Belajar JAWI sangat mudah dengan “Cepegangnya” " چڤڬڠڽ"

                 Ketetapan bahasa Melayu Patani, berada di tahap mana, siapakah yang akan menentunya belum ada jawapan, tetapi yang menjadi hakikat kenyataan di hari ini adalah kegunaan bahasa Melayu di masyarakat Melayu Patani umumnya masih lemah, dalam bercakap, membaca apatah lagi dalam menulis, banyak bahagian yang berusaha supaya Melayu Patani akan dimertabatkan kembali.

t
 
Baba Matyani Dahamik, tuan guru sekolah Sri Hasanah, mukim Budi, dairah Muang, wilayah Jala, salah seorang yang melihat masalah ini dan sedang berusaha seperti pihak yang lain juga.
 
Beliau adalah orang yang menemui tatabahasa atau qaidah bahasa Melayu tulisan Jawi, dengan menggunakan qaidah “cepegangnya” yang akan digunakan dalam pengajian bahasa Melayu tulisan Jawi secara mudah. Dan akan membawa qaidah bahasa Melayu yang standard bagi masyarakt tempatan, terutama bahasa Melayu tulisan Jawi.
 
Beliau berkata, saya menemui qaidah ini dengan pengalaman sendiri, ketika mengeluarkan buku-buku agama dan kitab-kitab Melayu, terutama dalam mengeluarkan buku pengajian alquran atau tajwid system qirati dalam bahasa Melayu tulisan Jawi.
 
Pada awalnya buku pengajian system qirati yang sedang mengajar di kawasan ini, adalah berasal dari buku pengajian Indonesia dan buku tersebut menggunakan bahasa Melayu huruf Rumi, lalu saya bermula menulis buku pengajian qiraati dalam bahasa Melatu tulisan Jawi, kerana umumnya masyarakat Patani mengguna bahasa Melayu tulisan Jawi.   
 
Setelah menulis buku pengajian qiraati idisi Jawi, terdapat beberapa masalah berkenaan dengan menggunaka huruf Jawi, kerana ketiadaan kurikulum atau tatabahasa Melayu standard yang jelas. Hanya didapati bahawa diguna secara berikutan sahaja, dan tedapat juga dalam mengguna bahasa Melayu tulisan Jawi masing-masing buku terdapat perbezaannya dalam tulis-menulis mengikut kehendak dan kemahiran atau keselisaan penulis itu sendiri.
 
Oleh itu beliau mulakan buat penyelidikan tenteang bahasa Melayu tulisan Jawi secara bersungguhan, dengan meneliti dari kitab-kitab Syekh Daud Al-Fathoni, seorang ulama besar yang masyhur dimasa dahulu, yang telah menulis kitab-kitab dengan bahasa Melayu tulisan Jawi, kerana Syekh Daud adalah ulama pertama yang memenjamkan huruf Arab dalammengguna bahasa Melayu Patani.
 
k
 
Dalam penelitian didapati bahawa, huruf atau abjad Jawi ada semua 21 huruf, yang diambil dari huruf Arab hanya 12 huruf dari jumlah semua 28 huruf, dan bagi guruf Jawi yang 5 lagi adalah huruf yang dirikakan semula, dengan diubah suai dari huruf Arab aitu huruf Pa, Nya, Ga, Nga dan Ca.( چ ڠ ڬ ڽ ڤ)
 
Oleh itu Syekh Daud tidak pun memenkan semua huruf Arab dalam menjadikan huruf Jawi sama sekali,adapun yang terdapat beberapa kalimah dalam bahasa Melayu itu adalah kalimah yang diambil dari bahasa Arab bukan bererti memenjam huruf seperti perkataan Masyarakat ( (مشاركة , Zalim (ﻅاليم) dan sbg.
 
“coba membaca huruf-huruf berikut dalam bacaan Jawi,…..?”
ا ب ت ج د ر...
 
Beliau sering mencoba sesiapa saja yang datang berbual dengannya tentang bahasa Melayu secara demekian, yang membengungkan semua orang, walau pun bagi mereka yang mahir dalam bidang bahasa Melayu sekali pun.
 
Umumnya tidak ada yang mengtahui, cara mengeluarkan suara huruf  Jawi yang sebenar itu bagaimanakah, oleh kerana masyarakat Melayu tempatan mereka dididik membaca mengikut qaidah bahasa Arab, khususnya kanak=kanak yang mengenal huruf Arab dengan baik, kerana ilmu yang pertama yang diajar adalah ilmu Alquran.
 
Untuk nak dapat membaca Alquran, pasti mengenal huruf-huruf Arab terlebih dahulu, kerana Alquran adalah dalam bahasa Arab.
 
Hal ini sama juga dengan huruf A yang mana dalam bahasa Ingris disebut Aea, tetapi dalam bahasa Indonesia disebut Aa itu adalah huruf yang sama tetapi sebutannya tidak sama.
 
u
 
Cuntuhnya seperti huruf Jim (ج), dalam bahasa Arab disebut huruf Jim, tetapi Melayu Jawi disebut Joo dan sbg. Oleh itu dalam abjad Jawi akan disebut A, Bo, To, Jo, Do, Ro..(أ(A)، بوو(BO)، توو(TO)، جوو(JOO)، دوو(DO)، روو(RO).....)      
 
 “ada yang menanya, kenapakah disebut seperti abjad Thai, ya…memang begitu ”Kata beliai.
 
Apabila memahami sedimekian, barulah akan mengenal huruf Jawi dengan pasti, bererti jika mau mengenal huruf Jawi, pasti mengenal huruf Arab terlebih dahulu, kerana huruf Jawi berasal dari huruf Arab.
 
Setelah mengenal huruf Jawi, maka diikuti pula dengan qaidah mengeluarkan suara, yang mana hasil dari penelitian, beliau terdapat bahawa, huruf yang sama tetapi keluar suara tidak sama, bagi huruf yang berada di awal dan akhir ayat.
 
Contohnya seperti KETIKA (كتيك) perkataan ini sangat jelas, Kaf yang awal berbunyi KE dan Kaf yang kedua berbunyi KOO.
 
Kecuali di awal dan akhir perkataan ada terdapat huruf saksi, maka dibaca mengilut huruf saksi tersebut, yang mana huruf saksi dalam bahasa Melayu Jawi adalah sama dengan bahasa Arab aitu Alif, Ya, Wau. (ا ي و)
 
Beliau berkata lagi, sebenarnya huruf Jawi ada satu huruf lagi iaitu “Yai” (ى), Jika dibahaskan tentang huruf ini memang panjang, oleh itu hal ini ditangguhkan dulu.
 
Bagi tatabahasa huruf Jawi, beliau juga menemui cara mencampurkan antara huruf, maka didapati ada qaidah didalam mencampurkan huruf sebanyak 28 kelumpak huruf, dari 2 huruf mengikut qaidah 1+1 seperti ada (اد), sehingga 10 huruf mengikut qaidah 2+2+2+2+2  seperti purakpuranda (فورقفورندا), dan qaidah yang lain pula seperti 1+2 seperti kalimah baca (باچ), qaidah 3+2 seperti tinggi (تيڠڬي) dan sbg.
 
Selain itu ada qaidah dalam mencampur antara huruf-huruf menjadi satu ayat.
 
Walau bagaimanapon dalam menggunakan kalimah Jawi adajuga beberapa perkataan yang dikecawalikan, kalimah yangdemekian Baba Matayani menganggapkan perkataan ini sebagai perkataan lucu dalam bahasa Melayu tulisan Jawi, kerana tidak mengikut tata tartib yang selayoknya seperti perkataan “daripada” (درفد) atau “segala” (سڬل) kerana sudah menjadi perkataan yang tetap dan diakui oleh masyarakat yang suka menulis begini.
 
Walau qaidah “CEPEGANGNYA” ini, diteliti dari kitab Syekh Daud sekalipun, tetapi dalam tulisan beliau sendiri juga terdapat ada perbezaan dalam tulisannya walau dalam dalam sebuah kitab yang sama sekalipun, ada setengah dari pada yang tak dapat diguna lagi dimasa ini seperti Bagi(بڬ), Bumi (بم) dan sbg.    
 
Beliau berkata lagi, Syekh Daud juga bijak dalam menciptakan perkataan baru dalam bahasa Melayu tulisan Jawi, dengan menyatukan antara huruf Jawi dengan huruf Arab, seperti  perkataan syurga (شرڬ), yang mana huruf Syin (ش) adalah huruf Arab dan huruf Ga (ڬ) adalah huruf Jawi.
 
“qaidah mencampur perkataan mengikut tatacara didalam buku CEPEGANGNYA ini, akan membantu kanak-kanak pelajar supaya dapat belajar Jawi dengan mudah, hanya kita tunjukan kepada mereka mana-mana qaidah, mereka akan terlintas dalam fikirannya, membuat mereka dapat belajar dengan cepat, yang penting siapa pun dapat belajar  walau tidak mempunyai asas sekali pun” kata beliau. 
 
Beliau berkata bahawa, dalam membuat pemahaman qaidah “CEPEGANGNYA” bukan perkara yang sulit, tetapi perlu dipelajari terlebih dahulu, saya juga ada cita-cita untuk membuka pengajian bagi mereka yang ada minat dalam hal ini, terutama gulungan Tadika supaya mereka dapat mengajar kepada anak pelajar lebih baik.
 
“Di masa akan datang, mengajar bahasa Melayu tulisan Jawi kepada kanak-kanak Tadika akan dapat membaca dan menulis hanya di peringkat 1 saja, kerana pelajar akan dapat memahami dengan cepat dan mudah, dan kita akan dapat memajukan ilmu-ilmu lain lebih meningkatkan lagi dan pelajar pun akan bertambah cemerlang ”
 
Ini adalah pesanan beliau, bila anggota masyarakat dah berkualiti, maka soal standard bahasa Melayu Jawi bukan perkara yang payah lagi.
 
 
หมายเหตุ : งานเขียนชิ้นนี้เป็นต้นฉบับของหนังสือพิมพ์ Sinaran ฉบับที่ 14
คลิกอ่านหนังสือพิมพ์ Sinaran