Skip to main content

Oleh: Pak Teh


Sesungguhnya perubahan bersifat kosmetik dan penggilapan imej dalam persepsi dialog damai Patani-Siam (Thailand) di Kuala Lumpur (KL) itu dipersimpangan telah hangat diperkatakan sekarang cenderung ke arah memanipulasikan hak pertuanan bangsa Melayu Patani sebagai hak asasi manusia (HAM) bagi kali kedua selepas sejarah manipulasi Anglo Bangkok 1902. Semua hak-hak tersebut dituamkan dalam neraca penguasa Siam sepertimana gabaran jawapan dan huraian media cetak dan elektronik arus perdana di Thailand membesar-besarkan autonomi ala Bangkok dan Pattaya. Menurut apa yang di wawancarakan oleh wartawan media selatan baru-baru ini adalah satu ruahan yang berbaur paksaan bertentangan dengan normal-normal hukum dan tata perdamaian yang sehat. Seolah-olah BRN perlukan penggilapan dan pengukuhan personal deligasi parti itu. Setelah sesi pertama dialog damai KL, 28 April 2013, berlaku pertukaran deligasi perwakilan BRN secara tuntas. Guna untuk membersihkan anggapan salah faham masyarakat dari semua unsur negatif yang membelenggukan imej parti itu di meja dialog damai yang akan datang. 

Wawancara 23 minit di radio Media Selatan oleh Astora Jabat dengan Hasan Tayeb selaku ketua deligasi perwakilan BRN ke meja dialog damai Patani-Siam KL, pada awal minggu pertama Oktober 2013 yang lalu mengatakan pihak BRN, melalui pemudah cara Malaysia telah menghantar surat penjelasan 38 muka dalam bahasa Ingris kepada pihak Siam. Dengan penjelasan yang terperinci itu diharap mereka tidak ragu-ragu lagi kepada pihak kita (BRN), menurut ustaz Hasan yang berpendapat bahawa surat 38 muka itu dihantar bukan bertujuan memaksa pihak Siam menjawab kesemuanya 5 perkara itu, sebaliknya hanya mahu pihak Siam menerimanya sebagai asas UNTUK DIBINCANGKAN dalam dialog damai nanti, kita percaya dengan penjelasan itu akan membawa dialog damai ini menuju perundingan damai seterusnya pada masa yang akan datang. Pihak kita mahu dialog damai Patani-Siam di KL seterusnya di landasan yang BETUL.

Ramai pengamat politik menganggap jawapan Ustaz Hasan Tayeb kepada pertanyaan Astora Jabat tentang bentuk autonomi seperti Bangkok dan Pattaya yang dituntut atau bagai mana?. Hasan menegaskan bukan kita mau wilayah istimewa sifatnya seperti Bangkok dan Pattaya, itu hanya contoh perbandingan sahaja. Sebenarnya yang kita mau ialah autonomi penuh (Besar), kita mau seperti mana yang kita kehendaki. Ustaz Hasan tidak mengatakan perkataan menolak kemerdekaan. Kenyataan Ustaz Hasan itu menurut fahaman penulis tidak becanggah dengan apa yang ditegaskan sebelumnya di youtube "Setelah Siam menjajah Bumi Patani, kemudian melakukan penindasan dan kezaliman terhadap bangsa Patani, maka lahirlah BRN dalam usaha menyatukan rakyat, untuk membebaskan bangsa Patani dari belenggu penjajahan Siam.” Kata Ustaz Hassan Tayeb . 

Dan dalam youtube klip berikutnya, disambung oleh seorang lagi deligasi BRN menegaskan "Di sinilah lahirnya gerakan pembebasan bangsa Melayu Patani menentang penjajahan Siam. Maka kami sanggup berkorban jiwa raga dan harta benda untuk memperjuangkan hak demi pembebasan rakyat Patani dari belenggu penjajahan." Kata Hj Adam Muhammad Noor . 

Merujuk kepada No 3. Surat 38 muka itu, berbunyi BRN tidak akan menuntut pemisahan wilayah dari Thailand. Difahamkan secara bertulis boleh disimpulkan berdasarkan dokumen tersebut, BRN MENUNTUT PENTADBIRAN AUTONOMI KE ATAS BUMI PATANI DAN TIDAK AKAN MEMISAHKAN WILAYAH DARI THAILAND. Maknanya BRN tidak menolak hak menentu nasib sendiri sebagai sambungan ayat no 2. Mengatakan Kerajaan Thailand perlu memberi PELUANG dan RUANG untuk Komuniti Bangsa Melayu Patani MENTADBIR Wilayah Selatan Thai sesuai dengan Hak Penentuan Nasib Sendiri (Right of Self-Determination) melalui pentadbiran berasaskan AUTONOMI sebagai Wilayah Pentadbiran Istimewa (Special Administrative Region) dalam Negara Thai. 

Dua hari kemudian stesyen radio yang sama Abang Mad Wan Kecik pula mewawancara setiausaha agung badan seselamatan nasional Siam Lt. Gen. Paradorn Pattanatabut, ketua deligasi perwakilan Siam ke meja dialog damai KL, selain daripada menjawab pertanyaan yang diajukan oleh media selatan satu persatu ramai yang menganggap tidak ada banyak yang bercanggah dengan apa yang diwawancarakan Hasan Tayeb oleh Astora Jabat sebelumnya, hanya berulang kali Paradorn menegaskan bahawa BRN tidak boleh menuntut hak pertuanan untuk kemerdekaan penuh berpisah dari Siam, dan tuntutan itu tidak akan dilayan kerana diluar perlembagaan Siam. Nampaknya Siam masih takut dengan bayang-bayangnya sendiri. 

Dalam masa yang sama Siam menyeru kepada semua rakyat Thailand tanpa mengira bangsa, bahasa dan budaya akan diberikan layanan sama rata dihadapan undang-undang, sebaliknya di Patani telah hampir 10 tahun yang lalu dicekam dengan Undang-Undang perang (UU darurat) menurut perlembagaan Siam yang bertulis hanya dibolehkan UU darurat dikuatkuasa disesuatu masa dan tempat selama 3 bulan dan hanya boleh ditambah (dipanjangkan) oleh jemaah menteri selama 3 bulan sahaja (6 bulan). UU yang sama belum pernah di kuatkuasakan di wilayah-wilayah lain di Thailand selama 10 tahun berturut-turut dalam sejarah negara Gajah Puteh itu kecuali di Patani. Penguasa Siam barcakap tidak sama bikin “jauh api dari panggang” untuk mempercayai janji-janji manis politik maupun UU untuk dilaksanakan dengan adil dan saksama kepada orang Melayu Patani di negeri ini.

Mungkin ramai orang Melayu Patani yang ada di hari ini tidak mengambil penting sejarah jatuh bangunnya gerakan pembebasan Patani sejak Patani jatuh dibawah penguasaan Siam tahun 1902 mungkin ada dalam benak kepala mereka yang beranggapan tuntutan itu sudah lapuk dan perjuangan bembebasan Patani perlu ditukarkan dengan dasar baru menurut kehendak penguasa Siam. Anggapan yang liar seperti itu adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab bertentangan dengan sifat hak asasi semula jadi manusia perlu dikikiskan.