Proses damai di bulan Ramadan: Pemandangan dari beberapa Negara.

Ramadan adalah bulan kesembilan dalam calendar (Takwim) Islam. Sejak kira-kira 20 peratus daripada penduduk dunia (1.5 bilion orang) telah berhenti memakan makanan dan air pada waktu siang lebih daripada 30 hari berturut-turut dan bertumpuan untuk buat amal ibadah  sepanjang bulan.Pada masa inilah, ia adalah masa untuk bermuhasabah diri,bersyukur pada ilahi dan untuk bertaubat memohon ampunan serta berkhidmat diri kepada masyarakat. Ia juga merupakan masa hubungan antara diri kita dengan Tuhan rabul alamin dan menjadi masa untuk kita berhubung silaturahim sesama manusia.Untuk membuat janji kedamain supaya melahirkan keamanan, keadilan dan kasih sayang antara manusia. Namun keganasan politik yang berlaku secara berterusan di pelbagai negara dalam 2-3 tahun lepas, seperti di Timur Tengah,iaitu Mesir, Syria dan Iraq.Maka timbul persoalannya adakah pada bulan Ramadan boleh membawa keamanan ke Timur Tengah dan negara-negara lain yang berlaku konflik atau tidak? Bagai mana? Apa usaha yang menunjukkan tanda-tanda ke arah tersebut.

 

Ramadan dengan keamanan: Makna di dasar agama.

Kedamain yang ramai orang cita-citakan adalah kehidupan yang tidak ada perbalahan,pergaduhan dan tidak timbul keganasan. Malah PBB telah meminta setiap tahun kepada semua negara untuk menghentikan keganasan pada bulan Ramadan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, keganasan dalam bulan Ramadan masih ada dan berlaku secara berterusan.Mengikut kajian dari para ilmuwan agama mendapati bahawa Ramadan adalah bulan membina momentum dan inspirasi. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mewujudkan keamanan dan peperangan, James Gray, seorang profesor sejarah Timur Tengah di Universiti UCLA, Amerika Syarikat berkata, sebenarnya menurut Islam hanya ada empat bulan sahaja, tidak termasuk bulan Ramadan bahawa berperang itu adalah perkara yang dilarang. Pertempuran dan peperangan di bulan Ramadan adalah dibenarkan serta boleh berlaku sekiranya menjadi perkara yang mencegah perkara yang huru-hara dari kekacauan dalam agama.

Adapun Profesor John Espoo Sito Pensyarah Jabatan Agama. Hubungan Antara Bangsa dan Pengajian Islam di Universiti Georgetown.Beliau berkomen “Apabila sebut tentang bulan Ramadhan. Jika  ingin bercakap tentang keganasan, sama juga berlaku semasa Krismas di Ireland. Tidak semua orang mahu berlaku keganasan, sebenarnya perkara yang menuntut untuk menamatkan keganasan itu terus berlaku berulang kali sejak lebih dari 20 tahun yang lalu, tetapi dalam kepercayaan Islam pertempuran tidak boleh berlaku jika orang merasa mereka berada di bawah ancaman. Pertempuran itu bukan menjadi perkara tuntutan dalam agama. Tetapi kadang kala dalam beberapa konteks ia adalah wajib bagi orang Islam juga”.

Pihak Nizar al-Ziyad, Presiden, Pusat Kajian Timur Tengah. Capital University Of California, Berkeley, berkata mengikut bukti sejarah Islam,peperangan yang besar-besar berlaku pada bulan ini. Walaupun peperangan itu tidak dilarang  pada bulan Ramadan tetapi dalam al-Quran menyokong penyelesaian secara aman dalam masalah ini,contohnya jika kita menunjukkan hormat kepada jiran pada awal Ramadan. Tetapi jika dia enggan Kita mungkin tidak sedar mengenai keengganannya itu. Tetapi bagi Ramadan tuntutan bagi kita dalam usaha untuk menggunakan prinsip-prinsip agama supaya mendapat menyelesaikan konflik.

 

Usaha-usaha untuk mencegah keganasan di bulan Ramadan.

Timur Tengah

Di Syria pada permulaan berlaku Arab Spring pada tahun 2011,ada berlaku perang saudara pada bulan Ramadan di Syria diantara kerajaan Presiden Bashar Al - Assad dengan rakyat dan beberapa kumpulan anti -kerajaan bersenjata. Walau bagaimanapun telah mengadakan usaha oleh pelbagai pihak untuk menolak proses damai sejak tahun 2011 dan seterusnya.Pada Ramadan 2013, pada minggu pertama puasa,terdapat orang kena bunuh  lebih daripada 5,000 orang .Ada dilaporkan pada tahun itu dalam bulan Ramadan adalah menjadi peluang untuk  semua pihak kembali ke sudut diri sendiri 30 hari,dengan ada kumpulan Free Syrian Army telah mencadangkan satu perjanjian untuk berhenti tembak  Presiden al - Assad di wilayah Homs.

Wilayah Homs , Syria, pada 3 Julai 2013, selepas perjanjian untuk berhenti tembak. Rakyat Syria keluar untuk meninjau serpihan dari rumah rosak. Serangan oleh tentera kerajaan.

http://www.ctvnews.ca/world/evacuations-of-fighters-from-homs-delayed-though-cease-fire-holding-syrian-activists-1.1804603

 

Pihak Duta Syria dalam bangsa-bangsa bersatu mencadangkan . Kerajaan Syria hendak menamatkan keganasan dengan sepenuh-penuhnya,serta memanggil kumpulan pembangkang untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai di Geneva. Switzerland. Cubaan tersebut telah berlaku pada hari agama Islam yang lain juga, seperti pada tahun 2012, Encik Lukda Brahimi  wakil daripada PBB dan Liga Arab untuk Syria . Panggilan untuk perjanjian  berhenti perang antara kerajaan dan pihak pembangkang  pada hari raya Eidil Adha. Kedua-dua pihak bersetuju dengan serta-merta Walaupun keamanan akan berlaku dalam masa yang singkat.

Pada tahun 2013 dalam bulan Ramadan , John Carey, Menteri Luar  Negeri Amerika Syarikat menjadi tuan rumah dalam majlis jamuan makanan berbuka puasa ( iftor) dan ia menggunakan peluang ini untuk memulakan dialog antara Israel dan Palestin semula selepas berhenti pada tahun 2010 . Dalam mesyuarat kali ini adalah untuk menetapkan rangka kerja untuk rundingan semula, yang akan berlangsung  pada sembilan bulan sebelum perjanjian damai tengah tahun 2014.

Peserta dalam rundingan yang berpengalaman dalam rundingan antara bangsa,mereka pernah gagal sebelum ini,iaitu pihak Israil yang di ketuai oleh Puan C Pi.Lef Nee, bekas Menteri Luar ketika Presiden Pertama George W. Bush dan Encik Yitzhak Mol Cho Penasihat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang mempunyai peranan dalam perbincangan keamanan pada masa  Presiden Amerika Syarikat pada masa sekarang sampai dua kali.Pihak Palestin dipimpin oleh ketua Encik Sa Eib  Eragat ketua perunding Palestin, dan Encik Mohammad Cetay Yeh penasihat kepada Presiden Muhammada Abbas, mereka memainkan peranan dalam rundingan sejak tahun 1991 hasil daripada perbincangan dalam majlis berbuka puasa ialah semua pihak bersetuju. "Tempoh Masa" Namun usaha untuk menolak untuk perjanjian damai gagal teruk. Diikuti pula dengan menimbul keganasan baru pertengahan bulan Jun 2014. Israel telah menyerang sebuah rumah di Semenanjung Gaza sebagai membalas dendam ketika Operasi Perlindungan Edge (Operation Protective Edge) mereka mendakwa bahawa terdapat dua orang anggota Hamas telah menculik dan membunuh  remaja Israel.

2

Tahun 2015, 90,000 rakyat Palestin dari sebelah timur Yerusalem dan Tebing Barat . Solat bersama pada hari Jumaat pertama Ramadan di Masjid al -Aqsa , tetapi untuk rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza. Mereka dibenarkan untuk pergi ke masjid hanya 500 orang.

http://www.timesofisrael.com/over-90000-at-temple-mount-on-first-friday-of-ramadan/

 

Walau bagaimanapun, kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dari seluruh dunia menggunakan sempena kedatangan Ramadan untuk meminta dan memohon kedamain di Semenanjung Gaza dan Israel,sebagai contohnya orang Yahudi British dan umat Islam berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama. Mereka menggunakan nama kempen  ‘Hungry for Peace’ (lapar untuk Keamanan), kempen yang berlaku disebabkan oleh aktiviti-aktiviti orang-orang Yahudi dan orang Islam berkumpul untuk melawat keluarga muda Israel Encik Natalik Frangel dipercayai telah dibunuh oleh orang Palestin.

Selain itu, Ramadan juga merupakan masa ketegangan dari rasa tensyen  waktu perang pada tahun 2015, yang buat kali pertama dalam beberapa tahun, rakyat Palestin daripada seratus orang dari Tebing Barat dan sebahagian daripada Gaza. 'Dibenarkan' oleh Angkatan Pertahanan diri Israel (Israel Defense Forces- IDF) memberi perjalanan dengan naik bas ke Yerusalem untuk berbuka puasa dan solat di Masjid Al-Aqsa, dengan peluang ini juga rakyat Palestin di Gaza dapat peluang untuk bertemu dengan keluarga di Tebing Barat.

Di Yaman Rundingan damai antara beberapa pihak. Bermula pada hari Isnin, 15 Jun, di Switzerland Encik Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung PBB mengarah askar bersenjata pihak kerajaan dan pihak pemberontak supaya berhenti bertembak untuk kemanusiaan lebih kurangnya dua minggu pada bulan Ramadan. Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk damai,bermuhasabah diri,dan bersatu padu. Beliau menggesa pada kedua-dua pihak untuk kembali berunding damai tanpa syarat dan berharapan dalam perjumpaan akan menjadi perubahan melalui politik yang aman di Yaman.

Walaupun  Yaman adalah sebuah negara yang berlaku huru-hara dalam politik sejak 2011, apabila penunjuk perasaan menghalau Presiden Abdullah Saleh, yang memegang jawatan itu sejak sekian lama.Telah melahirkan dua kumpulan berlawanan dengan satu sama lain untuk membentuk kerajaan di Yaman. Pergaduhan berlaku di antara penyokong kerajaan daripada pemisah selatan Abdullah bin Mansur  Hadit dan tentera Mohammed Ali al-Huti yang menjadi Presiden sekarang,yang menyokong pihak kerajaan dahulu Abdullah Saleh di Yaman , keadaan menjadi lebih huru hara apabila Al Qaeda dan Negara Islam , atau ISIS terlibat dalam keganasan politik kali ini juga.Dan Ia diikuti dengan serangan udara dari kerajaan campuran Arab Saudi untuk membantu kerajaan Hadi.

Sebelum ini dalam bulan Mei 2015.Terdapat beberapa kumpulan di Yaman telah berjanji untuk berhenti tembak dalam masa yang singkat 5 hari untuk membantu kemanusiaan kepada rakyat. Sejak berlaku krisis, konflik di Yaman,terdapat jumlah orang meninggal dunia lebih daripada 1,400 orang, yang cedera lebih 6,000 orang,dan penduduk lebih daripada tiga ratus ribu orang kehilangan tempat tinggal.

3

Pada 15 Jun 2015, Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon sedang berucap dengan Encik Riyad Yassin , Menteri Luar Yaman (kiri ) untuk membuka rundingan damai yang sedang berlaku,dengan demikian telah hampir masuk bulan Ramadan. Dan memohon berhenti perang dalam masa dua minggu atas sebab-sebab kemanusiaan.

http://gulfnews.com/news/gulf/yemen/ban-calls-for-immediate-ramadan-truce-in-yemen-1.1535332

 

Afrika

Di Mesir pada bulan Ramadhan 2014, rakan kongsi yang minoriti di Mesir (The Egyptian Alliance for Minorities) , yang ditubuhkan pada tahun 2012 terdiri daripada orang-orang Arab, orang-orang Yahudi, orang-orang kumpulan etnik dan politik yang berbeza.Membuat majlis jamuan berbuka puasa dengan orang muslim dalam bulan Ramadan di Kaherah untuk memberi isyarat mencapai keamanan dan membina hubungan sesamanya diantara kumpulan mejoriti dengan kumpulan minoriti di negara ini, dengan ada berbagai perbezaan.Secara betulan dengan masa itu tentera Israel membuat operasi Operation Protective Edge di Gaza bersebelahan dengan sempadan Mesir.Maka terdapat rakyat Palestin telah meninggal dunia lebih daripada 2,000 orang.Majlis berbuka puasa kali ini  bertujuan untuk memberi isyarat untuk mencapai keamanan kepada Israel juga.

Rakan kongsi minoriti di Mesir berkumpul sejak 2012 untuk menuntut hak dan kebebasan mereka untuk menunjuk kepada orang yang berbeza pendapat di bawah undang demokrasi. Mereka mengadakan acara tersebut setiap tahun sebagai simbol kebebasan. Kerana pada masa kini, terdapat tahanan politik kira-kira 36,000 orang ditahan di penjara.

4

Pada bulan Julai 2014, rakan kongsi minoriti di Mesir.Menjamun berbuka puasa kepada umat Islam di Mesir.Untuk membina hubungan dan persefahaman antara rakyat semasa keadaan politik dan sosial di negara ini sedang rapuh dan perpecahan.

http://egyptianstreets.com/2014/07/10/jewish-synagogue-hosts-ramadan-iftar-in-cairo/

 

Pada tahun 2014,di Nigeria pihak kumpula duta untuk peralihan. Transformation Ambassadors of Nigeria (TAN) Transformasi Duta Nigeria (TAN) member istihar kepada pemberontak Boca Haram mengambil kira tentang keamanan dalam bulan puasa ini. Selepas mengutuk dengan mengebom tempat membeli-belah EMAB Plaza,terdapat 20 orang rakyat meninggal dunia, dan ramai yang cedera.

Encik U Den Ta O  U Den Ta, Pengarah Komunikasi Awam dan Strategi TAN berkata pada masa dulu di bulan Ramadan menjadi satu masa bagi kumpulan pemberontak di Nigeria telah bersetuju untuk duduk dan berbincang dengan kerajaan untuk mencapai keamanan.Pihak Encik Good Luck Joe Nathan Presiden Nigeria,merayu kepada umat Islam supaya berdoa kepada Allah untuk keamanan dan keselamatan negara.Dengan mengguna peluang di awal bulan Ramadan ini dengan membina kepercayaan dengan kerajaan persekutuan. Untuk bekerja sama dalam menahankan keganasan dan jenayah yang menjejaskan keselamatan Negara.

Dengan demekian Nigeria adalah negara yang paling ramai penduduk di Afrika. Umat Islam yang tinggal di negara-negara Barat, lebih daripada 50% .Di Nigeria pernah banyak kali mengalami keganasan politik dan diskriminasi. Sehingga 2002, Nigeria telah mengalami masalah keganasan politik dalam pelbagai bentuk daripada kumpulan Boca Haram.Kumpulan mereka termasuk kumpulan muslim pelampau dalam negara.

5

Tahun 2014 pemimpin Presiden Good Luck Joe Nathan pemimpin orang Kristian dan Lamido Sanusi pemimpin muslim negeri Kano berbuka puasa bersama-sama.

http://saharareporters.com/2014/07/23/finally-emir-kano-lamido-sanusi-meets-president-jonathan

 

Asia

Tahun 2014 merupakan tahun kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Bangsa Moro atau MILF. Matlamatnya adalah untuk menamatkan keganasan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau. Sebelum masuk bulan Ramadan.Terdapa ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Biru  (Blue mosque) Manila untuk mendengar khutbah dan solat serta berdoa kepada Allah untuk dapat keamanan di negara ini. Encik Khairuddin Usman Abdul Aziz,seorang ilmuan telah berkata: "Kami mengucapkan terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih serta bersyukur kepada Allah yang memberi bulan Ramadan yang akan tiba nanti. Oleh kerana Ramadan adalah bulan kebahagiaan bagi umat Islam". Abu Ja'far seorang muslim berkata:" Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri dan memberi hormat kepada mereka yang menderita. Kami berharap doa mereka di makbulkan.Kami berdoa kepada Allah.Hanya Allah yang esa sahajalah yang akan memberikan kedamain kepada kita semua.Khususnya ketika meraka dapat keganasan. Kami berdoa untuk semua orang,terutama umat Islam yang  sedang derita di seluruh negara.

Tahun 2015 merupakan tahun perjalanan ke proses damai Mindanao semasa draf Undang-undang Asas Bangsa Moro (The Proposed Bangsamoro Basic Law - BBL) yang sedang memasuki kira oleh Parlimen Filipina. Selepas awal tahun lepas proses damai menjadi lesu apabila berlaku pertempuran di negeri Mamasapono wilayah Makin Danau.Sebelum masuk Ramadan, pada 16 Jun tahun ini MILF telah menghantar mesej sebelum bulan Ramadhan sebagai satu titik permulaan bagi proses damai yang baru.Mereka mengadakan upacara penyampaian senjata dan dilucutkan pejuang. Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada proses pelaksanaan kembali ke normal, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian Bangsa Moro secara komprehensif. (Normalization of the Comprehensive Agreement on the Bangsamoro -CAB)

Encik Mohaka ikbal Presiden Forum Keamanan MILF berkata pelucutan senjata adalah perkara yang paling sukar sekali bagi pihak MILF, tetapi untuk keamanan yang sebenar di Mindanao dan mengikut kehendak rakyat dan pejuang yang mahu kehidupan yang normal. Senjata dikembalikan, termasuk senjata ketinggian jisim 55 laras dan pengiring bersenjata 20 laras dan pejuang 145 orang telah dilepaskan, dengan demikian pihak kerajaan Presiden Ben Nikno  Agino diwakili oleh ahli-ahli parlimen di kedua-dua Dewan parlimen dan organisasi antarabangsa menyerta serta menyaksikan dalam majlis itu juga.

6

Presiden Ben Nikno  Agino yang ke 3 dan Haji Murad Ibrahim, Pengerusi MILF untuk menyaksikan penyerahan senjata dan memghapus pejuang sayap tentera MILF (Bangsamoro Islamic Armed Forces ) di kampung Syimui bandar Sultan wilayah Makin Danao. Pada Selasa Jun 16 lalu.

 http://www.gmanetwork.com/news/photo/138882/pnoy-witnesses-milf-decommissioning-in-maguindanao

 

Di tiga wilayah sempadan selatan Thailand atau Patani statistik dianalisis oleh Pusat Southern Watch (DSW) dan konflik Penyelidikan dan pelbagai budaya Selatan. (CSCD) PSU Patani berkata “Pada bulan Ramadan 2013,  dianggap sebagai satu tempoh dengan ada kematian yang paling sedikit sejak tercetusnya keganasan dalam tempoh sembilan tahun yang lalu”.Selepas kerajaan Thailand oleh Majlis Keselamatan Negara dengan BRN telah bersetuju untuk memulakan rundingan damai pada 28 Februari 2013.

Walau bagaimanapun,untuk hentikan tembak menembak pada bulan Ramadan selama 40 hari selepas perjanjian antara Majlis Keselamatan Negara dengan BRN tidak banyak kejayaan dalam menamatkan keganasan.Kerana keganasan telah diperluaskan lagi pada bulan Ogos atau akhir-akhir masa yang di tetapkan.Selain itu, terdapat kekurangan pemantauan hasil dari pihak luar dan tidak ada proses pengurusan pertikaian.

7

Semua contoh-contoh itu adalah usaha-usaha untuk memadamkan keganasan semasa Ramadan dari beberapa wilayah. Selepas ketegangan politik yang berterusan untuk beberapa ketika. Ramadan adalah masa tanda-tanda perdamaian, satu usaha  untuk menjalankan proses damai yang bermakna pada bulan ini. Bagi mengurangkan konflik dan dianggap titik mula mengkaji pendekatan baru. Kerana orang ramai sedang menderita, dari dasar politik negara dan keganasan dari pelbagai kumpulan. Mencerminkan bulan Ramadhan adalah masa untuk semua pihak untuk mengkaji semula dasar itu, ditambah pula dengan tumpuan kepada nilai-nilai Islam dan nilai-nilai kepelbagaian.Seterusnya ia adalah masa untuk perdamaian antara umat Islam dan manusia seluruhnya.

 

อ่านต้นฉบับภาษาไทย

กระบวนการสันติภาพในเดือนรอมฎอน: มุมมองจากประเทศต่างๆ