‘Bumi Terjajah - Hakikat kedamaian Selatan’ Ucap Utama oleh Prof. Dr. Jarat Suwanmala

Prof. Dr. Jarat Suwanmala telah menyampaikan ucap utama dalam seminar STEPs TO PEACE, di Pusat Persidangan Antarabangsa Hadyai di sini. Beliau menjelaskan bahawa penduduk di kawasan yang terjajah di seluruh dunia terpaksa hidup dalam kemunduran, dan perlu berlawan dengan penjajah yang sedang mencerobohi jati diri  bangsa. Hal ini sejajar dengan hakikat kedamaian di selatan Thailand. -SONGKHLA, 20 Ogos 2013
..............................
Saya ingin bermula di sini dengan merangsang fikiran para pendengar.  Kita sudah banyak membaca kisah sosiologi, antroplogi dan sejarah tentang orang asli yang dijajah oleh penceroboh.
 
Orang asli yang hidup secara tersendirian, yang kita meanggapkan mereka itu  berkemiskinan, berkemunduran takberpendidikan, takberpolitik dalam ekonomi, itu juga lebih mudah di cerobohi oleh gulungan asing(yang lebih gagah), yang memasuki merampas,mentadbir , mengurus alamsemulajadi secara sah dan menyalahi bagi undang-undang, orang tempatan tak dapat buat apa-apa sekali  pun, malahan  ada yang menyerah kalah, berputus asa, tetapi bagi yang takmau tunduk berlutut kepada penjajah, mereka bangkit berjuang semampu-mampu mereka.
 
Orang asli yang menjalankan kehidupannya dengan cara hidup tradisional yang dianggap ketinggalan zaman dan miskin, yang tidak berpendidikan modern, tiada kuasa ekonomi.
 
Mereka juga berisiko dari segi keselamatan seperti ada orang luar yang mengambil kesempatan dan memonopoli sumber alam, dengan mengikut atau melanggar undang-undang. Orang asli tidak mampu mempertahankan diri daripada pencerobohan orang luar sedemikian. Sesetengah daripadanya sedia mengalah, tetapi  ada pula orang yang tidak dapat menahan kemarahan, lalu bangkit dan menentang penceroboh.
 
Tetapi perselisihan faham dalaman juga berlaku kerana antara orang asli ada yang berlawan dengan penceroboh, dan ada pula yang mengalah, diikuti dengan perselisihan faham dengan penjajah, sehingga hal ini melemahkan serta mengundurkan mereka. Akhirnya mereka juga kehilangan kuasa.
 
Menurut pengalaman kita, bangsa asli seluruh dunia, tidak kira di Amerika, Eropah, Australia, China, Taiwan, Vietnam, Burma, India dan sebagainya, akan dipaksa oleh kerajaan penceroboh supaya berundur ke dalam gunung atau kawasan yang gersang. Hak mereka juga dirampas, termasuk sumber alam serta hak untuk berpolitik.
 
Apabila tercetusnya gerakan demokrasi kebelakangan ini, maka bermulalah tuntutan hak asasi manusia sejagat. Bekas penceroboh juga mula mengembalikan hak asasi manusia, menghormati hak orang asli, dan menghidupkan kembali bangsa-bangsa asli dengan kesungguhan.
 
Apabila orang asli diasimilasi, maka jati dirinya juga kehilangan. Manakala mereka yang tidak diasimilasi pula akan dianaktirikan kerana kekurangan peluang pendidikan, penagihan dadah, penangguran serta status kewangan keluarga yang daif. Kanak-kanak dan muda-mudi juga dilanda rasa rendah diri kerana mereka tidak dapat bersaing dengan kanak-kanak dan muda-mudi dari tempat lain.
 
Nampaknya keadaan di tiga wilayah selatan juga mirip dengan keadaan orang asli di tempat-temat lain di dunia seperti yang diterangkan di atas. Oleh sebab kerana kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah, kita tidak semestinya senasib dengan orang asli di tempat lain. Tetapi apa yang perlu dibincangkan pada hari ini ialah kenyataan pada masa sekarang.
 
Hakikat pertama yang perlu kita akui ialah keganasan, serangan bom dan sebagainya di kawasan ini akan tetap berlaku, walaupun tiada siapa yang meingini kejadian sedemikian. Pada pandangan saya, semua rakyat tempatan bersetuju dan menyokong rundingan untuk menghentikan keganasan secepat mungkin.
 
Tetapi ini bukan tajuk ucapan saya pada hari ini, tetapi saya akan menceritakan satu lagi hakikat yang menjadi asas bagi kehidupan rakyat di tiga wilayah, kerana hal ini tidak kurang pentingnya berbanding dengan hakikat pertama.
 
Maklumat-maklumat berikut terkandung dalam dokumen kajian program STEP:
 
1.Kadar kemiskinan di kalangan penduduk tiga wilayah menghampiri 30 peratus, atau 3 kali lebih tinggi daripada kadar purata negara, iaitu 9.5 peratus. Ini bermakna golongan miskin tertumpu di kawasan ini.
 
2.Indeks kualiti hidup penduduk yang dikenali sebagai “Human achievement index” di tiga wilayah menurun daripada tangga ke-15 pada empa tahun yang lalu kepada tangga ke-36 pada tahun ini.
 
3.Tahap pendidikan di kalangan penduduk tiga wilayah, terutamanya di Narathiwat dan Patani, amat rendah. Dengan demikian kadar pengangugguran antara pemuda-pemudi di kawasan ini, terutamanya dua wilayah tersebut, paling tinggi di Thailand.
 
4.Secara umum, berbanding dengan wilayah-wilayah lain, pelajar sekolah rendah kurang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada tahap pendidikan menengah atau pendidikan vokasional. 
 
5.Masyarakat sivil di tiga wilayah masih belum kukuh. Jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain, kerja sama antara masyarakat sivil dengan pihak berkuasa, baik kerajaan pusat mahupun krajaan tempatan, masih pada tahap yang kurang memuaskan. Menurut penyelidikan program Step, didapati bahawa kumpulan wanita di tiga wilayah kurang berpeluang untuk berperanan dalam lapangan politik, baik peringkat tempatan mahupun peringkat pusat. Di tiga wilayah ini belum ada wakil rakyat wanita.
 
6.Struktur ekonomi di tiga wilayah masih dalam bentuk tradisional yang bergantung pada sumber alam termasuk tanih, air, sumber perikanan, perhutanan, dan sebagainya. Manakala sektor industi, perkhidmatan atau perusahaan skala kecil-sederhana masih berkurangan, kerana kurangnya usahawan, dan ini mengakibatkan kekurangan peluang pekerjaan.
 
7.Terdapat sebilangan insititusi pendidikan vokasional dan universiti di tiga wilayah, tetapi kebanyakan lepasan insititusi tersebut tidak dapat mencari pekerjaan di wilayah berkenaan, kerana kurikulumnya tidak sejajar dengan keperluan tempatan. Di samping itu pasaran kerja di kawasan ini juga tidak begitu besar. Tetapi mereka juga mengalami kesulitan dalam mencari pekerjaan di luar kawasan ini kerana ada masalah kemahiran bahasa.  
 
Saya percaya, hal-hal ini merupakan penyebab keadaan tidak aman di tiga wilayah ini berlaku dan tidak berkesudahan sehingga hari ini.
 
Oleh itu, keganasan akan berterusan selagi kita tidak menangani masalah-masalah yang disebut di atas. Kekuasaan tentera hanya dapat menahan keganasan untuk sementara waktu sahaja. Dengan demikian, saya menyokong usaha projek STEP yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. 
 
Tugas siapa?
 
Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kuku besi selama ini tidak perlu dihuraikan lagi. Walaupun pendekatan yang diambil oleh kerajaan di bawah sistem demokrasi berbeza daripada pendekatan sebelum ini, pembangunan yang dibawa olehnya juga tidak setanding dengan wilayah-wilayah lain yang sudah maju.
 
Setelah berlakunya pergolakan di tiga wilayah, kerajaan menambahkan belanjawan untuk tiga wilayah yang berkaitan dengan pembangunan (tidak termasuk belanjawan ketenteraan dan keselamatan) kira-kira 70, 000 juta Baht setahun. Jumlah ini jika dibahagikan dengan bilangan penduduk, dua kali lebih tinggi daripada wilayah-wilayah lain. Jika dicampur dengan belanjawan ketenteraan dan keselamatan, jumlahnya juga dua kali ganda daripada jumlah tersebut di atas (atau 4 kali lebih tinggi daripada wilayah-wilayah lain).
 
Tetapi, nampaknya belanjawan yang begitu besar juga tidak membawa sebarang hasil. Pada masa ini belum ada penyelidikan atas hal ini. Tetapi penyelidikan sedemikian harus dilakukan untuk mengetahui sebabnya. Walau bagaimanapun, boleh diandaikan bahawa keadaan ini seakan-akan menuang air ke dalam bakul.
 
Namun, kita masih menaruh harapan kepada kerajaan supaya lebih bersungguh-sungguh dengan pembangunan di tiga wilayah. Tetapi ini juga tidak bermakna kita hanya boleh mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata.
 
Dengan demikian, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya terhadap program STEP, kerana program ini dapat meningkatkan kemampuan yang dimiliki oleh penduduk tempatan supaya mereka dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri secara maksimum.
 
Peranan penduduk tempatan
 
Pihak yang harus memainkan peranan juga pelbagai, termasuk agensi kerajaan, kerajaan tempatan, pihak keselamatan yang bertugas di kawasan ini, institusi pendidikan (universiti), sektor swasta, persatuan peniaga, pertubuhan masyarakat madani seperti pertubuhan agama dan kumpulan kerjaya. Antaranya yang paling penting ialah keluarga sebagai unit masyarakat terkecil dan indinvidu-individu dalam masyarakat.  
 
         Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menghidupkan kembali kemakmuran di tiga wilayah ini. Majlis pada hari ini untuk melancarkan program yang bernama STEP datang pada waktu yang sangat tepat.
 
          Langkah pertama. Oleh sebab pertubuhan-pertubuhan di kawasan ini masih belum mantap, kita perlu memperkukuh pertubuhan-pertubuhan ini dengan melakukan peninjauan terhadapnya untuk mengetahui hal-hal berikut seperti siapakah wakilnya, di manakah pejabatnya dan apakah tugasnya.
 
          Kedua, kemampuan pertubuhan-pertubuhan ini perlu ditingkatkan lagi supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam bidang yang lebih luas. Pertubuhan-pertubuhan tersebut juga perlu menggembleng tenaga penduduk tempatan untuk menjalankan tugas yang lebih penting, tidak kira dalam bidang perniagaan atau pembangunan.
 
          Institusi pengajian tinggi di kawasan ini juga perlu menyesuaikan kurikulum supaya sesuai dengan keadaan dan keperluan masyarakat tempatan, untuk menghasilkan usahawan, ahli inovasi untuk produktiviti yang lebih tinggi serta tenaga kerja yang memenuhi keperluan pasaran kerja tempatan.
 
          Garis panduan bagi meningkatkan kemampuan pertubuhan-pertubuhan tempatan perlu merangkumi bentuk pentadibaran yang sesuai dengan tiga wilayah dalam jangka panjang, termasuk penubuhan kawasan pentadbiran khas seperti yang dicadangkan oleh Asst. Prof. Srisomphop atau Patani Mahanakhorn atau bentuk-bentuk pentadbiran lain supaya agensi kerajaan tempatan dapat memiliki kemampuan yang secukupnya untuk meneyesaikan masalah serta memenuhi cita rasa penduduk tempatan.
 
          Kita juga perlu meningkatkan kemampuan keluarga serta individu melalui peluasan peluang pendidikan formal bagi kanak-kanak dan remaja serta media masa untuk menanam keyakinan diri dalam bidang professional dan menambahkan pendapatan. Hal ini bertujuan untuk mendorong mereka menyertai sistem eknomi masyarakat tempatan sebanyak mungkin.  
 
          Ketiga, sistem kebajikan masyarakat yang adil dan mencukupi untuk warga emas serta keluarga mangsa keganasan berdasarkan perikemanusiaan.
 
Ilmu dan kedamaian merupakan dua perkara yang tidak dapat diceraikan, kerana ilmu ialah pembimbing untuk menuju ke kedamian. Sebaliknya kejahilan selalu berpasangan dengan peperangan.
 
Pembinaan ilmu mesti berdasarkan kebenaran. Apabila kebenaran muncul, kepalsuan akan lenyap. Apabila kita terlepas daripada kebatilan, kita akan memulakan perjalanan menuju ke kedamaian.