Kumpulan Suara Pattani
http://voicepeace.org
Selepas dua bulan menerima jawatan sebagai Gabenor wilayah Yala, Krisda Boonrach terusmenjalankan polisi dan cara kerja kepada badan kerajaan di daerah Betong dengan ‘hukum pakat’. Komuniti mengguna undang-undang berkumpulan menyelamatkan diri dari dadah dan gerakan bawah tanah dengan menggunakan tiga polisi utama iaitu membina keadilan-memaju taraf hidup-membasmi masalah dadah. Betong akan terus maju selepas PM Aphisit berjanji membina jambatan di Empangan Banglang supaya memendekan perjalanan di jalan 410 Kabinet telah meluluskan bajet membina lapangan terbang Betong pada tahun 2010.
En.Krisda memberi tahu pemberi pada bulan lepas bahawa Gabenor wilayah Yala dalam satu majlis di pejabat daerah Betong wilayah Yala untuk menyampaikan polisi dan cara-cara pelaksanaan urusan kerajaan kepada pegawai-pegawai kerjaan, organaisasi pentadbiran Mukim, Tok Pegawa (Kamnan) , Tok Pengulu (neban) dan lain-lain organisasi setelah sebulan lebih menerima jawatan tersebut.
Krisada berkata selepas menerima jawatan sebagai gabenor wilayah Yala sebulan lebih dan beliau mengemukakan soalan kepada rakyat apakah yang mereka mahu gabenor lakukan? Untuk dapat buat kesimpulan dalam melaksanakan bekerja. Serta rang polisi supaya mengeluarkan dasar kepada semua badan kerajaan yang berkenaan untuk melaksanakannya. Beliau ingin menyerahkan polisi ini kepada penduduk Betong. Polisi yang dianggap penting baginya ialah tiga perkara pokok iaitu 1. Membina keadilan kepada rakyat Yala oleh kerana terdapat berita angin dari mulut kemulut bahawa rakyat di selatan Thai tidak mendapat kedilan oleh itu berlaku pembunuhan, memotong pokok-pokok kayu menyekat jalan raya membakar sekolah. Dengan sebab itu beliau ingin memberikan keadilan kepada semua rakyat.
2.Mengangkat taraf kehidupan sebab ramai dari kalangan pelajar yang mengambil peperiksaan masuk ke universiti dapat nombor 74-75 yang mana kedudukan itu sangat rendah jikalau dibandingkan dengan peringkat Negara ini bermakna mutu pelajaran di sini lebih rendah dari tempat lain. Kita mesti beri jaminan yang baik kepada belia semua sebab pada hari ini ramai dari kalangan belia yang telah di ambil oleh pegawai untuk disoal siasat dan terdapat bahawa belia –belia ini tidak berpelajaran dan ramai ibu bapanya telah di bunuh dalam keganasan. Termasuk juga mereka yang tidak berupaya.
3. Mesti selesaikan masalah dadah sebab terdapat pelbagai jenis ubat penagih yang ada di Betong seperti daun ketum, ubat –E, ubat –ice dan ubat menambahkan berahi seks.
“Dua tiga hari lepas saya berpeluang mengikuti latihan Suka rela (Or So) sebanyak 379 kampung. Saya tanya mereka bahawa siapakah yang tidak pernah menghisap ganja, 4 x 100. Saya dapat tidak kurang dari 20 kampung yang tidak menghisapnya. Ini ternyata ia sangat merbahaya yang harus kita menghapuskannya”. Gabenor Yala berkata.
Krisda menambahkan lagi bahawa ada sekumpulan remaja mencabut skru tiang api hingga membawa black out dan bandar Yala berada dalam kegelapan . Apabila di tagkap belia-belia itu kami diketahui bahawa mereka telah di upah sebanyak 50 Baht seorang untuk di beli ubat memabuk. Lalu itu kita yakin bahawa masalah di selatan Thai ini bukan hanya sekadar masalah dengan pemisah tetapi ia juga bersangkut dengan ubat-ubat mabuk yang juga berkaitan dengan masalah kurang pendidikan. Oleh itu kita mesti menyelesaikan masalah ini semua.
Gabenor Yala menjelaskan hal membina keadilan bahawa sebelum ini ada beberapa orang imam, Tok neban dan pegawai pentadbiran tempatan (Or Bor Tor) telah mendakwa bahawa pegawai kerajaan telah menangkap mereka dan memeriksa atas tuduhan suspek ada hubungan sulit dengan kumpulan gerakan pemisahan. Perbuatan dimikian tidak memberi kehormatan kepada mereka kerana setelah mereka di tahan selama 10- 20 hari untuk di soal siasat apabila mereka di bebas mereka akan malu oleh kerena orang-orang kampong akan berfifkir bahawa pemimpin mereka telah melakukan kesalahan. Dengan sebab itu, beliau telah memberi tahu kepada pegawai yang bahawa jika mahu mengundang mengawal sesiapa atau mengepung rumah hendaklah pegawai pergi berjumpa dengan Nai Amphor terlebih dahulu untuk mereka dapat berunding dengan pemimpin atau membawa pemimpin bersama ketika melakukan operasi.
“Pihak kita mesti menghormati pemimpin tempatan dan pemimpin agama. Jikalau mereka melaku kesalahan yang nyata di depan mata boleh tangkap mereka . Tetapi terdapat nama-nama yang berkaitan dengan gerakan pemisah hendaklah memberi kuasa kepada Ketua Jabatan Daerah(Nai Ampor) membuat keputusan”. Krisda menjelaskan dan terus berkata.
“Ada pengaduan bahawa tentera masuk datang melahir masalah seperti ada hubungan sulit dengan perempuan atau menyembunyikan diri dalam kebun getah melahirkan ketakutan kepada orang kampong tidak berani keluar untuk menorah getah dan bekerja. Saya ingin memberi penjelasan bahawa sebab keadan Negara tidak seperti biasa oleh itu tentera dan polis mesti tinggal bersama rakyat dalam kawasan. Jika suasana kampong halaman setabil polis dan tentera tidak akan dating dan tinggal disini. Oleh itu jikalau tidak mahu tentera dan polis datang atau tinggal di sini kekempat bahagian ketua seperti pemimpin tenpatan, Or Bo To, pemimpin agama dan pemimpin semulajadi mesti mengadakan peraturan sendiri seperti peraturan yang mengawal orang luar yang masuk melahirkan masalah dalam tempatan. Jika penduduk kampong berbalah bantah imam membuat keputusan sendiri. Bagi penagih dadah harus menarik mereka menyertai kursus agama dan
pemulihan. Termasuk juga giliran mengawal keselamatan tempatan . Jika hal itu dapat kawal di jaga sendiri tentera dan polis tidak akan ikut campur tangan. Kampong mana sudah kuat hendaklah memberi kepada Ketua Jabatan Daerah dan Ketua Jabatan Daerah memberi tahu saya akan mencabutkan polis dan tentera keluar dari kawasan itu. Peraturan seperti ini dinamakan ‘Hukum Pakat’ Iaitu membina peraturan atau disipilin bersama untuk menyelamatkan masyarakat tempatan samada dari masalah keganasan dan masalah dadah”.
Gabenor Yala member penekanan bahawa jikalau inging melihat suasana kampong halaman aman sentosa penduduk kampong mesti bekerjasama menjaga keamanan. Jikalau ada perkara yang tidak dapat mengawal sepeti ada kumpuklan bersenjata masuk kampong hendaklah memberi tahu kepada ketua Pejabat Jajajahan dan minta pihak tentera mengambil tindakan. Jika terdapat sesiapa yang dituduh dengan kumpulan pemisah serta yakin bahawa kena fitnah dan pihak pegawai memeriksa rumah pun di minta beri tahu kepada Ketua Pejabat Jajahan. Atau sesiapa yang melakukan kesalahan kecil dan melarikan diri ke Malaysia juga hendaklah memberi tahu kepada Ketua Pejabat jajahan dan Ketua Pejabat jajahan akan memberi tahu kepada gabenor. Beliau akan mengeluarkan satu surat jaminan dan tidak membenarkan tentera dan polis menganggu untuk menarik balik mereka tersebut”.
“ Menebang pokok-pokok kayu, menabur paku di minta kepada neban, kamnan dan penolongnya bersama membersihnya jangan biarkan kenderaan lalu lintas tertenggala. Atau jikalau ada bom dalam kampong jangan takut jangan lari bantulah orang-orang sakit bawa ke hospital kerana semasa askar datang soal siat tidak ada di kampong maka akan disyaki oleh tentera bahawa ada kaitan dengan pemisah. Kerana ada beberapa ketika ada kejadian dalam kampong lari dari kampong hingga dapat di tangkap di wilayah lain padahal mereka tidak bersalah oleh itu mereka disyaki bahawa mereka ada hubungan sulit dengan gerakan kerana lari dari kampong. Setengahnya telah ditangkap di kawasan wilayah lain dan ditangkap” Ujar En.Krisada.
Gabenor Yala mengakhiri perkataan bahawa bagi pentadbiran bahagian tempatan sperti Or Bo To janganlan berselisih fahaman usaha bersua muka antara satu sama lain.Selesai pilihan selesailah . Bagai mana mencari suara ikutlah, jangan tinggalkan rakyat. Terdapat banyak kawasan timbul masalah conflik kerana politik hingga ada bunuh membunuh dan kaitkan perkara tersebut dengan kejadian tidak aman di selatan Thai. Apabila siatan secara mendalami ternyata berpunca dari masalah politik tempatan. Perkara tersebut sangat sukar kepada pembangunan tempatan. Jajahan Betong akan akan lebih maju dari sekarang. Penduduk Betong semua mesti bergembira kerana dalam pertemuan dengan bahagian swasta di Hadyai baru-baru ini Perdana Menteri Aphisit Vejjajiva berjanji akan menjalankan projek membina jambatan langkah empangan Banglang dan jalan raya 410 selesai di bina secepat mungkin kerana ia dapat
menjimatkan lebih dari 20 kilometer termasuk
juga projek membina lapangan terbang Betong yang telah di setujui oleh cabinet dengan bajet tahunan 2553 dan projeknya boleh dimulakan dalam masa yang tidak lama lagi”.
En.Dondej Phattanaratna, Ketua Pejabat Daerah Betong berkata bahawa daerah Betong ada jalan keluar masuk hanya satu jalan sahaja iaitu jalan 410 yang mempunyai jaraknya 140 KM. Oleh itu jika selesai membinakan jalan melangkah empangan Banglan ia dapat memendekan masa perjalanan lebih banyak. Termasuk juga projek membina lapangan terbang Betong dapat meningkatkan ekonomi Betong. Tambahan wartawan bahawa Jajahan Betong ialah Jajahan yang terletak di hujung sekali di Thailand. Kebanyakan geografinya bukit bukau. Mempumyai penduduk sebanyak 60,000 orang serta pekerja buruh sebanyak 20,000 orang. Terdapat 51 peratus Muslim, 47 peratus Budha dan 2 peratus lagi ialah Kristian dan Hindu. Rakyat hidup berbilangan bangsa seperti Melayu, Thai dan China. Betong terkenal dengan kepelbagaian keturunan. Mejoriti rakyat berkebun getah, buah-buahan dan hospitaliti. Betong juga bersempadan dengan Keroh, Perak Malaysia yang
baru sahaja menyambung masa memanjangkan operasi sempadan dari jam 06.00 petang sampai 10.00 malam supaya menggalakkan perdagangan sempadan lebih aktif.