MARA PATANI PERTAMA KALI BERTEMU MEDIA THAILAND DI KL

Pertemuan antara Mara Patani dengan 14 orang wakil Media dari Bangkok dan Selatan Thailand kali ini diadakan di tingkat 22 Premiera Hotel , Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 12.20 tengah hari.

Wakil media dari Thailand terdiri dari Bangkok Post, The Nation, TV Chanel 9,5,3,Thai PBS, Prachai.com, PPTV,Spering News,DSJ-DSW,Issaranews.

Manakala wakil daripada Mara Patani terdiri daripada tujuh orang wakil iaitu Dr.Arif Muktar dari PULO-MKP, Abu Yasim wakil BIMP, Haji Ahmad Chuwo wakil BRN, Awang Jabat Ketua Mara Patani, Sukree Hari Ketua Deligasin Rundingan Damai, Abu Hafiz Alhakim wakil BIPP dan Abu Akhran bin Hassan wakil PULO-DSPP.

Pertemuan ini sebagai julung kali yang diadakan Mara Patani dengan Media Thailand di Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan meja bulat dengan media Thailand kali ialah untuk menyampaikan maklumat dan menjawab segala soalan yang masih diragui dalam proses damai selepas pihak Mara Patani mengadakan perjumpaan dengan pihak Thailand pada 25 Ogos lepas. 
Awang Jabat dari BRN dan sebagai Ketua Mara Patani berkata pihak beliau berterima kasih kepada pihak Thailand , Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Pengarah Pemudah cara Rundingan Damai bahawa pertemuan kali ini untuk membina kefahaman kepada media Thailand dan menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat dalam memberi sokongan kepada proses damai untuk kedamaian selatan Thailand.

“apa yang akan laksanakan oleh Mara Patani seterusnya adalah perkara yang bermanfaat kepada masyarakat, penyatuan enam kumpulang gerakan pada kali ini adalah berbeza dengan proses rundingan damai yang dijalankan sebelum ini. Mara Patani membuka ruang kepada semua pihak yang terlibat tidak kira NGO , CSO boleh menyertai Mara Patani demi untuk kedamaian selatan Thailand”.

Berekanaan dengan keadaan keganasan kata beliau mesti mengguna waktu

“insiden akan kerkurangan tetapi mesti mengguna masa dan saya percaya masih ada kumpulan yang tidak setuju dengan proses damai dan kami akan terus berdialog dengan mereka” kata Awang Jabat.

Tambah Awang lagi penubuhan Mara Patani bertujuan untuk melaksanakan perjuangan secara damai manakala penggunaan senjata atau cara kekerasan kita mesti usaha memberentikan dari kedua-dua pihak ini bergantung kepada kefahaman keyakinan antara satu sama yang lain.

Bagi Ketua Deligasi Rundingan Damai Sukree Hari dari BRN berkata pertemuan dengan pihak Thailand pada 25 Ogos lepas pihaknya menyarangkan tiga perkara ialah masalah selatan Thailand dijadikan agenda Negara, akui wakil deligasi rundingan damai dari enam kumpulan sebanyak 15 orang dan akui Mara Patani.

“bagi masalah selatan mesti dijadikan sebagai agenda Negara itu sangat penting kerana jika tidak dijadikan agenda negara proses rundingan damai tidak akan bersambung” kata Sukree.

Tambah Skree lagi perjuangan BRN ia bermula sejak 1960 secara bawah tanah dirahsiakan tidak diisytiharkan kepada umum dan akui kumpulan lain-lain juga seperti PULO, GMIP, BIPP.

“kami ada badan politik dan guerila dan kami tidak ada dasar untuk menyerang orang awam (Soft Target) kami tumpukan sasaran bersenjata Thailand tetapi mangsa yang lemah itu hanya terkena serpihan sesat” kata Sukree Wakil BRN.

Abu Hafiz Alhakim wakil dari BIPP menguatkan lagi pendapat Sukree bahawa ageda Negara telah beberapa kali disarankan sejak Hasan Tayib lagi untuk proses damai berterusan apabilan berlaku pertukaran cabinet dan ia sering berlaku. Apabila bertukar cabinet semua tamat dan bermula proses baru lagi.

“kerajaan Jen.Prayuth Chan-o-cha bermula proses damai yang baru pada 1 Disember 2014 kami melihat selagi ia tidak dijadikan agenda Negara maka proses rundingan damai tidak dapat disambungkan secara berterusan dan pihak Mara Patani akan pertimbangkan permintaan Thailand” kata Abu Hafiz.

Dr.Harem Muktar Wakil dari PULO-MKP berkata pihak Mara Patani merayu kepada media meyampaikan maklumat perjumpaan pada hari kepada masyarakat dengan tepat dan adil dan Mara Patani akan terus mara kehadepan dalam undingan untuk kedamaian selatan Thailand seterusnya.

Pertemuan meja bulat antaran Mara Patani dengan Media dari Thailand kali ini tidak membenarkan merakam suara dan VDO hanya membenarkan catatan sahaja.