‘Ahmad Somboon Bualuang’ dan 5 Peranannya Untuk Patani

‘Ahmad Somboon Bualuang’ dan 5 Peranan Untuk Patani termasukalah dalam beberapa bidang iaitu 1.Kerja social dan Bidang sumber alam 2.Sejarah dan Bidang Jati diri Melayu 3.Kewartawanan 4.sumber tenaga manusia dan 5.Membina kedamaian yang telah mengakhiri hidup beliau.

sinaran16

Sinaran Vol. 16

 

Kini nama Ahmad Somboon Bualuang masih disebut-sebut secara meluas, walau pun beliau sudah kembali ke Rahmatullah beberapa bulan yang lalu, ketika dalam perjalanan dalam misi perdamaian Patani di Sweden. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 20 September 2014 dalam usia 64 tahun, bagai manapun  sebelum jinazah beliau dapat di kebumikan di Kampong halamannya iaitu Kampong Pujud telah memakan masa hampir seminggu. 

Mungkin orang ramai mengenali beliau sebagai ahli akademik kedamaian, beliau juga sering kali terlibat dan berperanan penting terhadap penyelesaian konflik di Patani seperti menjadi Ahli Jawatan Kuasa bebas untuk persepakatan kebangsaan (Ko.Or.So.) pada tahun 2005.

Namun begitu, jika kita melihat secara keseluruhan terhadap peranan beliau kita akan mendapati sekurang-kurangnya 5 peranan penting yang beliau berusaha keras untuk orang Patani dan beberapa peranan yang telah terbukti menyumbang faedah dan kebaikan sampai sekarang.

Kesemua 5 peranan itu termasukalah dalam beberapa bidang iaitu 1.Bidang kerja social dan Bidang sumber alam 2.Bidang sejarah dan Bidang Jati diri Melayu 3.Bidang kewartawanan 4.Bidang sumber tenaga manusia dan 5.Bidang membina kedamaian yang telah mengakhiri hidup beliau.

          Sementara jasa-jasa beliau secara umum dapat dibahagikan kepada 3 bidang utama iaitu 1.Kerja yang berkaiatan dengan pelbagai bidang ilmu 2.Bidang penulisan seperti Kertas kerja, buku dan tulisan-tulisan lain 3.Laporan daripada projek-projek yang dijalankan, yang mana beberapa hasil laporan beliau telah menjadi rujukan dan panduan kepada mereka yang ingin menyambung kerja-kerja seterusnya.

“Berilmu, bergerak dan berkomunikasi”

Ahmad Somboon Bualunag telah menggabungkan dalam kerjanya antara ahli akademik, ahli penggerak dan ahli komunikasi, kerana kerja-kerja yang dilakukan beliau sangat menekankan asas-asas pengetahuan yang menggabungkan dengan ilmu-ilmu tempatan dalam gerak kerjanya disertai dengan kerja sama dengan komuniti tempatan dan jaringan-jaringan lain.

Pada masa yang sama juga beliau berusaha untuk berkomunikasi serta bercerita dengan pihak-pihak luar.  Justeru itu, ia dapat melengkapkan kerja-kerja sebagai ahli akademik, penggerak dan juga berkomunikasi sekali, yang mana konsep ini merupakan bentuk baru yang telah mengintergrasikan ketiga-tiga bidang sekali.

Kerja-kerja Masyarakat

Ahmad Somboon Bualuang mula kerja bersama masyarakat kali pertamanya ketika beliau berkerja sebagai kakitangan kerajaan di bahagian Pejabat Pengembangan dan Pengajian Berterusan, di University Prince of Songkhla, Kampus Pattani dengan menyebarkan pemikiran tentang pengurusan kewangan Islam dalam kampong-kampong sejak tahun 1990 lagi, yang mana ini menjadi titik permulaan penubuhan koperasi Islam dalam beberapa tempat di Patani.

Bermula daripada sini, beliau dapat memperluas peranannya ke dalam bidang-bidang lain yang lebih banyak lagi. Nawawi Bualuang, anak sulong beliau menceritaka; “Ayah berusaha gigih dengan mengajar masyarakat tempatan supaya dapat menjalankan kehidupan mereka   dengan kerinagtnya sendiri”.

          Kampong yang paling awal yang beliau menyebarkan idea pengurusan kewangan mengikut cara Islam ini ialah Kampong Kedunung, Mukim Kekra, Daerah Raman, Wilayah Jala dan komuniti dalam Daerah Sebayoi, Wilayah Songkhla. Hali ini sekali gus membuatkan beliau dapat mengetahui permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat-masyarakat desa.

Di Kampong Kedunung, orang kampong sedang menghadapi kesulitan akibat daripada projek membina empangan yang menyekat sungai Saiburi. Sementara di Mukim Tungpho, Daerah Sebayoi pula mereka menghadapi masalah akibat daripada projek arang batu yang ingin memindahkan orang Kampong sebanyak 6 kampong keluar daripada kawasan itu.

          Kemudian beliau (Ahmad Somborn) telah membawa cerita-cerita dan masalah-masalah yang berlaku di Kampong-kampong ini untuk menyampaikan kepada pihak luar, menyebabkan badan-badan samada NGO dan lain-lain kemudiannya datang untuk membantu orang-orang kampong. Oleh sebab itu, kerja-kerja memajukan kampong di beberapa tempat terpaksa dilakukan bersama-sama dengan kerja-kerja lain terutama dalam bidang sumber alam dan sejarah tempatan.   

Menyambung penduduk-penduduk di sekitar teluk Patani

Sekitar tahun 1991 Penduduk di sekitar teluk Patani menghadapi masalah kerosakan kawasan nelayan kerana kapal-kapal besar menggunakan pukat tarik dikawasan nelayan tempatan. Yang mana kemudiannya nelayan-nelayan tempatan berkumpul untuk berdemonstrasi secara besar-besaran di depan pejabat gebenor Wilayah Pattani pada tahun 2004, yang mana tahun tersebut telah berlaku huru hara di wilayah selatan.  

Cikgu Maraning Saleh, Yang Dipertua Jaringan Penjagaan Teluk Patani menceritakan bahawa, Ahmad Somborn telah memberitahu kepada penduduk bahawa selepas ini kita tidak boleh lawan dengan cara kekerasan lagi kerana kemungkinan akan ada tangan ketiga yang datang untuk mengkhianati kita tetapi kita harus lawan dengan melalui ilmu pengetahuan. Selepas itu Ahmad Somborn meminta supaya penduduk tampil menjadi ahli penyelidik sendiri, yang mana akhirnya kerja-kerja penyelidikan tesebut menjadi penyelidikan terbaik dan berjaya dicetakan menjadi sebuah buku dibawah tajuk “suara-suara kampong di sekitar teluk Patani”.    

“Telaga Busuk” di Ru Sembilan

Pada tahun 1997 Penduduk Ru Sembilan, Daerah Muang, Pattani telah membantah terhadap badan perbandaran kota Pattani yang telah membina telaga kumbahan air kotor atau penduduk memanggil “telaga busuk”. Yang mana Ahmad Somborn mencadangkan supaya diadakan satu pungutan suara tinjauan pendapat dan cadangan ini disetujui oleh penduduk tetapi akhirnya tidak sempat diadakan pungutan suara kerana pihak Perbandaran telah membatalkan projek tersebut terlebih dahulu.   

“Pondok Khuanran”

Pada waktu tengah malam 17 hari bulan Mac 2007 berlaku peristiwa penembakan rambang ke atas sebuah pondok di Khuanran, Mukim Pian, Daerah Sebayoi Songkhla. Dalam peristiwa tersebut ramai pelajar pondok terbunuh dan cedera sehingga penduduk tempatan mengadakan tunjuk perasaan dengan menyekat jalan-jalan dan tidak membenarkan pegawai kerajaan untuk masuk membuat siasatan, kerana mereka percaya bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh pegawai kerajaan sendiri serta melatakan syarat bahawa orang kampong hanya bersedia berbincang dengan Ahmad Somborn seorang sahaja.

Akhirnya beliau pergi berjumpa dan berbincang dengan orang-orang kampong sehingga mereka membenarkan pegawai-pegawai kerajaan masuk untuk membuat siasatan. Ini merupakan sebahagian sahaja yang beliau terlibat langsung dan berperanan dalam penyelesaian masalah di kawasan konflik sejak tercetusnya konflik terbaru di Patani pada tahun 2004.   

Kampong Takwa

Projek komuniti beriman atau Kampong Takwa bermula pada tahun 2008 yang mana beliau merupakan orang yang membuat penilaian terhadap projek tersebut, beliau menyatakan bahawa asas-asas dalam projek Kampong Takwa ini boleh menyelesaikan masalah konflik. Cik Kanengnij Makchuchit, kakitangan perhubungan jaringan Kampong Takwa menceritakan bahawa, “Ahmad Somborn telah berjumpa dan berbincang dengan empat pemimpin-pemimpin utama dalam Kampong serta memotivasikan mereka itu supaya sama-sama membantu dan menggerakan kerja-kerja Kampong Takwa di tempat masing-masing.  

Ahli Politik Tempatan

Satu lagi Peranan beliau dalam kerja-kerja masyarakat ialah menurun calon untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Pentadbiran Mukim (Or.Bo.To.), Mukim Pujud. Kerana diminta oleh orang Kampong pada tahun 2004. Walau pun beliau telah meletakan beberapa asas pembangunan untuk Mukim Pujud tetapi apa yang beliau dapat ialah kehilangan 2 orang anak buahnya.

Sejarah Tempatan

Usaha beliau dalam bidang sejarah Patani merupakan satu lagi peranan penting beliau dan merupakan usaha yang berterusan sehingga beliau meninggal. Iaitu dengan membawa orang-orang luar negeri kekawasan sejarah termasuk juga melalui penulisan buku-buku sejarah tempatan yang ada hubung kait dengan cara hidup rakyat tempatan dan sebagainya.

Kerja-kerja beliau terhadap sejarah ini telah bermula sejak tahun 1996 Dengan membawa pemandu pelancong, ahli akademik, pelajar mahasiswa dan mereka yang berminat untuk melawat kawasan-kawasan bersejarah dalam mengempin pelancongan dan mengadakan seminar-seminar yang berkaitan dengan sejarah.

Jati Diri Melayu

Usaha beliau dalam bidang Jati diri Melayu Muslim Patani juga sangat jelas kelihatan, beliau menginginkan supaya orang Patani dapat bercakap bahasa Melayu yang betul kerana ini dianggap sebagai satu identiti penting bagi orang Melayu Patani. Beliau berusaha supaya bahasa Melayu dapat menjadi bahasa kerajaan seiringan dengan bahasa Thai. Yang mana cadangan ini telah menjadi salah satu cadangan yang disampaikan oleh Jawatan Kuasa bebas untuk Kesepakatan kebangsaan atau Ko.Or.So. tetapi cadangan ini tidak diendahkan dan tidak diterima oleh pihak kerajaan Thai.

Ahli Komunikasi Awam

Saudara Nawawi menceritakan, pada tahun 2004 bapanya telah meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan kerana ingin menggunakan sepenuh masaya untuk kerja-kerja penulisan yang dicita-citakan sejak sekian lama. Dan apabila tercetusnya huru hara pada tahun tersebut, Ayah makin bertambah ghairah untuk berkomunikasi dengan masyarakat bahawa apakah itu kebenaran untuk tampat ini.

“sejak dari  situ Ayah mula beralih peranannya sebagai ahli akademik tempatan kepada ahli akademik perdamaian kerana benar-benar ingin melihat kedamaian disini”.    

Dibangunan Pejabat Pengembangan dan Pengajian Berterusan, Encik Chadet Siribunlung pegawai yang pernah bertugas bersama dengan Ahmad Somborn telah mengeluarkan beberapa buah buku daripada raknya terutama surat khabar dan majalah-majalah untuk menunjukan kepada kami, beberapa buah majalah tertera nama Ahmad Somborn menjadi ketua editor. Ini membuktikan bahawa peranan beliau sebagai ahli komunikasi bukan baru lahir kebelakangan ini sahaja. 

Bahasa Melayu

Jika ditinjau kembali sebelum ini didapati bahawa Ahmad Somborn merupakan orang awal-awal  yang berjuang mengadakan rancangan bahasa Melayu melalui Radio dan TV.

Saudara Tuweadaniya Meringing, wartawan TV3 Malaysia dan Juru Kamera AFP Wilayah Pattani, adalah salah seorang yang agak lama yang pernah bekerja dan bersama dengan beliau menceritakan bahawa, pada tahun 1996 Ahmad Somborn pernah meminta untuk mengadakan rancangan bahasa Melayu di Stesyen Radio Mo.Or. Pattani tetapi pihak pengurusan radio ketika itu tidak membenarkan tetapi akhirnya beliau berjaya menawarkan dan mendapat persiaran hanya 3 minit sahaja dalam sehari. 

“itu merupakan permulaan bagi rancangan Warisan Bahasa Melayu yang disiarkan setiap jam 10 pagi iaitu rancangan belajar bahasa Melayu 1 hari 1 perkataan dan sayalah yang menjadi pengacaranya” kata Tuwaedaniya Meringing.   

Television/Radio/akhbar

Selain daripada menulis rancangan dan mengadalikan radio, Belio juga membuat ruangan melalui television iaitu ruangan moral menentu jalan hidup, dan forum rakyat sekitar tahun 1997

Membangun sumber manusia

Selain daripada membangun bidang media, Ahmad Somborn juga membina ahli komunokasi. Ramai yang pernah kerjasama dan terlibat dengan program beliau dapat meneruskan kerja-kerja dalam bidang kewartawanan sehingga sekarang atau menjadi ahli dalam bidang kemasyarakatan. Sebagai contoh, saudara Tuweadaniya Meringing wartawan TV3 Malaysia dan juru kamera AFP wilayah Pattani.

Puan Rasyidah Pusu, Yang Dipertua Tabung Pembangunan Wanita Wilayah Pattani dan Yang Dipertua Jaringan Wanita Menghentikan kekerasan Mencintai Kedamaian, Muhammad Ayub Pathan Editor Kanan Pusat Pemerhatian Situasi Selatan (DSWS), Puan Soraya Chamcuri Ahli akademik Pusat Pengembangan dan Pengajian Berterusan PSU Pattani, Puan Sakirah Yeana Pensyarah di Fakulti Ilmu Kominikasi dan Puan Asra Rattakarant daripada Jaringan Wanita Pergerakan Masyarakat untuk Kedamaian Selatan.

Membina Kedamaian

Sepanjang 10 tahun keganasan yang telah lepas, beberapa kali apabila beliau muncul diatas pentas awam sering didengari suara bisikan dibelakang bahawa beliau adalah “orang Tokna” yang bekerja untuk kerajaan Thai atau kadang-kadang ada juga apabila beliau merantau jauh ke luar negeri untuk bertemu dengan orang-orang di benua jauh sering kali akan mendapat tuduhan yang sama.  Tuweadaniya menceritakan bahawa “pada peringkat awal dalam kerja-kerja kedamaian beliau sering dipandang negatif oleh kedua-dua pihak, pihak pejuang melihat beliau adalah pro kerajaan sementara pihak kerajaan pula melihat beliau seorang yang pro pejuang”.   

Beliau terpaksa menggunakan masa sekurang-kurang 8 tahun dalam membina kepercayaan diantara kedua belah pihak, beliau merantau di merata-rata tempat kebanyakannya pergi diatas nama peribadi, kerana beliau meyakini bahawa proses kedamaian dapat menyelesaikan konflik jika setiap orang mempunyai saham dan berpatisipasi dengannya, walau pun ia adalah tugas berat dan sangat berbahaya.  

Walau pun kerja berat dan berbahaya tetapi bukan bererti Kedamaian tidak mungkin berlaku kerana jika setiap orang bersedia untuk meneruskan misi kedamaian seperti mana yang ditunjukan oleh Ahmad Somborn ini, Insya’Allah kedamain yang sebenar akan lahir dalam masa tidak lama nanti.