Kekuatan rakyat Patani dan peranan baru media massa di Selatan Thailand

Peranan media tempatan di Wilayah Sempadan Selatan Thailand yang berani mengemukakan isu-isu yang amat hangat termasuk proses perdamaian. Seorang ahli akademik Universiti Prince of Songkla (PSU), Kampus Patani berkata, ini merupakan kekuatan baru yang lahir daripada pengamal berita tempatan sendiri dan memberi tafsiran baru kepada media, bukan bukan hanya sekadar teknologi modern sahaja.

 

Kebelakangan ini masyarakat awam sudah mula menyaksikan peranan media kecil di sempadan selatan Thailand, yang berani mengemukakan isu yang amat mencabar termasuk proses perdamaian.  Ini menggambarkan peningkatan kekuatan yang ada pada media alternatif dan media baru. Soalannya, adakah kekuatan mereka sudah mencukupi untuk menyaingi media arus utama dari ibu kota Bangkok? 

 

Asst. Prof. Dr. Wakalkemon Jangkemon, Dekan Fakulti Sains Komunikasi Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani (PSU Pattani ) menyebutkan hal ini dalam seminar mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">" mso-fareast-font-family:"Times New Roman";color:#333333">New Media" yang berlangsung pada 25 September 2013 di Kantin Lan-it, di PSU Pattani, anjuran Patani Forum.

Asst. Prof. Dr. Wakalkemon Jangkemon, memberikan definisi  media baru dan media lama seperti berikut.

 

Media baru merupakan teknologi baru yang muncul pada abad ke-20 dengan mencantumkan komputer dengan teknologi komunikasi yang sedia ada supaya interaksi antara dua pihak, iaitu penghantar maklumat serta penerimana. 

 

Dengan demikian, radio komuniti seperti Stesen Radio Media Selatan di Wilayah Patani juga boleh dianggap sebagai media baru, kerana mebuka ruangan kepada rakyat tempatan untuk memainkan peranan dalam rancangan, yang selama ini tidak diberikan sebarang laluan.

Dalam hal ini, peranan gatekeeper bukan perkara yang penting, tetapi yang pentingnya penyebar maklumat (wartawan) serta penerima maklumat (penonton atau pendengar) harus berinteraksi.. 

Keadaan media di Wilayah Sempadan Selatan Thailand

          Berkenaan dengan keadaan media di wilayah sempadan selatan Thailand, beliau berkata bahawa kebelakangan ini terdapat tiga peerubahan yang nyata.  

 

1. Perubahan dalam penyelesaian konflik, iaitu dengan cara yang menggunakan kekerasan kepada penyelesaian masalah dengan cara damai dalam bentuk proses rundingan damai antara kerajaan Thai dan wakil pejuang.

Dinamik organisasi massa

2. Pembentukan masyarakat madani (civil society) di kawasan ini. Didapati bahawa mereka yang pernah menjadi mangsa atau mereka yang mendapat padah daripada konflik di Wilayah Sempadan Selatan kini pula memainkan peranan yang penting dalam aktiviti sosial untuk meningkatkan kekuatannya sendiri.

Jelas kelihatan bahawa kini terdapat kecenderungan yang jelas untuk membangunkan jaringan, baik jaringan wartawan tempatan, jaringan jurufuto termasuk juga organisasi hak wanita dan ahli akademik. Ini merupakan satu perubahan yang signifikan.

Organisasi masyarakat sivil telah menjadi mekanisme yang memainkan peranan penting dalam proses damai termasuk pertubuhan Deep South Watch, organisasi untuk melindungi hak kanak-kanak dan wanita.

Dinamik Media dan Komunikasi

3. Kita tidak boleh menafikan adanya jarakn yang semakin melebar antara media arus perdana dan kawasan sempadan selatan Thailand. Ini kerana keganasan berlaku bertalu-talu selama sepuluh tahun, dan tidak mendapat perhatian yang sewajar daripada media arus perdana. Keganasan yang semakin dahsyat pula menyebabkan media arus perdana yang kebanyakannya berpusat di Bangkok tidak berani turun ke lapangan untuk membuat liputan berita.

Keadaan sedemikian pula membuka laluan kepada media alternatif yang kecil di kawasan berkenaan dengan menggunakan teknologi baru atau dengan meningkatkan kemahiran dalam media yang sedia ada termasuk radio komuniti dan sebagainya. 

Media-media tersebut telah menjadi media alternatif untuk masyarakat sivil di kawasan tersebut, dan juga menjadi sumber berita penting bagi media arus perdana di Bangkok. Sekurang-kurangnya media alternatif sedemikian boleh membangkitkan isu-isu tertentu atau maklumat suber maklumat yang digunakan selanjutnya oleh media arus perdana.

Media tempatan harus mendahului media arus perdana

Dalam hal ini didapati bahawa jurang pemisah antara media arus perdana dan media tempatan semakin melebar dalam tempoh 3-4 kebelakangan ini. Perkara ini sudah ditunjukkan dalam beberapa kajian.  

Sumber berita utama untuk berita media arus perdana adalah daripada pihak kerajaan. Dengan itu, tidak ramai wartawan media arus perdana turun ke lapangan di selatan. Keadaan sedemikian pula membolehkan media tempatan bergerak dengan lebih aktif.  

Media tempatan bukan bererti wartawan yang bertugas untuk media arus perdana di pusat, tetapi adalah media baru  atau media alternatif yang mengembangkan peranannya sendiri, seperti Stesen Radio Media Selatan yang mengemukakan maklumat terkini berkenaan dengan prosese damai, bukan hanya sekadar mewawancara orang orang-orang tertentu sahaja. Media arus perdana juga dapat mengambil maklumat daripada media alternatif tempatan untuk disiarkan selanjutnya.

Oleh itu pembangunan media alternatif atau media baru adalah amat  penting , bukan hanya sebagai sumber berita tentang keadaan di kawasan konflik sahaja, tetapi juga sebagai sumber maklumat bagi media arus perdana. Persoalannya bagaimanakah kita dapat meningkatkan kecekapan media alternatif di kawasan konflik supaya dapat menjadi sumber berita yang boleh dipercayai bagi pemberita dari luar, baik dari dalam mahupun dari luar negeri.

Kelebihan media tempatan

Kelebihan media baru atau media alternatif tempatan adalah

1. Sebagai sumber berita yang penting.

2. Media tempatan lebih memahami konteks tempatan berbanding dengan media luar.

3. Media baru atau media alternatif tempatan di saat ini bersifat jaringan kerjasama dengan organisasi masyarakat madani (civil society) dan ahli-ahli akademik, kerana untuk membina kedamaian, semua pihak perlu bekerja sebagai jaringan, termasuk juga media.

Selain  itu, teknologi modern dalam era baru memberikan kemudahan kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam media. Di samping itu, peralatan teknologi juga semakin murah.  

Kesan buruk daripada media baru

Media baru bukan ada kelebihan sahaja, ia juga ada kesan negatif. Tetapi belum ada ahli akademik yang membuat penyelidikan tentang kesan baik dan kesan buruk media baru. Mereka yang menulis artikel tentang perkara ini hanya mengikuti apa yang mereka alami sahaja.

Pada pandangan saya, kebaikan media baru adalah dapat menjadi wadah pertukaran fikiran dalam masyarakat, misalnya antara ahli akademik dan masyarakat umum, atau antara pegawai kerajaan dan rakyat biasa dan sebagainya.

Perkara yang membimbangkan berkenaan dengan media baru ialah terdapat semakin banyak pertukaran kata-kata yang kasar atau fitnah yang membawa kepada perpecahan.

Hal ini kerana ketika berada di dunia maya mereka boleh memaki hamun sesuka hati, sedangkan jika berada di dunia nyata mereka juga tidak berani berbuat demikian.

Ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan berkenaan dengan media baru. Walaupun kebebasan ini boleh juga menjadi kelebihan bagi kita, tetapi pada masa yang sama ia juga boleh menambahkan kebencian, kerana kita juga boleh menyerang orang lain dengan begitu mudah.