Comment from Abu Hafez Al-Hakim

 

Assalamualaikum / Peace be upon you

 

1. Siaran Media BRN - Berdasarkan versi Bahasa Melayu jikalau sumbernya sah dan benar dari BRN maka ia adalah satu isyarat POSITIF bahawa BRN tidak menolak sepenuhnya proses damai jika berpaksikan syarat-syarat dan keadaan seperti yang digariskan itu .

2. Perkembangan terbaru BRN - akan ada kesan atau tidak kepada proses damai yang sedang berlansung sekarang bergantung kepada kesediaan BRN sendiri untuk tampilkan wakilnya yang bermandat ke meja dialog . Di meja sekarang sudah ada wakil BRN dan mereka hanya perlu selaraskan sesama sendiri cara yang terbaik untuk bekerjasama membuat sebarang perubahan atau pembaikian yang dirasakan belum sempurna bersama rakan-rakan lain dari PULO, BIPP dan GMIP.

3. Apa-apa persetujuan di antara kerajaan Thai dan MARA Patani tidak akan berlaku pada masa terdekat . Masih ada banyak perkara yang perlu dibincangkan pada tahap membina keyakinan ini. Sebarang perjanjian di masa hadapan akan pasti melibatkan semua pihak yang berkepentingan (stake-holders) termasuk Kerajaan Thai, wakil-wakil pejuang dan juga rakyat tempatan. Hanya cara itu sahaja kemajuan boleh dicapai dan keadaan akan berubah kepada suasana aman dan damai.

Komen drpd :Abu Hafez Al Hakim sebagai pandangan peribadi , bukan kenyataan rasmi MARA Patani.

12/4/17

 

( English translation )

1. BRN Media Release. - Based on Malay version, if the source is genuine and authentic from the BRN then it is a positive signal that the BRN does not entirely reject the peace process if the conditions as outlined are met.

2. BRN Recent developments - Whether there would be an impact or otherwise on the ongoing peace process depends on the willingness of BRN themselves to come forward with mandated representatives to the dialogue table. Currently at the table there are representatives from BRN and they need to coordinate among themselves the best way to cooperate , bringing changes or improvements that are deemed incomplete with other colleagues from the PULO, BIPP and GMIP.

3. Any agreement between the Thai Government and MARA Patani will not occur anytime soon. There are several things that need to be discussed at this confidence building stage. Any future agreement will certainly involve all parties (stake-holders) including the Thai Government, representatives of the movements and the locals. Only in that way progress is achieved and the situation will then change for peace and harmony.

Comment from Abu Hafez Al-Hakim as personal opinion, not an official statement by MARA Patani.

12/4/17