200 Pemimpin Islam Pattani Solat Hajat Selepas Letupan Bom Berdekatan Masjid Jamek

Lebih 200 Orang Pemimpin Masyarakat Islam Di Pattani Solat Hajat Untuk Kesejahteraan Selepas Letupan Bom  Berdekatan Pintu Masuk  Masjid Jamek  Pattani

Letupan yang berlaku malam tadi yang meyebabkan seorang polis maut ,dua polis cedera parah dan seorang awam warga emas turut cedera. Kejadian berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan solat magrib di Masjid Jamek Pattani.  

Susulan daripada peristiwa tersebut solat hajat untuk memohon keamanan  kedamaian dan kesejahteraan diadakan. Solat hajat  kali ini di sertai oleh Imam masjid, Ketua Kampong dan  Tok Penggawa  di daerah Muang Pattani.

Solat di adakan di ruang hadepan masjid Jamek Pattani pada jam 11.10 monit pagi. Solat diimamkan oleh Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani , Waederamae Matmingchik.

Turut hadir dalam majlis pagi ini Gabenor Wilayah Pattani,Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Wakil tentera dan Datok Bandar Muang Pattani.

Selain solat hajat spanduk mengutuk dan menantang keganasan turut di pasangkan.

Kata Waederamae Matmingchik , Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pattani bahawa peristiwa tersebut melahirkan perasaan sedih dan duka cita kepada mesyarakat.

“perkara yang berlaku satu perkara yang sedih baik ia berlaku di kawasan mana-mana sekali pun khasnya perkara yang berlaku di kawasan yang kita berkumpul untuk melakukan amal ibadat khusnya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan Al-Mubarak tetapinya perasaan kami semuanya rasa duka cita di atas peristiwa yang berlaku pada kali ini, hari ini kita menunaikan solat untuk memohon kepada ilahi supaya menyelamatkan agar ia tidak berulang lagi di tempat yang suci dan menghormati bulan Ramadan yang Mulia. Saya berharap semoga umat Islam di Malaysia memohonkan doa kepada Allah supaya Pattani kembali aman damai seperti yang dikehendaki oleh rakyat-rakyat Pattani, dan pemerintah-pemerintahnya”. Kata Waederamae Ketua Majlis Agama Islam Pattani.