Skip to main content
Inisiatif "Cease-fire" Ramadhan ( Bahgian ke 2)
 
color:#333333">(Nota*- Artikel ini adalah sambungan daripada artikel pertama  yang disiarkan oleh DSW pada 28/7/2013 : http://www.deepsouthwatch.org/node/4551)
 
color:#333333">Tamat sudah tempuh 40 hari Initiatif Ramadhan yang sebelum ini menjadi harapan bayak pihak ,terutama rakyat umum ,yang mahu melihat Ramadhan tahun ini berlangsung dengan aman damai. Penilaian keberkesanan usaha yang berani dari pihak fasilitator (Malaysia) dengan pengemuman satu pihak pada 12 Julai 2013 (hari ke 3 Ramadhan) dari para penganalisis adalah berbagai-bagai. Ada yang bersikap persimistik bahawa ia pasti akan gagal dari awal lagi, ada yang mengatakan ianya gagal setelah masuk minggu kedua bulan tersebut , akan tetapi ada pula yang beranggapan bahawa ia merupakan kayu pengukur bahawa Proses Damai Patani yang rapuh ini masih ada harapan untuk diteruskan ,meskipun berhadapan dengan beberapa rintangan dari segenap penjuru.
 
color:#333333">Pada pandangan KAMI, Initiatif Ramadhan itu adalah sesuatu yang di luar konteks Proses Damai Patani yang berlangsung sekarang, sekurang kurang nya  untuk masa sekarang. Usaha "berani tidak bertempat" dari pihak fasilitator ini seharusnya tidak diadakan langsung, memandangkan usia proses damai yang baru berumur setahun jagung (5 bulan)  masih lagi pada peringkat membina keyakinan (confidence-building).
 
color:#333333">Jika diteliti "Road Map" Proses Damai Patani, kita dapati usaha  untuk mengadakan gencatan sejata sementara (Temporary Cease-fire) hanya akan dibangkitkan setelah proses "confidence-building" mencapai matelamatnya, iaitu secepat-sepatnya 1 tahun dari tarikh tanda tangan (28/2/2013) iaitu sekitar bulan Mac 2014.
 
color:#333333">Nampaknya pihak yang tidak sabar dengan perkara ini sebenarnya adalah pihak Thai sendiri yang telah mengusulkan perkara ini  dalam  mesyuarat  pusingan ke 3 pada 13 Jun 2013. Alasan yang diutarakan adalah ianya berdasarkan permintaan dari rakyat di Selatan. Turut dipetik adalah permintaan salah seorang ulama berpengaruh di sana dan mendapat dokongan dari ulama yang lain.
 
color:#333333">Kita dapat "baca" bahawa sebenarnya pihak perunding Thai membangkitkan perkara itu atas 2 sebab utama. Pertama,tekanan dari  orang mereka sendiri yang ingin melihat "hasil" dari "berdialog dengan para penjahat Selatan ". Mereka mempersoalkan bagaimana  semakin lama dialog berjalan semakin kerap pula berlaku kejadian serangan keatas pasukan bersenjata? Kedua, pihak Thai ingin kepastian apakah  wakil-wakil pejuang di meja rundingan boleh mengawal para pejuang bersenjata di medan?
 
color:#333333">Sebenarnya  sebelum ini ,dalam kalangan kami para pejuang sendiri sudah ada beberapa pandangan  yang mengesyorkan supaya  ada baiknya pada Ramadhan kali ini (yang telah lepas)  tindakan ketenteraan dikurangkan dan dihadkan kepada  sasaran tertentu. Ini sebagai satu petanda  daripada kami  bahawa sikap bertolak ansur dan perikemanusian dari pihak pejuang diterjemahkan dalam  bentuk "pengurangan  operasi ".
 
color:#333333">Lalu apabila wakil Thai membangkitkan perkara ini pada 13/6/2013 secara pra-matang (premature) dengan spontan juga ia disambut baik oleh wakil pejuang , secara perinsipnya , yang akan disusuli beberapa syarat kemudian. Perkara ini difahamkan telah dibawa bincang dengan pihak di medan dan maklum balas telah diperolehi  berupa  syarat 7 perkara, ditambah lagi dengan  peringatan 4 perkara, daripada pihak pejuang. Untuk meralisasikan Initiatif Ramadhan, bukan  sekadar mengurangkan operasi tetapi akan  BERHENTI TERUS( Total Suspension) selama 30 hari ditambah pula 10 hari dari bulan Syawal menjadikan semuanya 40 hari.  Syarat-syarat(7+4) itu telah disebarkan melalui You-Tube beberapa hari kemudian dan  telah disampaikan secara rasmi kepada ketua deligasi Thai melalui fasilitator.
 
color:#333333">Seperti dinyatakan dalam bahgian 1 dahulu (http://www.deepsouthwatch.org/node/4551)  respon dari pihak Thai tidak pula positif padahal merekalah yang terlebih dahulu mengemukannya secara rasmi. Ada maklumat dari sumber tertentu mengatakan bahawa kandungan syarat 7+4 itu TIDAK dibawa bincang secara rasmi oleh ketua delegasi Thai dengan  beberapa pihak penting yang berkaitan terutama Panglima Tentera Darat. Hanya Ketua Tentera Bahgian 4 (Selatan) sahaja dimaklumkan.
 
color:#333333">Oleh itu dapat disimpulkan bahawa KEDUA pihak, Thai dan pejuang, TIDAK bersetuju sepenuhnya Initiatif yang diumumkan selepas bermulanya  Ramadhan 3 hari itu. Pihak Thai mungkin tidak dapat menerima syarat-syarat pihak pejuang kerana dikira terlalu berat, manakala pihak pejuang pula tidak menyetujuinya sebab tiada respon yang memuaskan dari kerajaan Thai.
 
color:#333333">Pada penelitian kami, ada beberapa kelemahan ketara dalam Initiatif Ramadhan ini :
 
color:#333333">1. Diadakan secara tergesa-gesa(Ad-hoc) ,pra-matang (premature) tanpa melepasi tempuh "confidence-building" terlebih dahulu.
 
color:#333333">2.  Tiada perbincangan,penyusunan dan perancangan yang teliti sebagaimana lazimnya suatu usaha gencatan senjata yang lain.
 
color:#333333">3. Diumumkan oleh SATU pihak (fasilitator) tanpa persetujuan penuh KEDUA pihak terhadap terma dan syarat yang terkandung di dalam  " Terma Initiatif Damai Ramadhan 2103 " setebal  7 muka surat.
 
color:#333333">4. Tiada Perjanjian Rasmi , tiada tanda tangan mana mana pihak,ertinya pihak bertelagah boleh sahaja mematuhi atau melanggari  terma dan syaratnya.
 
color:#333333">5. Tiada pengadil(referee)  dan tiada pemerhati(observer) yang tidak berpihak(neutral) mahu pun pasukan pemantau (monitoring team) di medan untuk mengenalpasti pihak mana yang melanggari peraturan.
 
color:#333333">6. Tiada meyampaian maklumat secara am kepada rakyat umum akan beberapa perkara dalam terma dan syarat berhubung dengan hak perlindungan kepada mereka dan tempat aduan sekiranya hak itu dicabuli mana-mana pihak.
 
color:#333333">Apa yang berlaku sepanjang  Ramadhan dan 10 hari Syawal yang lalu sudah diketahui umum. Beberapa hari pada awal Ramdhan  ada "petanda" bahawa Initiatif tersebut nampak seakan menjadi kenyataan. Namun "kesunyian" sementara itu ternyata hanyalah sebuah ilusi yang akhirnya  membawa kepada keadaan dan suasana  yang tiada bezanya dengan situasi sebelum Ramadhan.
 
color:#333333">Pihak kami menganggap bahawa tindakan provokatif bermula dengan siri tembakan keatas beberapa individu tertentu dari kalangan mereka yang disyakki penentang kerajaan, atau dalam jaminan polis atau mereka yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Ada dikalangan mereka telah terbunuh. Siapakah pelakunya? Besar kemungkinan ia dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri atau pun orang-orang bersenjata dibawah kawalan atau diluar kawalan mereka yang mereka sendiri sedia maklum. Selepas itu ada pula tindak balas dari pihak pejuang, dibalas pula oleh serangan,kepongan dan pembunuhan oleh pihak bersenjata Thai, dan pejuang bertindak lagi setelah tidak mampu menahan sabar.
 
color:#333333">Akhirnya pihak pejuang,diwakili anggota angkatan bersenjata, membuat pengistiharan sekali lagi melalui You-Tube membawa mesej tegas dari Majlis Syura. Kegagalan pihak Thai mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen Initiatif Ramadhan yang mereka sendiri mengusulkannya  telah membawa kepada PENGGANTUNGAN kesemua penglibatan pihak pejuang dalam perbincangan rasmi(terbuka)  sehinggalah pihak Thai melangsaikan Tuntuan Awal 5 perkara yang dikemukan sedikit masa dahulu.
 
color:#333333">Itulah senario yang dihidangkan saban hari oleh media kepada rakyat umum dan hakikat pahit yang harus ditelan bahawa Ramadhan tahun ini tidak seperti mana yang mereka harapkan. Dalam pada itu beberapa pihak sudah membuat analisa keatas kesemua insiden dari kes tembakan, pembunuhan, pengeboman, serangan bersenjata , pembakaran dan lain-lainnya, dan merumuskan bahawa kesemua indeks kejadian secara keseluruhannya MENURUN kecuali kematian di pihak askar dan polis Thai yang meningkat. Bagi pihak Thai itu merupakan satu indikasi bahawa Initiatif Ramdhan ada signifikan tersendiri dan mereka mulai yakin bahawa mereka sedang berbicara dengan pihak sebenar yang selama ini mereka ragukan.
 
color:#333333">Bagi kami pejuang Initiatif Ramadhan tidak begitu terkesan  kerana ianya bukan AGENDA pejuang pada asalnya, sekurang-kurangnya di peringkat ini. Apa pun hasil kajian dari mana pihak sekalipun  tidak sedikit pun menjejaskan tanggapan kami bahawa usaha membina keyakinan (confidence-building) dalam proses damai seharusnya lebih menjadi tumpuan dan agenda utama. Setakat ini boleh dikatakan rasa saling faham memahami, mempercayai satu sama lain dan cetusan rasa keikhlasan dari kedua pihak masih berada pada paras yang RENDAH.
 
color:#333333"> Jikalau pun ada sebarang pengajaran yang boleh diambil dari pengalaman Initiatif Ramadhan ini hanyalah sesuatu yang amat dikesali. Dalam keadaan dimana pihak pasukan pejuang di meja rundingan mengambil sikap tunggu dan lihat, pejuang bersenjata di medan pula membuat pemantauan menguji keikhlasan pihak Thai yang menjadi tukang usul Initiatif ini, malangnya pihak Thai sendirilah yang TIDAK MEMATUHI peraturan yang terkandung dalam 'Terma Initiatif Damai Ramadhan 2013' seperti yang kita semua sedia maklum. Kecurangan pihak Thai itu telah dibalas oleh pejuang di medan dengan beratus ratus kain rentang yang mengusir keluar askar Thai dari Selatan dan secara jelas menamakan pihak Thai sebagai PENGGANAS, PENGKHIANAT, PENIPU, PEMFITNAH dan PEMBUNUH ,yakni  5P.
 
color:#333333">Kini semua mesyuarat proses damai secara RASMI sudah digantung untuk sementara sehingga pihak Thai memberi maklum balas yang MEYAKINKAN terhadap Tuntutan Awal 5 perkara. Sehingga itu sebarang perhubungan hanyalah melalui perantaraan fasilitator tanpa pertemuan bersemuka secara langsung  di meja rundingan. Semoga Initiatif Ramadhan yang lalu menjadi ingatan bahawa sesuatu perkara yang amat penting jika hendak diusahakan perlu dirancang, dibincang,diperhalusi,dipersetujui dan diperakui secara bersama terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. KAMI masih menaruh harapan bahawa selepas ini Proses Damai Patani akan terus bergerak kehadapan.
 
color:#333333">Cuka dan Madu
color:#333333">Dari Luar Pagar Patani

Syawal /Ogos 2013