Skip to main content

Edit : JARINGAN NUSANTARA UNTUK HAK ASASI MANUSIA DAN PEMBANGUNAN

Pada tanggal 18 November 2014 Jaringan Nusantara Untuk Hak Asasi Manusia dan Pembangunan melakukan peninjauan lapangan dan mengziarahi keluarga Aiman Mataeha, anak lelaki yang berusia 7 tahun di Kampung Air Melur, Mukim Air Waeng ,Daerah Betong, Wilayah Jala. Kes penembakan Hasan Mataeha (ayahnya Aiman), guru tadika pada 12 November 2014 mengakibatkan Aiman terkena tembakan di perut dan sekarang sedang dirawat di Hospital Betong.

Aiman mempunyai sebanyak 4 orang saudara kandung, iaitu :

  1. Ashan Mataeha,  9 tahun darjah 4
  2.  Aiman Mataeha, 7 tahun darjah 2
  3. Numan Mataeha,  4 tahun
  4. Sinan Mataeha,  10 bulan

Khopesah Madeng, ibu kepada empat orang anak menceritakan bahawa “kehidupan keluarga semakin susah setelah hilangnya kepala keluarga, dengan pekerjaan menoreh getah yang hasil pendapatannya tidak pasti, setelah ini dia-lah akan menjadi penanggungjawab penuh atas anak berempat yang semakin hari semakin besar.

Yang paling bimbang dan khawatir adalah keadaan kejiwaan anak-anak,  kerana pada hari berlaku semua anaknya dapat merekamkan semua kejadian, lelaki berseragam hitam masih melekat di mata anak-anak”

 “Babo mati doh… Babo gi kubur (Ayah sudah meninggal… Ayah pergi ke Kubur)” ujar Numan berulang-ulang kali.

 Kerajaan sudah sanggup kerja bahawa akan memberikan pertolongan dan bantuan pemulihan, tapi sampai sekarang belum ada usaha pertolongan dan bantuan pemulihan apa pun dari pihak kerajaan.

 

JARINGAN NUSANTARA UNTUK HAK ASASI MANUSIA DAN PEMBANGUNAN

Office NUSANTAR  133/29 Pang Muang 2 Rd., T. Seteng, A.Muang, Ch.Yala 95000

Tel. +66 892 979 057, +66 872 942 857