Permulaan Dialog : Satu Penilaian Terhadap Proses Damai di Selatan Thai/ Patani Selepas Majlis Menanda Tangani Persetujuan Umum

Selepas 9 tahun tercetusnya pergolakan di selatan Thai/ Patani, kita sedang memasuki satu era yang penting dalam sebuah konflik politik yang berlanjutan sejak beberapa ratus tahun yang lalu apabila wakil-wakil kumpulanutama dalam konflik tersebut telah muncul secara buka dan telah menanda tangani dalam soal-soal asas untuk membincangkan perdamaian yang dianggap sebagai langkah awal dalam proses damai di Patani yang mana ia mungkin akan menempuhidengan pelbagai cabaran yang sedang menanti.

            Pada hari khamis 28 Febuari 2013 bertempat di Kuala Lumpur Malaysia,wakil pihak kerajaan Thai yang dipimpin oleh Lt.Jen. Pharadorn Phatthanatabutr Setiausaha Agong Majlis keselamatan Thailand dan wakil kumpulan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dipimpin oleh Ustaz Hassan Taib Ketua Perhubungan Barisan Revolusi Nasional (BRN) Telah menanda tangani persetujuan umum dalam soal proses perbincangan damai (General Consensus on Peace Dialogue). Yang mana kerajaan Malaysia dijemput sebagai pengurus menyediakan kemudahan, mengatur perhubungan dan menyediakan tempat (Facilitator) dengan disaksikan oleh Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan Negara  Malaysia.

            Isi penting dalam persetujuan tersebut ialah, kerajaan Thai telah melantik Majlis keselamatan kebangsaan Thai sebagai ketua kerja untuk memberi sokongan dan melahirkan suasana yang membolehkan proses damai dapat dijalankan dengan baik yang akan membawa kepada penyelesaian konflik yang berpanjangan di Patani. Kerajaan Thai sangat komitmen untuk berbincang dengan kumpulan yang mempunyai pegangan dan pandangan yang berbeza dengan kerajaan dibawah skop perlembagaan Thai bagi menyelesaikan pergolakan di Patani. Sementara Malaysia, akan menjadi fasilatator serta setiap pihak yang ikut serta dalam proses tersebut dijamin keselamatannya sepanjang proses ini berlangsung.

            Selepas majlis menanda tangani tersebut, ternyata masih lagi berlaku kejadian keganasan dibeberapa tempat dan pada masa yang sama lahir beberapa reaksi dan perdebatan dalam kalangan masyarakat samada yang mengkritik da nada pula yang menyokong terhadap proses tersebut secara meluas dalam ruang media massa. Penetapan perjumpaan kali seterusnya di Malaysia pada 28 Mac 2013 ini dinyatakan secara terbuka, selepasproses persediaan yang dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini dijadikan rahsia dalam tempoh masa tertentu.

            Tulisan ini bertujuan untuk menilai situasi berkenaan dengan proses menanda tangani persetujuan dengan berusaha mempertimbangkan segala keadaan yang wujud sebagai sebahagian daripada proses damai ini. Serta memberi pemerhatian dan menjelaskan tentang cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi sepanjang proses damai ini berlangsung. Selain itu, tulisan ini akan cuba memberi cadangan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam pergolakan ini dalam pelbagai sudut semaksimum mungkin.

Situasi baru untuk sebuah perdamaian

Majlis menanda tangani yang telah lepas merupakan satu petanda yang baik terhadap usaha-usaha dalam mencari consensus dan jalan keluar bagi satu konflik yang menggunakan kekerasan kepada proses dialog secara aman, bukan dengan cara ketenteraan seperti mana yang digunakan oleh kedua-dua pihak sebelum ini. Pada masa yang sama, selepas majlis menanda tangani tesebut, reaksi orang ramai dalam masyarakat tidaklah memandang terlalu negative. Walaupun wujud sebahagiannya merasakan ragu-ragu akan kebenarannya, hasil dan proses yang telah dilakukan atau yang akan datang, tetapi boleh dikatakan usaha terhadap membina perdamaian kali ini banyak pihak telah memberi peluang kepada proses-proses pendekatan politik yang akan menjadi titik penting terhadap penyelesaian konflik di Patani supaya terus maju lagi.

            Selain itu, persetujuan yang dicapai pada kali ini dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah pergolakan di Patani yang ditanda tangani secara rasmi dan terbuka kepada umum diantara wakil kerajaan Thai dengan kumpulan BRN dan kerajaan Malaysia sebagai penyedia segala kemudahan. Ini bererti semua pihak telah memberi pengiktirafan kewujudan kumpulan BRN sebagai salah satu peace partnersyang terdiri daripada tiga factor dalam soal yang dianggap sebagai perjanjian rasmi. Iaitu pertama: diwartakan kepada umum, kedua: mengiktiraf kewujudan BRN dan ketiga: keterlibatan Malaysia sebagai penyediaan kemudahan. hal ini adalah sangat penting terhadap langkah-langkah awal kepada proses damai yang lagi akan dating. Walau pun ia masih belum jelas dalam proses perbincangan selepas ini dan ia juga masih perlu kepada kumpulan-kumpulan lain yang harus ikut serta dalam proses damai pada kali ini sekalipun.

            Adapun peranan Malaysia dalam proses damai kali ini sangat jelas iaitu sebagai orang tengah yang akan menyediakan segala kemudahan terhadap kedua-dua pihak yang bertelagah supaya berpeluang membincang bersama atau dengan kata lain sebagai fasilitator, bukan orang tengah sebagai pendamai (mediator) yang mana pada dasarnya kedudukan fasilitator hanya berfungsi sebagai menyediakan kemudahan supaya proses ini dapat berlangsung diatas asas sukarela dan bebas daripada sebarang tekanan. Kedua-dua pihak bebas dalam menentukan tajuk-tajuk perbincangan, kaedah dan hasil daripada perbincangan tersebut.Ini sangat berbeza dengan tugas mediator, yang mana peranannya lebih menonjol dan lebih bertanggungjawab. Oleh yang demikian, secara umumnya proses perbincangan kali ini ia dianggap sebagai soal antara kerajaan Thai dengan BRN bukan kerajaan Malaysia.

            Sebenarnya, pembangunan perdamaian (Peace Building) atau peralihan konflik (Conflict Transformation) atau kadang-kadang diguna juga sebagai proses damai (Peace Process) ia masih dianggap perkara baru dan tidak begitu familiar dalam masyarakat Thai dan orang ramai yang ada kaitan dengan konflik ini. Terutama sekali dalam konflik politik yang berpanjangan serta telah menggunakan kekerasan pada tahap yang tinggi seperti di Patani. Oleh kerana itu, adalah menjadi perkara penting yang perlu membuat pemahaman kepada orang ramai terhadap proses tersebut. Seterusnya perkara-perkara yang mencabar yang akan dihadapi oleh mereka yang akan menentukan polisi-polisi atau arah tujuan pihak masing-masing serta kepada orang ramai dalam masyarakat Thai umumnya dan masyarakat Patanu khususnya yang akan mereka hadapi selepas ini.

            Apabila diperhatikan maksud proses damai yang diperkatakan diatas, secara ringkasnya ia adalah perkara yang berkaitan dengan tingkatan masa, langkah-langkah dan kegiatan politik dan masyarakat dalam beberapa peringkat, yang mana ia dapat digambarkan melalui peranan pelaku utama serta strategi yang berbeza dalam setiap peringkat. Hal ini mungkin boleh dipanggil sebagai trak pertama (peringkat pembuat keputusan), trak kedua (peringkat pertubuhan yang ada dalam masyarakat yang berperanan menyambung antara pembuat keputusan dengan rakyat atau komuniti) dan trak ketiga (peringkat rakyat bawahan yang berada dalam kawasan) yang bergiat secara berterusan bagi menghentikan kekerasan fizik atau dalam erti lain dipanggil “keamanan negative” dan berusaha untuk mengubah keadaan konflik yang berpanjangan menuju kepada perdamaian yang adil dan kekal atau dipanggil “keamanan positif” (Sila lihat rajah 1).

 

Rajah 1. Roadmap, actor terlibat dan langkah-langkah proses damai diperingkat masing-masing

Melalui pengajaran daripada pergolakan-pergolakan ditempat-tempat lain, proses damai yang berlangsung untuk peralihan konflik yang menggunakan kekerasan menuju kepada cara politik yang digunakan oleh setiap pihak itu mungkin caranya berbeza, tetapi ia dapat disimpulkan bahawa peranan berdialog dan rundingan damai itu harus dijalankan bersama-sama dengan membina kuasa pembantu daripada masyarakat awam atau dipanggil membina “jaringan pembantu proses damai” (Safety Net) atau dengan makna, bekerja untuk perdamaian oleh setiap golongan  dalam peringkat masing-masing untuk memupuk supaya proses damai dapat terus berjalan secara berkekalan (Sila Lihat Rajah: 2 ). Tetapi walau bagai manapun, plan perjalanan tersebut bukanlah bererti ia dapat berjalan terus tanpa gangguan atau membuahkan hasil dalam setiap peringkat perangcangan. Bahkan mungkin pelbagai cabaran dan halangan akan menempuhi kita sehingga kita terpaksa berundur dan mengulangi semula pada tempat yang sama dalam beberapa kali. Oleh itu, peranan setiap orang yang ada dalam setiap lapisan samada pertubuhan masyarakat, rakyat awam seterusnya sokongan daripada masyarakat awam merupakan syarat utama dan terpenting dalam membina perdamaian itu sendiri.

 

RAJAH 2. Peranan proses dialog dan perundingan dalam peta perjalanan kearah perdamaian

            Situasi pergolakan di Patani sedang menuju kearah perubahan daripada beberapa tahun yang lepas, apabila proses damai yang ditonjolkan kepada masyarakat awam makin jelas bentuknya. Walau bagaimanapun perjanjian dan proses perbincanganantara pembuat keputusan politik oleh kedua-dua pihak, ia dianggap hanya sebahagian daripada proses damai yang masih di peringkat permulaan sahaja.

Pemerhatian Kepada Dokumen Perjanjian Umum

Apabila diperiksa melalui dokumen persetujuan antara kedua belah pihak, disana didapati ada beberapa perkara yang harus diperhatikan antaranya seperti berikut :

Perkara Pertama: kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menggunakan proses perbincangan bagi mencari jalan keluar daripada pergolakan secara bersama, yang mana ini adalah satu permulaan yang baik terhadap usaha-usaha dalam menyelesaikan masalah, hal ini menggambarkan satu isyarat bahawa kedua-dua pihak telah mempertimbangkan cara lain dalam mencapai cita-cita perjuangannya selain daripada menggunakan cara angkatan bersenjata. Selain itu, segala usaha oleh kerajaan dalam memulakan perbincangan ini ia masih dianggap bertindak mengikut polisi pentadbiran dan pembangunan wilayah selatan  tahun 2012-2014 bagi Majlis keselamatan Negara Thailand.

            Perkara Kedua: isi kandungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak ini menggambarkan bahawa kedua-dua pihak telah mengubah dan menyesuaikan diri masing-masing yang mana ia adalah satu petenda baik dalam bekerjasama pada masa akan datang. Iaitu pihak kerajaan Thai telah mengiktiraf kewujudan pihak BRN serta menerima peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam perbincangan ini. Pada masa yang sama pihak BRN pula tidak menolak untuk berbincang dibawah skop perlembagaan kerajaan Thai.

            Perkara ketiga: kedua-dua pihak menyedari bahawa perdamaian di Patani akan wujud sebahagiannya mesti mendapat sokongan dan pertolongan dari pihak Malaysia. Ini mungkin kerana disebabkan factor geografi, persamaan dari sudut bentuk kebudayaan masyarakat antara Malaysia dengan Patani serta kemampuan Malaysia dalam soal perhubungan dengan kumpulan-kumpulan yang berbeza pandangan dengan kerajaan Thai.

            Perkara Keempat: oleh kerana persetujuan awal yang dicapai oleh kedua-dua pihak, ia hanyalah sekadar menunjukan komitmen bagi mencari jalan penyelesaian dengan melalui perbincangan sahaja. Oleh itu, mungkin belum lagi ada apa-apa isi kandungan yang dapat menjelaskan terhadap bagai mana cara prosesnya dan skop masa perbincangan secara jelas. Hal ini mungkin banyak lagi akan timbul soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan tajuk perbincangan seterusnya.

            Perkara Kelima: kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menggunakan perkataan “perbincangan” (dialogue) daripada perkataan “perundingan” (negotiation). Hal ini mungkin membuatkan setiap pihak merasakan masing-masing ada ruang dan senang hati untuk meninjau hal-hal yang mungkin dapat bekerjasama secara dasarnya, dengan tidak perlu wujud ikatan-ikatan yang terlalu keras. Disini dari sudut maknanya kedua-dua perkataan tersebut ada perbezaannya yakni perbincangan (dialogue) berbeza dengan perundingan (negotiation) iaitu dialog lebih menekankan membuat pemahaman terhadap pemikiran dan cita rasa masing-masing tanpa perlu adanya perjanjian secara rasmi atau pun mana-mana ikatan diantara kedua-dua pihak. Sedangkan perundingan (negotiation) mengutamakan soal perjanjian yang dapat dipersetujui bersama.

Cabaran-cabaran Dalam Proses Damai

Perkara Pertama: melaui pengalaman proses damai diseluruh dunia, secara umumnya selepas diadakan perjanjian damai diperingkat pertama, telah dijangkakan bahawa kejadian keganasan harian masih tetap berlaku, sehinggalah proses perbincangan berlangsung dalam masa tertentu serta melahirkan kemajuan yang agak jelas dan berkesan, maka bentuk keganasan yang wujud daripada pertempuran oleh kedua-dua belah pihak akan mula reda dan berkurangan.

Perkara Kedua: persetujuan yang dicapai pada kali ini dilihat berlaku dalam keadaan yang begitu cepat, sehingga menimbulkan persoalan bahawa setiap pihak yang terlibat adakah sudah benar-benar bersedia terhadap proses damai tersebut sebelum ditanda tangani. Hal ini telah melahikan kebimbangan terhadap kerelaan dan persediaan semua pihak, demikian juga terhadap kelicinan dalam proses selepas ini.

Perkara Ketiga: proses terhadap penyampaian dan membuat pemahaman kepada pihak masing-masing seperti mana yang telah dipersetujui bersama oleh wakil kedua pihak dianggap sangat penting dalam membina kesatuan bagi mendapatkan sokongan daripada mereka yang terlibat dan penyokong daripada tiap-tiap pihak. Hal ini adalah factor terpenting bagi menentukan perbincangan dapat berjalan dengan lancer atau pun tidak, perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan, keraguan, teragak-agak serta tidak yakin terhadap masa depan yang akan berlaku selepas ini akan memberi kesan yang boleh membawa terbantutnya proses damai itu sendiri.

Perkara Keempat: samada kerajaan Thai, BRN dan kerajaan Malaysia adakah dapat menyelaraskan dalam memahami maksud dan cara dalam proses damai itu dengan baik atau pun tidak. Ini juga salah satu factor yang terpenting yang akan menentukan kejayaan terhadap proses damai yang akan berlaku pada masa yang akan datang.

Perkara Kelima: walau pun pada pandangan ramai mengatakan bahawa kumpulan BRN adalah kumpulan yang berperanan dalam kawasan pergolakan, namun begitu masih wujud kumpulan-kumpulan lain yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian kali ini, samada kumpulan dipihak yang berbeza pandangan dengan kerajaan atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat sivil. Oleh itu, wakil perbincangan perlu mendengar dan sedia membuka ruang seluas-luasnya supaya semua bahagian dalam masyarakat dapat ikut serta dalam proses damai ini melalui jalan-jalan dan mekanisma tertentu serta mencakupi semua bahagian samada secara inklusif dan juga konprohensif.

Saranan dan Cadangan Terhadap Mereka yang Terlibat

Perkara Pertama: mereka yang ikut serta dalam proses damai ini harus mengikuti diatas asas sukarela dan rasa aman tanpa ada unsur paksa daripada mana-mana pihak. Perkara ini adalah menjadi satu jaminan kepada keikhlasan dan rasa hormat kepada semua pihak dalam mencari jalan keluar yang dapat diterima oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi ia adalah sebahagian dalam membina perasaan ketuanan bagi proses itusendiri (co-owning of the process) ini adalah factor terpenting terhadap kejayaan proses damai yang lebih kekal.

            Perkara Kedua: pada tahap pertama ini, semua pihak baik pihak kerajaan Thai, BRN dan kerajaan Malaysia seharusnya memberi penekanan terhadap “Proses” (Process Oriented) lebih daripada memberi penekanan kepada “topik dan isi”. Hal ini mungkin dapat dilaksanakan dengan membentuk jawatan kuasa kerja bersama diperingkat pelaksana untuk memajukan road map menuju perdamain mengikut langkah-langkah tertentu (a step by step peace road map)

[1]

yang mana tugas pertamanya ialah perlu yakin bahawa semua peserta dalam perbincangan itu merangkumi semua pihak yang membolehkan proses itu dapat diteruskan. Kemudian baru beralih kepada perkara yang seterusnya iaitu mencari persetujuan bersama terhadap dasar-dasar dan langkah-langkah dalam proses perbincangan, serta fikir secara bersama terhadap kegiatan-kegiatan yang positif yang boleh melahirkan keyakinan  (confidence building) dan rasa aman diantara satu sama lain. Semua ini mungkin dijalankan secara beransur-ansur yang mana semua pihak dapat menerimanya. Contohnya menggalakan penggunaan bahasa melayu, menggalakan pendidikan yang selari dengan kebudayaan tempatan, menyelesaikan masalah dadah, menggunakan undang-undang keamanan tahun 2008 ganti daripada undang-undang darurat tahun 2005, menukarkan angkatan tentera pusat dengan tentera tempatan, menghapuskan blake list terhadap suspek-suspek, mengurangkan keganasan dalam beberapa kawasan dan seumpamanya.

            Perkara Ketiga: setiap pihak yang terlibat dengan proses perbincangan seharusnya mengadakan perbincangan dan menukar pandangan dengan mereka yang kurang yakin, ragu-ragu atau menunjukan sikap tidak setuju dengan proses yang sedang berlangsung didalam kumpulan masing-masing. Pada masa yang sama tidak mengabaikan atau cuba menyekat mana-mana kumpulan daripada proses tersebut.

            Perkara Keempat: pihak kerajaan Thai dan BRN perlu mewujudkan saluran komunikasi diperingkat yang tidak rasmi atau “pintu belakang” (Back Channel) yang berfungsi sebagai jaringan pembantu proses damai (safety net) disatu pihak. Hal ini adalah sebagai persediaan dan sokongan dalam perbincangan diantara kedua belah pihak yang telah diberi tugas secara rasmi daripada pihak masing-masing. Jaringan perbincangan yang tidak rasmi ini merupakan perbincangan antara dua kumpulan yang mempunyai hubungan yang rapat dan mampu berhubung langsung dengan wakil masing-masing seandainya perbincangan secara rasmi ini terbantut dan menemui jalan buntu, maka jaringan inilah berperanan untuk mengumpulkan segala pandangan bagi untuk keluar daripada jalan buntu tersebut, serta mencari jalan yang diinginkan oleh kedua pihak, serta membina keyakinan diantara satu sama lain dan menjaga komunikasi antara kedua pihak tidak terpus dan dapat berlangsung secara berterusan.

            Perkara Kelima: proses damai selepas ini perlu mendapatkan sokongan, samada daripada masyarakat Thai dan juga masyarakat tempatan di Patani. Komunikasi bagi membina kesefahaman terhadap proses-proses yang dibina oleh semua pihak pada masa kini adalah dianggap sangat penting. Kedua pihak perlu mewujudkan saluran komunikasi kepada umum dari semasa ke semasa, dan pada masa yang sama perlu membuka ruang untuk mendengar pandangan daripada umum terhadap apa yang akan terjadi pada masa depanya. Kerana setiap butir perjanjian yang dicapai melalui proses tersebut ia merupaka satu keabsahan dan dapat tahan lama ia harus mendapat persetujuan daripada orang ramai.

            Perkara Keenam: kerajaan Thai dan BRN perlu membuka ruang serta menyokong supaya pertubuhan-pertubuhan masyarakat, samada didalam kawasan atau diluar kawasan dapat bergabung atau dipanggil “jaringan penyokong proses damai” (safety net) diperingkat rakyat dan diperingkat kerajaan Thai dan BRN, yang terdiri daipada kumpulan-kumpulan NGO, pertubuhan masyarakat dan rakyat awam yang tidak mewakili mana-mana pihak secara rasmi, tetapi semata-mata untuk melihat proses damai dan ingin berpatisipasi dalam menentukan isu-isu perbincangan yang penting serta mencadangkan jalan yang memberi faedah kepada rakyat dan menyokong penuh proses damai yang rasmi.Hal ini mungkin dapat dilaksanakan dalam bentuk jawatankuasa (soud board of peace infrastructure) atau flatform yang mana setiap pihak berpeluang “menyuara” dan benar-benar dapat berpatisipasi dalam penyelesaian masalah.

[2]

            Perkara Terakhir: satu saranan kepada organisasi-organisasi dan jaringan pertubuhan masyarakat patut menggunakan peluang yang mana medan politik yang sedang terbuka luas ini supaya menjadi faedah kepada rakyat dalam kawasan pergolakan sebanyak mungkin iaitu dengan mempercepatkan membina flatform atau “kawasan tengah” dalam perbincangan dengan semua orang yang mempunyai pengalaman atau latar belakang dan pandangan politik yang berbeza terhadap isu-isu yang berhubung dengan masa depan masyarakat selatan/Patani yang sepatutnya. Hal ini merangkumi perkara-perkara yang dibimbangi, yang penarik perhatian dan kehendak rakyat dalam pelbagai sudut serta membangkitkan suara-suara ini untuk menarikan perhatian dan dijadikan isu yang harus dipertimbangkan oleh pihak yang sedang berbincang. Selain itu, perlu sama-sama mengikuti proses dialog antara kedua-dua pihak ini secara lebih dekat.

            Sesungguhnya proses damai yang terikat dengan patisipasi rakyat akan menjadi asas yang kukuh dan melahirkan perjanjian damai yang tahan lama dan kekal. Seterusnya ia mempunyai jaminan serta sokongan yang dapat menuju kea lam yang nyata. Oleh yang demikian, membuka ruang diatas bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan proses perbincangan yang telah ditetapkan oleh pembuat dasar kedua belah pihak sahaja, tetapi ia adalah membuka ruang politik untuk semua orang yang ada kaitan dengan konflik tersebut merasakan keterikatan dan bertanggungjawab terhadap perdamaian yang akan wujud pada masa akan datang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 


[1]

Peta perdamain (roadmap for peace) ialah satu alat bagi merancang perjalanan kea rah pembangunan perdamaian yang lebih berkesan. Proses damai mungkin akan gagal jika ia tidak jelas atau tidak ada persefahaman dalam dasar, langkah-langkah dan persetujuan terhadap individu yang mengikuti perbincangan dan yang paling penting, proses damai tidak dengan cara tergesa-gesa sebab akan melahirkan ketidak jelasan dalam topic-topik perbincangan. Selain itu, ia akan membawa kepada kurang persedian yang baik bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat umum samada yang berada didalam kawasan pergolakan atau masyarakat Thai secara umum.  

หมายเหตุ รายงานชิ้นนี้แปลจาก : ริเริ่มพูดคุย: บทประเมินกระบวนการสันติภาพชายแดนใต้/ปาตานีหลังการลงนามในฉันทามติทั่วไปฯ