Skip to main content
Pos Patani

color:#141823">ISLAM atau undamg-undang Syariah dan IHL (International Humanitarian Law), kedua hukum itu sejalan untuk menjaga dan melindungi hak-hak kemanusiaan dan membezakan orang awam dengan anggota tentera dalam medan perang. Untuk merealisasikan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT, instrumen maqasid al-Syariah sebagai hukum digunakan untuk mencari kebaikan di samping menolak segala keburukan dan mengangkat segala kesulitan yang mengganggu gugat hak asasi dan hak kemerdekaan bangsa-bangsa manusia.

color:#141823"> 

color:#141823">ISLAM meletakan amanah pertanggungjawaban hukum kepada setiap orang Muslim menjadi prinsip perbuatan, amalan dan tingkah laku, di bawah 5 hukum yang asasi; 1) Wajib (Suruhan), 2) Haram (Larangan), 3) Sunat (Digalak Buat), 4) Makruh (Baik Ditinggal) dan 5) Mubah/Harus (Tak dapat apa-apa). Dalam menilai, keadilan objektif maqasid Syariah perlu supaya kehidupan manusia berjalan lancar di samping maslahah umum kemanusiaan terjamin dan terpelihara 5 perkara; 1. Hifzud Din (Memelihara Agama) 2. Hifzun Nafs (Memelihara Jiwa/Nyawa) 3. Hifzul Aql (Memelihara Akal) 4. Hifzul Nasab (Memelihara Keturunan) dan 5. Hifzul Mal (Memelihara Harta Benada).

color:#141823"> 

color:#141823">Tujuan hukum ISLAM ialah untuk; 1). Membawa sebuah kehidupan yang baik dan sejahtera untuk semua manusia. 2). Membentuk individu dan masyarakat umat bangsa berdisiplin dan bertanggungjawab. 3). Membina watak dan personaliti beretika. 4). Memupuk nilai budaya akhlak mulia, hormat menghormati atas hak masing-masing. 5). Menjamin keadilan dan melindungi kemanusiaan sejagat. 6). Menyelamat manusia dari kesesatan kebali kepada hak. 7). Memupuk masyarakat cintakan kebaikan dan bencikan kemungkaran. 8). Membawa rahmat seluruh alam.

color:#141823"> 

color:#141823">ISLAM menafsirkan Orang Awam sebagai entiti warga negara atau warga bangsa asing yang bukan anggota tentera. Orang awam yang dilindungi dalam medan perang atau diluar medan ialah: 1) Lelaki dan Wanita. 2) Kanak-kanak. 3) `Asif, yakni petugas awam (Logistik dan Perubatan). 4) Orang tua. 5) Penghuni rumah-rumah ibadat. 6) Peniaga dan 7) Tahanan perang.

color:#141823"> 

color:#141823">Menurut Konvensyen Geneva 1949, yang harus dilindungi selain dari orang awam ialah anggota tentera yang cedera di medan perang darat, perang laut dan kapal karam, tawanan perang, dan pegawai awam di tengah peperangan. Selain itu, berdasarkan Konvensi Den Haag 1954 pula, termasuk juga Bangunan Bersejarah, ambulance, rumah sakit, dan rumah ibadah.

color:#141823"> 

color:#141823">ISLAM dan IHL sejalan menafsirkan orang awam itu bukan anggota tentera. Hal ini penting difahami oleh kita baik rakyat Melayu Patani dan bangsa-bangsa lain bahawa orang awam akan hilang hak mendapat perlindungan dan jaminan hukum, jika mereka ikut serta dalam aktiviti ketenteraan termasuk menjadi mata-mata (perisikan). Namun, jika wujud sebarang keraguan mengenai status seseorang, ISLAM dan IHL menetapkan bahawa dia hendaklah dianggap sebagai orang awam.

color:#141823"> 

color:#141823">Hukum ISLAM dan IHL berlaku dalam semua konflik bersenjata, baik Konflik Bersenjajata Non-Internasional (KBNI) dan Konflik Bersenjata Internasional (KBI). IHL mengandungi 161 peraturan yang membezakan antara orang awam dan anggota tentera.

color:#141823"> 

color:#141823">Peraturan 1. Pihak-pihak yang berkonflik hendaklah setiap saat membezakan antara orang awam dengan tentera. Penyerangan hanya boleh diarahkan kepada tentera. Penyerangan tidak boleh diarahkan kepada orang awam. (KBI/KBNI).

color:#141823"> 

color:#141823">Peraturan 2. Tindakan kekerasan atau ancaman kekerasan yang bertujuan utamanya untuk menyebarkan ganguan (teror) dikalangan penduduk awam dilarang. (KBI/KBNI).

color:#141823"> 

color:#141823">Peraturan 3. Angkatan bersenjata pihak yang terlibat dalam konflik adalah tentera (sama tarafnya), kecuali personil medis (individu perubatan yang menzahirkan lambang antarabangsa iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah) dan personil keagamaan (KBI).

color:#141823"> 

color:#141823">ISLAM membenarkan berperang hanya untuk tujuan mempertahankan maruah dan kedaulatan negara bangsa daripada diserang dan dikuasi oleh kuasa hegemoni bangsa asing, menentang kezaliman, membela kebenaran dan melindungi dakwah Islamiah dari sebarang acaman dan paksaan. Firman Allah yang bermaksud, ” Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. al-Ma’idah : 8).

color:#141823"> 

color:#141823">Konflik Berseniata Patani pasca perjanjian Anglo Siam 1902 yang ditandatangani 1909 antara dua bangsa penjajah itu (British dan Siam) menyebabkan negeri-negeri Patani pecah dan dijajah. Terangganu dan Kelantan di bawah rejim British di Melaya dan Patani sekarang (Narathiwat, Yala, Pattani, lima daerah Songkra dan Satun) di bawah rejim Siam Bangkok, kerana didorong oleh faktor Imperialis dan Kolonialis bersama. Oleh itu Konflik Patani adalah Isu Penjajah, dikenali Perang Pembebasan. Manakala gerakan rakyat Siam/Thai menentang ketidakadilan kerajaan bawah perlembagaan Thailand adalah Isu Politik Dalam Negeri, yang dikenali Perang Saudara.

color:#141823"> 

Hukum ISLAM dan IHL yang diterima Gerakan Pembebasan Rakyat Patani sekarang dilihat menekankan kod etika melindungi orang awam kepada anggota pejuang mereka bagi meraih gelaran ”Hidup Mulia Mati Syahid”. Dalam masa yang sama rejim tentera penjajah Siam bertindak bertentangan dengan kod etika nilai KBI dan KBNI adalah sangat dikesali. Dan dilihat Pejuang Patani seperti Pepatah Melayu mengatakan; Patah tumbuh hilang berganti, satu hilang dua terbilang; Bagaikan Aur Dengan Tebingnya.