ketuai oleh Kasturi Mahkota, selain itu ada juga kumpulan Shamsudin Khan juga daripada PULO tetapi perbincangannya berasingan. “perbincangan ketika itu berjalan dengan sembunyi-sembunyi tidak dibuka kepada umum, yang mana ketika itu wakil kumpulan gerakan tidak ada kumpulan BRN tetapi ada daripada kumpulan BIPP yang lebih cenderung kepada ulama atau yang arif tentang agama”.

Puan Jiraporn menggambarkan bahawa; daripada perbincangan di Geneva dengan kumpulan Kasturi dan Shamsudin Khan didapati bahawa tidak sedikitpun menyentuh dalam soal perbincangan damai, kerana kedua-kedua pihak hanya menyentuh masalah masing-masing sahaja, dan wakil kumpulan BIPP menekankan bahawa jika ingin meneruskan perbincangan damai, maka tidak harus membincangkan hanya dengan satu kumpulan kerana masih banyak lagi kumpulan yang ada. 

 

Kegagalan dan penarikan diri kumpulan BIPP

Puan Jiraporn menceritakan bahawa ada satu ketika semasa berlangsungnya perbincangan, diadakan satu pakatan bahawa setiap pihak akan mengurangkan tindakan kekerasan, yang mana wakil kerajaan ketika itu tidak ada wakil daripada pihak tentera, oleh kerana itu kami pun kembali menanyakan pihak tentera tentang perkara itu dan pihak angkatan tentera darat ketika itu dipimpin oleh Jeneral Sonthi Bunyaratkalin dan beliau telah menghantar seorang wakil tentera untuk mengikuti bersama dalam perbincangan tersebut bersama kumpulan Kasturi, sebahagiannya adalah untuk mempastikan bahawa kumpulan Kasturi ini adakah yang sebenar atau pun tidak, dan juga diada satu persetujuan bersama bagi mengurangkan kekerasan didalam kawasan tetapi ternyata tidak berjaya.

“pada pertengahan tahun 2007 semasa Jeneral Surayut Chulanont menjadi Perdana Menteri, Ustaz daripada BIPP telah menarikan diri daripada perbincangan. Yang mana sebanarnya beliau sangat rapat dengan Ustaz Hasan Taib dan menjadi penasihat kepada Ustaz Hasan serta seorang Doktor yang menjadi kumpulan kerjanya. Yang mana kedua-dua mereka ini kemudiannya telah terlibat langsung dengan proses Track 1 pada masa sekarang” jelas Puan Jiraporn.

Selepas itu, pada akhir tahun 2007 atau awal tahun 2008, pihak atasan dalam kerajaan telah menyerahkan pihak HDC mengadakan perbincangan dengan kumpulan Kasturi di Indonesia, tetapi tidak ada apa-apa hasil daripada perbincangan kali ini kerana ketika itu Thai berada didalam pertukaran kerajaan.

 

Kemunculan kumpulan BRN

Puan Jiraporn mencerita lagi bahawa semasa Samak Suntharawet dan diikuti Somchai Wongsawat menjadi Perdana Menteri, tidak menyentuh langsung tentang soal masalah di wilayah selatan, maka pihak HDC pun tidak meneruskan lagi proses ini kerana dia melihat pihak kerajaan tidak lagi serius terhadap masalah di selatan, tetapi pihak Ustaz yang pernah menarik diri dalam perbincangan dahulu tidak berdiam diri, mereka pergi berbincang dengan kumpulan BRN dengan mengatakan bahawa satu lagi jalan keluar atau solusi yang mungkin dapat digunakan ialah dengan melalui perbincangan perdamaian yang mana sebelum ini tidak ada yang menyebut, kerana usaha-usaha sebelum ini tidak menyebut soal proses perdamaian.

Puan Jiraporn meneruskan ceritanya bahawa Ustaz tersebut telah berbincang dengan 5 orang wakil kumpulan BRN tetapi hanya seorang sahaja yang melihat bahawa perbincangan untuk perdamaian mungkin ini satu pilihan daripada menggunakan kekerasan semata-mata, sebelum orang-orang lain mulai memberi perhatian kemudiannya setelah ditunjukan contoh-contoh di luar negeri, yang mana tidak ada mana-mana kumpulan yang menggunakan kekerasan berjaya dalam tuntutan perjuangan mereka. Sementara pihak kerajaan Thai sendiri juga mula ada perbahasan tentang pentingnya diadakan proses damai terutama dari pihak suruhanjaya di dewan senator yang mana ada orang-orang daripada wilayah sempadan selatan turut terlibat bersama, demikian juga kumpulan akademik, media massa dan pergerakan sosial.

 

Tawee Sodsong dan Thaksin Chinnawatra

“pada tahun 2009 saya dan kumpulan daripada King Prajadhipok’s Institute (KPI) telah mengadakan perbincangan bersama seorang Ustaz dan Doktor yang telah disebutkan diatas, yang mana saya memanggilnya sebagai Track 1.5 dan saya mempercayai bahawa proses perbincangan ini tidak boleh diberhentikan, kerana jika ia berhenti atau terputus maka untuk memulakan semula perhubungan harus dibina lagi kepercayaan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, saya melihat bahawa Track 1.5 termasuk Track 2 dan Track 3 akan membantu supaya Track 1 dapat berjalan dengan lancar”.

Seterusnya beliau menjelaskan bahawa perbincangan kali ini dimulai selepas beliau mulai bekerja dalam Track 1.5 secara berterusan, sehingga ia merasakan bahawa perbincangan untuk perdamaian dalam Track 1 sudah sampai masa untuk dimulai, kerana beliau melihat bahawa rakyat dalam kawasan, pegawai kerajaan dan juga organisasi pergerakan atau pejuang sendiri telah melalui banyak kesangsaraan dan kehilangan akibat daripada kekerasan yang berlaku, maka dirasakan bahawa ia sudah sampai masanya untuk mencari jalan keluar atau solusi yang tidak menggunakan kekerasan diantara satu sama lain, atau jika ia masih menggunakan kekerasan, maka pihak yang bertelagah mesti bukan meliabatkan daripada rakyat awam yang tidak berdosa.

Puan Jiraporn menjelaskan bahawa, pada tahun 2011, Tawee Sodsong timbalan setiausaha agong Kementerian Keadilan dijangkakan akan bertugas sebagai setiausaha SBPAC (So.Or.Bo.To.) yang baru, maka saya dan kumpulan King Prajadhipok’s Institute (KPI) pergi berjumpa dengan Tawee dan mencadangkan idea perbincangan untuk perdamaian yang mana pihak kerajaan Thai harus menunjukan isyarat-isyaratnya terlebih dahulu untuk berbincang, dan pihak Tawee sendiri bersetuju dengan cadangan ini.

“Saya kira mungkin Tawee telah menceritakan hal ini kepada Thaksin, sehingga Thaksin langsung pergi ke Malaysia dan ia menjadi titik permulaan bagi proses damai dalam sejarah baru kali ini seperti mana yang kita lihat di medea massa”.

Puan Jiraporn mencerita lagi bahawa, sebelum perbincangan diadakan polis perisikan (SB) Malaysia telah menjemput wakil-wakil kumpulan pergerakan untuk bertemu dengan Thaksin, yang mana jumlah orang yang menjumpai Thaksin adalah mengikut seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Malaysia iaitu wakil daripada BRN, PULO dan BIPP.         

 

Cerminan atau gambaran pengajaran perbincangan KL

Puan Jiraporn mengatakan, ketua deligasi perbincangan damai pihak Thai terdiri daripada Let. Jen.Paradorn Pattanatabut setiausaha agong Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tawee Sodsong setiausaha SBPAC dan Jeneral Niphat Thonglek Setiausaha Kementerian Pertahanan. Yang mana Puan Jiraporn melihat bahawa proses perbincangan kali ini pihak Thai tidak begitu bersungguh-sungguh dan ikhlas serta kurang berpengalaman dan kemahiran dalam proses perbincangan. Dengan sebab itu, kemudiannya dijemput ahli-ahli akademik untuk ikut serta dalam Track 1 supaya ia nampak lebih keabsahan lagi.

Puan Jiraporn menceritakan bahawa, apabila tiba masa perbincangan didapati bahawa pihak pergerakan menggambarkan bahawa kerajaan Thai tidak ada apa-apa persediaan sebelum perbincangan dan dalam perbincangan tersebut menggunakan 3 bahasa, menyebabkan ia kerugian masa untuk menterjemah. Apabila selesai perbincangan ia tidak dapat membuat apa-apa kesimpulan, sebagai mana yang saya jelaskan diatas bahawa pihak Thai tidak begitu serius dan ikhlas, ia seolah-olah kerja untuk kosmetik politik semata-mata, kecuali hanya ahli-ahli akademik yang meyakini terhadap proses perbincangan damai kerana mereka pernah melalui pengalaman-pengalaman kerja di luar negera.

Puan Jiraporn melanjutkan ceritanya lagi bahawa, oleh kerana itu pihak BRN melihat bahawa jika keadaan ini masih berterusan, maka perbincangan tidak melahirkan apa-apa kesan kepada rakyat maka lahirlah tuntutan 5 perkara. Namun begitu, ternyata bahawa media massa Thai telah mengeluarkan berita bahawa pihak pergerakan banyak meletakan syarat-syarat, sehingga menimbulkan arus (dalam masyarakat Thai) tidak menerima tuntutan termasuk juga panglima tentera darat ketika itu (dan telah menjadi PM sekarang) juga telah menekankan bahawa tidak menerima cadangan dan tuntutan tersebut, namun pada pandangan saya melihat bahawa niat BRN ialah hanya untuk mengetahui pihak Thai bagai mana ia akan membuat pemahaman dan memandang penting terhadap 5 tuntutan awal ini? Mungkin atau pun tidak dengan tuntutan ini? Dan bagai mana perbincangan selanjutnya?

 

Masa depan perbincangan mesti bermula dengan 5 tuntutan

Puan Jiraporn mengatakan bahawa, perbincangan untuk perdamaian pasti akan lahir pada masa depan walau pun pihak tentera memanggilnya perbincangan untuk keamanan sekali pun. Ini dapat lihat pihak Thai mengadakan penilaian semula dalam soal penukaran ketua deligasi perbincangan untuk keamanan selepas kedengaran suara bantahan daripada pihak pergerakan terhadap perlantikan Jeneral Akanit Mernsawat menjadi ketua deligasi perbincangan, dan nampaknya akan menukar kepada Jeneral Aksara Kerdphun menjadi ketua sebagai gantinya. Hal ini merupakan satu petanda baik terhadap masa depan perbincangan jika kedua pihak masing-masing menerima orang yang akan menjadi ketua kumpulan dalam perbincangan nanti.

Mantan timbalan setiausaha MKN (So.Mo.Cho.) menggambarkan bahawa, dalam keadaan kerajaan yang mempunyai kuasa punuh dalam tangan seperti sekarang, ia boleh digunakan dengan cara yang lebih kretif dan mempelajari daripada pengalaman perbincangan di KL pada masa yang telah lepas dan juga daripada beberapa kes di luar Negara kerana ia mampu menjadi pengajaran yang baik dalam meneruskan perbincangan selanjutnya, dan jika kerajaan ingin supaya perbincangan perdamaian kali ini dapat berjalan dengan baik, maka perkara pertama yang mesti dibuat ialah kembali memberi perhatian dan memandang penting terhadap tuntutan 5 perkara pihak BRN serta mengadakan perbincangan dengan penuh komitmen dan keikhlasan maka perdamain mungkin akan membuahkan hasilnya.

Puan Jiraporn mengatakan bahawa, perkara penting satu lagi dalam hal ini ialah kedua pihak yang menjadi para runding harus berkomunikasi untuk memberi pemahaman dan meyakinkan kumpulan yang mengambil sikap berdiam diri atau yang tidak setuju dengan proses perbincangan pada pihak masing-masing, supaya memberi keyakinan dan memandang penting terhadap proses perbincangan dengan meyakinkan bahawa ia dapat membawa kepada kedamaian yang sebenar.

“Untuk memulakan perbincangan dalam Track 1 pada kali ini ia seharusnya memberi penekanan terhadap mencipta suasana saling mempercayai antara satu sama lain, keyakinan terhadap keselamatan dan mencari jalan keluar secara bersama supaya ia menampakan hasil terhadap perdamaian yang sebenar”.

Puan Jiraporn menekankan sekali lagi bahawa, selain daripada itu perkara yang lebih penting satu lagi ialah keperluan perbincangan di atas meja rundingan yang boleh menjelaskan terhadap niat yang sebenar dan maksud yang boleh memahami bersama dalam 5 tuntutan atau cadangan-cadangan lain yang akan dibangkitkan seterusnya. Hal ini sangat penting agar ia tidak melahirkan salah faham dan sikap yang tidak baik antara satu sama lain, serta memberi perhatian yang serius terhadap semua perkara-perkara yang telah dipersetujui setelah selesai perbincangan dan seharusnya dapat direalisasikan dalam dunia yang nyata.       

 

ต้นฉบับภาษาไทย

จิราพร บุนนาค: ประสบการณ์และบทเรียนของกระบวนการสันติภาพใน Track 1

 

อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง

มุมมองสันติภาพของ track 3 มาสร้างอนาคตร่วมกันได้ไหม?

ความสำคัญของ Track 2 ในกระบวนการสันติภาพปาตานี