Harapan masyarakat terhadap pernyataan gencatan senjata di patani.

Berbagai pandangan terhadap gencatan senjata buat sementara di bulan ramadhan, adalah tahap permulaan yang akan membawa kepada menghenti kekerasan yang berpanjangan di masa depan.
 
 
ก
Ramadhan di Fathoni - kanak-kanak mengangkat tangan memohon doa' ketika para tetamu allah sedanag menunaikan Tarawiah dibulan Ramadhan, Masjid Keresek (gambar tidak bersangkutan dengan kandungan/berita)
 
Ketua dewan gerakan masyarakat sempadan selatan berkata, jika betul-betul di Ramadan ini, takberlaku haru-hara, BRN akan dapat pengiktirafan dari gerakan pemisah kepada gerakan yang berdasarkan edologi. Para inteliktual juga berkata, gencatan senjata yang berterusan, terserah kepada rakyat dan NGO,untuk menekan kedua pihak supaya tidak menggunakan cara kekerasan.
Setelah Dato’ Ahmad Zamzamin Husen sebagai pengurusi Fasilitator dalam proses rundingan damai antara Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN),memaparkan pernyataan gencatan senjata di bulan ramadhan di kualalumpur Malaysia pada 12/07/2013 yang baru-baru ini bahawa BRN bersetujui dalam mengurangkan tindakan di bulan ramadah dan 10 hari kemudiannya, sebanyak 40 hari, bermula dari 10/07/2013-08/08/2013 dan pihak pemerintah juga akan kurangkan tekanan.
Dari pernyataan tersebut, melahirkan beberapa riaksi dari setiap bahagian masyarakat, pemimpin agama, ahli ilmiah, penggerakan masyarakat dan juga rakyat dalam kawasan. Umumnya bersetujui, walau pun hanya dalam tempuh 40 hari saja , mudah-mudahan ini akan menjadi langkah-langkah awal yang akan menghentikan kekerasan kemudian hari hingga seterusnya.
 
 
Gencatan senjata di bulan Ramadhan kali berikut dapat berbincang tentang saranan(setruktur).
Pro. Dr. Srisompop Jitpiromsri, ketua pusat pemantaun situasi selatan(DSW) memberi pandangan terhadap pengisytiharan gencatan senjata di bulan ramadhan, adalah sebagai langkah permulaan bagi perdamaian, justeru itu ia adalah tanda yang baik bagi perundingan untuk perdamain pada kali ini, dan ia adalah suatu perkata yang agak sulit sebelum sampai ketahap ini, selain itu ia juga sebagai titisan sejarah dan menjadi perkara yang baru bagi masyarakat tempatan.
 “saya pikirkan bahawa, jika benar-benar mengikut pernyataan itu, ia akan menjadi asas dalam berundingan perdamain di masa depan, yang akan lebih mengoptimis antara satu sama lain, selain itu pula jika dapat menghentikan kekerasan di peringkat awal, nescaya akan dapat berhenti juga kekerasan yang berpanjangan, yang mana kedua pihak pasti berkerja sama dalam menyelesaikan masalah, dan yang lebih penting sekali adalah dalam hal system pentadbiran (member kuasa) yang jelah di bentangkan oleh BRN, yang pasti menjelaskan secara ditil” kata Dr.Srisompop
Ia mengata lagi bahawa, dalam perundingan yang akan datang, mungkin akan berbicara tentang 5 tuntutan dan 7 perkara, yang telah di kirimkan ke kerajaan Thai, dan bagi pihak kerajaan pula akan berbincang tentang, bagaimanakah akan mengurangi tindakan yang berpanjangan.
 
 
Romdhan aman, BRN akan di iktiraf sebagai gerakan yang beredology.
Ancik Prasit Meksuwan, ketua majlis penggerakan masyarakat sempadan selatan berkata, pernyataan gencatan senjata di bulan Ramadhan adalah suatu perkara yang baik, kerana pengumuman tersebut adalah sebagai persetujuan antara kerajaan Thai dengan BRN, yang akan memberi harapan kepada masyarakat tempatan bahawa, akan dapat mengurangkan kekerasan dengan benar.
“jika dalam timpoh 40 hari ini benar-benar takberlaku kekerasan, BRN akan dapat kepercayaan dan kehormatan dari pihak kerajaan Thai, yang mana sebelum ini, BRN dianggap sebagai kelumpok pengganas dalam pemandangan kaca mata kerajaan Thai” kata ancik Perasit.
Ancik Perasit mengakan lagi bahawa, bagi 7 tuntutan BRN itu, kerajaan Thai akan dapat dilaksanakan dengan serta merta, supaya menjadi peduman bagi badan-badan dalam kawasan dapat dilaksanakan, ketika perundingan perdamain sedang didalam pelaksanaan ini.
Tetapi pihak kerajaan juga pasti mengeluarkan surat jaminan yang di tandatangani oleh perdana menteri sendiri, supaya menunjukan kesungguhan yang  akan meredakan syarat-syaratan, begitu juga bagi BRN pasti mungurangkan tindakan, supaya menunjuk sikap ketulusan.
 
 
Bertakwa kepada allah, titik permulaan bagi perdamain.
Ustaz  Abdulsyukur Dinaa’, penulung mudir sekolah yayasan Jariyatam, Dairah Cenak, Wilayah Songkhla mengatakan bahawa, ada lah menjadi perkara yang sangat baik, kerana ini ada lah peluang yang baik, yang kedua pihak dapat menguji hati antara satu sama lain.
oleh kerana bulan ramadhan adalah bulan yang mengajarkan manusia supaya bertakwa kepada allah, bertakwa kepada allah yang bermaksud menghentikan segala yang tidak baik, melakukan perkara yang baik, oleh itu ini ada lah langkah yang paling utama yang akan menunjukan sejauh manakah procese kedamain akan berlangsung di masa depan kelak.
“bagi menghentikan kekerasan dengan berterusan, ada lah menjadi tanggung jawab masyarakat sipil dalam kawasan bersama, yang akan mengirimkan message atau amaran mengingati kedua pihak bahawa, masyarakat takmau kepada kekerasan, dan berharap semuga perundingan damai akan dapat dijalani hingga seterusnya” tegas Abdulsyukur.
 
 
Untuk  menyelesaikan masalah, pemerintah pasti memberi kuasa kepada rakyat.
Ancik Muhammad Ma’ca’ ketua dewan pentadbiran Mukim Manangdalam, Dairah Saiburi, Wilayah Patani mengata tentang gencatan senjata di bulan ramadhan,adalah suatu perkara yang logik, kerana cara penyelesain masalah konflik ini, takdapat menggunakan secara kekerasan sama sekali, kerajaan terpaksa mencari jalan-jalan yang lain, terutama dalam hal memberi kuasa kepada rakyat.
“dalam untuk menghentikan tindakan bersenjata dengan berterusan dimasa depan, pihak kerajaan pasti memberi kuasa bentuk otonomi atau masyarakat tempatan dapat mengtadbir dengan sendiri, khususnya dalam hal mengurus ekonomi, mengurus alam semula jadi, kebudayaan dan juga hal pendidikan, yang khas untuk tempatan. kerana kawasan wilayah sempadan selatan, ada lah kawasan yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan juga cara hidup, dengan tak masti memisahkan negeri,  jikalau kerajaan masih lagi ingin memerintah bumi ini, pasti lah berusaha supaya masyarakat di sini mendapat keadilan dengan sebaik-baik” kata Muhammad.
 
 
Masyarakat tempatan tak mau melihat permusuhan bangsa dan agama.
Puan Duangsuda Sangampai, rangkain wanita penggerakan masyarakat untuk kedamain selatan berkata bahawa, ia bersetuju terhadap pernyataan tersebut, kerana memberi erti bahawa kedua pihak akan mengurangi menggunakan senjata terhadap rakyat sipil, tetapi amat baik sekali jika dapat mengurangi kekerasan dengan berterusan.
“jika kedua pihak dapat melaksanakan seperti yang di isytiharkan itu, kedua pihak akan menjadi tentera yang berdisplin, yang dapat buat apa saja mengikut yang telah di umumkan itu” kata puan Duan suda.
“walau natijah perbincangan antara kerajaan Thai dengan BRN akan di sudahi bagai mana sekali pun, kawasan ini akan menjadi otonomi atau pun berbentuk yang lain, hanya menghormati terhadap peri kemanusiaan terhadap gulungan masyarakat yang ada di kawasan ini, kerana kawasan ini adalah kawasan yang pelbagain budaya dan agama, khusuanya terhadap gulungan budha yang berada dalam kawasan, yang tak ingin melihat kawasan ini menimbul pertelikain yang berpunca dengan sebab agama, bangsa seperti Negara-nagara luar”kata Duangsuda.
Semenjak hari ini hingga ke tanggal 18/08/2013, taksiapa yang tahu,bahawa kedua pihak itu dapat atau tidak dalam melaksana mengikut apa yang telah di umumkan itu, tetapi pernyataan tersebut seolah-olah suatu cahaya harapan di penghujung gua, dalam penyelesain konflik di patani, yang bercetus semenjak tahun 2002 m. hingga kini, yang telah menelan nyawa takkurang 5,755 orang yang cedera kurang lebih 15,956 orang (maklumat pada 30/06/2013:deep south watch)
 
อ่านเนื้อหาภาษาไทยได้ที่นี่