Skip to main content

Catatan tentang kempen 'Cintai(lah) pakaian dan budaya Melayu'

Kempen yang dilakukan oleh anak-anak muda Patani untuk mempromosikan penggayaan pakaian Melayu amat dihargai. Sesungguhnya pakaian merupakan satu cabang budaya yang amat signifikan dalam menampilkan diri, yang juga dapat menunjukkan adat resam sesuatu bangsa berdasarkan kepercayaan yang dianutinya.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan video ini, dan semoga usaha seperti ini diteruskan. Dengan adanya usaha sedemikian, kita dapat memastikan hakikat yang paling dasar bahawa Patani merupakan sebahagian daripada Dunia Melayu.

''Kes Tembakan Seorang Ayah dan Anak di Bennang Seta, Warga Desa Menuding Skuad Tentera Pelaku''

Editor Lembaga Media Wartani

Di terjemah dari link ini oleh 'Ben' 

 

 Yala - Kamis , 17/4/14 , Pada pukul 17.30 waktu tempatan, terjadi pembunuhan kejam terhadap Muktha Alimama' (32) dan Lukman Apitbanbea kanak yang berusia 6 tahun, anak laki Muktha. Kedua mangsa meninggal di tempat kejadian. Kejadian ini berlaku didesa Becoh, Daerah Benang Seta di provinsi Yala.