Skip to main content

SuaraPattani
http://voicepeace.org 

Dalam tempoh lima tahun pergolakan  di selatan Thai terdapat  lapan orang ustaz di pondok Balor   di tembak  mati. Siapakah dapat tahu perasaan di dalam lubuk  hati seorang tuan guru yang bernama ‘Ahamadruyami Muyu’   dari Pondok Balor, daerah Raman, wilayah Yala. Di hadapan rumahnya ialah puluhan barisan pondok (tempat tinggal) bagi pelajar-pelajar. Kebetulan musim ini adalah musim cuti sekolah jikalau tidak kami akan melihat ‘hamba Allah’ berkeliaran   kerana di hadepan ialah bangunan besar dan tinggi  itu tempat belajar bagi 900 orang pelajar.

Apa akan terjadi jikalau beliau tidak mampu menjalankan tugas … bagai manakah nasib pelajar-pelajar.  Kita sering dengar bahawa     di mana ada sekolah pondak di situ juga sekolah kerajaan atau-sekolah sewasta di sekeliling itu akan sunyi sehingga dapat di dengar suara keluhan dari guru-guru.

Pendidikan mengikut Islam ialah satu sunnah Nabi Muhammad (S.A.W.) “Utlubul Ilman Minal Mahdi Ilal lahdi” ialah ‘belajarlah ilmu sejak dalam buaian hingga ke liang lahad (kubur)”…

Selepas pondok Balor   menukar status pondok dari sistem pondok   kepada sistem  sekolah dua aliran  iaitu aliran agama dan sekula. Sehingga pelajar mencecah kepada 900 orang tetapi cara tinggal di pondok masih lagi  menjaga cara hidup seperti dahulu.    

Dengan cara kehidupan yang sederhana  samada makan, tempat tidur dalam dangau kayu lama hingga kelihatan reput ia adalah cara hidup pelajar-pelajar pondok Balor yang sudah menjadi sebagai asas  sejak tahun 1939 atau 70 tahun dahulu.

Ahamadruyami Muyu ialah anak kepada ‘Haji Doloh Muyu’ seorang tuan guru yang tamat pelajaran dari Makkah, Saudi Arabia sebaya  dengan ‘Haji Sulong Bin Abdul Kadir Tokmina’ dan telah membuka sekolah agama bersama dengan ilmu sekula pada tahun 1971 atas nama  ‘Sekolah Ma’had Islamiyah’.

“Sebelum ini jumlah pelajar hampir 2,000 orang tetapi sekarang jumlahnya sudah menurun  kepada 900 orang”. Tuan guru Ahamad ruyami bercerita tanpa  memberitahu alasan  kenapah jumlah pelajar berkurangan separuh sedangkan buka mengajar ilmu  agama dan sekula.

“Saya mahu kanak-kanak di kawasan ini dapat belajar ilmu dan mempunyai ilmu agama yang sebenarnya”. Anak lelaki mencerita  hasrat bapanya.

“Tetapi ayah tidak sempat melihat hasil anak muridnya yang sekian ramai berjaya dalam masyarakat. Kini dapat bekas pelajar pondok berkejayaan dalam hidup seperti menjadi doktor, pegawai daerah, guru-guru dan setengahnya sebagai imam. Kami sangat bangga dengan kejayaan mereka ini”. Beliau bercerita dengan air muka yang ceria dan bahagia.

Tetapi selepas suasana keganasan  tercetus di seluruh 3 wilayah  selatan Thai pada tahun 2004, guru besar  pondok Dalor  bercerita  bahawa jumlah pelajar makin kurang. Beliau  mengakui  bahawa ini berpunca dari suasana  pergolakan yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada pelajar-pelajar yang jauh tidak berani datang belajar di pondoknya lagi.

Tuan guru membayangkan gambaran lama bahawa pondok ini di kunjungi oleh ramai pelajar dari setiap  penjuru. Ramai pelajar yang datang dari wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Mereka membawa baget baju dan Al-quran menuju kearah sekolah dengan air muka yang ceria dan gembira seumpama melihat jalan menuju kesyurga allah  .

Api yang panas telah di bawa rebut sampai ke pondok ini. Pondok di kepong dan di periksa oleh pegawai polis bersama dengan tentera dan pegawai dari divisyen pentadbiran  yang lengkap dengan senjata  perang  menyiasat sekolah atas dasar mencari pelajar pondok yang terbabit dengan gerakan pemisah  Patani. Mereka ambil seorang pelajar kelas tinggi untuk memeriksa dan rekod latar belakangnya. Walau ia telah di bebas pada akhirnya tetapi pemergian pegawai pada hari itu telah meninggalkan satu  bara api kepad mereka di situ. Selepas dua hari  kemudian  ‘Doloh Sa-a’, 25 tahun, selaku guru bahagian pentadbiran dan     cucu   kepada tuan guru, telah di kejar oleh motosikal dan menembak     mati di hadapan sekolahnya.

Seorang polis peringkat ketua polis daerah ketika temubual dengan wartawan sambil menambahkan bara api dengan berkata bahawa kematian yang berlaku sebagai satu hasil daripada pemeriksaan polis   ke atas pondok yang mengaitkan bahawa si mati  ada kaitan dengan   membawa polis  masuk memeriksa pondok terbabit.

Kemudian selapas itu tidak lama Ust.Abdul Rahman Sama( 60 tahun) seorang ustaz di pondok Balor sekaligus dia juga ahli jawatankuasa majlis Islam wilayah Yala pun mati di tembak  dalam keretanya. Kejadian itu membawa kepada perhimpunan tunjuk perasaan besar oleh orang kampong iaitu lebih dari 2,000 orang. Mereka semua menutup muka dan menuntut supaya pegawai kerajaan bertanggungjawap atas kejadian itu. Sebab orang kampong percaya bahawa ini adalah perbuat dari tentera  membalas dendam atas kejadian menembak seorang guru mati Siam  di wilayah Narathiwat.   

Orang yang ketiga…keempat…kelima…keenam…ketujuh…

 

“Orang   kedelapan  ialah seorang ustaz dan sekaligus ia juga seorang khatib dari mukim Resok tetapi di tembak mati pada tahun lepas ketika dalam perjalan menuju ke sekolah untuk mengajar.  Orang yang menyaksi kejadian mencerita bahawa ini perbuatan tentera sebab berpakaian seragam pakaian tentera”. Tuan guru  bercerita dengan air muka yang tenang.

“Sebelum ini ada ramai pelajar dari Pang-Nga, Phuket dan Krabi mereka yakin dengan sistem pengajian pondok di sini tetapi sekarang ini hanya seorang pelajar dari Krabi sahaja”

Tragedi yang sering berlaku ini, bukan hanya di pondok Balor sahaja bahkan di kalangan ahli keluarga si mati dan juga kepada waris-waris mereka semua. Juga kepada anak-anak murid, orang-orang  Melayu dan semua orang Islam. Dan sebenarnya ia belum lagi di bersih dan membawa kebenaran kepada pemilik tragedi tersebut itu.

Apabila keganasan kerap berlaku akan membawa perasaan takut. Tuan gur bercerita bahawa semua orang dalam sekolah merasai takut dengan dapat merasai ketakutan dari kanak-kanak melalui perbualan dengan mereka.

 

“sebagai contoh pada kebelakangan ini apabila pegawai tentera atau polis datang ke pondok pelajar-pelajar akan menyebunyikan diri tidak ingin bertemu dengan pegawai itu adalah tanda ketakutan yang  dapat lihat”.

Walau bagaimanapun sekolah tetap buka sebab tanah ini adalah tanah yang di waqaf  (tanah untuk kebajikan orang awam) supaya membina bangunan sekolah

“Jikalau kami tutup sekolah, dimanakah pelajar-pelajar akan belajar”. Tuan guru berkata sambil mengeluh dan melanjutkan lagi bahawa beliau tidak mahu minta apa-apa dari kerajaan yang penting jangan gangu kami atau menunjuk perasaan cemburu bahawa pondok adalah sarang pengganas.

“Pegawai selalu memahami bahawa di pondok inilah menjadi tempat menanam  keganasan tetapi kami tidak pernah berjumpa dengan pelajar bersikap sedemikian. Saya pernah memberi tahu kepada pegawai dan saya kerap kali dipanggil untuk memberi penjelasan   tetapi   masih lagi di lihat seperti dengan perasaan curiga seperti dulu”.

Bah bukan hanya pegawai kerajaan sahaja yang melahirkan  kerisauan kepada tuan guru  tetapi juga kumpulan bawah tanah yang dapat dirasai akan pergerakkan di tengah-tengah suasana ketegangan. Tuan guru merasai bimbang terhadap belia takut akan dirangsang kepada jalan keganasan . Bukan jalan menuju kepada keamanan yang di kurniakan Allah.

“Kami wajib mengajar ajaran agama, mengajar mereka supaya mengambil berat tentang menjaga kanak-kanak daripada perkara yang tidak baik itu” Tuan guru berkata dan tambahnya lagi 

“Sekarang  lebih baik dari dulu, tembakan sudah berkurangan tetapi secara  dalam-dalam saya masih lagi risau dan mahu melihat  perkara ini berakhir dengan cepat”.

Selepas perkataan itu kami terdengar suara keluhan panjang dari tuan guru seolah-olah beliau sedang cuba mengeluarkan perkara yang pendam dalam hatinya sekian lama.

Jikalau memanggil tragedi ini sebagai ‘kesusahan’ ia mungkin tidak salah tetapi bagi tuan guru yang teguh  dengan ajaran  Allah yang maha besar berkata “Ini ialah percubaan dari Allah”.

AllhuAkbar !!! (Allah maha besar)

Sebagai tragedi dalam dunia khusus bagi tuan guru di pondok Balo   yang harus mendepani dengannya…..