Skip to main content

 

IAF 2018 untuk Pertukaran Pengetahuan dan Perdamaian

Songkhla, Selatan Thailand, 6-7 Februari, 2018

 

Oleh: Ustaz. Abdusuko Dina dan Tuan. Syafruddin

 

 

Songkhla, Selatan Thailand --  Sekolah Chariyatham Suksa Foundation School dan Persatuan Sekolah Swasta Agama Islam, Selatan Thailand  telah mengadakan Pesta Akademik peringkat Antarabangsa, International Academic Festival (IAF). Tujuan utama pada kali ini,  diadakan pada tahun 2016. Pada 2018 ini acara pertandingan IAF berhasil membuat pertandingan lebih besar, dengan lebih dari 200 peserta dari 32 buah sekolah, dari sekolah rendah dan sekolah menengah, antaranya 3 negara ASEAN, iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand. Walaupun masih terbilang baru, IAF menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu di Selatan Thailand yang telah terbukti berhasil menjaring peserta dari 20 (Sekolah Kebangsaan) dan 12 (Sekolah Antarabangsa).

IAF 2018 kali ini membawa tema “ Kemahiran yang lebih baik untuk masa depan yang lebih baik”, dimana para peserta dapat menunjukan kemampuan masing-masing secara pribadi juga  kelompok diantaranya acara 3 kategori, seperti Tilawah Al-Qur’an, bercerita bahasa Melayu, bercerita bahasa Inggeris, dan bercerita bahasa Arab, Anasheed bahasa Arab.

IAF 2018 telah mengadakan acara selama 2 hari (6 - 7 Februari 2018) di Sekolah Chariyatham Suksa Foundation School, IAF menjadi slebih bermakna bagi pelajar generasi muda ASEAN untuk berkumpul dan mengembangkan kemampuan demi masa depan yang lebih baik.

Adapun dewan juri yang di datangkan berasal dari berbagai kalangan, beberapa diantaranya juri bercerita bahasa Inggeris ialah Pensyarah dari Universiti Muhammadiyah  Surabaya, Indonesia (Mr. Pramudana Ihsan), Hatyai University, Thailand (Mr. Alejandro Benitez Martinez dan Mr. Etinne Vorster), Kolej Antarabangsa Didyasarin  , Thailand (Mr. Oratai Chanplong),

Kemudian Juri bercerita bahasa Arab ialah pensyarah dari Universiti Insaniah  Kedah, Malaysia (Ustaz Azizul Rahman Bin Zabidin Dan Ustaz Muhammad Zaki Bin Mustafa Masoh), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Malaysia (Ustaz Walid Bin Mustafa )

Untuk juri kategori bercerita bahasa Melayu ialah Dekan dan pensyarah fakulti Tarbiyah dan Keguruan  UIN SUSKA RIAU, Indonesia (Dr. Mas’ud Zein, M.Pd dan Prof. Dr. Khairunnas Rajab, M. Pd) dan Dra. Maimunah SM, M. Ag. Serta beberapa juri Tilawah Al-Qur’an dan Anasheed yang berasal dari Thailand.

Siti Sarah salah seorang guru pengiring dari Sekolah Minden Height Pulau Pinang,  Malaysia, mengatakan, sangat berterima kasih kepada pimpinan dan staf-staf sekolah Chariyatham Suksa Foundation School atas sambutannya dan berhospitaliti. Kami sangat menghargai dan akan ikut kembali pada IAF yang akan datang  Insha Allah, dan dapat bekerjasama serta berkongsi dalam acara antarabangsa secara berkelanjutan. Tuturnya dengan tersenyum.

Ada pula guru Pendamping yang datang dari Sekolah Smakkitam School Thailand, mengatakan kegiatan ini sangat baik. Terimakasih kepada pimpinan dan staff sekolah atas pelayanan yang sangat baik. Jelasnya.

Ada pula guru pembina dari peserta yang datang dari Al- Ihsan Boarding School Riau, untuk kategori anasheed dari Indonesia, Ari Saputra. Guru Bahasa Inggris ini mengaku pertandingan ini adalah pengalaman pertama di peringkat  antarabangsa dengan persiapan selama 2 Minggu. Para peserta yang di bawanya sangat senang dan bahagia dapat bertemu teman-teman baru dari Thailand dan Malaysia. Ari berharap untuk masa depan, bagi cadangan dapat  perbanyak kategori pertandinga  dan peserta lebih banyak lagi dari negara-negara ASEAN lainnya.

Dengan adanya pertandingan antarabangsa ini, Manajer Sekolah Chariyathamsuksa dan Presiden IAF 2018, Aziz Samoh mengatakan, tujuan dari kegiatan ini adalah penerapan dari pertukaran budaya, peningkatan kemahiran dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggris. Kami berharap para peserta dapat menunjukan skills dan menginspirasi satu sama lain serta secara tidak langsung meningkatkan kualiti sekolah, terutama dalam penguasaan bahasa asxing dan sampai bertemu kembali pada IAF Ke-3 pada tahun 2020.

Lehat foto-foto berikut

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215670270850224&id=1245604111

Dan vtr

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1763804603676411&id=10000140...