Skip to main content

 

Wakaf di Sempadan Selatan Thailand (Patani): Kajian kes Projek Madinatussalam

 

Ustaz Abdusyakur bin Syafi-e  Abdulsuko Din-a

Penasihat Yayasan Darulnaim, Chariyathamsuksa dan Ahli Jawattan kuasa ,Dewan Masyarakat Madani ,Sempadan Selatan,Thailand.

[email protected]  http://www.oknation.net/blog/shukur

 

ABSTRAK

Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Ini jelas dapat dilihat ketika zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu dan Juga Masyakat Islam dimana-mana tempat khususyna di Wilayah Sempadan Thailand atau di kenali Fathonidarusslam (Patani). Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan  yang dimainkan oleh Yayasan Madinahtussalam  di wilayah Sempadan Selatan Thailand dengan menggunakan konsep  Wakaf  dalam  membagunkan Model masyarakat yang aman dan damai di bawah nama Madinatussalam atau Kota Patani jaya yang meliputi dalam semua aspek kehidupan secara Islami dan semasa seperti sekolah, university, koparasi, hospital, pusat peniagaan, tempat kediaman dan sebagainya.

Kata Kunci: Waqaf, Sempadan Selatan Thailand, Madinatussalam, Patani Jaya