WARTANI Media orang Patani untuk damai di Patani

“Dirakamkan Di Kampung Disiarkan Di Kampung” Iaitu trend media yang baru 
unjuran WARTANI sebuah media yang lebih dekat dengan rakyat Patani. 
Dengan mendapatkan penghasilan sampingan yang tidak disangka-sangkakan 
melalui projek kursus pengeluaran media massa untuk proses perdamaian.

01
Dalam masyarakat Patani hari ini, lebih menyedari tentang kepentingan kuasa media untuk menuju proses perdamaian di Patani. Tetapi media yang manakah yang benar-benar menjadi miliki orang Patani? Dan boleh meningkat taraf kekuasaan dari media yang di miliki oleh orang Patani sendiri.

Dengan sebab dasar inilah,mulai timbulnya dan tumbuhnya WARTANI yakni pertubuhan wartawan generasi baru Patani.

WARTANI berasal dari dua perkataan yang bergabungkan di antara perkataan  "Warta" bermakna "media" dan "Patani", maka dengannya bermaksud "Media Patani".

Encik Ismail Haji Wacik, editor WARTANI berkata “sebelum ini WARTANI dikenali dengan nama ”Jaringan Media Massa Generasi Baru” ia telah ditubuhkan pada bulan Januari 2011. Mulai di tumbuhkannya dengan menggabungkan 5 organisasi media massa baru. untuk menetukan strategi perjalanan dalam membuat media dengan mengikut hala tuju yang sama. Kemudian pada bulan Ogos tahun yang sama juga telah ditukar namanya dengan "WARTANI".

02

permulaan menjadi WARTANI

Walaupun WARTANI ditubuhkan sejak 4 tahun yang lepas, tetapi ia juga terpaksa  mengalami sedikit halangan terhadapnya,denga sebab itu ia tidak mampu untuk menjalani tugas dengan secara berterusan. Ia juga ada masalah dari bajet keawangan yang tidak mencukupi, pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan lebih-lebih lagi ia telah menghadapi dengan kesangsian dan ancaman dari pihak kerajaan.

Mulai tahun lalu, mereka mulai bekerja secara serius dan bertungku lumus, dengan menganjurkan projek atau bengkel kursus media massa secara amali untuk proses perdamaian [Wartani Grassroots Media] dengan kata ringkasnya, WGM generasi 1.

Projek ini bertujuan untuk 1.Pengeluaran media di kawasan tempatan oleh orang-orang tempatan. 2.Menumbuhkan media massa atau wartawan dari kalangan  orang-orang tempatan untuk tempatan sendiri. 3.Menggalakkan dan menyokong bagi rakyat untuk memberi maklumat dan bahan berita yang berguna. 4.Membuka ruang untuk semua pihak melibatkan diri dalam proses perdamaian di Patani.

Alasannya projek ini diadakan ialah, kerana bahawasanya kebanyakan media sekarang telah mengambil dan mencedak bahan berita dan info dari pihak kerajaan sahaja (satu pihak), tetapi terdapat bahawasanya mereka tidak mengambil bahan berita kejadian dari orang-orang tempatan sendiri secara direct.Maka sebab alasan inilah pihak WARTANI mulai mengadakan kursus kewartawanan atau media massa untuk orang-orang tempatan, ia terdiri dari kalangan orang Patani sendiri.Supaya mereka dapat memainkan peranan yang penting dalam mendorong untuk proses perdamaian di Patani untuk menjadi agenda antara bangsa.

03

Kursus kali ini mengguna masanya 1 tahun. Sekarang kursusnya sudah cukop 4 SEKTION (Peringkat) supaya peserta dapat menjadi wartawan yang profesional.

Peserta yang terlibat kebanyakkannya dari kalangan belia(remaja) dari Wilayah Patani, Yala dan Narathiwat .Peserta yang masuk kursus ada semua  31 orang. Bahawasanya kursus kali ini peserta memilih salah satu dari tiga mata pelajaran serta dengan mengadakan ujian dan peperiksaan pilihan seperti berikut :

1.Kursus bahagian grafik dan reka letak (Graphic Design Courses : GDC-103)  ada 6 orang.

2.Kursus bahagian penulisan berita dan laporan (Advanced Journalism Courses : AJC-103) ada 7 orang.

3.Kursus bahagian laporan berita dengan mengguna alat video (Advanced Video Courses : AVC-103) bahagian ini mempunyai jumlah peserta yang paling ramai sekali iaitu ada semua 18 orang.

05

Menubuhkan wartawan generasi baru di Patani.

Encik Syahari Ciklong editor berita WARTANI menceritakan bahawa “Projek WGM generasi 1 ini, mengadakan kerana pihak WARTANI masa itu telah ada masalah dengan pihak kerajaan, kerana mereka tidak benarkan kami masuk ke tempat kejadian untuk membuat berita. Dengan kejadian berikut, maka pihak kami telah mengluarkan idea untuk menubuhkan generasi baru dari kalangan orang tempatan untuk menjadi wartawan sendiri, serta mereka akan mejadi jaringan dengan WARTANI”.

Kursus SECTION pertamanya akan didedahkan semua ilmu tentang kewartawanan serta prinsip-prinsip kewartawanan sebagai menjadi asas kewartawanan.Mana kala SECTION Seterusnya ,memberi peluang kepada setiap orang memilih bahagian ilmu yang mereka mahir dalam bidang masing-masing, untuk masuk kursus dan berlatih dengan guru jemputan yang pakar-pakar dalam bidangnya, yang telah di jemput oleh pihak WARTANI.

Kursus yang telah lepas,terdapat setengah peserta pandai merakam video tetapi tidak pandai menulis,setengah peserta pandai menulis tetapi tidak pandai merakam video.Maka dengan sebab demikian pihak WARTANI pun memberi arahan kepada semua peserta,apabila hendak mencari bahan berita dan cerita untuk dilaporkan,harap semua peserta membagi kumpulan, setiap kumpulan mesti ada dalamnya mencakupi 3 bidang, supaya boleh bantu satu sama lain.

Oleh kerana kursus kali ini adalah kursus intensif.Khususnya di bidang rakaman video,sehingga setiap orang mampu menerbit klip video,mampu buat skrip sendiri,mampu reka letak dan menyunting dan mampu menyiarkan dalm laman web dengan sendiri,sehingga mampu juga menyiarkan dalam laman web secara langsung (LIVE).

Sementara itu ,bidang penulisan berita pun mampu menulis beritanya,sehinga ada yang mengluarkan hasilan yang menjadi bukti pada mereka,hasilan mereka telah keluar  melalui laman web WARTANI secara berterusan. Berita yang dibuat kebanyakannya terdiri dari berita atau cerita berkenaan dengan orang kampung, seperti cerita orang Saiburi Wilayah Pattani,cerita kampung Repei Mukim Bandang Setar Wilayah Yala. Atau menulis berita tentang haflah berbagai-bagai haflah yang WARTANI turun padang untuk merakam dan siar secara langsung (LIVE).

"Kebanyakan berita WARTANI datang daripada peserta dalam projek ini."

Adapun bidang grafik dan reka bentuk, mereka pun mampu juga mengeluarkan reka bentuk grafik media berbagai-bagai bentuk seperti buku, design skrip yang berbagai-bagai masuk dalam laman web, banner yang berbagai-bagai. Bidang grafik ini juga banyak menyumbang dan menjadi peranan penting dalam menyiarkan berita di bahagian laman web supaya laman web nampaknya cantik dan lebih menarik.

"1 tahun yang telah berlalu dalam kursus kali ini, sesungguhnya setiap peserta mereka bermulai dengan tiada asas langsung dalam media massa ini, sehingga perlu mulai ajar mereka dari buka dan tutup kamera video. Tetapi pada masa sekarang terdapat meraka telah mampu menerbit hasilan dari ciptaan mereka sendiri, ini adalah menjadi bukti bahawa meraka cepat dalam mempelajarinya.Kerana mereka datang kursus kali ini dengan hati yang tulus dan ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya.

Kemudian pihak WARTANI  menganjurkan peserta untuk ciptakan satu pasukkan turun lapngan bertemu ramah masyarakat di kawasan tertentu, dengan menghimpunkan orang-orang yang ada di wilayah yang sama sebagai satu pasukkan. Manakala pihak WARTANI akan memberi bantuan dan kemudahan atau menolong di bahagian perhubungan kerja,seperti merakam aktiviti atau haflah di kampung secara langsung (LIVE).

we

Masa Depan WARTANI

Encik Syahari berkata “Halangan utama bagi WARTANI adalah bajet keawangan yang tidak mencukupi, kerana tidak ada biaya atau duit elaun untuk memberi kepada peserta kursus, kadang-kadang menjadi salah satu sebab kursus tidak berterusan,kerana sesetengah peserta perlu bekerja sampingan untuk membiayai diri sendiri. Tetapi tidak menjadi halangan baginya kerana mereka datang kursus di sini dengan hati yang tulus supaya dapat membina diri dalam bidang media massa untuk masyarakat”.

"Walaupun ada halangan, tetapi ia membolehkan kita melihat potensi orang Patani.Mereka mampu membina diri di bidang ini.Maka hala tuju berikutnya ialah bahawasanya hendaklah mereka balik dan menubuhkan pasukan media massa di kalangan mereka di kawasan mereka sendiri. Kemudian menjadi jaringan dengan WARTANI ".

Encik Syahari menceritakan hasilan yang dapat dari kursus kali ini adalah 1.Mengadakan laporan berita yang mana media arus perdana tidak peduli, padahal berita tersebut penting untuk orang Patani. 2.Mencetuskan masyarakat Patani untuk mencerita tentang diri mereka sendiri. 3.Memberi masyarakat Patani nampak kebolehan anak cucu mereka sendiri,bahawa anak cucu mereka pun mampu juga dalam bidang media massa ini. Tidak perlu menunggu berita dari media arus perdana sahaja.

Dirakam di kampung dan disiarkan di kampung.

Sebagai contohnya, dalam kursus SECTION 3 antara tarikh 6-8 Mac 2015, mengadakan aktiviti yang bertembung antara dua tempat, iaitu di tempat perlindungan haiwan hutan  Hala - Bala Daerah Weang Wilayah Narathiwat dan di dalam Bilik Mesyuarat Masjid Al-Falah Al-Islamiah Kampung Gok Kapor, Daerah Bandang Setar, Wilayah Yala.

Maka kedua-dua tempat tersebut, peserta dalam kursus diarahkan turun lapangan untuk membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan merakam video serta menyunting dan reka letak biar siap-siapkan disitu,supaya dapat  menyiarkan kepada orang kampung yang hadir disitu dapat menonton secara langsung, tambah lagi dengan mengadakan pentas kecil untuk menukar pikiran dan pandangan dalam topiknya “Bagaimana cara berkomunikasi  bagi penduduk tempatan? Supaya ada tempat ruang untuk membuat berita mereka sendiri” .Kedua-dua tempat tersebut ada para hadirin yang hadir untuk menontonnya lebih kurang seratus orang.

Hasilan dari klip video yang dapat dari kursus di Daerah Weang iaitu 1.Cerita hutan Hala - Bala 2.Mencari orang batak yang makan orang yang sudah hilang dan lenyap. 3.Panning emas di kampung Bukit Emas.

Adapun hasilan dari klip video yang dapat dari kursus di Bandang Setar iaitu 1.Pisang menolong kehidupan orang Bandang Setar. 2.Pembiakan Orkid menjadi tren berpaling arah ketika harga getah jatuh. 3.Basikal gunung (Mountain Bike) buat dari buluh menjadi pilihan baru untuk penunggang basikal.4.Suara siren kecil di Daerah Bandang Setar dengan Yayasan Hilal Ahmar.

Setiap hasilan yang telah dapat adalah menceritakan berkenaan dengan orang kampung tempatan sendiri.

"Di Banang Setar terdapat smbutan yang mengembirakan, suara pujian dari orang kampung. Maka membuat kami semua merasa gembira apabila dapat melihat tuan rumah meniktiraf dan akui hasilan dari kami” berkata Ismail.

Encik Syahari berkata, "Sudah tentu,bahawa para peserta kursus membuat penduduk tempatan menjadi suka dan minat terhadapnya. Kerana orang kampung dapat melihat aktiviti mereka sendiri secara langsung dan serta-merta. Dapat melihat orang kampung tempatan sendiri keluar berita,begitu juga dengan merakam aktiviti orang kampung dan dapat siar dengan secara langsung(LIVE), dan kami juga telah menyimpan dan save klip video untuk orang kampung, supaya mereka dapat menonton pada masa yang akan datang”.

Cara berkomunikasi yang rapat dengan penduduk tempatan.

Encik Syahari berkata,dengan sebab demekian di kebelakangan ini,terdapat orang kampung beberapa tempat meminta pada WARTANI untuk membuat rakaman aktiviti-aktiviti di kampung mereka dan menyiar secara langsung(LIVE) makin bertambah. Tetapi kadang-kadang pihak kami terpaksa ditolak permintaannya, kerana pasukan kami tidak cukup dan belum bersedia.

"Cara membuat berita sebegini, membuat orang kampung bertambah keyakinan. Lebih-lebih lagi kami dapat mengetahui info dan bahan berita yang kami tidak dapat di siarkan di luar sana,sekurang-kurangnya kami dapat tambah ilmu dan dapat tambah kefahaman berbagaai-bagai cerita yang berlaku terhadapnya”.

Encik Syahari berkata “Apabila orang kampung bertambah keyakinan terhadap kami,maka orang kampung pun makin bertambah dan muali hendak melibatkan diri terhadapnya.sekurangnya mereka terlibat juga dengan adanya perbelanjaan makanan untuk kami,mereka sediakan tempat penginapan secara percuma,seperti kursus di kampung Got Kapor sampai ada orang kampung sembelih kambing untuk kami,mereka tolong menolong kami, sehingga kami anggap ini adalah perkara yang menjadi hasil sampingan bagi kami yang kami tidak disengka-sengkakan”.

067

Komunikasi dengan konflik dan damai.

Walaupun kursus di Bandang Setar ada sedikit masalah,kerana asalnya akan mengadakan kursus di kampung Lapangan Terbang, mukim Banglang, Daerah Bandang Setar, tetapi terpaksa kena pindah tempat kursus, kerana askar meminta untuk membatalkannya, sebelum memulakan aktivitinya tidak lama lagi,dengan tanpa notis apa-apa, padahal sebelum ini aktiviti tersebut telah dapat diluluskannya.

Tetapi apabila berunding dengan Ketua Daerah dan Yayasan Asia yang menolong di bahagian bajet keawangan. Dan juga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Bahagian 4 Barisan Depan. (KO O RO MO NO Bahagian 4 SO NO) Mengatakan "Tidak ada sebarang arahan darinya untuk membatalkannya, mungkin ini adalah perkara yang silap paham”.

Adapun Ketua Daerah Bandang Setar sendiri memberi jawapan bahawa pasukan keselamatan tidak berani izin kerana pihak atasan belum ditandatangani. Dan mereka juga takut pihak kami pergi untuk membangkitkan semangat orang kampung "Maka pihak mereka mengcadangkan untuk memindah kursus itu ke dalam Bandar Bandang Setar.Dan meminta menghantar anggota pegawai untuk menyertai kursus ini juga.

"Pihak kami menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk membangkit semangat orang kampung seperti mana Pangarah Bahagian Keselatan merasa kesangsian terhadap kami. Kami hanya menerbitkan cerita dan berita yang baik-baik sahaja di Bandang Setar. Jika anda sudi menghantar anggota pegawai menghadiri kursus ini, maka itu adalah perkara yang menjadi lebih baik lagi. Kerana mereka dapat dan mampu untuk menjadi rangkaian dengan orang kampung tempatan dengan semua peringkat, "kata Ismail.

Selepas itu Ketua Daerah memberi arahan kepada Yayasan Hilal Ahmar, yang memberi bantuan dan kemudahkan tempat, lokasi dan lain-lain lagi.Adapun kursus di daerah Weang tidak ada masalah apa-apa lakukan.

Itu adalah salah satu halangan di kalangan media massa generasi baru orang Patani yang telah menghadapinya.Memang ia boleh berlaku dalam keadaan konflik dan keganasan. Tetaapi perkara yang mesti buat untuk memahami adalah bagai mana media yang ada akan dapat mengatasi dan membawa kepada proses damai, seperti mana mereka kini telah berusahakannya.

Dapat mengikuti hasilan kerja dari Wartani

Saluran untuk mengikuti hasilan kerja dari Wartani, dapat mengikuti melalui  5 cara seperti berikut :

1.Website : http://wartani.com

2.Facebook : https://www.facebook.com/wartanimap

3.Twitter : http://www.twitter.com/@Wartani_News

4.Google Plus : http://gplus.to/wartani.com

5.Youtube : www.youtube.com/user/WARTANImedia

 

อ่านข่าวภาษาไทย

‘ถ่ายที่หมู่บ้าน ฉายที่หมู่บ้าน’ สำนักสื่อ WARTANI สร้างเทรนด์การสื่อสารใหม่ที่ใกล้ชิดคนปาตานี