Ucapan ZAMZAMIN HASHIM "Perdamaian Patani - Setelah Setahun dan Masa Hadapan"

Ucapan ini di adakan di forum perbincangan mejabulat UUM-ITS siri 1/2014 "Proses Dialog Perdamaian Patani - Setelah Setahun dan Masa Hadapan" 2 April 2014 oleh Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura (UUM-ITS) Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah (UUM), oleh Dato' Sri AHMAD ZAMZAMIN HASHIM, Fasilitator, Kumpulan Kerja Proses Dialog Damai Selatan Thailand

 

Terima Kasih Sdr/Sdri Pengacara Majlis

Bismmillah hirrahman Nirrahim, mso-fareast-font-family:"Arial Bold"">

Alhamdulillah hirabbil Alamin mso-fareast-font-family:"Arial Bold"">

Wassalatuwassa Mualla Ashrafil Ambia Hiwalmursalin

Wa'alaali Wasahbihi Ajmaiin. mso-fareast-font-family:Arial">

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, mso-fareast-font-family:Arial">

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. mso-fareast-font-family:Arial">

Sebelum saya melanjutkan ucapan saya, marilah kita mendoakan yang terbaik kepada panumpang dan anak2 kapal MH370.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui. mso-fareast-font-family:Arial">

Yang dihormati, Ahli-ahli akademik, kakitangan Fakulti dan seterusnya Penuntut-Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah mso-fareast-font-family:Arial">

Yang Berbahagia Tetamu-tetamu Kehormat, Aktivis-aktivis Sosial daripada Kumpulan Masyarakat, Tuan-tuan dan Puan-puan, mso-fareast-font-family:Arial">

Terlebih dahulu, izinkan saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah atau lebih dikenali sebagai UUM, khususnya Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura (UUM-ITS), terutama sekali kepada Prof. Dr. Kamarulnizam Bin Abdullah Pengarah UUM-ITS, kerana telah mengundang saya untuk menyampaikan Ucap Tama di UUM bersempena penganjuran perbincangan meja bulat

'Proses Dialog Damai Patani: Sesudah Satu tahun dan Masa Depan'.

Tetamu2 Kehormat, Tuan-tuan, Puan-puan dan Penuntut-Penuntut sekalian,

Sebelum saya meneruskan ucapan ini, izinkan saya memperjelaskan ruang lingkup topik perbincangan kita pada hari ini.  Bagi tujuan konsistensi dan memasian kesegaraman, izinkan saya merujuk ketiga-tiga wilayah bermasalah ia itu Yala, Narathiwar dan Pattani sebagai Kawasan "Patani" (1 t sahaja). Di samping itu saya juga akan menggunakan istilah "Pejuang" dan tidak sebagai "Pemisah" terhadap kelompok-kelompok yang bergerak aktif menentang mengangkat  senjata Kerajaan Thailand di Wilayah Patani. Dalam hubungan ini, saya juga akan menggunakan terma konflik, masalah, isu atau pergolakan untuk merujuk kepada perkembangan d Wilayah Petani.

Apabila saya pertama kali dimaklumkan pada akhir bulan Disember 2012 oleh Kerajaan Malaysia bahawa Perdana Menteri Malaysia telah melantik saya sebagai fasilitator bagi mengetuai dialog damai antara pihak Kerajaan Thailand dan kumpulan yang mempunyai pandangan/fikiran berbeza pendapat di Patani, saya telah menerimanya tanpa persoalan. Ini bukanlah disebabkan saya terlalu inginkan jawatan tersebut, (untuk makluman semua, selepas persaraan saya sebagai pegawai kerajaan, saya telah terlibat dengan pihak Malaysian Islamic Dakwah Foundation sebagai Vice President for Analysis and Research), selain sebagai penghormatan yang telah diberikan kepada Malaysia dan diri saya sendiri untuk terlibat dalam proses ini. mso-fareast-font-family:Arial">

Saya merasakan keputusan YTH PM Yingluck untuk mengadakan proses dialog damai ini adalah satu keputusan yang sangat  berani dan perlu disokong.  Sememangnya sebelum ini terdapat usaha-usaha ke arah proses dialog, namun semuanya dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan umum.  Sedangkan ini adalah kali pertama daripada pemerintahan tujuh (7) Kerajaan Thailand sejak tahun 2004 yang telah mengakui bahawa kini perlunya penyelesaian terhadap keadaan konflik yang paling ganas di Asia Tenggara buat masa ini melalui rundingan secara terbuka.  Keputusan pihak BRN untukkeluar daripada persembunyian selama ini kepada sikap keterbukaan untuk mengadakan dialog (bagi sesetangah wakilnya sahaja) harus dipuji kerana ianya memperlihatkan adanya usaha untuk mencari penyelesaian secara baik dan bukan dengan perjuangan bersenjata di lapangan semata-mata.

Pada 28 Feb yang lalu, mso-ansi-language:DE">genaplah setahun tarikh penandatanganan General Consensus di Kuala Lumpur antara Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mewakili "kumpulan yang mempunyai pendapat/pandangan berbeza". Izinkan saya memberi sedikit penjelasan tentang apa yang telah dilaksanakan dalam tempuh setahun berlalu. Mesyuarat pertama telah dilaksanakan pada 5 Mac 2013 antara delegasi Kerajaan Thailand and delegasi daripada kumpulan yang mempunyai pendapat/pandangan berbeza, yang diwakili oleh BRN, dan seterusnya diikuti dengan tiga mesyuarat rasmi berikutnya. Dalam mesyuarat pertama pada 5 Mac 2013, agendanya adalah untuk merangka Terma Rujukan/Terms of Reference (TOR) terhadap tatacara pelaksanaan dialog tersebut. Terdapat beberapa isu yang timbul pada mesyuarat tersebut namun persetujuan telah dapat disepakati bersama. Antara lain, persetujuan tersebut adalah termasuk mengenai isu kegunaan Bahasa dalam perbincangan mesyuarat/dialog dan dokumentasi, serta jumlah anggota setiap ahli panel dalam dialog tersebut. Arial">

Dalam ketiga-tiga dialog mesyuarat seterusnya, kebanyakan masa telah digunakan untuk mewujudkan keyakinan dan pemahaman terhadap isu yang ingin dibincangkan supaya setiap ahli panel tidak tersasar daripada topik yang dibincangkan. Di sini boleh saya katakan ianya bukanlah mudah apabila melibatkan rasa permusuhan/dendam yang mendalam antara kedua-dua pihak. Perkara ini telah dapat difahami kerana sifat sensitiviti panel terhadap setiap isu yang dibincangkan. Boleh dikatakan setiap ahli panel dalam dialog tersebut mungkin terjejas atau mempunyai pengalaman pahit di masa lampau. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan/mengejutkan saya apabila ahli panel yang hadir mempunyai pandangan/pendapat yang keras yang bertukar kepada emosi terhadap sesuatu isu yang diutarakan. Terdapat perkara, isu dan tuntutan dibawa ke meja dialog dan ianya mungkin tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak, termasuklah tuntutan 5 Perkara oleh BRN.

Sejak mesyuarat dialog rasmi yang diadakan pada 13 Jun 2014, perbincangan rasmi telah dihentikan disebabkan oleh beberapa isu yang timbul. Namun begitu sebagai Fasilitator, saya telah melakukan "shuttling diplomacy" dan perbincangan secara berasingan dengan kedua-dua pihak bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat fedback atau masukan mengenai sesua isu. mso-fareast-font-family:Arial">

Disebabkan perkara ini dan terutamanya kejadian keganasan baru-baru ini dalam kawasan yang berkenaan, ramai orang telah membuat kesimpulan bahawa Proses Dialog itu telah gagal atau berkubur. Bagi saya ini tidak betul. Saya membuat pertimbangan bahawa keadaan  ini sebagai satu "impasse" atau tertangguh dan perkara adalah dimaklumi.  Kita perlu memahami dan menerima hakikat bahawa proses dialog ini masih di peringkat embrio atau awal. Penyelesaian konflik adalah satu proses yang kompleks dan bergantung kepada beberapa faktor. mso-ansi-language:IT">Situasi di Bangkok kini juga dengan telah menyebabkan proses ini tertangguh. Ia dapat difahami bahawa mesyuarat dialog rasmi tidak boleh dilaksanakan pada masa ini kerana status kerajaan sementara di Bangkok. Tetapi saya yakin bahawa apabila isu di Bangkok selesai, proses dialog ini akan dapat diteruskan.

Keyakinan saya ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor. Saya akui bahawa sesungguhnya apabila kedua-dua pihak, walaupun terdapat perbezaan dan perselisihan antara mereka ke atas beberapa isu, telah memberikan komitmen dan jaminan mereka untuk meneruskan dialog damai. Komunikasi yang berterusan antara kedua-dua belah pihak, melalui fasilitator, membantu mengurangkan salah faham. Arial">

Sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama "Inisiatif Ramadhan", keadaan aman sebenarnya dapat diwujudkan di kawasan yang terjejas. Walaupun ianya tidak bertahan lama dan diganggu dengan halangan-halangan yang tidak dapat diduga, ia telah membuktikan bukan sahaja kepada rakyat Thailand tetapi juga kepada seluruh dunia bahawa jika kedua-dua pihak komited untuk dialog perdamaian, langkah-langkah konkrit untuk mengelakkan keganasan dan mengurangkan kesusahan rakyat boleh dicapai. Dan tiada siapa yang boleh menafikan fakta ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berguna yang boleh dipelajari dan boleh menjadi sebagai titik permulaan ke arah kebaikan masa depan antara kedua-dua pihak. Arial">

Apabila Kerajaan Thailand memutuskan untuk melibatkan diri dengan  BRN dalam proses dialog ini, terdapat ramai pihak yang telah  mempersoalkan sama ada ini adakah tindakan yang tepat. Mereka mempertikaikan BRN sebagai wakil tunggal rakyat Patani kerana terdapat kumpulan-kumpulan lain yang juga aktif di wilayah yang terjejas. Walau bagaimanapun saya percaya keputusan oleh Kerajaan Thailand mengapa BRN telah dipilih adalah dengan andaian dan pemekiran bahawa BRN adalah komponen yang paling dominan dan aktif dalam isu Patani.  Oleh itu BRN perlu diberikan mandat untuk membawa suara-suara dan kepentingan orang-orang Patani.

Saya bersetuju dengan pemikiran ini iaitu BRN adalah komponen paling dominan dan paling aktif dalam isu Patani dan perlu diberi mandat untuk menerajui kepentingan tersebut. Walau bagaimanapun, sejak dari mula lagi, saya juga menekankan aspek "inklusiviti"iaitu delegasi yang akan diketuai oleh BRN juga perlu memasukkan seberapa banyak, jika tidak semua, "stakeholders" atau kelompok-kelompok berkepentingan di Patani. Saya telah menggesa dan menggalakkan delegasi BRN dari peringkat awal bahawa ia bukan satu-satunya kelompok yang menggelatkan diri mereka sebagai pejuang tetapi terdapat kumpulan-kumpulan "pejuang" lain seperti PULO, BIPP, MUHAJIDDIN dan yang lain yang bergerak di Bumi Patani.  Selain itu terdapat juga pemegang berkepentingan tetapi juga pemegang kepentingan lain seperti NGO, Pertubuhan Awam, Pergerakan Pemuda, Wanita, Kumpulan Agama (orang Islam dan bukan Islam), Intelektual dan ahli akademik, kumpulan profesional dan mana-mana pihak lain yang merasakan bahawa pandangan dan kepentingan mereka perlu didengar dan diwakili. Walaupun tidak kesemuanya nanti secara fizikal diwakili dalam delegasi panel kerana jumlah panel yang ditetapkan adalah terhad, tetapi mereka boleh membenarkan kepentingan diwakili oleh kumpulan lain. Apa yang penting ialah bahawa jumlah pemegang kepentingan yang mewakili "Patani" dalam delegasi dialog dengan Kerajaan Thailand adalah menyeluruh. mso-fareast-font-family:Arial">

Dalam hal ini sukacita saya nyatakan bahawa delegasi BRN yang dipimpin oleh Uztaz Hassan Taib waktu itu telah menerima pandangan ini mso-ansi-language:IT">diterima dan mereka menyatakan bahawa mereka bersedia akan memperuntukkan kerusi-kerusi ahli panel kepada kumpulan-kumpulan lain dan pihak yang berkepentingan. Kami juga difahamkan bahawa kita boleh melihat perubahan bukan sahaja dalam senarai delegasi itu sendiri tetapi nama delegasi itu sendiri bukan lagi sebagai "Delegasi BRN" tetapi sesuatu yang memberi erti bahawa ia mewakili kepentingan "Patani" untuk dialog damai. Namun begitu, saya akan serahkan kepada delegasi itu sendiri untuk membuat keputusan mengenai bilangan sebenar kerusi yang akan diagihkan kepada setiap kumpulan / puak / pihak berkepentingan, dan bukanlah hak Malaysia membuat keputusan tentang pihak-pihak yang akan menjadi wakil di kalangan mereka. Saya berharap kumpulan-kumpulan ini dan pihak-pihak berkepentingan akan dapat memenuhi panel delegasi tersebut tidak lama lagi untuk membuat keputusan yang benar-benar mewakili Pat(t)ani. mso-fareast-font-family:Arial">

Sebagai langkah pertama, saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa PULO, yang pada masa ini mempunyai tiga (3) kumpulan telah bersetuju untuk membentuk satu kumpulan kerja bersama di kalangan mereka untuk mewakili kepentingan PULO dalam dialog damai. Pemimpin-pemimpin yang mewakili puak-puak tertentu baru-baru ini telah menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai "Deklarasi Muharram" sempena bulan Islam Muharram yang lalu mso-ansi-language:IT"> di Kuala Lumpur.  Mereka telah menyatakan komitmen mereka untuk menyertai dialog perdamaian di bawah satu payung.  Saya juga gembira untuk menyatakan bahawa sebuah kumpulan yang lain, BIPP, juga telah menyatakan hasratnya untuk mengambil bahagian dan menyertai dialog perdamaian itu. mso-fareast-font-family:Arial">

 

Tetamu Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati, mso-fareast-font-family:Arial">

Perlantikan Malaysia sebagai Fasilitator untuk Proses Dialog Damai telah menimbulkan polimik dan tidak diterima dengan baik oleh pihak-pihak tertentu. Terdapat beberapa tuduhan bahawa Malaysia bukanlah broker/perantara yang tepat kerana Malaysia berat sebelah dan mempunyai agenda tersendiri. Sebelum saya meneruskan pembentangan perspektif Malaysia, saya ingin menegaskan di sini bahawa Malaysia, sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, telah mengamalkan satu dasar yang dikenali sebagai "prosper thy neighbour" atau "memakmurkan jiran kita" Penekanan yang diberikan adalah untuk bekerjasama dengan negara-negara jiran Malaysia supaya mereka juga akan berjaya dan makmur. Ini adalah dengan pemahaman bahawa jika negara jiran makmur, Malaysia juga akan mendapat manfaat. Walau bagaimanapun, kemakmuran hanya boleh dicapai jika terdapat keamanan dan kestabilan. Arial">

Malaysia menerima hakikat bahawa konflik "Patani" adalah merupakan isu dalaman Thailand. Walau bagaimanapun, memandangkan hakikat bahawa wilayah Patani berkongsi sempadan dengan beberapa negeri di Utara Malaysia, sebarang ketidakstabilan/konflik di kawasan tersebut bukan sahaja akan mempunyai kesan langsung kepada dimensi keselamatan Malaysia, tetapi juga aspek-aspek lain, paling kurangnya ianya kesan terhadap mso-ansi-language:DE">hubungan dua hala Malaysia- mso-ansi-language:IT">Thailand. Dalam hal ini, kepentingan Malaysia mengenai isu ini mungkin di perspektif yang berbeza jika tiga wilayah Patani berada di suatu tempat lain, contohnya di utara Thailand di sempadan dengan China. mso-fareast-font-family:Arial">

Dalam ucap tama pada simposium mengenai "Islam dan Era Baru Negara ASEAN: Perpaduan Pandangan Ke Arah Kemakmuran Dikongsi" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 4 Jun 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato 'Sri Najib Tun Razak menggesa minoriti Islam pribumi di Filipina, Thailand dan Myanmar untuk melupakan mengenai idea menuntut kemerdekaan untuk menubuhkan negara Islam yang bebas kerana ianya tidak realistik. Beliau berkata komuniti Islam patut diberikan autonomi dan perlindungan dengan mengambil kira identity-identiti agama, Bahasa dan budaya. Beliau berkata, umat Islam perlu untuk memahami bahawa mereka perlu hidup di bawah kerajaan semasa dan mereka mesti menolak kekerasan. Sebaliknya, beliau juga menegaskan bahawa golongan minoriti ini juga mempunyai hak-hak dan keistimewaan yang perlu disediakan oleh kerajaan masing-masing. Kenyataan Dato 'Sri Najib dengan jelas beliau telah menafikan sebarang tuduhan bahawa Malaysia mempunyai agenda tersembunyi membantu wilayah-wilayah yang berkaitan untuk mendapatkan kemerdekaan atau dipisahkan daripada Thailand.

Sebaliknya, Malaysia ingin memberikan bantuan dan menjadi perantara yang jujur. Sebagai negara jiran, kita mempunyai kewajipan dan tanggungjawab ke arah Thailand tetapi kita juga mempunyai hak dan kepentingan yang perlu diambil kira oleh Thailand. Adakah Malaysia mempunyai agenda? Saya pasti akan mengatakan ya, Malaysia memang mempunyai agenda.  Namun Agenda Malaysia ialah untuk membantu menjadi perantara mencari penyelesain konflik Patani melalui perjanjian yang komprehensif, adil dan berkekalan di antara Kerajaan Thailand dan pihak-pihak yang berkepentingan di Patani. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa, perjanjian damai ini semestinya bukan sahaja demi faedah keamanan dan kepentingan rakyat Thailand dan rakyat bumi Patani, tetapi juga bagi Malaysia. mso-fareast-font-family:Arial">

YAB Dato' Sri Najib menggunakan istilah "autonomi" sebagai rujukan umum kepada satu bentuk pentadbiran atau tadbir selain daripada pemisahan atau kemerdekaan mso-ansi-language:NL"> yang akan digunapakai oleh kumpulan minoriti. Malaysia bersedia untuk membantu mereka dalam perbincangan dengan kerajaan masing-masing. Walau bagaimanapun jenis, skop atau kandungan autonomi atau kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak sebagai pemerintahan sendiri, bukanlah bagi Malaysia untuk menentukannya. Dalam konflik Patani, ia terserah kepada kerajaan Thailand dan rakyat Patani untuk membuat keputusan. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk atau jenis "autonomi" yang diamalkan di seluruh dunia sama ada di Amerika Syarikat, Australia atau di Malaysia sendiri. Untuk makluman, perjanjian damai yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan MILF tertumpu kepada penubuhan sebuah wilayah autonomi khas untuk Mindanao. mso-fareast-font-family:Arial">

Malaysia juga telah menegaskan bahawa ia adalah hak Kerajaan Thailand dan rakyat Patani untuk memilih mana-mana negara yang untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, Malaysia akan mengegaskan bahawa kepentingan Malaysia juga perlu dipertimbangkan dalam apa juga persetujuan atau perjanjian antara kedua pihak kerana sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini. Akhirnya, Malaysia perlu mengkaji semula komitmen dan kerjasamanya di dalam mana-mana perjanjian damai jika akhirnya ia berpendapat perjanjian tersebut bertentangan dengan kepentingan Malaysia.

Di sini, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sentiasa bersedia memainkan sebarang peranan yang diinginkan oleh kedua-dua pihak.  Malaysia akan mengambil tanggungjawab dan melaksanakan tugas ini sebaik mungkin. Arial">

 

Tetamu Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Arial">

Dalam tempoh satu tahun yang lalu, Dialog Damai menghadapi pelbagai kesukaran, masalah dan halangan. Salah satu masalah yang paling asasyang dihadapi adalah berkaitan dengan tahap ketidakpercayaan antara kedua-dua pihak. Di satu pihakmasa yang sama Kerajaan Thailand mengiktiraf BRN sebagai komponen utama dan pemain penting dalam masalah tersebut. Walau bagaimanapun mereka mempunyai keraguan sama ada delegasi BRN yang diketuai oleh Uztaz Hassan Taib mempunyai mandat penuh daripada kepimpinan BRN; atau sama ada BRN sendiri sebenarnya boleh menunaikan apa yang mereka janjikan dalam proses dialog.  Selain itu timbul keraguan samada pihak BRNdapat menerima dan mengikut-sertakan kelompok-kelompok pejuang serta "stakeholders" lainnya. Arial">

Pihak BRN di masa yang sama, meragui keikhlasan dan kejujuran pihak kerajaan Thailand kerana usaha dialog yang dijalankan secara rahsia sebelum ini dengan Kerajaan telah gagal. Mereka mempersoalkan sama ada inisiatif ini adalah benar; atau adakah ia satu lagi cubaan oleh kerajaan untuk memecah-belahkan mereka dan mendedahkan kumpulan-kumpulan.  Kecurigaan BRN di perkuatkan lagi apabila mereka melihat terdapat institusi penting kerajaan di Thailand tidak memberi sokongan kepada proses dialog tersebut. mso-fareast-font-family:Arial">

Keduanya walaupun kedua-dua pihak telah bercakap tentang hasrat untuk keamanan, pandangan setiap pihak untuk proses mencapai keamanan adalah amat berbeza, malah bertentangan sama sekali. penting. Pendirian Kerajaan terhadap keamanan, adalah bahawa BRN dan kumpulan lain mesti menghentikan tindakan keganasan sebelum pihak kerajaan akan tunduk kepada tuntutan mereka. Sebaliknya BRN berkeras bahawa kerajaan mesti menunaikan mso-ansi-language:NL"> dan melaksanakan tuntutan mereka sebelum mereka menghentikan tindakan kekerasan. Johan Galtung, Bapa Pengajian Keamanan merujuk percanggahan ini sebagai " Negative Peace versus Positive Peace".  Perbezaan pandangan ini juga menimbulkan persepsi bahawa pihak kerajaan hanya melihat isu pergolakan Patani sebagai isu kesekamatan semata-mata sedangkan pihak pejuang dari perspektif lain, iaitu politik, ekonomi, sosial dll. mso-ansi-language:IT">Oleh itu, terletak di bahu Malaysia sebagai Fasilitator untuk memastikan bahawa kedua-dua boleh duduk berunding mencari titik pertemuan agar  keamanan boleh diwujudkan.

Selain itu masalah utama juga berkait tahap penyelarasan dalam setiap pihak, sama ada kerajaan ataupun BRN. Setiap aspek atau isu seolah-olah dipengaruhi oleh pertikaian dalaman kedua belah pihak. Perbezaan itu menjadikan ia sukar bagi mereka untuk mempunyai keseragaman dan komitmen penuh dalam tindakan-tindakanmasing-mading.  Insiden yang berlaku sepanjang Inisiatif Ramadan membuktikan perkara ini dan seterusnya memburukkan lagi faktor ketidakpercayaan tersebut.

Penandatanganan "General Consensus" umumnya telah menarik perhatian orang ramai. Ini adalah kerana selama ini kerajaan Thailand telah menafikan mana-mana hubungan atau sebarang usaha atau bentuk komunikasi, meminjam istilah yang digunakan dalam General Consensus, "orang-orang yang berbeza pendapat di selatan". Oleh itu, apabila ia diumumkan secara terbuka dengan menandatangani dan memeterai General Consensus, ia telah memaksa keseluruhan isu ke satu dimensi yang baru. Perkara ini tiba-tiba menjadi tumpuan perhatian bukan sahaja oleh rakyat Thailand, terutamarakyat Patani, tetapi juga masyarakat antarabangsa. mso-fareast-font-family:Arial">

Harapan dari kedua-dua belah pihak adalah sangat tinggi, bukan sahaja dari orang-orang yang terlibat secara langsung dan terjejas oleh konflik tetapi juga kepada pihak-pihak lain yang tidak mahu melihat konflik diselesaikan tanpa menyatakan sebarang sebab. Ia telah membawa kepada tekanan yang tidak perlu pada kedua-dua belah pihak untuk membuat penyelesaian segera. Ramai yang dari mula lagi pesimis terhadap usaha dialog ini dan meramalkan bahawa proses itu akan menemui kegagalan. Oleh itu apabila kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat atau kemajuan yang ketara dalam proses dialog tersebut, mereka terlalu cepat mentafsirkannya sebagai kegagalan, terutama apabila perkembangan di lapangan tidak juga membantu proses ini. mso-fareast-font-family:Arial">

Biar saya tegaskan di sini bahawa keseluruhan proses adalah masih di peringkat paling awal. Kalau kita menterjemahkannyandalam konteks kehamilam, ianya baru diperingkat janin.  Dalam kes Proses Damai Kerajaan Filipina - MILF, ia mengambil tempoh masa bertahun-tahun sebelum maklumat mengenai proses itu dimaklumkan secara terbuka. Maklumat yang minimum, terutamanya menerusi persidangan media oleh kedua-dua pihak yang terlibat, telah salurkan kepada orang ramai. Sidang akhbar rasmi pertama oleh Fasilitator daripada Proses Damai Mindanao hanya dilakukan pada tahun 2006, iaitu 5 tahun selepas ia secara rasmi bermula pada tahun 2001. Ini memberikan ruang kepada kedua-dua pihak untuk berunding secara rahsia yang amat diperlukan dalam proses tersebut dan ketenangan fikiran untuk mewujudkan persekitaran persefahaman antara satu sama lain.  Ini mso-ansi-language:NL">akhirnya untuk berbincang dan berunding tanpa dibayangi oleh orang luar, terutamanya oleh pihak media. Arial">

Aspek kerahsiaan ini tidak terdapat dalam proses dialog yang dilaksanakan selama ini. Sebaliknya banyak "perundingan" atau perbahasan telah dijalankan di khalayak ramai, tidak semestinya oleh kedua-dua pihak tetapi kepada pihak yang lain yang merasakan bahawa mereka ada hak untuk bercakap atau menyuarakan pandangan mengenai isu itu. Tambahan pula, banyak maklumat yang dikenalpasti atau fakta-fakta yang telah dibentangkan dalam perbahasan tersebut tidak tepat atau maklumat yang salah yang telah mewujudkan kekeliruan dan meningkatkan jurang komunikasi di kalangan pihak berkepentingan Arial">

 

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Walaupun terdapat berbagai perbezaan dan kesukaran ini, saya ingin menarik perhatian Tuan-tuan dan Puan-puandan menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen mereka terhadap proses dialog perdamaian ini. Perkembangan di Bangkok mungkin menghalang buat sementara waktu proses dialog keamanan seterusnya ke peringkat rasmi. Tiada rundingan rasmi boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak kerana status kerajaan sementara. mso-fareast-font-family:Arial">

Satu lagi aspek penting dalam proses dialog keamanan ini ialah isu tersebut menarik perhatian yang lebih besar daripada orang ramai, bukan sahaja di tiga wilayah terjejas tetapi juga penduduk Thailand umumnya. Isu-isu yang memberi kesan kepada apa yang dipanggil "Pat(t)ani Melayu" kini sedang dibincangkan secara terbuka dalam banyak forum, mewujudkan kesedaran yang lebih baik di kalangan masyarakat umum tentang masalah dan mengenai keperluan untuk menangani masalah tersebut secara menyeluruh. Penglibatan dan penyertaan yang aktif dari NGO, masyarakat sivil, intelektual, pergerakan belia dan lain-lain di tiga wilayah dalam perbincangan dan perdebatan terbuka adalah benar-benar menggalakkan. Perkara ini telah memberikan kesan yang baik dan memberi isyarat bahawa isu itu bukan lagi mso-ansi-language:IT">monopoli istimewa mereka yang berjuang melalui oerjuangan senjata sahaja tetapi setiap warga masyarakat kawasan Patani. mso-fareast-font-family:Arial">

Ia amat menyedihkan saya apabila terdapat peningkatan insiden keganasan sejak beberapa minggu yang lepas, terutamanya kerana ia melibatkan sasaran mudah, iaitu wanita, kanak-kanak dan warga tua. Kami di Sekretariat akan berusaha ke arah penubuhan dan pegwujudan suasana tenang, aman dan rasa selamat di kalangan setiap masyarakat. Seperti dalam kes Proses Damai Mindanao, pihak yang berkepentingan tidak akan menyokong mana-mana usaha damai jika mereka tidak berasa selamat untuk bekerja dan mencari nafkah atau melakukan apa-apa aktiviti harian. Arial">

Pengurangan keganasan konflik di Patani hanya boleh dilakukan jika kedua-dua pihak, jika tidak semua, bersetuju untuk berhenti menggunakan keganasan sebagai satu cara untuk mencapai apa sahaja agenda mereka tersendiri. Pengurangan keganasan hanya boleh dilakukan sekiranya ada gencatan senjata, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Saya boleh maklumkan dalam mso-ansi-language:DA">draf awal "Hala Tuju Dialog Proses Damai" yang disediakan oleh pihak Sekretariat, kami agak optimis bahawa gencatan senjata boleh dilaksanakan pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, secara realistiknya, melihat kepada keadaan yang berlaku kini, kita telah mengkaji semula draf hala tuju tersebut.

Namun begitu, satu gencatan senjata yang bermakna hanya boleh dicapai jika kedua-dua pihak dapat bertemu dan berunding di luar terma rujukan. Walau bagaimanapun, fokus utama daripada usaha kami dalam masa terdekat ini adalah untuk bekerja untuk gencatan senjata dan menamatkan permusuhan.

Pada masa yang sama, kerana keadaan yang tidak menentu di Bangkok, Sekretariat merasakan bahawa terdapat keperluan untuk memulakan satu program untuk melibatkan pihak berkepentingan di Patanimelalui mesyuarat, seminar dan sebagainya. Pihak-pihak berkepentingan ini perlu diberi taklimat dan dimaklumkan tentang dialog perdamaian serta memanfaatkan sokongan mereka untuk proses tersebut. Kami juga ingin menggalakkan BRN untuk bertemu dan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan lain mengenai agenda yang dibawa ke meja rundingan supaya pandangan orang lain dapat diwakili. Ini juga akan membolehkan mereka untuk berbincang dan bersetuju mengenai isu perwakilan dalam delegasi panel.


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menekankan bahawa saya menganggap status semasa proses dialog keamanan sebagai hanya impasse atau tertangguh buat sementara. Saya percaya bahawa mana-mana Kerajaan yang akan ditubuhkan dengan mandat penuh rakyat tidak akan meninggalkan dialog damai. Ini adalah kerana kesedaran oleh mana-mana parti yang menarajui pentadbiran Kerajaan tentang keperluan untuk mempunyai penyelesaian politik yang menyeluruh kepada masalah konflik Patani ini.  Apa yang dicapai dalam tempoh yang singkat, walaupun ianya terhad, menunjukkan bahawa proses dialog itu perlu menjadi asas kepada penyelesaian yang bermakna dan komprehensif kepada konflik Patani. mso-fareast-font-family:Arial">

Sukacita saya menegaskan, Malaysia selaku fasilitator dalam proses ini memberikan komitmen yang tinggi bagi tujuan membantu setiap pihak untuk mendapat penyelesaian yang Adil, Menyeluruh dan Berkekalan. mso-fareast-font-family:Arial">

Malaysia sentiasa menghormati Thailand selaku Negara berdaulat dan sebagai sebuah Negara tertangga, kami mempunyai komitmen dan obligasi kepada Thailand. Justeru, kedudukan Malaysia dan Thailand dari aspek perundangan antarabangsa dan keharmonian hubungan bilateral juga perlu diambil kira. Jesteru amat penting bagi Malaysia untuk dilihat secara tersurat dan tersirat sebagai Honest Broker di dalam proses ini. Saya percaya rakyat Melayu Pat(t)ani dapat memahami dan menerima baik posisi Malaysia dalam konteks ini. mso-fareast-font-family:Arial">

Selagi diperlukan oleh kedua pihak, Malaysia akan sentiasa bersedia untuk memberi daya usaha sebaik mungkin selaku orang tengah yang akan menjaga hak, kepentingan dan maruah setiap pihak yang terlibat dalam usaha ini.

Sekian, saya sudahi dengan Wabillah hitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh, Terima Kasih.


อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง

เวทีสาธารณะ ‘1 ปีสันติภาพใต้’ ในมาเลย์ ครั้งแรกทุกกลุ่ม(ขบวนการ)เข้าร่วม?